Monday, May 14, 2012

SHARING IS LOVING - "MUTIARA KATA", Imam Al-Ghazali




1.Janganlah anda menjadi muflis dari sudut amalan dan jangan jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah. Yakinlah semata- mata dengan memiliki ilmu belum tentu lagi menjamin keselamatan di akhirat kelak 


2. Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu setiap masa. 

3. Seboleh- bolehnya jangan bertengkar dengan seseorang dalam apa jua masalah kerana pertengkaran itu mengandungi pelbagai penyakit dan dosanya jauh lebih besar daripada faedahnya, riak, takbur, hasad dan dengki. 

4. Pelajari ilmu syariat untuk menunaikan segala perintah Allah s.w.t dan juga ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti. 

5. Kata-kata wasiat  Lukman al- Hakim, " Wahai anakku yang tercinta, janganlah sampai ayam jantan itu lebih bijak daripada engkau. Ia berkokok di waktu sahur sedangkan engkau masih tidur lagi". 

6. Kerja seorang guru tidak ubah seperti kerja seorang petani yang sentiasa membuang duri serta mencabut rumput yang tumbuh di celah- celah tanamannya. 

7. Sesiapa yang berumur melebihi empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki neraka. 






Wednesday, January 18, 2012

SHARING IS LOVING : PERINGATAN BUAT DIRI ..MARI



Assalamualaikum..Sharing is Loving..peringatan buat diriku yang faqir dan dhaif..

  • MARI KITA BERUSAHA mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  • MARI KITA BERUSAHA mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dari org yang dizalimi, membuat persediaan unutk mati dan merasa cinta kepada ALLAH
  • MARI KITA BERUSHA membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yg dizalimi.
  • MARI KITA TINGGALKAN dusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • MARI KITA BERUSAHA menahan kemarahan, banyakkan berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
  • MARI KITA BERUSAHA membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • MARI KITA  menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • MARI KITA merasa redha kepada qadha’ ALLAH SWT, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  • MARI KITA PERBANYAKKAN berselawat ke Rasullulah SAW, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH SWT
  • MARI KITA SAMA-SAMA mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.