Sunday, January 23, 2011

SHARING IS LOVING - Buruk sangka Vs Baik Sangka


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak

Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap

Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek

Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk

Orang nampak ceria, disangka berlakon saja
mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?

mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah

seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,

Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,

semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.
Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.
Salam ceria buat semua

**bila kita bersangka baik pada orang kita pun akan tenang, tapi bila kita bersangka buruk pada orang, jiwa kita akn sentiasa resah….positifkanlah minda kita supaya org juga menilai kita dengan positif.

sumber: blogpakarhowto

No comments:

Post a Comment