Thursday, February 17, 2011

SHARING IS LOVING - MUTIARA KATA




"Dunia diumpakan tempat 'membayar' di Akhirat nanti tempat 'bermain'.PAY NOW,PLAY LATER.Bayar disini,'berseronoklah'disana.Apa sahaja di dunia ini menuntuk Bayaran..pilihlah samada utk membayar dahulu@kemudian..tetapi sekiranya kita membayar dahulu..kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti..Jom kita sama2 bersusah payah melakukan ketaatan,kebajikan & kebaikan..walaupun diri diselubungi dosa dan kemelut alpa.usah sekali berputus asa."Pahrol Mohd Juoi"


"Memberi akan lebih gembira daripada menerima dengan syarat kita memberi dengan ikhlas kerana Allah dan kasih sayang..tanpa ikhlas kerana Allah dan kasih sayang,kita tidak akan gembira dengan memberi..justeru,Awas..sekiranya kita memberi tetapi tidak gembira lg bila memberi bererti keikhlasan dan kasih sayang dalam diri telah terjejas"..Dimana Dia Dihatiku


Sesungguhnya jalan mujahadah itu adalah jalan kita...Di jalan itu sering berlaku dialog dalam diri...apabila susah melanda .kita merintih pada orang yang salah ...apabila nikmat menjelma kita lupa pada pemberi nikmat...kita manusia kebanyakkan nya lebih rela menangung seksa yang begitu pedih,dashyat dan kekal hanya kerana nikmat yang sedikit di dunia yang kita kejar...


Ya Allah..Kekadang aku terlalu biadap menyoal Mu..kenapa Aku..tidak dia..tidak mereka..terasa egonya hati..terasa kasarnya jiwa berhadapan dengan MU..aku sering tidak Redha..Ahh...aku si debu yang hina..terbang bagaikan habuk di kaki Langit..sudah dikendong ingin pula dijunjung..YA ALLAH,berikanlah aku kerendahan itu..agar aku mampu merayu-rayu Mu..YA ALLAH..Berikanlah kelembutan hati agar aku teleku,tunduk dan tersembam di telapak Redha Mu.."Pahrol Mohd Juoi"


"Sahabat yg baik adalah sahabat yang saling nasihat menasihati ke Jalan Allah..sahabat adalah mutiara yg indah yg dikurniakan Allah ats rahmatnya..sahabat yg baik adalah penyeri hidup..dgn nasihat yang berguna..dgn kasih sayang kerana mengharap redha Allah..dgn peringatan bersama berusaha ke syurga Allah.Syukur dan alhamdullilah pada mu Ya Allah ats keindahan ini..thanks temanku yg disayangi kerana Allah"


Menentang hawa nafsu samalah dengan menentang diri sendiri..kita akan tersiksa..ini yg menyebabkan mujahadah selalu patah..atau belum mujahadah kita sudah mengaku kalah..kita kadang2 terlalu sayangkan diri untuk disakiti dalam bermujahadah..mujahadah itu memang pahit kerana Syurga itu sgt indah dan manis..walaupun kita letih sedikit..jangan mengeluh..biar ia pahit..biar ia sakit..Dunia adalah gelanggang mujahadah..kita di SINI untuk menanam..di Akhirat nanti barulah menuai..masa menandam memanglah payah..kena hadapi seribu kesukaran dan kesusahan..tapi apabila menuai nanti..kita akan terasa nikmatnya..jom kita usaha merelakan diri bersusah payah di SINI melakukan ketaatan..kebajikan..kebaikan..kita baiki diri kita hari ke sehari..moga kita diberi kekuatan dan kebaikan Dunia dan Akhirat..Amin Ya Allah


Semangat dan Azam untuk hidup hari ini..tanpa kesedihan,tanpa keresahan..tanpa kemarahan..tanpa kedengkian..tanpa kebencian..jom kita sayangi diri kita..kita didik dan semai kebahagian ini dalam hati kita..jika kita sendiri biarkan diri kita..siapa lagi nak tolong kita..Allah beri kita peluang lagi..Jom ikuti character Rasullulah dalam mencari redha Allah..makbulkan ya Allah


Ketulusan dan ketakwaan..Iman terhadap Tuhan Yang Satu..Mendamaikan jiwa yang rungsing..Menyejukkan hati yang panas..Menenangkan diri yang resah..Ku hayati keagungan Tuhan..Ciptaan NYA yang indah..Terasa akan kekerdilan diri..Terasa akan kekurangan..Yang terlalu kecil untuk di banggakan..Ku susuri alam yang sementara..Mencari keredhaan NYA..Muga ku temuai apa yang ku cari..Kerna aku tahu dunia ini hanya pinjaman..Diri ini hanya musafir..Dan bila tiba masanya yang dijanjikan..Aku akan dijemput pulang..Membawa bekalan perjalanan..Samaada diterima ataupun tidak..Aku berdoa pada MU Tuhan..Muga amal ku di terima oleh MU.


Sahabat yg baik adalah sahabat yang saling nasihat menasihati ke Jalan Allah,ia adalah mutiara yg indah yg dikurniakan Allah ats rahmatnya..terima kasih Allah ats keindahan ini..llmu yang baik buat pedoman.

No comments:

Post a Comment