Friday, January 14, 2011
SHARING IS LOVING - Kita pujuk hati disaat kita sangka kita kehilangan…
Assalamualaikum....
Kita pujuk hati disaat kita sangka kita kehilangan…
Setiap kali kita mengangkat kaki melangkah ke hadapan, setiap kali itu jugalah kita akan meninggalkan satu kesan tapak kaki dibelakang. Itulah kehidupan, korbankan apa yang ada di tangan untuk mendapatkan apa yang diimpikan. You have to pay for everything you want.
Kadang-kadang, kita terlalu sayang untuk mengorbankan apa yang kita ada demi sesuatu yang baru. Namun, putaran kehidupan serta fitrah alam memaksa diri untuk melepaskan sesuatu pergi dari hidup ini demi menerima sesuatu yang baru. Putaran ini akan berulang dan terus berulang bersama berlalunya usia, cuma hadir dalam bentuk berbeza.
Kita seharusnya akur, apa sahaja yang ada disekeliling saat ini adalah bersifat sementara. Segala yang ada dikiri dan kanan, sama ada bernyawa atau tidak, sedang menunggu saatnya untuk beralih dari kehidupan kita. Kita juga begitu, sedang menunggu saat beralih ke dunia tidak bernoktah.
Dek kerana sifat sementara yang ada pada setiap ciptaan itu, belajarlah untuk menghargai segala yang kita masih ada. Tapi sayangnya, manusia ini mudah lupa. Lupa untuk menghargai apa yang dekat dengannya, namun bila yang dekat dan selalu ada itu hilang, baru hendak melatah tidak keruan, menyesal tak berkesudahan. Kadang-kala, enggan pula melepaskan hak milik sementara itu pergi. Bersedih hati laksana dunia sudah dihujungnya disaat apa sahaja yang disayangi sudah tiada lagi. Itu sifat semua benda, sementara! Belajarlah untuk menerimanya.
Ingatkanlah diri, segalanya pasti akan pergi. Syukurilah nikmat yang kita ada kerana kita tidak tahu bila nikmat berganti bencana. Hargailah setiap insan yang ada di sisi kerana kita juga tidak tahu, siapa antara kita yang akan pergi dahulu. Dan andai ada insan-insan yang bermakna ingin melangkah jauh ke tempat lain, lepaskanlah dengan rela hati. Cukuplah sekadar dikenang dalam lipatan memori, kerana setiap insan yang pernah hadir dalam hidupmu pasti akan meninggalkan secalit warna kenangan dalam kanvas lukisan kehidupan. Tidak perlu untuk dipadam. Calitan itu kelak akan menjadi pedoman. Usah ditangisi insan yang ingin pergi, kerana yang baru akan datang mengganti membawa adunan warna yang lebih beerti. Jangan khuatir pada ketentuan Ilahi kerana setiap takdir Tuhan ada rahmat yang tersembunyi.
Yang penting, hargailah apa sahaja yang ada disisi saat ini, sebelum ia pergi tak kembali… …rupanya, Dia hilangkan kaca untuk kita dapatkan permata..
Sumber : FB Syasya Sya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment