Monday, February 28, 2011

SHARING IS LOVING - Pesanan Utk Orang Cantik




Assalamualaikum..Pada Pandangan Cinta....Cantik ..Ia sangat subjektif ..Cantik di pandangan si A tidak semestinya cantik di Pandangan Si B..cantik bukan sekadar pada wajah .tapi juga pada keimanan nya pada ALLAH...tingkah laku sesama manusia....adab ..pada bagaimana individu itu Bringing Her or His Beauty deep inside from inner layer to outer layer ...Apapun istilah kecantikan yang pentingnya...biarlah cantik di mata ALLAH ....orang2 beriman yang bertakwa dengan ikhlas kerana ALLAH..insyaALLAH di pandang Cantik.. amin...


Pesanan Utk Orang Cantik 

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.

Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiasa pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.

Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt. !!!



Sumber : FB Musafir Hina

No comments:

Post a Comment