Wednesday, January 12, 2011

SHARING IS LOVING - PESANAN UNTUK SI DIA...


Beritahu dia,cinta agung adalah cintaNYA..
cinta manusia bakal membuatnya alpa..
tolong nasihati dia jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai yang Esa..
tolong ingati dia jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang Esa..

tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya..
tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa..

tolong sedarkan si dia aku masih milik keluarga..
tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
tolong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..
tolong khabarkan si dia aku tidak mahu melekakan dia...
tolong khabarkan si dia jadilah penyokong kejayaanku..
tolong sampaikan pada dia aku dambakan cinta suci yang terjaga..

tolong sampaikan pada dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
takkan kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat yang Esa..
tolong sampaikan pada dia kerana aku tak mampu sampaikan sendiri..
Ya Allah.. Aku jatuh cinta!

Ya Allah Ya Tuhanku..telah datang seorang hamba mengetuk pintu hati ini..
sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik,yang telah engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi..maka permudahkanlah urusanku...permudahkan urusan dia..permudahkan urusan kami berdua..
Ya Allah Ya Rahman,Ya Allah Ya Rahim..

Lindungilah iman ku Ya Allah..lindungilah iman dia Ya Allah..Lindungilah iman kami berdua..
aminn..Ya RabbaL Alaminn..

cinta sebenarnya tidak buta,cinta adalah sesuatu yg murni,luhur,dan diperlukan.Yang buta adalah apabila cinta menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.CINTA,MENCINTAI atau DICINTAI adalah LUMRAH sifat KEJADIAN MANUSIA..hak untuk bercnta dan menerima bergantung kpd individu itu sendiri,pilihan adalah terpulang kpd kita,jika pilihan berlandaskan agama,pasti hasilnya diberkati,dan sekiranya berlandaskan nafsu,pasti terhumban ke lembah kehinaan..jgn tertarik dgn seseorg kerana parasnya,krn keelokan paras dpt menyesatkan;jgn pula krn kekayaan krn kekayaan dpt musnah;tertariklah kpd sesorg yg mampu membuatmu tersenyum,rn hamya senyuman dpt membuat hari2 yg gelap mencari cerah~~

No comments:

Post a Comment