Mungkin artikel ini boleh di guna pakai oleh kaum muslimin dan muslimat yang ingin mengetahui tentang belakar di pondok...insyallah
Assalamualaikum w.b.t..
Agak lama tak menulis untuk perkongsian pengalaman dengan kawan2 shukurians. Kali ini aku ingin menulis tentang pengalamanku ketika mengaji di Sekolah Agama Aliran Pondok. Puas dah aku surfing dalam google, yahoo, msn untuk cari ada sesiapa yang cerita tentang pengalaman belajar di sekolah pondok. Tapi tiada, jadi di kesempatan ini biarlah aku coretkan pengalamanku yang begitu berharga supaya dapat menangkis dakyah-dakyah mereka yang tak faham, tak nak faham, berprasangka buruk, yang menilai sekolah pondok tanpa menyelami sendiri pengalaman di sekolah pondok.
Ramai mereka yang belajar agama secara buku semata-mata memang memandang enteng terhadap jasa-jasa yang ditaburi oleh Ulama-ulama, Tok Guru-Tok Guru yang mengajar di sekolah pondok tanpa kita sedari cercaan kita, cemuhan kita lantaran kejahilan diri kita sendiri yang terlalu ego dengan kejayaan yang diceburi kerana system pembelajaran masa kini adalah memerlukan ijazah dan keputusan merit yang cemerlang. Perlulah aku tegaskan di sini, system di pondok mementingkan ilmu yang berkat, Guru Musyid yang warok dan murid-murid yang beradab.
MENGAPA AKU SUKA BELAJAR DI SEKOLAH PONDOK?
1.Di sekolah pondok menerima sesiapa sahaja yang inginkan ilmu yang berkat.
Tok Guru- Tok Guru di pondok mengajar dengan betul-betul ikhlas. Tiada bayaran yang dipinta oleh mereka melainkan dengan harapan agar anak-anak muridnya mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan ikhlas untuk manfaat diri sendiri dan diajarkan kepada orang lain jika dipinta.
Misalannya aku yang ingin belajar jurusan agama di universiti, memang tidak layak kerana aku tiada bahasa Arab SPM malahan yuran pengajian juga agak mahal. Di pondok semua orang yang ingin belajar ilmu agama tidak mengira pangkat, merit , usia diterima.
2.Suasana di pondok begitu tenang dan bersuasana Islamik.
Ilmu yang tinggi, buku-buku agama yang banyak tidak berguna jika persoalan asas seperti solat jemaah, pandangan mata yang ditundukkan dari maksiat tidak ada pada pelajar ilmu agama. Di sekolah pondok aspek solat jemaah sangat-sangat dititik beratkan. Menurut pemerhatian peribadiku..Ramai sahabat dari pengajian agama di universiti kekurangan kekuatan untuk solat berjemaah yang istiqomah.
Muslimat di pondok sangat-sangat warak dan memang boleh dikatakan langsung tidak dapat untuk dilihat berpeleseran tak seperti yang ada di universiti.Muslimat dan muslimin memang tiada peluang langsung nak bergelak ketawa bersama ketika menadah kitab. Suasana seperti zaman salafus soleh…Kat universiti kita sangat-sanagt bebas bertemu laki perempuan nak buat study group atau bincang bersama-sama nak buat program masyarakat.Yang paling teruk sekali. Bakal ustaz dan ustazah pun dah pandai dating.
3.Ilmu-ilmu yang dipelajari adalah bersanad dan pengajian kitab-kitab turas dari kulit ke kulit.
Di universiti rata-rata nya belajar untuk exam. Skop sukatan pelajaran tak menyeluruh. Jika dia belajar Usuluddin bab Syariah dia kurang ambil perhatian. Di pondok semua aspek ilmu ditekan kan. Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, Tasawuf , kitab-kitab sangat banyak dan mereka mengaji dengan penuh ketekunan dan kesabaran.Biasanya masa standard yang diperlukan untuk jadi seorang alim dari 5 hingga 10 tahun bergantung kepada kecerdasan dan usaha para pelajar pondok itu sendiri.
Kadang kala di universiti juga siswa-siswi pengajian agama suka spot-spot question yang akan keluar untuk exam. Asal lulus sudah. Hafal hadis pun dari buku-buku agama. Belajar tiada guru. Tidak bersanad.Kalau ada pensyarah latar belakang bukan kita tahu sangat. Silap-silap yang mengajar tu ada yang berfahaman Islam Liberal seperti seorang ustazah yang nak jadi imam atau pun berfikiran dari bangsa Arab yang terlibat dalam menjatuhkan Khilafah Islamiyah yang terakhir.
Habis semua kitab-kitab tua orang-orang sehebat Imam Al-Ghazali dan As-Syafie pun nak dihentamnya. Padahal baru belajar fiqh Maqarin setahun dua tahun jagung. Hafaz ke paling-paling kurang seratus ribu hadis untuk jadi mujtahid? Kuasai ke ilmu balaghoh, bayyan, nahu, sorof sehebat Imam As-Syafie? Kalau aku jumpa nak je aku test hafal tak Matan Al-Jurumiyah macam budak-budak pondok buat. .
Di universiti buku-buku teks moden agama yang diguna kadang kala kita tak tahu siapa penulisnya. Entah-entah orang-orang Islam liberal yang berguru dengan Yahudi. Di pondok kitab-kitab turas adalah seragam di seluruh pondok-pondok di Tanah Melayu dan juga di Selatan Fatoni.
4. Tempat pengajian yang berkat.
Kawasan pondok biasanya tanah milik Tok Guru sendiri yang diinfakkan dan diwakafkan untuk mengajar ilmu agama. Halaqah-halaqoh kitab-kitab utama dengan Tok Guru di buat dalam masjid. Belajar di kelas dengan belajar dalam masjid sendiri adalah berbeza. Di masjid lebih terasa aura barokahnya.Sistem peperiksaan tidak ada . Yang ada anak murid akan diuji dengan soal jawab dan perlu pula mengajar kitab kepada anak-anak buah yang baru.
Jadinya para pelajar pondok tidak berasa takut gagal dengan pengajian mereka. Di universiti ramai belajar sebab takut gagal exam, sebab takut orang kutuk pointer jatuh, takut tak dapat kerja, takut tak dapat bayar hutang.Bukan belajar untuk takut Tuhan. Tengoklah sediri macam mana akhlak pelajar universiti. Suka berhibur, tak solat, maksiat, dating dan buka aurat berleluasa.
Hilang ketenangan hati. Di pondok makin mendalami ilmu agama hati makin tenang dan tenteram. Tak takut dengan masalah duniawi yang dikhuatiri ialah jika ilmu yang diperolehi tidak diamalkan dan tidak disampaikan pada orang. Bila mereka mengajar mereka tak akan minta bayaran dan upah.
5.Jadual pengajian agama yang padat dan begitu penuh dengan tradisi ilmu.
Di pondok bukan tempat untuk main-main, cari jodoh, cari keuntungan duniawi. Segala-galanya demi mencari ilmu, demi redha Ilahi dengan penuh keihklasan. Tiada orang yang akan mengumpat korang seperti di universiti bila pointer jatuh, drop paper. Yang menjadi kemarahan Tok Guru bila korang tak ikut sunnah nabi seperti tinggal solat jemaah, banyak tidur, banyak makan dan tak amalkan ilmu yang dipelajari.
Di bawah aku tunjukkan contoh jadual pengajian di sekolah pondok:-
Jenis-jenis kitab yang dipelajari di pondok (sebahagian yang aku ingat).
Bidang Fiqh – Fathul-Muin dan Mathla ‘ un Al Badr
Bidang Tasawuf – Minhajul al-‘abidin dan Al-Durr al-Samin
Bidang Akidah – Akidah Al-Najin dan Faridah
Bidang Nahu dan Sorof – Al-Mutammimah dan Matan Al-Jurumiyah, Sapinnatun Najah (Untuk Beginner)
Kitab Tafsir – Tafsir Al-Nasafi, Tafsir Al-Shawi Syarah al-Jalalain dan sebagainya.
Kitab-kitab di atas adalah hanya sebahagian yang aku ingat. Untuk mereka yang beginner dan tak mahir bahasa arab akan didedahkan dengan kitab-kitab jawi oleh kepala-kepala telaah dan yang dah mahir bahasa Arab biasanya akan mengaji Kitab-kita Arab dengan Tok Guru.
Jadual Pondok yang aku masih ingat-ingat lupa. (Ini kat Pondok Pasir Tumboh)
1)Waktu pagi hingga tengah hari – menadah kitab nahu dan sorof al-Mutamminah
2)Lepas solat zohor hingga solat asar – menadah kitab tafsir al-nasafi atau kitab tafsir al-Shawi Syarh al-Jalalain
3)Lepas solat maghrib hingga solat Isyak – menadah kitab tauhi akidah a-Najin dan tasawuf
Setiap buah kitab biasanya mengambil tempoh masa yang lama untuk dikhatamkan. Sebagai contohnya kitab Minhajul al-abidin mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk dikhatamkan. Setelah kitab tersebut dikhatamkan satu pusingan, ia akan ditelaah berulang-ulang kali sehingga para pelajar dapat menghadam dan menghayati segala inti kandungan kitab yang mereka pelajari.
Kiranya di pondok sebenarnya masa sangat-sangat padat. Contohnya lepas solat subuh budak-budak pondok akan berwirid sampai pukul 7 pagi. Rehat sekejap sampai 9 pagi sambung bali mengaji kitab.Kiranya rehat waktu Qailullah dan waktu solat jemaah je dan bila waktu malam tidur. Lepas asar biasanya optional.Kalau tak mahu tadah kitab bleh riadah sampai sebelum maghrib. Masa di pondok sangat-sangat berharga dan penuh dengan pengisian rohani.
KRITIKAN-KRITIKAN YANG BIASA AKU DENGAR OLEH MEREKA YANG TAK PERNAH PERGI PONDOK ATAU SINGGAH PONDOK 2,3 HARI.
1.Sekolah pondok guna kitab kuno,kitab kuning orang tak faham.
Tak faham sebab bodoh tak belajar. Tu je jawapan aku. Bagi budak pondok kitab turas ada skill tersendiri untuk dipelajari. Kitab bahasa jawi lama diterjemahkan betul-betul dari bahasa arab dan mengikut susunan bahasa arab yang asli.Kat pondok kitab-kita utama adalah dalam bahasa arab asli. Tok Guru pondok biasanya mempunyai skill bahasa arab yang tinggi.Ramai sebenarnya prof. Dan Dr. PHD cari Tok Guru pondok bila nak bincang soal bahasa Arab tinggi-tinggi ni.
2. Sekolah pondok rigid dengan jubah, serban dan kain pelikat.
Daripada engkau nak kutuk2 pakaian budak pondok yang menutup aurat dan ikut sunnah nabi baik kau kutuk orang perempuan yang tabarruj atau buka aurat. Aku tanya budak pondok kenapa diwajibkan pakai kain pelikat dan digalakkan botak kepala kat sekolah pondok? Katanya supaya budak pondok tak bleh nak melawa dan bagi budak perempuan tak minat kat budak pondok supaya budak pondok boleh focus belajar kat pengajian agama. Cuba banding kat universiti kita. Pergi kelas melawa macam nak goda orang.
3.Sistem pondok tak guna teknologi canggih.
Teknologi canggih tidak bleh didefinisikan dengan alatan-alatan, Benar ke oang zaman sekarang lebih canggih dari orang-orang zaman dulu. Cuba fikir sejenak. Ada ke teknologi sekarang yang boleh bina pyramid atau Taman Tergantung Babylon atau tempat tadahah air automatik keluar bila azan bergema seperti di Cordova suatu tika dulu. Teknologi zaman sekarang adalah teknologi yang canggih dari segi nak memusnahkan dunia sebenarnya. Di pondok kekuatan jiwa dan hati dibentuk sehinggakan tidak ada kekuatan manusiawa yang keji dan dengki yang boleh merosakkan jati diri mereka yang ikhlas ingin berjuang di Jalan Allah.
4. Di pondok tempat budak-budak jahat dihantar untuk dipulihkan.
Itu adalah masalah utama pondok. Kerana bersikap begitu terbuka dan ikhlas kadang kala kat pondok jadi tempat for granted untuk mak bapa yang dah putus asa dengan anak2 mereka. Pondok dah jadi macam pusat serenti pulak.Di sinilah terpaparnya keikhlasan hati tok Guru pondok yang ingin mendidik insan dan berdakwah. Di universiti jangan harap nak didik budak-budak jahat, Baru fail satu dua papers atau pointer jatuh dah kena kutuk dengan kawan-kawan dan lecturer. Di pondok tiada kasta-kasta pointer atau merit. Semuanya sama. Anak datuk ke, tan sri ke semuanya dilayan serupa.
5. Lain-lain isu aku tunggu kawan2 timbulkan. Aku akan jawab persatu setakat mana yang aku tahu.
Pengalaman-pengalaman manis dan menarik ketika di pondok.
Kisah pertama..
Aku kat sekolah pondok agak nakal. Aku sering memerhatikan wajah-wajah budak-budak pondok bila dalam pengajian atau kat masjid. Memamg sangat2 bersih, kacak dan bercahaya. Tenang betul wajah mereka. Ada nur… Jadinya terdetik kat hati aku. Yang muslimin aku dah tengok. Aku nak lihat pulak macam mana wajah muslimat-muslimat di sekolah pondok.Mesti lawa-lawa dia orang ni. Suatu hari lepas habisnya pengajian di satu kawasan musolla selepas asar aku buat-buat tertinggal kitab dan pen. Biasanya di situ muslimat akan gunakan tempat tu lepas muslimin habis menadah kitab pada pukul 5.30 petang.
Bila aku patah balik aku tengok ramai muslimat dah ada kat kawasan tu. Entah masa bila pula senyap-senyap dia orang naik kat kawasan surau tu. Aku pun meminta pen dan kitab aku dengan machonya. Dia orang dengan menggelabahnya bagi pen kat aku. Yang tengah duduk kat tepi pintu terus lari ke dalam surau sebab dia orang tak sempat tutup muka dengan purdah dia orang aku dah sergah dia orang minta pen dengan kitab. Memang kelakar masa tu buat muslimat pondok menggelabah jumpa muslimin. Dia orang memang tak biasa nak bermuamalat ngan laki. Solehah betul dia orang ni. Ada lagi ke muslimat macam tu di universiti aku?
Kisah kedua..
Ini cerita di pondok Seligi. Tok Gurunya orang alim dari selatan fatani antara pejuang mujahiddin yang berperang dengan tentera siam demi mencari kemerdekaan fatani dari pemerintahan kuffar. Suatu pagi tu kami nak betulkan tali air di atas bukit. Kat pondok seligi sumber air dari tali air di kawasan bukit-bukit. Mineral water sebab di Pondok Seligi tempatnya di hujung-hujung kampung dekat dengan kawasan hutan. Bila pukul 7 malam je nak gelap gelita macam waktu tengah malam.
Tok Gurunya dah tua. Jadinya kami bercadang betulkan tali air di kawasan bukit yang tinggi. Yang peliknya kami bertolak dulu sebelum tok guru ke kawasan atas bukit. Kami orang-orang muda. Tapi Tok Guru dengan tongkat dan tenaga tuanya di samping kakinya yang jalan tempang kena tembak tentera kuffar siam sampai dulu kat kawasan atas bukit. Padahal kami yang bertolak dulu ke atas bukit. Tok Guru ni memang terkenal kerana kehebatan bahasa Arabnya dari segim ilmu nahu dan perjuangannya menentang Tentera Kuffar Siam.
Kisah Ketiga..
Aku tertarik betul dengan 3 watak budak-budak pondok ini. Wajah-wajah dia orang sangat-sangat bersih, kacak, tenang sampai aku asyik saja perhatikan wajah dia orang bila ada kesmpatan bertemu. Bayangkanlah aku yang lelaki ini pun boleh minat perhatikan wajah dia orang. Agaknya kalau perempuan kat luar nampak lagi-lagilah gila kepayang dibuatnya. Jadinya aku nak siasat apa rahsia amalan dia orang ni.Mesti ada kisah tersendiri mereka ini. Salah seorang tu aku pergi ziarah kat pondok dia. Banyak betul buku-buku English dan ensyklopedia dia. Rupa-rupannya mamat ni anak orang kaya yang mantap dan power Englishnya tapi buat keputusan nekad untuk mendalami agama di pondok.
Dia peroleh ketenangan di pondok.Ilmu bahasa english yang dia ada pulak dia ajar budak-budak pondok lain. Orang kedua pula anak seoarang Dato yang sangat-sangat kaya juga.Bungalaw family dia kat Shah Alam. Memang besar bapak rumah bungalow dia kat SS7 berhampiran dengan bungalow Exco-Exco Selangor dan MB selangor. Orang ketiga pula jenis peminat aliran kesufian dan tasauf. Bila cakap dengan orang matanya pandang ke bawah saja walaupun bercakap dengan lelaki. Dia buat sebegitu sebab dia tidak mahu pandangan matanya terkesan dengan keindahan ciptaan Allah walaupun manusia itu lelaki. Apatah lagi kalau orang tu perempuan lagilah haram dia tak pandang wajah perempuan.
Aku perhatikan ketiga-tiga jejaka pondok ni perwatakan mereka betul-betul mereka ikut sunnah nabi dari segala aspek luaran dan dalaman. Mereka bila solat jemaah dan menadah kitab mesti duduk saf pertama sekali. Melihat pada batang tubuh dan wajah mereka saja dah cukup buat kita rasa keinsafan. Sejuk perut mak ayah mereka. Bertuahlah muslimat-muslimat yang dapat memaut hati mereka sebagai suami soleh.. Aminn..
Kisah Keempat
Bukanlah kisah apa sangat. Cuma luahan rasa hati saja. Di pondok jiwa aku berasa sangat-sangat tenang. Kawan-kawan di sana sangat tawaduk merendah diri dan baik sangat2. Di universiti watak-watak seperti mereka macam tiada. Budi bahasa mereka lemah lembut sampaikan aku bila berada di pondok memang langsung tak teringat kat rumah atau benda-benda lain. Saat paling membahagiakan bila dapat bersolat jemaah bersama-sama dan berzikir selepas subuh sampai waktu Isyraq. Sayup-sayup bunyi zikir dengan Tok Guru membuatkan hati lapang, tenang dan akhirnya air mata menitis tanpa disedari. Dengan bersolat saja kita boleh menangis. Dengan melihat wajah tok Guru, Ustaz-ustaz, kawan-kawan di sana saja terus membuatkan hati ini berzikir pada Allah s.w.t.
Tapi aku sedar dunia aku bukanlah di sana full time. Allah s.w.t beri aku peluang di kedua-dua dunia. Dunia universiti dan dunia pondok sebagai mediator dan juga penganalisis supaya diriku lebih matang, tabah dan dapat membantu sahabat-sahabat lain yang mungkin ada masalah jiwa seperti yang telah aku alami. Di universiti ramai sangat orang sakit jiwa. Jiwa tak tenang dan aku salah seorangnya. Maksiat di university berleluasa. Bukan setakat maksiat zahir berleluasa.
Maksiat hati dengan hilang keihklasan, riyak ilmu, kedekut ilmu sangat-sangat berleluasa. Dengki pada kawan, mengutuk, mengeji dan mengumpat bertebaran. Tiada kasih sayang sesama sahabat yang ada dengki, cemburu dan berpuak-puak..Itu belum campur kes murtad, pelacuran, zina, pengguran haram yang dilakukan budak-budak universtiti sangat-sangat kronik.Nauuzubillah... . Semua ini adalah kerana masalah hati. Masalah jiwa yang membarah dan menjdi virus dalam diri. Ubatnya adalah zikrullah tapi racun duniawi juga yang ditelan kerana ketagihan padanya!!
Kesimpulan
Kisah di pondok ini sebenarnya adalah suatu penilaian peribadi yang bisa sahaja tidak tepat dan ada banyak kesilapan. Aku jujur bentangkan isu ini untuk iktibar diriku dan kawan-kawan. Kepada kawan-kawan di universiti bersama-samalah kita bentuk diri kita jadi Hamba Allah yang ikhlas menuntut ilmu dan berdakwah fi Sabilillah..Kepada kawan-kawan pondok. Aku sangat-sangat merindui kamu semua. Ukhuwwah Fillah yang kita bina harapnya biarlah berkekalan hingga kita terpilih di kalangan pemuda yang dinaungi Allah s.w.t di Yaumal Hisab kelak.. Aminn Ya Robb..
Effendy bin Zulkifly
Jalan Paladium, Seksyen 7 Shah Alam
salam..
ReplyDeletesaya suka sgt baca tulisan ini.. terima kasih...
Salam,
ReplyDeletekepada empunya blog, saya (Yana) ingin mendapatkan sedikit info tentang belajar disekolah pondok ini.. kalau boleh tolong tinggalkan cara bagaimana saya boleh menghubungi semula.. ini email saya yannalayola@yahoo.com
harap awak dpt membantu saya.. terima kasih...
nak sangat belajar kat sekolah pondok.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam. terima kasih diatas tulisan ni. sgt bermanfaat pada org len. sya mmg tercari-cari skolah pondok. boleh bagi detail sekolah pondok yg awak thu pada email saya. elinabalqis@gmail.com.
ReplyDeletethank q ;)
salam. syukran atas perkongsian artikel, selama ini ana tertanya2 juga mcm mana kehidupan kat pondok, Alhamdulillah, skrg ana sudah tahu serba sedikit. boleh ke ana luangkan masa dekat pondok utk seketika, maksud ana, sebulan shj, smnentara mnunggu kuliah d universiti bmula?
ReplyDeleteTeringin nak blaja kat pondok jugak
ReplyDeleteSalam...syukran kepada empunya blog kerana menulis mengenai pengajian pondok yg sememangnya membuat ana tanpa sedar menangis dan terkesan bila membacanya...harap empunya blog boleh menghubungi saya, agar berkongsi lebih lagi mengenai pngajian pondok ini...sekarang ana tinggal di shah alam juga...ini email ana...MohdHasrulRidzwan@gmail.com
ReplyDeletesalam... trima kasih atas pkongsian.. harap saudara dpt bkongsi alamatnya.. ortulin@gmail.com :)
ReplyDeletetdk semua warga university begitu...x semetinya bdk2 u semua akhlaknya buruk ada yg baik begitu jgak bdk2 pondok...ana bkn mahu memhk kpada mana phk..sbb tdk harus diperslhkan institusi pengajian..bnyk jga ilmuan islam lhir dri u..tpi tdk dikenali kerana bnyk orng berfikiran seperti anda..yg berfikir..asl dri u ja...akhlak buruk..cnthnya para pngkaji islam yg mngkaji tngtng tamadun kaum bani tamin atau kaum tnh melayu (nusantara)...seperti kita tahu sjrh pada masa kini merupakan satu pembohingan saja...tpi tdk ramai yg tahu...sebab dia..nk cerita pnjng..nk pendekan pon x boleh..niwh slh satu kajian yg dilakuan..
ReplyDeletehttp://lokalgenius.blogspot.com/search/label/TEKNOLOGI%20MELAYU
nusanaga.blogspot.com
kajian yg dilakukan dri bdk2 keluaran u...
so jgn menunding jari kpada institusi shja...tpi yg slh adlh individu itu sendiri..kerana individu itulah yg membuat keputusan....so berfikirlah sejenak apa yg dikatakan olh saya...
bodoh, cakap dgn org gila mcm ni jadinye. baca dulu sampai abis. nilah sikap penuntut agama di universiti. bukan semua tp kebanyakn. blaja sikit tp nk cakap mcm dah pandai. blaja bg pandai bru bleh ckp. baca bg abis. xpahm tanye.jgn nk memandai.
Deletesalam boleh saya dptkn alamt sekolah pondok yg anda cerikan ni? saya benar2 ingin mendalami ilmu agama.saya tgglkn email, hrp anda dpt berkongsi alamt.ayuibrahim88@gmail.com. terima kasih.
ReplyDeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah telah mempertemukan ana dengan blog enti ;D Jazakillah atas perkongsian enti..
Ana sebenarnya dah lama berhajat utk belajar di sekolah pondok tp ana tak tahu sekolah yang mana dan di mana..
Ana benar2 nak menghayati suasana Islam yang sebenar-benarnya..Mohon enti, kalau berkelapangan, emailkan ana maklumat sekolah yg enti ceritakan ni ya?!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTumpang tanya, boleh tak kalau belajar untuk seketika..
Kesuntukan masa, cuti semester tak lama.
Ada yuran ke masuk? & macam mana yer nak masuk?
Tertarik dengan pondok seligi tu. camne ye? dimana
assalamualaikum, boleh bg details x ttg sekolah pondok yg dimaksudkan?
ReplyDeleteassalamualaikum, boleh bg details sekolah pondok tersebut? email sy aishyah_shak@yahoo.com..terima kasih
ReplyDeleteSalam.bole emelkn detail
ReplyDeleteskola pondok kt sy x.tq
nabilahhuda2419@yahoo.com
salam.nak tanya, kalau di pengajian pondok ni boleh x untuk kita belajar dalam jangka masa yang pendek.contohnya macam 10 hari or seminggu.sebab sy bekerja dan mahu memperbaiki diri.
ReplyDeletejika berkesempatan mohon berikan info pengajian pondok yang berada di perak atau utara dan yang ada ustazah.tq
mohon email info berkaitan ke adek_sarah810@yahoo.com.my
Salam...
ReplyDeletesaya berminat untuk belajar di pondok tapi kurang info mengenai pembelajaran dan lokasinya di mana..boleh saya dapatkan info tentang belajar disekolah pondok ini.. harap empunya blog boleh menghubungi saya, agar berkongsi lebih lagi mengenai pngajian pondok ini...
mohon email pd saya n_ndayah28@yahoo.com
terima kasih di atas perkongsian yg bermanfaat ini..
assalamualaikum , boleh kongsi info nama dan alamat pondok tu ?
ReplyDeleteni email saya fatinatikahamirrazli@yahoo.com
harap diemailkan ya :) Assalamualaikum . terima kasih :)
salam alaik. saya mmg betul betul nak mencari sekolah pondok, boleh bagi alamat sekolah pondok kepada ana. Terima kasih atas perkongsia ukhti :) boleh email ana, liyanatarmizi08@yahoo.com.my
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Send alamat pondok awak dekat email saya ni Eifadopdop@yahoo.com tau.. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum..boleh bgtau x pondok mana tu..bls dekat email saya yek..daud03daud@yahoo.com
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteblh saya tahu di mana alamt sekolah pondok di ats?
blh email saya di inshirah_nurul@yahoo.com..
terima kasih..
Ada ja orang yg nak cari gaduh dlm komen ni. Kat situ ja dah nmpk hati kotor. Tak boleh ditegur sikit melenting
ReplyDeletesalam. . saya nak sangat2 masuk sekolah pondok..boleh bg alamat dan bg taw macam mana saya nk masuk. . kalau boleh area kl dan perak
ReplyDeleteni email saya terlupa nak bagi. . . syazmiey.naughty@ gmail.com
ReplyDeleteAssalamauliakum...Allah baru saya dapat baca message2 ni setelah bertahun tak update Blog ini atas sebab2 tertentu..kemaafan saya pohonkan buat semua ukhty dan akhi yang baik hati kerana baru dapat membalas message2 ini.
ReplyDeletekisah yang di ceritakan ini bukan pengalaman dari saya tetapi lebih kurang dengan pengalaman saya masa berada di Pondok sekejap dahulu..ia adalah pengalaman kawan dari kawan saya yang duduk di sana.
pondok yang di maksudkan dalam coretan ini adalah di Pondok Pasir tumboh yang merupakan antara Pondok tertua dan yang sangat Aktif Di Malaysia ini yang sangat banyak melahirkan ilmuan2 islam di Malaysia..pondok yang sangat banyak pengisian agamanya terbuka sentiasa untuk wanita dan lelaki dari kecil hingga yang tua.
Dan Satu lagi adalah pondok seligi.
Boleh like FB : Pondok Pasir Tumboh & MADRASAH DAKWAH ISLAMIAH (PONDOK SELIGI)
Untuk mengetahui program2 nya dan pengambilan yang sentiasa ada..
Minta Maaf sekali lagi.
Boleh like ke FB : Pusat Pembangunan Pondok Bhd juga untuk mengetahui info2 tentang pondok.
ReplyDeleteDan untuk senarai Pondok2 Seluruh Malaysia boleh refer Website ini :
http://epondok.wordpress.com/pondok-malaysia/
Moga Allah merahmati Anda semua...Aamiin ya ALLAH