Tuesday, February 22, 2011

SHARING IS LOVING - ALLAH TEMPAT KAMI BERGANTUNG




Assalamualaikum...Artikel yang di ambil dari FB teman saya .. Jom kita baca dan ambil pengajaran darinya..moga hari2 kita yang mendatang mendekatkan kita pada ALLAH ..amin


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat kepada ALLAH. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya
merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang
diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang
kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.
Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah
teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi ALLAH tiada yang mustahil.

Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "YA ALLAH , aku
memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin YA ALLAH"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang
perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan
keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika
sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, Dan berdoa lagi dengan sungguh2.Maka dia pun mengangkat kedua tangannya dan berdoa "YA ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin YA ALLAH".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!!Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul Dan yakin dengan aturan ALLAH

Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi Kepada ALLAH dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir..INSYAALLAH keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk
berdoa. "YA ALLAH, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin YA ALLAH". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.
Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia
membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang
terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!Dia pun tetap REDHA..lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya dia tetap berdoa dan memohon..Tetapi ada sedikit kesedihan dan seakan putus asa di hatinya..kerana doanya tidak dikabulkan. Dia Terus meminta...dan meminta agar rezeki nya ada... Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya
ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari
tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih
belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak
berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di
depannya itu, cepat-cepat dia bersyukur pada ALLAH  di dalam hatinya 

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak
membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana
tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap
apa yang dipinta. Percayalah bahawa ALLAH akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi ALLAH kerana  Allah Maha Berkuasa.....


Sumber : FB Akhi Faiz Abdul Rahman

No comments:

Post a Comment