Thursday, April 22, 2010

Ustaz Akill Hayy - Tiada Yg Kekal Melainkan Allah

Sharing is Loving..Sedap lirik dia ..hayati lah ..Moga kita Lebih mengingati ALLAH bila mendengar hiburan2 yang islamik ni ..May ALLAH bless us..Amin



Pengisian Masa Seorang Mukmin -Dari blog ustaz Amal


Pengisian Masa Seorang Mukmin


1. Masa dan waktu adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Ia adalah modal yang diperuntukkan Allah kepada sekelian hamba bagi tujuan penjanaan iman dan amal soleh sebanyak-banyaknya.
2. Sebagai yang dijelaskan Nabi saw bahawa segala nikmat pasti akan ditanya bahkan dipertanggungjawabkan. Masa yang tidak terisi dengan iman dan amal soleh akan menghadapi sessi pertanggungjawaban dan perhitungan yang amat berat di hadapan Allah swt.

3. Bagi yang memahami dan menginsafinya, masa dan waktu akan diuruskan secara pntar dan bijaksana. Sementelah pula kita hidup di akhir zaman yang perjalanan masa dan waktunya tersangatlah pantas dan cepat sekali. Setahun macam sebulan. Sebulan macam seminggu. Seminggu macam sehari dan sehari hanya terasa beberapa jam sahaja. Pejam celik pejam celik sehari berlalu percuma begitu sahaja. Pergi buat selama-lamanya.
4. Para mukminin akan menjadikan setiap saat dan minit yang dilalui sebagai motivasi diri mereka kea rah kebaikan. Iman, amal soleh dan hasanat akan ditanam sebanyak-banyaknya. Kebaikan dan pahala akan terus dijana tanpa henti. Taubat dan istighfar terhadap dosa siang hari tidak akan ditangguhkan ke malamnya dan begitulah sebaliknya. Zikrullah berkelangsungan membasahi lidah, hati dan diri. Menyuluh akal budi dan segala bentuk aktiviti.
5. Mukmin yang bijaksana faham bahawa lambat laun waktu dan masa akan terhenti jua sebagaimana terhentinya jarum saat pada jam dinding tak kira samada kerosakan bersifat kekal atau dari kerana kehabisan bateri. Atas hakikat itu, masa dan waktu dalam hidup seorang mukmin sentiasa akan dipenuhi kesyukuran, kesabaran, kebahagiaan, kelapangan, aman dan tenteram.
6. Apa tidaknya? Kalaulah nilai masa itu tidak lebih umpama bilihan lidi penyapu yang boleh dibilang, kemudian pada setiap harinya sebatang lidi menjadi rosak dan patah, maka akhirnya jumlah lidi yang tinggal akan semakin berkurangan.
7. Atas kesedaran itu, kini hari-hari dalam diari hidup seorang mukmin juga beransur bebas dari kemarahan, hasad dengki, kebencian, sakit hati dan kesedihan yang tidak berasas. Dia tahu, masanya yang masih ada tidak banyak lagi yang berbaki lalu masa dan waktu itu amat ‘dicemburui’. Kesilapan mengatur dan mengisi masa di dunia ini akan menjadikan pulangnya seorang hamba ke akhirat sebagai seorang muflis yang ditimpa kerugian dunia dan akhiratnya.

Wednesday, April 21, 2010

Taubat Seorang Hamba (with lyrics) Irsyadee feat Hafiz Hamidun

Assalamualaikum..Buat teman2 yang dikasihi sekalian..Lagu Taubat Seorang Hamba...Dengarlah ...Rasa insaf bila mendengar ..syadu lagu ni..


Allah Maha Pengampun-"La Tahzan" (Dr Aidh Al Qarni)

Assalamualaikum...Selamat pagi teman2 yang dikasihi ...Marilah kita mendengar video clip ini ...Dan hayati kata2 yang tertulis ..Moga Hati kita lebih tenang dan makin mendekatkan diri padanya..Moga ALLAH mengampunkan kita semua Amin..


Tuesday, April 20, 2010

Arifin ilham - Dzikir dan Nasyid - Istighfar


Sharing is loving-zikir dan Nasyid..Marilah kita sama2 mendengar dan mengikutnya dan menghayatinya..Moga Rahmat ALLAH bersama kita..AMIN

99 Asma'ul Husna

Marilah kita sama2 mendengar dan hayati ..Asma'ul Husna...


Di Pondok Kecil (Ae Man Feat Bazli UNIC) - reedit


Assalamualaikum...untuk halwa telinga buat saudara/saudari ku ..Moga ALLAH merahmati kita ..amin


Nasyid - Doa Perpisahan (Brothers)


Assalamualaikum...Selingan lagu nasyik buat pengunjung blog ini...So touching lagu ini...


Sunday, April 18, 2010

ANDAINYA SAYA MATI HARI INI





Assallammualaikum sahabat2 yang saya hormati..Artikel ini diamabil dari laman blog http://ayufatarina.com..Moga Rahmat ALLAH bersama sahabat kita ini atas usahanya..Amin
Post kali ni saya sertakan dengan lagu Rabbani, Pergi Tak Kembali.. Hayatilah lagu ini dengan penuh penghayatan, penuh kesedaran, dan penuh ketaqwaan ya..
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya


Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Apa yang anda rasa setelah menghayati lirik tersebut?  Gerun? Takut? Cemas? Bahagia? Gembira? Insaf?  Yang pastinya berbagai2 perasaan timbul setelah menghayati bait2 kata di dalam lagi tersebut.
Saya sendiri merasa amattttttttt kerdil, amat kecil, amat hina di sisi Allah, kerana amalan saya yang sangat sedikit.  Andainya saya mati hari ini, entah cukup, entahkan tidak amalan yang saya bawa.. Apakah agaknya bentuk sakaratulmaut yang saya terima?  Adakah saya akan mati dalam keaadaan beriman atau kufur?  Adakah saya akan lulus dan terlepas dari azab kubur dan azab api neraka?  Adakah Allah akan melihat saya dengan pandangan penuh kasih sayang atau adakah saya akan dihumban ke dalam neraka jahannam??? Nauzubillah, hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Saya terfikir sebentar tadi, ada 24 jam sehari, tapi berapa jam agaknya saya gunakan untuk beribadat kepada Allah, untuk bersolat, baca Al Quran, berzikir? Jika ditolak, dihitung, ditambah, tak sampai 4 jam sehari.. Masya Allah.. betapa saya terlalu memikirkan keduniaan, alpa pada kenikmatan, dan tidak menyedari yang dunia ini hanya pinjaman, akhirat juga tempat persinggahan terakhir.. Lantas, apa yang telah saya sediakan? Bekal apakah yang saya bawa?  Bagaimana hubungan saya dengan Allah setakat ini?  Bagaimana hubungan saya dengan manusia, dengan suami, dengan ibu dan ayah, dengan keluarga saya setakat ini?? Adakah saya sudah menjalankan taggungjawab sebagai seorang anak, seorang isteri, seorang pekerja, seorang hamba Allah dengan baik, dengan tawaduk?  Takut dan segan untuk saya akui, tapi hakikatnya, saya belum membuat persiapan lengkap untuk menemui Allah!!
Aduhai,  Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku ini hambaMu yang lalai, yang kerugian.. Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.. Ya, tanpa kita sedari setiap waktu yang kita lalui, jika tidak di isi dengan amalan dan kebajikan, adalah masa2 yang rugi, yang telah dipersiakan untuk beribadat kepada Allah.. Apalah yang akan kita jawab nanti, bila Allah tanya kenapa kita tidak membawa apa2 bekalan untuk menemuiNya?
Sahabat2 sekalian, saya sebagai manusia biasa, banyakkkkkk kekhilafan, banyakkkkkkk kekurangan, banyakkkkkk terlalai, banyakkkkkkk terleka..  Di kesempatan ini, semenatara Allah masih memberikan saya peluang dan kudrat untuk menulis, saya menyeru kepada anda, agar kita semua kembali ke jalan Allah.. Marilah kita semua bersolat dengan khusyuk seolah2 itu solat kita yang terakhir, marilah kita bersolat sunat tahajud, bersolat sunat taubat, bersolat sunat hajat dan berwitir, serta berzikir dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa kita, ibu bapa, dan keluarga kita, baik untuk dosa yang disedari ataupun tidak, berdoa agar Allah memberikan kita petunjuk, taufiq dan hidayahNya agar kita menjadi hamba2Nya yang soleh dan solehah, berdoa agar dipanjangkan usia dan diberikan petunjuk agar sentiasa berada di landasan kebenaran..


Buat pembaca wanita, marilah kita menutup aurat dengan sempurna, janganlah memakai tudung ibarat satu budaya, kerana pemakaian tudung itu diwajibkan oleh Allah, dan bertudung & berpakaianlah dengan sempurna.  Jangan “berpakaian, tetapi telanjang”.. Ingat2lah, kaum kita yang palingggggggggg ramai, dan palinggggggggg mudah masuk neraka.. Nauzubillah..(Peringatan buat diri sendiri juga)
Sementara kita masih bernafas, Ayuh, marilah kita berdoa agar kita mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh.  marilah kita bertaubat, insaf dan menyesali segala dosa-dosa dan kekurangan kita.. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pegampun.. Jika kita berdoa bersungguh2, dan ikhlas menyesali segala perbuatan kita, Insya-Allah, Allah akan memberkati kita dengan keampunanNya..
Sesungguhnya, seperti yang terkandung dalam surah Al Fatihah:
“Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat”
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, suami, ibu dan ayah saya, adik-beradik saya, keluarga kita, dan semua umat muslimin & muslimat di yang masig hidup mahupun yang telah meninggal dunia.... Moga iman kita terpelihara dari dicemari dan dikotori dengan maksiat dan dosa2.. Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh kepadanya, Semoga taubat kita, doa2 kita dan amalan kita diterima olehNya dan menjadi benteng kepada azab kubur & seksaan api neraka..


Kawan2 semua ampunkan dosa saya dunia dan akhirat yang disengajakan mahupun tidak ..dan halalkan segalanya..
“amalan dan taqwa, jadi bekalan, sejahtera bahgia pulang, ke sana….”
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah sunat & menjauhkan kita dari segala kemungkaran.. Fikir2kanlah.. Jazakallah..

Wednesday, April 7, 2010

SHARING IS LOVING-DOA BUAT KEDUA IBUBAPA KITA

















Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu yaAllah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
kepadaMu kamimemohonpertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmatkeatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah
Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.

Ya Allah, 
teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.

Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
diwaktu ini aku terkenang semua itu
diwaktu ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
diwaktu ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah yaTuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah

jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........

SHARING IS LOVING - DOALAH UNTUK IBUBAPA KITA SETIAP HARI..INSYALLAH


 
Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak
kira masih hidup @ telah tiada )".......... . nescaya pintu rezekimu
akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan
wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,
waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau
malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA
ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua
mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan
lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

Akademi Fantasia :Rugikan Umur Muda,




Assalamualaikum...


Kadang2 sukar untuk kita menerima bila benda macam2 ni di utara kan...tapi ni lah hakikatnya...Sama2 kita berusaha baiki diri kita yang banyak dosa ni...Banyak dosa yang telah kita lakukan ...kita usaha lah untuk memperbaikinya...Mudahan2 Allah memberi kita pertunjuk dan hidayahnya...Saya bukan lah orang yang bai..saya juga manusia hina yang penuh dosa...cuma share ilmu buat saudara/saudari yang saya sayangi..Moga kita semua bahagia dunia akhirat dan dijauhkan dari azab kubur dan api neraka..amin..Marilah kita sama2 menjauhkan diri dari hiburan yang melalaikan..


Akademi Fantasia: Rugikan Umur Muda
 
 
 
 
 
Akademi Fantasia musim ke 8 bermula. AF bukan hanya sebuah hiburan. Ia juga bukan hanya mencari juara sebuah program realiti hiburan. Antara realiti hiburan fantasia tidak lama. Hidup hanya sekali. Umur muda juga singkat. Kematian pula tidak mengenal usia. Realiti kehidupan bahawa kita perlukan bekalan mengadap Allah dan menghadapi alam barzakh dan Akhirat yang lebih dahsyat.
Mereka yang menyertai AF menghabiskan sebahagian usia emas mereka untuk sesuatu yang kosong, tidak ada nilai di sisi Allah. Membetulkan suara, bes atau trebel, menghafal lagu orang lain, belajar menari untuk lagu sesuai..bla, bla, bla… hanya sebuah kesesiaan hidup dan umur muda. Ini bukan isu anti hiburan secara membuta-tuli, tetapi kerana hiburan dan industri muzik menjadi buta dari melihat hakikat hidup dan mentulikan telinga dari mendengar nasihat.


Nabi mengingatkan ‘Tidak berganjak kaki seorang manusia itu di Akhirat sehingga di tanya tentang, antaranya umur muda ke mana dihabiskan..’ Orang muda yang dapat menggunakan umur mudanya untuk sesuatu yang bermanfaat juga dipuji Nabi dalam pelbagai hadis Baginda SAW. Mengejar populariti, glamour, nama, wang yang banyak dengan kelulusan akademik yang sedikit, semuanya itu hanyalah tipu-daya dunia sahaja. Ruginya umur mudamu, ruginya, ruginya..

AF juga bukan hanya program mencari juara hiburan, tetapi hakikat dan realitinya ia adalah Penerus Agenda Syaitan. Bukankah profesion syaitan itu mahu menyesatkan manusia? Mereka akan menggunakan segala cara, kaedah dan jalan bagi memalingkan serta menyesatkan manusia dari jalan Allah. AF mendedahkan kepada cara hidup bebas, bergaul tanpa batas antara lelaki & perempuan semuanya halal. Hiburan, muzik, lagu adalah aktiviti hidup paling utama. Kelalaian yang melampaui batas dihiaskan oleh syaitan sebagai sesuatu yang menarik. Setakat ini nampaknya syaitan berjaya dalam misinya. Allah tiada dalam ingatan, syarak dipinggirkan dalam kehidupan, halal haram dipersetankan.

Bagi seorang mukmin muttaqin, ia melihat apa yang dicari dan dikejar oleh peserta AF dan rakan sewaktu dengannya (Mentor, Anugerah-anugerah fasiq berprestij-ABP, AJL dan lain-lain) hanya igauan fatamorgana manusia yang sedang diulit mimpi dan fantasi, yang kelak mereka akan tersedar dan terjaga di saat Mungkar Nakir menziarahinya di alam barzakh.

Insaflah wahai mereka yang sedang berfantasi.Alam akhirat adalah realiti dari dunia yang penuh fantasi. Inilah yang dikatakan 'Realiti & Fantasi' .

Monday, April 5, 2010

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur
www.iluvislam.com




Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan. 

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan. 

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur. 

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)