Tuesday, February 8, 2011

SHARING IS LOVING - Berlaku Adil Kepada Diri Sendiri


Assalamualaikum..

Jom ambil pengajaran dari ilmu ini..artikel yang baik sebagai pedoman buat kita...KITA adalah KITA ..KITA YANG AKAN MENCORAKKAN DIRI KITA...SAYANG LAH DIRI KITA ..CORAKLAH DIRI KITA PADA CORAK YANG MENDEKATKAN KITA PADA PENCIPTA KITA...Moga ALLAH merahmati Penulis artikel ini...Amin



"Memberi Keadilan Kepada Diri Sendiri"
Kadang-kadang hidup ini dilanda kesibukan sehingga ada sesetengah perkara yang terabai. Dan kebanyakannya memang berkait rapat dengan diri sendiri. Memang bukan disengajakan, tetapi itulah hakikat kehidupan. Dan itu juga merupakan salah satu ujian dari ALLAh SWT. Salah satunya adalah, pengabdian kepada diri sendiri.
Akan berlaku ketidakadilan kepada diri sendiri.
Manusia adalah manusia, dan akan kekal menjadi manusia. Makanya, manusia itu sendiri harus berlaku adil kepada diri sendiri lantaran apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Eh, macam mana tu?
Adil kepada diri = Memberi peluang kepada diri
Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Ya, kebenaran itu diakui. Namun, tidaklah sempurna sekiranya seseorang manusia banyak memberi manfaat kepada orang lain tetapi mengabaikan diri sendiri yang memerlukan perhatian daripada empunya badan.
Diri kita juga punya hak.
Ada masanya, kita disapa dengan kegagalan. Dan sampai pada satu tahap, kita akan kecewa dan terasa seperti mahu berputus asa saja. Berhenti melakukan semuanya kerana kita terasa kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu itu. Kerana kita rasa, kalau pun kita melakukan itu, akan menemui kegagalan juga. Maka sekiranya begitu, anda telah zalim kepada diri anda sendiri.
Tidak adil dan zalim terhadap diri sendiri. Ya!
Kerana apa? Kerana diri anda itu berhak mendapatkan peluang untuk berjaya dan menjadi seseorang. Selepas kegagalan, sepatutnya anda lebih berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Apabila anda gagal sebagai seorang pelajar semasa menuntut, anda sepatutnya lebih berusaha keras untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya. Bukan sebaliknya, iaitu berputus asa dan tidak mengambil endah lagi terhadap pelajaran.
Anda dapat tak?
Hidup kita ini adalah tanggungjawab kita, maka kita sendiri yang mencorakkan masa depan kita. Sekiranya kita gagal, itu adalah kerana kesalahan kita yang menzalimi diri diri sendiri dan bukannya salah sesiapa. Bukan salah ibu bapa, rakan-rakan, mahu pun guru-guru.
Berbanggalah dengan diri sendiri dan berikan peluang kepada diri.
Kerana, diri anda berhak mendapatkannya!
Jangan Zalimi Diri Sendiri
Saya suka untuk mengambil KEGAGALAN sebagai contoh berlaku adil kepada diri sendiri.
Saya pernah gagal dalam kehidupan ini sebagai seorang pelajar. Pernah merasa lemah dengan kegagalan tersebut. Dan pernah merasa ingin berputus asa untuk berusaha. Dan tanpa sedar, saya sebenarnya sedang menzalimi diri saya sendiri.
Dan saya tidak mahu anda (pembaca) menjadi seperti saya. Saya sayangkan anda walau siapapun anda. Dan saya menginginkan kebaikan untuk anda. Moga-moga anda menjadi Duta Islam yang tulen!
Manusia yang dikalahkan oleh kegagalan adalah manusia yang menghukum dan menghina diri sendiri dengan kegagalan. Anda tidak berlaku adil kepada diri anda. Sedangkan, diri anda layak untuk mendapat kejayaan. Anda lari dari kegagalan berbanding menghadapi kegagalan tersebut.
Jika begitu, maka tanpa sedar, anda mungkin seorang yang pengecut.
Tidak ada sebarang kejadian pun di dunia ini ALLAh ciptakan tanpa sebarang hikmah. Maka begitulah juga kegagalan.
Dan suka untuk saya mengatakan bahawa kegagalan itu adalah penangguhan pada kejayaan.
Kegagalan itu, adalah guru yang terbaik untuk kita membuat penilaian semula apakah kesilapan yang telah kita lakukan hingga menyebabkan kita gagal. Suatu penangguhan untuk berjaya kerana ada syarat yang tidak dipenuhi. Sweet and sour, aite? 
Adillah Kepada Anda Sendiri
Letakkan kedudukan diri anda pada tempat yang sepatutnya anda letakkan, itulah adil namanya. Jika anda mampu untuk berbuat demikian, maka anda sebenarnya telah melakukan perkara yang besar dalam hidup anda kerana anda berjaya mengalahkan nafsu dan hasutan syaitan yang menyuruh anda untuk berputus asa.
Jangan kalah pada nafsu yang jahat dan hasutan syaitan yang memperdaya!
Apa yang anda perlu percaya dan yakin adalah, diri anda itu ALLAh SWT dah kurniakan kelebihan sepertimana orang lain yang punya kelebihan tersendiri. Kita hanya perlu bermujahadah dan mengikut garis panduan Islam untuk melakukannya.
Jadikan ISLAM sebagai PAKAIAN!
Saya cuma ambil contoh kegagalan dalam berlaku adil kepada diri sendiri. Tetapi sebenarnya, berlaku adil kepada diri sendiri haruslah dalam semua perkara. Jangan jadikan suatu halangan itu menjadi galakan kepada anda untuk menzalimi diri anda.
Tubuh kita ini, adalah pinjaman dari ALLAh. Dihadapan-Nya nanti, kita akan dipersoalkan mengenai setiap apa yang telah kita buat semasa di dunia bersama diri in, tubuh ini.
Saya mahu adil kepada diri sendiri. Anda? Jom!

No comments:

Post a Comment