Saturday, March 27, 2010

YA ALLAH YA TUHANKU TERIMA LAH TAUBATKU






Assalamualaikum..


Sedih lirik lagu ni ..hayati lah ..Moga ALLAH menerima taubat kita...


Di kesempatan ini saya nak memohon ampun atas segala dosa2 saya pada semua orang samada yang saya kenal atau tidak ,segala dosa2 saya yang saya sengaja atau pun tidak .Dosa2 saya yang anda tahu atau tidak...segala kesilapan dan kealpaan saya pada semua orang...dan halal kan segalanya...betapa banyak nya dosa saya..mohon pada ALLAH agar hati2 anda terbuka untuk mengampunkan dan menghalalkan segalanya...Amin Ya ALLAH.. ...moga ALLAH mengampun kan kita sebelum "DIA" menjemput kita ...Amin




Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini... 

Thursday, March 25, 2010

DOA YANG MUNGKIN KITA BOLEH GUNA PAKAI-INSYALLAH



Assalamualaikum,


Saya petik doa ini dari ebook Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol 3, just nak share dengan kawan2 semua..Amin


Doa setiap kali selepas solat bersama isteri dan anak.
“ya Allah, ampuni dosa kami ya Allah. Ampuni dosa ibu bapa kami ya Allah.
Ampuni dosa keluarga kami ya Allah.
Ya Allah, rahmatikan kami semua ya Allah.

Ya Allah, cukupkanlah keperluan kami ya Allah. Cukupkanlah keperluan keluarga dan anak anak
kami ya Allah.
Ya Allah angkatlah darjat kami ya Allah.
Ya Allah murahkanlah rezeki kami ya Allah. Murahkanlah rezeki keluarga dan anak-anak
kami ya Allah.
Ya Allah berikan hidayah kepada kami ya Allah. Ajarkan kami cara terbaik
untuk mendidik keluarga dan anak-anak kami ya Allah.
Ya Allah ajarkan kami cara bagaimana mahu beribadah kepadaMu ya Allah.
Ya Allah ajarkan kami bagaimana untuk sentiasa mengingatiMu ya Allah.
Ya Allah berikan rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami ya Allah.
Ya allah ajarkan kami bagaimana mahu menyelesaikan masalah-masalah kami
ya Allah.
Ya Allah ajarkan aku bagaimana mahu mendidik isteri / Keluarga dan anak-anak kami ya
Allah ( Jika Solat Bersendirian dan Telah Bekeluarga)

Ya Allah sihatkanlah kami ya Allah.
Ya Allah maafkanlah kami ya Allah.
Amin ya Allah. Terima kasih Allah SW






10 Wasiat Imam Syafie





SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: 

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. 
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT 
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR 
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR 
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) 
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 



KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) 
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) 
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) 
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W 
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT 
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.

MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG




Assalamualaikum,


Di petik dari laman web http://serbanputih.blogspot.com , Mari kita cuba...Moga ALLAH memberi kemudahan pada kita..amin


Ada orang Islam yang begitu gigih membaca al Quran, setiap hari melebihi satu juzuk tetapi malangnya dia tidak mengusahakan solat-solat sunat. Dia berasa puas hati dengan amalannya membaca al Quran itu tanpa mengambil tahu aspek-aspek ibadah yang lain. Ada orang yang begitu rajin berwirid, saban hari zikirnya ribuan tetapi dia tidak berdakwah kepada sesiapa.

Ada yang solat sunat melebihi dua puluh rakaat dalam sehari semalam, dia berasa puas begitu tapi mengabaikan solat fadhu berjemaah di tempat azan dilaungkan , iaitu di surau ataupun masjid. Ada yang ke sana ke mari berceramah dan mengajar agama tetapi malangnya tidak pula membuat kuliah harian atau minggan untuk anak isteri sendiri.

Ada pula yang begitu rajin berjemaah di masjid, tetapi malas mencari ilmu agama melalui jalan membaca, menonton, mendengar, mengarang, mengumpul bahan dan sebagainya.

Keadaan-keadaan di atas menghasilkan individu yang tidak seimbang. Minda mereka perlu dibuka agar mereka tidak berasa puas hati dengan apa yang mereka usahakan sahaja. Bagi sesetengah orang, mereka memahamkan diri mereka bahawa apa yang mereka usahakan itulah jalan agama yang sebenar.

Kalau dia rajin mengerjakan solat sunat melebihi dua puluh rakaat setiap hari, dia akan memandang rendah kepada orang lain yag hanya mampu melakukan enam rakaat sahaja sehari semalam. Maka keluarlah daripada mulutnya nasihat-nasihat agar orang lain mencontohinya.

Tetapi dia tidak sedar kemungkinan individu yang dinasihatinya itu mungkin ada melakukan amalan yang lain seperti berdakwah, menghafaz dua puluh minit sehari, membaca bahan agama dua jam sehari, merancang aktiviti-aktiviti agama dan seumpamanya.

Situasi ini tidak berlaku kepada orang awam sahaja, malah kadang-kala berlaku juga kepada mereka yang bergelar ulama. Untuk itu saya telah mencadangkan malah menjalankan satu kaedah muhasabah diri untuk digunakan oleh anak-anak buah dan kegunaan saya sendiri.
Untuk bakal pendakwah yang menunjukkan minat untuk terus bersama kita maka mereka hendaklah berusaha untuk mencapai perkara-perkara berikut setiap hari (selain solat fardhu lima waktu):
1.solat berjemaah 3 kali (lelaki sahaja), utamakan berjemaah di surau atau masjid

2.solat sunat 6 rakaat

3.membaca al Quran 1 muka (secara melihat)

4.menghafaz atau mengulangkaji hafazan 10 minit

5.wirid pagi atau petang, 15 minit setiap sesi (apa saja aurad, kami gunakan al-Ma'thurat)

6.qiamullail, sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud

7.berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya

8.baca bahan agama 20 minit (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)

9.kurangkan makanan yang boleh memudaratkan

10.ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika

11.bacan-bacaan sebelum tidur

12.riadah 20 minit (lelaki)

Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:

1.puasa sunat sekali dalam sebulan

2.mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)

Sekiranya bakal pendakwah itu pelajar sekolah, pelajaran agama di sekolah tidak diambil kira.
Untuk ketua, pemimpin, naqib, naqibah, muallim dan seumpamanya, hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:

1.solat sunat 15 rakaat

2.tilawah al Quran 1 juzuk (sama ada melalui penglihatan atau hafazan)

3.hafazan atau ulangkaji hafazan 15 minit

4.qiamullail sekurang-kurangnya 15 minit

5.riadah 20 minit sehari

6.sesi tarbiyyah keluarga 10 minit (bagi yang telah berkeluarga)

7.berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya

8.baca bahan agama 1 jam (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)

9.kurangkan makanan yang boleh memudaratkan

10.ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika

11.bacan-bacaan sebelum tidur

Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:
1. puasa sunat 3 kali dalam sebulan

2. mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)

Pencapaian di atas bukan kewajipan, tapi satu usaha untuk menggalakkam istiqamah dan menjadikan kita insan berjiwa agama yang seimbang. Jika kita boleh melakukan lebih daripada itu, sangat digalakkan.

Cuma jangan melampau dalam beribadah, kerana ditakuti kita tidak ada kesempatan untuk melakukan kerja-kerja lain yang turut dituntut agama terutamanya mencari nafkah, silaturrahim dan ilmu-ilmu duniawi.
Untuk individu yang baru berjinak-jinak dengan agama dan dakwah, cukuplah tiga perkara saja dititikberatkan iaitu:

1.solat sunat 6 rakaat sehari
2.membaca bahan agama 20 minit sehari
3.membuka dan membaca al Quran semuka sehari

Yang penting ialah kemampuan untuk istiqamah, bukannya kuantiti ibadah yang tinggi tetapi tidak stabil- hari ini solat sunatnya 30 rakaat, esok langsung tidak ada, lusa 10 rakaat… tiada istiqamah.

Ia bersifat fleksibel, jika kita dari Johor pergi ke Kuala Lumpur untuk berceramah umpamanya tentu saja kita tidak dapat menyelesaikan kesemua item tersebut, namun ada sistem pemarkahannya (tak dapat diterangkan secara terperinci di sini, mungkin kemudian hari apabila saya hidangkan kupasan artikel ini) yang menjadikan kita tidak kerugian apa-apa. Ini kerana perjalanan kita semasa pergi, berceramah dan pulang termasuk ke dalam "ikram" dan "dakwah".

Maka markah untuk "ikram" dan "dakwah" menjadi berganda. Ia menampung semula kerugian kita dalam item yang lain.

Berdasarkan pengalaman saya menjalankan kaedah muhasabah ini, ternyata ia amat berkesan untuk melahirkan individu pendakwah yang seimbang.

Artikel yang lebih terperinci akan menyusul insyaallah (mungkin lewat sedikit). Sebagai pengkayaan, diharap dapat juga membaca tulisan saya bertajuk CARA MENYUSUN "FOLDER" AGAMA ISLAM. Ada kaitannya secara tidak langsung dalam usaha kita melahirkan insan berjiwa global.

Selamat mengislah diri!

"PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT"

MENGAPA AKU SUKA BELAJAR DI SEKOLAH PONDOK? -PENGALAMAN DARI SEORANG HAMBA ALLAH






Mungkin artikel ini boleh di guna pakai oleh kaum muslimin dan muslimat yang ingin mengetahui tentang belakar di pondok...insyallah

Assalamualaikum w.b.t..


   Agak lama tak menulis untuk perkongsian pengalaman dengan kawan2 shukurians. Kali ini aku ingin menulis tentang pengalamanku ketika mengaji di Sekolah Agama Aliran Pondok. Puas dah aku surfing dalam google, yahoo, msn untuk cari ada sesiapa yang cerita tentang pengalaman belajar di sekolah pondok. Tapi tiada, jadi di kesempatan ini biarlah aku coretkan pengalamanku yang begitu berharga supaya dapat menangkis dakyah-dakyah mereka yang tak faham, tak nak faham, berprasangka buruk, yang menilai sekolah pondok tanpa menyelami sendiri pengalaman di sekolah pondok.

   Ramai mereka yang belajar agama secara buku semata-mata memang memandang enteng terhadap jasa-jasa yang ditaburi oleh Ulama-ulama, Tok Guru-Tok Guru yang mengajar di sekolah pondok tanpa kita sedari cercaan kita, cemuhan kita lantaran kejahilan diri kita sendiri yang terlalu ego dengan kejayaan yang diceburi kerana system pembelajaran masa kini adalah memerlukan ijazah dan keputusan merit yang cemerlang. Perlulah aku tegaskan di sini, system di pondok mementingkan ilmu yang berkat, Guru Musyid yang warok dan murid-murid yang beradab.

MENGAPA AKU SUKA BELAJAR DI SEKOLAH PONDOK?

1.Di sekolah pondok menerima sesiapa sahaja yang inginkan ilmu yang berkat.

     Tok Guru- Tok Guru di pondok mengajar dengan betul-betul ikhlas. Tiada bayaran yang dipinta oleh mereka melainkan dengan harapan agar anak-anak muridnya mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan ikhlas untuk manfaat diri sendiri dan diajarkan kepada orang lain jika dipinta.

     Misalannya aku yang ingin belajar jurusan agama di universiti, memang tidak layak kerana aku tiada bahasa Arab SPM malahan yuran pengajian juga agak mahal. Di pondok semua orang yang ingin belajar ilmu agama tidak mengira pangkat, merit , usia diterima.

2.Suasana di pondok begitu tenang dan bersuasana Islamik.

     Ilmu yang tinggi, buku-buku agama yang banyak tidak berguna jika persoalan asas seperti solat jemaah, pandangan mata yang ditundukkan dari maksiat tidak ada pada pelajar ilmu agama. Di sekolah pondok aspek solat jemaah sangat-sangat dititik beratkan. Menurut pemerhatian peribadiku..Ramai sahabat dari pengajian agama di universiti kekurangan kekuatan untuk solat berjemaah yang istiqomah.

     Muslimat di pondok sangat-sangat warak dan memang boleh dikatakan langsung tidak dapat untuk dilihat berpeleseran tak seperti yang ada di universiti.Muslimat dan muslimin memang tiada peluang langsung nak bergelak ketawa bersama ketika menadah kitab. Suasana seperti zaman salafus soleh…Kat universiti kita sangat-sanagt bebas bertemu laki perempuan nak buat study group atau bincang bersama-sama nak buat program masyarakat.Yang paling teruk sekali. Bakal ustaz dan ustazah pun dah pandai dating.


3.Ilmu-ilmu yang dipelajari adalah bersanad dan pengajian kitab-kitab turas dari kulit ke kulit.

     Di universiti rata-rata nya belajar untuk exam. Skop sukatan pelajaran tak menyeluruh. Jika dia belajar Usuluddin bab Syariah dia kurang ambil perhatian. Di pondok semua aspek ilmu ditekan kan. Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, Tasawuf , kitab-kitab sangat banyak dan mereka mengaji dengan penuh ketekunan dan kesabaran.Biasanya masa standard yang diperlukan untuk jadi seorang alim dari 5 hingga 10 tahun bergantung kepada kecerdasan dan usaha para pelajar pondok itu sendiri.

     Kadang kala di universiti juga siswa-siswi pengajian agama suka spot-spot question yang akan keluar untuk exam. Asal lulus sudah. Hafal hadis pun dari buku-buku agama. Belajar tiada guru. Tidak bersanad.Kalau ada pensyarah latar belakang bukan kita  tahu sangat. Silap-silap yang mengajar tu ada yang berfahaman Islam Liberal seperti seorang ustazah yang nak jadi imam atau pun berfikiran dari bangsa Arab yang terlibat dalam menjatuhkan Khilafah Islamiyah yang terakhir.

     Habis semua kitab-kitab tua orang-orang sehebat Imam Al-Ghazali dan As-Syafie pun  nak dihentamnya.  Padahal baru belajar fiqh Maqarin setahun dua tahun jagung. Hafaz ke paling-paling kurang seratus ribu hadis untuk jadi mujtahid? Kuasai ke ilmu balaghoh, bayyan, nahu, sorof sehebat Imam As-Syafie? Kalau aku jumpa nak je aku test hafal tak Matan Al-Jurumiyah macam budak-budak pondok buat. .

     Di universiti buku-buku teks moden agama yang diguna kadang kala kita tak tahu siapa penulisnya. Entah-entah orang-orang Islam liberal yang berguru dengan Yahudi. Di pondok kitab-kitab turas adalah seragam di seluruh pondok-pondok di Tanah Melayu dan juga di Selatan Fatoni.

4. Tempat pengajian yang berkat.

     Kawasan pondok biasanya tanah milik Tok Guru sendiri yang diinfakkan dan diwakafkan untuk mengajar ilmu agama. Halaqah-halaqoh kitab-kitab utama dengan Tok Guru di buat dalam masjid. Belajar di kelas dengan belajar dalam masjid sendiri adalah berbeza. Di masjid lebih terasa aura barokahnya.Sistem peperiksaan tidak ada . Yang ada anak murid akan diuji dengan soal jawab dan perlu pula mengajar kitab kepada anak-anak buah yang baru.

     Jadinya para pelajar pondok tidak berasa takut gagal dengan pengajian mereka. Di universiti ramai belajar sebab takut gagal exam, sebab takut orang kutuk pointer jatuh, takut tak dapat kerja, takut tak dapat bayar hutang.Bukan belajar untuk takut Tuhan. Tengoklah sediri macam mana akhlak pelajar universiti. Suka berhibur, tak solat, maksiat, dating dan buka aurat berleluasa.

     Hilang ketenangan hati. Di pondok makin mendalami ilmu agama hati makin tenang dan tenteram. Tak takut dengan masalah duniawi yang dikhuatiri ialah jika ilmu yang diperolehi tidak diamalkan dan tidak disampaikan pada orang. Bila mereka mengajar mereka tak akan minta bayaran dan upah.

5.Jadual pengajian agama yang padat dan begitu penuh dengan tradisi ilmu.

     Di pondok bukan tempat untuk main-main, cari jodoh, cari keuntungan duniawi. Segala-galanya demi mencari ilmu, demi redha Ilahi dengan penuh keihklasan. Tiada orang yang akan mengumpat korang seperti di universiti bila pointer jatuh, drop paper. Yang menjadi kemarahan Tok Guru bila korang tak ikut sunnah nabi seperti tinggal solat jemaah, banyak tidur, banyak makan dan tak amalkan ilmu yang dipelajari.

Di bawah aku tunjukkan contoh jadual pengajian di sekolah pondok:-

Jenis-jenis kitab yang dipelajari di pondok (sebahagian yang aku ingat).

Bidang Fiqh – Fathul-Muin dan Mathla ‘ un Al Badr

Bidang Tasawuf – Minhajul al-‘abidin dan Al-Durr al-Samin

Bidang Akidah – Akidah Al-Najin dan Faridah

Bidang Nahu dan Sorof – Al-Mutammimah dan Matan Al-Jurumiyah, Sapinnatun Najah (Untuk Beginner)

Kitab Tafsir – Tafsir Al-Nasafi, Tafsir Al-Shawi Syarah al-Jalalain dan sebagainya.

Kitab-kitab di atas adalah hanya sebahagian yang aku ingat. Untuk mereka yang beginner dan tak mahir bahasa arab akan didedahkan dengan kitab-kitab jawi oleh kepala-kepala telaah dan yang dah mahir bahasa Arab biasanya akan mengaji Kitab-kita Arab dengan Tok Guru.

Jadual Pondok yang aku masih ingat-ingat lupa. (Ini kat Pondok Pasir Tumboh)

1)Waktu pagi hingga tengah hari – menadah kitab nahu dan sorof al-Mutamminah

2)Lepas solat zohor hingga solat asar – menadah kitab tafsir al-nasafi atau kitab tafsir al-Shawi Syarh al-Jalalain

3)Lepas solat maghrib hingga solat Isyak – menadah kitab tauhi akidah a-Najin dan tasawuf

   Setiap buah kitab biasanya mengambil tempoh masa yang lama untuk dikhatamkan. Sebagai contohnya kitab Minhajul al-abidin mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk dikhatamkan. Setelah kitab tersebut dikhatamkan satu pusingan, ia akan ditelaah berulang-ulang kali sehingga para pelajar dapat menghadam dan menghayati segala inti kandungan kitab yang mereka pelajari.

   Kiranya di pondok sebenarnya masa sangat-sangat padat. Contohnya lepas solat subuh budak-budak pondok akan berwirid sampai pukul 7 pagi. Rehat sekejap sampai 9 pagi sambung bali mengaji kitab.Kiranya rehat waktu Qailullah dan waktu solat jemaah je dan bila waktu malam tidur. Lepas asar biasanya optional.Kalau tak mahu tadah kitab bleh riadah sampai sebelum maghrib. Masa di pondok sangat-sangat berharga dan penuh dengan pengisian rohani.

KRITIKAN-KRITIKAN YANG BIASA AKU DENGAR OLEH MEREKA YANG TAK PERNAH PERGI PONDOK ATAU SINGGAH PONDOK 2,3 HARI.

1.Sekolah pondok guna kitab kuno,kitab kuning orang tak faham.

      Tak faham sebab bodoh tak belajar. Tu je jawapan aku. Bagi budak pondok kitab turas ada skill tersendiri untuk dipelajari. Kitab bahasa jawi lama diterjemahkan betul-betul dari bahasa arab dan mengikut susunan bahasa arab yang asli.Kat pondok kitab-kita utama adalah dalam bahasa arab asli. Tok Guru pondok biasanya mempunyai skill bahasa arab yang tinggi.Ramai sebenarnya prof. Dan Dr. PHD cari Tok Guru pondok bila nak bincang soal bahasa Arab tinggi-tinggi ni.

2. Sekolah pondok rigid dengan jubah, serban dan kain pelikat.

       Daripada engkau nak kutuk2 pakaian budak pondok yang menutup aurat dan ikut sunnah nabi baik kau kutuk orang perempuan yang tabarruj atau buka aurat. Aku tanya budak pondok kenapa diwajibkan pakai kain pelikat dan digalakkan botak kepala kat sekolah pondok? Katanya supaya budak pondok tak bleh nak melawa dan bagi budak perempuan tak minat kat budak pondok supaya budak pondok boleh focus belajar kat pengajian agama. Cuba banding kat universiti kita. Pergi kelas melawa macam nak goda orang.

3.Sistem pondok tak guna teknologi canggih.

      Teknologi canggih tidak bleh didefinisikan dengan alatan-alatan, Benar ke oang zaman sekarang lebih canggih dari orang-orang zaman dulu. Cuba fikir sejenak. Ada ke teknologi sekarang yang boleh bina pyramid atau Taman Tergantung Babylon atau tempat tadahah air automatik keluar bila azan bergema seperti di Cordova suatu tika dulu. Teknologi zaman sekarang adalah teknologi yang canggih dari segi nak memusnahkan dunia sebenarnya. Di pondok kekuatan jiwa dan hati dibentuk sehinggakan tidak ada kekuatan manusiawa yang keji dan dengki yang boleh merosakkan jati diri mereka yang ikhlas ingin berjuang di Jalan Allah.

4. Di pondok tempat budak-budak jahat dihantar untuk dipulihkan.

      Itu adalah masalah utama pondok. Kerana bersikap begitu terbuka dan ikhlas kadang kala kat pondok jadi tempat for granted untuk mak bapa yang dah putus asa dengan anak2 mereka. Pondok dah jadi macam pusat serenti pulak.Di sinilah terpaparnya keikhlasan hati tok Guru pondok yang ingin mendidik insan dan berdakwah. Di universiti jangan harap nak didik budak-budak jahat, Baru fail satu dua papers atau pointer jatuh dah kena kutuk dengan kawan-kawan dan lecturer. Di pondok tiada kasta-kasta pointer atau merit. Semuanya sama. Anak datuk ke, tan sri ke semuanya dilayan serupa.

5. Lain-lain isu aku tunggu kawan2 timbulkan. Aku akan jawab persatu setakat mana yang aku tahu.

Pengalaman-pengalaman manis dan menarik ketika di pondok.

Kisah pertama..

     Aku kat sekolah pondok agak nakal. Aku sering memerhatikan wajah-wajah budak-budak pondok bila dalam pengajian atau kat masjid. Memamg sangat2 bersih, kacak dan bercahaya. Tenang betul wajah mereka. Ada nur… Jadinya terdetik kat hati aku. Yang muslimin aku dah tengok. Aku nak lihat pulak macam mana wajah muslimat-muslimat di sekolah pondok.Mesti lawa-lawa dia orang ni. Suatu hari lepas habisnya pengajian di satu kawasan musolla selepas asar aku buat-buat tertinggal kitab dan pen. Biasanya  di situ muslimat akan gunakan tempat tu lepas muslimin habis menadah kitab pada pukul 5.30 petang.

      Bila aku patah balik aku tengok ramai muslimat dah ada kat kawasan tu. Entah masa bila pula senyap-senyap dia orang naik kat kawasan surau tu. Aku pun meminta pen dan kitab aku dengan machonya. Dia orang dengan menggelabahnya bagi pen kat aku. Yang tengah duduk kat tepi pintu terus lari ke dalam surau sebab dia orang tak sempat tutup muka dengan purdah dia orang aku dah sergah dia orang minta pen dengan kitab. Memang kelakar masa tu buat muslimat pondok menggelabah jumpa muslimin. Dia orang memang tak biasa nak bermuamalat ngan laki. Solehah betul dia orang ni. Ada lagi ke muslimat macam tu di universiti aku?

Kisah kedua..

   Ini cerita di pondok Seligi. Tok Gurunya orang alim dari selatan fatani antara pejuang mujahiddin yang berperang dengan tentera siam demi mencari kemerdekaan fatani dari pemerintahan kuffar. Suatu pagi tu kami nak betulkan tali air di atas bukit. Kat pondok seligi sumber air dari tali air di kawasan bukit-bukit. Mineral water sebab di Pondok Seligi tempatnya di hujung-hujung kampung dekat dengan kawasan hutan. Bila pukul 7 malam je nak gelap gelita macam waktu tengah malam.

   Tok Gurunya dah tua. Jadinya kami bercadang betulkan tali air di kawasan bukit yang tinggi. Yang peliknya kami bertolak dulu sebelum tok guru ke kawasan atas bukit. Kami orang-orang muda. Tapi Tok Guru dengan tongkat dan tenaga tuanya di samping kakinya yang jalan tempang kena tembak tentera kuffar siam sampai dulu kat kawasan atas bukit. Padahal kami yang bertolak dulu ke atas bukit. Tok Guru ni memang terkenal kerana kehebatan bahasa Arabnya dari segim ilmu nahu dan perjuangannya menentang Tentera Kuffar Siam.

Kisah Ketiga..

   Aku tertarik betul dengan 3 watak budak-budak pondok ini. Wajah-wajah dia orang sangat-sangat bersih, kacak, tenang sampai aku asyik saja perhatikan wajah dia orang bila ada kesmpatan bertemu. Bayangkanlah aku yang lelaki ini pun boleh minat perhatikan wajah dia orang. Agaknya kalau perempuan kat luar nampak lagi-lagilah gila kepayang dibuatnya. Jadinya aku nak siasat apa rahsia amalan dia orang ni.Mesti ada kisah tersendiri mereka ini. Salah seorang tu aku pergi ziarah kat pondok dia. Banyak betul buku-buku English dan ensyklopedia dia. Rupa-rupannya mamat ni anak orang kaya yang mantap dan power Englishnya tapi buat keputusan nekad untuk mendalami agama di pondok.

       Dia peroleh ketenangan di pondok.Ilmu bahasa english yang dia ada pulak dia ajar budak-budak pondok lain. Orang kedua pula anak seoarang Dato yang sangat-sangat kaya juga.Bungalaw family dia kat Shah Alam. Memang besar bapak rumah bungalow dia kat SS7 berhampiran dengan bungalow Exco-Exco Selangor dan MB selangor. Orang ketiga pula jenis peminat aliran kesufian dan tasauf. Bila cakap dengan orang matanya pandang ke bawah saja walaupun bercakap dengan lelaki. Dia buat sebegitu sebab dia tidak mahu pandangan matanya terkesan dengan keindahan ciptaan Allah walaupun manusia itu lelaki. Apatah lagi kalau orang tu perempuan lagilah haram dia tak pandang wajah perempuan.

       Aku perhatikan ketiga-tiga jejaka pondok ni perwatakan mereka betul-betul mereka ikut sunnah nabi dari segala aspek luaran dan dalaman. Mereka bila solat jemaah dan menadah kitab mesti duduk saf pertama sekali. Melihat pada batang tubuh dan wajah mereka saja dah cukup buat kita rasa keinsafan. Sejuk perut mak ayah mereka. Bertuahlah muslimat-muslimat yang dapat memaut hati mereka sebagai suami soleh.. Aminn..

Kisah Keempat

      Bukanlah kisah apa sangat. Cuma luahan rasa hati saja. Di pondok jiwa aku berasa sangat-sangat tenang. Kawan-kawan di sana sangat tawaduk merendah diri dan baik sangat2. Di universiti watak-watak seperti mereka macam tiada. Budi bahasa mereka lemah lembut sampaikan aku bila berada di pondok memang langsung tak teringat kat rumah atau benda-benda lain. Saat paling membahagiakan bila dapat bersolat jemaah bersama-sama dan berzikir selepas subuh sampai waktu Isyraq. Sayup-sayup bunyi zikir dengan Tok Guru membuatkan hati lapang, tenang dan akhirnya air mata menitis tanpa disedari. Dengan bersolat saja kita boleh menangis. Dengan melihat wajah tok Guru, Ustaz-ustaz, kawan-kawan di sana saja terus membuatkan hati ini berzikir pada Allah s.w.t.

      Tapi aku sedar dunia aku bukanlah di sana full time. Allah s.w.t beri aku peluang di kedua-dua dunia. Dunia universiti dan dunia pondok sebagai mediator dan juga penganalisis supaya diriku lebih matang, tabah dan dapat membantu sahabat-sahabat lain yang mungkin ada masalah jiwa seperti yang telah aku alami. Di universiti ramai sangat orang sakit jiwa. Jiwa tak tenang dan aku salah seorangnya. Maksiat di university berleluasa. Bukan setakat maksiat zahir berleluasa.

       Maksiat hati dengan hilang keihklasan, riyak ilmu, kedekut ilmu sangat-sangat berleluasa. Dengki pada kawan, mengutuk, mengeji dan mengumpat bertebaran. Tiada kasih sayang sesama sahabat yang ada dengki, cemburu dan berpuak-puak..Itu belum campur kes murtad, pelacuran, zina, pengguran haram yang dilakukan budak-budak universtiti sangat-sangat kronik.Nauuzubillah... . Semua ini adalah kerana masalah hati. Masalah jiwa yang membarah dan menjdi virus dalam diri. Ubatnya adalah zikrullah tapi racun duniawi juga yang ditelan kerana ketagihan padanya!!


Kesimpulan

        Kisah di pondok ini sebenarnya adalah suatu penilaian peribadi yang bisa sahaja tidak tepat dan ada banyak kesilapan. Aku jujur bentangkan isu ini untuk iktibar diriku dan kawan-kawan. Kepada kawan-kawan di universiti bersama-samalah kita bentuk diri kita jadi Hamba Allah yang ikhlas menuntut ilmu dan berdakwah fi Sabilillah..Kepada kawan-kawan pondok. Aku sangat-sangat merindui kamu semua. Ukhuwwah Fillah yang kita bina harapnya biarlah berkekalan hingga kita terpilih di kalangan pemuda yang dinaungi Allah s.w.t di Yaumal Hisab kelak.. Aminn Ya Robb..


Effendy bin Zulkifly
Jalan Paladium, Seksyen 7 Shah Alam





Niat Pada Mandi Wajib




Assalamualaikum..


Artikel ini saya ambil dari laman Web http://fekah.blogspot.com. Marilah kita membaca dan mendapat ilmu serta kebaikan dari ilmu ini..Amin


Hukum tempat niat pada mandi wajib itu sama seperti wudhuk dan solat. Iaitu tempat niat itu adalah beriringan atau serentak dengan rukun ibadat yang pertama. Dicontohkan wudhuk, maka tempat niat pada wudhuk adalah beriringan dengan rukun wudhuk yang pertama iaitu membasuh muka. Maka tempat berniatnya ialah pada membasuh muka. Atau lebih tepat lagi berniat apabila air sampai pada muka pada basuhan pertama. Dicontohkan solat, maka tempat niat pada solat adalah beriringan dengan rukun solat yang pertama iaitu sewaktu menyebut takbiratul ihram. Sewaktu melafazkan takbiratul ihram, maka sewaktu itu serentak berniat di dalam hati. Ada yang mengatakan niat itu rukun ibadat yang pertama. Maka selepasnya itu adalah rukun ibadat yang kedua. Namun lupakan sahaja perbezaan pendapat itu, yang pastinya, ia tidak boleh terpisah tetapi hendaklah dilakukan secara beriringan dan bergandingan. Mendahului atau mengemudiankan niat akan menjadikan ibadah itu sia-sia. Melainkan puasa maka dibolehkan berniat sebelum lagi masuk waktu fajar yang menandakan mula puasa. Ini adalah khusus pada bab puasa atas kerana kesukaran dalam meletakkan niat sekali dengan waktu mula berpuasa.

Ketahuilah rukun mandi itu ada dua, dan yang pertama itu niat, yang kedua itu menyampaikan air ke seluruh badan. Makanya tidaklah niat itu didahulukan daripada mandi sepertimana puasa. Yang pasti tempat niat pada mandi itu adalah beriringan dengan sampainya air pada badan. Maksudnya serentak air itu kena pada badan, maka waktu itu mula berniat. Jika didahulukan, maka tidak sah mandi itu kerana salah dalam meletakkan tempat niat. Jika dikemudiankan niat seperti sudah lama air itu dicurahkan pada badan, sudah merata pada badan, kemudian baru berniat. Nescaya yang diratakan air pada badan sebelum niat itu tidak terpakai. Maksudnya, bila mula berniat, maka barulah bermula diiktiraf sah mandi itu pada sewaktu berniat dan sesudahnya. Apa-apa yang sebelumnya, mandi itu tidak sah. Dikira sebagai mandi biasa, bukan mandi wajib. Jika berlaku terlupa niat atau terlewat niat sesudah lama membasuh anggota badan, maka mana-mana anggota badan yang sudah dibasuh sebelum berniat itu, hendaklah diulangi membasuhnya selepas daripada memulakan niat.

Afdhalnya mandi wajib itu dimulakan dengan membasuh kepala, maka sewaktu air pertama membasahi kepala, sewaktu itulah dimulakan niat di dalam hati. Apa-apa yang dilafazkan atau yang disebut oleh mulut itu hanya sunat sahaja, dan tidak dikira sebagai niat. Kerana sunat lafaz itu hanya untuk membantu hati berniat. Atau dalam ertikata lain hendak menetapkan hati untuk berniat. Agar hati tidak berpaling dalam berniat. Kerana niat yang sebenar-benarnya adalah tugasan hati. Tempatnya di hati dan serentak dilakukan pada rukun ibadat yang pertama. Dikatakan pada rukun ibadat, kerana ada yang menyalah tafsir, tempat niat itu pada yang sunat. Sehinggakan ada yang berwudhuk, berniat sewaktu membasuh kedua tapak tangan. Dikira itu sudah memadai sebagai niat, sedangkan membasuh kedua tapak tangan itu hanya sunat sahaja.

Sekian.

Etika Menutup Aurat Muslimah

Assalamualaikum,

Mari kita bersama-sama memperbaiki cara kita tutup aurat...moga artilel ni membantu kita membaiki diri kita ya...amin.

Etika menutup aurat muslimah


Ini adalah syarat asasi menutup aurat muslimah dihadapan bukan mahram yg diutarakan oleh syeikh atiah saqar (bekas pengerusi lajnah fatwa mesir). Jika tidak ada salah satu dari syarat ini maka ia tidak dikira menutup aurat. Ianya adalah seperti berikut:

1. Hendaklah pakaian itu menutupi seluruh aurat yg telah ditetapkan. Aurat wanita didepan lelaki bukan mahram adalah seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Tidak boleh yg menampak aurat walaupun kecil seperti menampakkan leher, lengan dan sebagainya. 

Firman TUhan:


Maksudnya: "Dan janganlah wanita2 itu memperlihatkan perhiasannya melainkan yg zahir dan hendaklah memakai tudung yg menutup kepala sehinggalah atas dada2 mereka." (31: An-Nur) 

Perhiasan yg zahir adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yg sedehana.
 

2. Hendaklah pakaian tadi tidak menampakkan warna kulit. contohnya pakaian yg jarang atau yg nipis sehinggakan nampak warna kulit.

Inilah yg Nabi sebut sebagai wanita ahli neraka:
نساء كاسيات عاريات
Maksudnya: "Perempuan yg berpakaian tetapi tidak sempurna atau yg menampakkan warna kulitnya." Hadis sahih riwayat imam Muslim. 

Saidina 'Aisyah r.a apabila melihat perempuan yg memakai tudung yg nipis, beliau akan menyuruhnya memakai yg tebal dan berkata:


الخمار ما وارى البشر والشعر 

Maksudnya: "Tudung adalah yg menutupi kulit dan rambut.


Suatu hari 'Aisyah r.a melihat Hafsah binti Abdurrahman (anak saudarnya) memakai tudung yg nipis sehingga menampakkan auratnya. Lalu 'Aisyah mengoyakkkan tudung tersebut dan berkata: "Adakah kamu tidak mengetahui ayat yg Allah turunkan dalam surah Nur?" kemudian beliau memakainya dgn tudung yg lain. (Hr Ibnu Saad- sanad kuat)
 

3. Hendaklah pakaian tersebut tidak terlampau sempit sehingga menampakkan susuk tubuh.
 

Daripada Usamah bin Zaid r.a:
 Rasulullah s.a.w memakaikanku pakaian qubtiah yg tebal yg mana pakaian itu dihadiahkan kepada Nabi s.a.w oleh Dihyah al-Kalbi r.a. Lalu aku pakaikan isteriku dgn pakaian itu. Rasul bersabda
مرها أن تجعل تحتها غلالة فإني أخاف أن تصف حجم عظامها 

"Suruh isteri kamu letakkan kain dibawahnya. aku takut pakaian itu menampakkan susuk tubuhnya."
 Hr Ahmad dan lain2 - sanad hasan
 

Asma binti Abu bakar telah menerima pakaian yg nipis. Ketika itu beliau buta. Apabila sahaja beliau memegangnya maka beliau berkata " Ah, pulangkan pakaian ini kepadanya" IBnu Zubair berasa susah hati dan berkata "Wahai ibuku pakaian ini tidak menampakkan warna kulit pemakainya." Asma menjawab:
إنها إن لم تشف فإنها تصف 

Maksudnya: "Sesungguhnya sekiranya ia tidak menampakkan warna kulit tetapi ia menampakkan bentuh tubuh." (Hr Ibnu Saad - sahih)
 

Banyak wanita yg memakai pakaian tetapi tidak mencukupi syarat2 ini maka dia tidak dianggap menutup aurat kerana 3 perkara ini syarat utama bagi menutup aurat.
 Jadi berapa ramaikahwanita yg benar2 menutup auratnya?

Rujukan: Mausuah alusrah jilid ke dua oleh Syeikh Atiah Saqr.

LAMAN E_STORE SAYA-MENJUAL BUKU2 AGAMA KELUARAN TELAGA BIRU


Selamat Datang Ke Stormreaders
Network..Dunia e-dagang anda yang
berteraskan syariat Islam.
.....tiada lagi keraguan..insyaAllah...
 
Kini anda berpeluang memiliki buku-buku ilmiah yang dipasarkan secara online oleh Stormreaders Network. Sungguh mudah..tidak perlu ke kedai atau berbaris panjang semata-mata mahu memiliki koleksi hebat ini.dengan barisan penulis2 yang hebat2 insyallah dan buku yang menarik ditawarkan...

Marilah kita sama2 membaca ..mencari ilmu yang baik untuk dunia dan akhirat ..disamping itu anda juga boleh mempunyai E_Store sendiri ..jika berminat hubungi saya...

Saya rasa ni adalah satu peluang yang sangat baik ..buat kita untuk membeli buku dan juga mencari rezeki ..insyallah.

Sila kan melihat dan membeli  dan click alamat web di bawah untuk melihat dan membeli buku-buku agama keluaran Telaga Biru ...http://www.stormreaders.net/nurhaslinas

Sebab-Sebab Hati Tak Bahagia -Jom Kita Baiki Diri Kita..amin




Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya.

Wallahualam

8 Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat



http://pembinakedah.files.wordpress.com/2009/05/dahsolat-sk.jpg

Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.

Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

Solat itu tiang agama!
Solat itu tiang agama!


Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri

Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.

Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli
Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
  • Kepentingan solat
  • Kelebihan solat
  • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
  • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
  • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
  • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
  • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
  • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat
http://2.bp.blogspot.com/_ZYHEAZVuT2s/SiY6P30qWwI/AAAAAAAAAPY/HRqUqKauvUo/s320/fadhilat+amal.JPG
Kitab Fadhail Amal


Belilah
Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.

Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat

Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

http://4.bp.blogspot.com/_k79u0mZBh20/SZvBdfptkMI/AAAAAAAAAxg/C52P3A7fz-M/s400/bookmarknorbitt_158.jpg
3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin

Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.

http://1.bp.blogspot.com/_Q3HTMy1qQng/SRZugTDvxhI/AAAAAAAAAVI/bniHx99hUzU/s400/Bh00197.jpg
4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat

Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.

Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

http://4.bp.blogspot.com/_jiviReq5z8o/SJbTAiP1eaI/AAAAAAAAAK0/DCl-8hJfPSk/s400/32789541840078l.jpg
5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi

Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.

Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

http://shinekoramon.files.wordpress.com/2009/09/tidur.jpeg
6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati


Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.

Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.

Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.

Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

http://1.bp.blogspot.com/_NHBhY6TnkIY/SzQoH9Dz8gI/AAAAAAAAAA4/z3IzMITE6_4/s320/mind.jpg
7. Ingat mati

Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

kubur.jpg image by pamiesz
8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan


Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

http://photos.bravenet.com/420/318/568/7/E9E9B847C3.jpg

Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat
khusyu’ semasa solat.

http://muhammadkamal.files.wordpress.com/2009/08/solat-1.jpg
:)

* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info