Monday, February 28, 2011
SHARING IS LOVING - Pesanan Utk Orang Cantik
Assalamualaikum..Pada Pandangan Cinta....Cantik ..Ia sangat subjektif ..Cantik di pandangan si A tidak semestinya cantik di Pandangan Si B..cantik bukan sekadar pada wajah .tapi juga pada keimanan nya pada ALLAH...tingkah laku sesama manusia....adab ..pada bagaimana individu itu Bringing Her or His Beauty deep inside from inner layer to outer layer ...Apapun istilah kecantikan yang pentingnya...biarlah cantik di mata ALLAH ....orang2 beriman yang bertakwa dengan ikhlas kerana ALLAH..insyaALLAH di pandang Cantik.. amin...
Pesanan Utk Orang Cantik
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.
Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.
Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.
Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiasa pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.
Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.
Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt. !!!
Sumber : FB Musafir Hina
Sunday, February 27, 2011
SHARING IS LOVING - BENARKAH ITU CINTA?
SETIAP INSAN memiliki HATI dan setiap HATI itu memiliki CINTA.
HATI adalah tempat bersemayamnya CINTA dan bersemayamnya CINTA di HATI itu menjadikan kita sebagai INSAN.
Begitulah eratnya antara INSAN, HATI & CINTA. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.
Saya sering ditanya "Berdosakah apabila jatuh CINTA pada seseorang?"
"Alhamdulillah kamu adalah manusia normal." Itulah kebiasaannya respon pertama saya.
HATI kita memang mudah jatuh CINTA dan mudah pula membenci. Bahkan kadang-kadang kita sangat CINTAKAN seseorang kemudian dialah pulalah yang paling kita benci.
KECINTAAN kadang-kadang menjadikan kita seperti lembu yang dicucuk hidung hingga boleh diseret kemana-mana sahaja walaupun ke lembah kehinaan dan kotor.
Tetapi CINTA juga boleh mengangkat kita tinggi bahkan lebih tinggi dan mulia dari malaikat. Itulah CINTA, penuh dengan keajaiban.
Islam tidak pernah melarang kita untuk jatuh CINTA atau DICINTAI. Bahkan Islam tidak pernah menggambarkan CINTA itu hina dan keji sehinggalah CINTA itu sendiri dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi.
Bukankah CINTA itu suci, sesuci embun pagi?Bukankah CINTA itu mulia dan tinggi?Bukankah CINTA itu datang dari kebersihan HATI lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa?
Benarkah itu CINTA, Kalau kita semakin keji dan hina?Benarkah itu CINTA, kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri?Benarkah itu CINTA, kalau kehidupan kita hilang pedoman hingga akhirnya kita terdampar dipantai maksiat?Benarkah itu CINTA, kalau kita lupa diri hingga tercampak kelembah yang hina dina?
Benarkah CINTA yang menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri?Benarkah CINTA yang menjadikan HATI kita hitam dan kotor hingga diri kita tidak lagi 'suci'? Benarkah CINTA yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan?Benarkah CINTA yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang, untuk apa didatangkan dan kemana akhirnya kehidupan?
Benarkah itu CINTA, atau Nafsu yang menggoda, atau Syaitan yang memperdaya, atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala?
Benarkah itu CINTA, atau
Kejahilan yang menguasai, atau
Dunia yang memperdaya diri, atau
Kita yang buta dan lupa –
Buta terhadap kebenaran dan Iman
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian
Lupa terhadap nafsu yang memperdayakan INSAN
Bukankah semua kita inginkan kemuliaan?
Bukankah semua kita mencari KEBAHAGIAN?
Bukankah semua kita mencari 'jalan pulang'?
Kenapa kehinaan yang datang?
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan?
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan ?
Kenapa kita terlupa 'jalan pulang' ?
Benarkah itu CINTA? ATAU kita yang diperdaya?
Kehinaan di hias hingga mempersonakan
Kesementaraan dinampakkan kekal
Segala yang busuk terbau harum
Segala yang keji ternampak indah
BENARKAH ITU CINTA?
Untuk menjawab persoalan ini memerlukan jiwa yang bersih dan iman yang benar bukan nafsu dan kejahilan.
Cuba kita hitung dengan kebenaran, berapa ramai yang tewas dalam pelukan CINTA sedangkan semalamnya dia adalah lelaki atau wanita mulia.
Cuba kita tanyakan iman kita berapa ramai yang mendirikan rumahtangga atas dasar 'CINTA PERTAMA dan berapa ramai yang mampu mempertahankan mahligai CINTA itu hingga keakhir hayat mereka.
Cuba kita buka mata HATI kita dan kita lihat dunia CINTA ini dengan ilmu, iman, kebenaran dan kesedaran.
Ya, benar CINTA itu membahagiakan bukan memperdayakan.
Kita tidak inginkan KEBAHAGIAN yang bersifat sementara, dan
KEBAHAGIAN sementara ini tak lebih dari 'kosmetik' sahaja.
KITA PERLUKAN CINTA BUKAN 'KOSMETIK' CINTA.
Kita perlukan CINTA kerana kita perlukan KEBAHAGIAN bukan kerana CINTA itu sendiri.
Jadi kalau ada orang yang sedang BERCINTA saya mohon 'teruskan PERCINTAAN anda'.
CINTA itu tenang dan MEMBAHAGIAKAN.
CINTA itu menjadikan kita mulia dan tinggi.
Mulia dan tinggi disisi AR RAHMAN dan AR RAHIM –
SUMBER DAN SIMBOL CINTA HAKIKI.
Kalau ada yang masih belum jatuh CINTA, ayuh
Carilah CINTA anda kerana ianya menghidupkan HATI,
Membuka mata dan memimpin jiwa.
Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم memulakan dakwahnya dengan CINTA,
Mendokong dakwahnya berbekalkan CINTA dan
Meninggalkan dunia ini dengan mewariskan CINTA.
CINTA baginda kepada الله AR RAHMAN sehingga seluruh kehidupan ini hanya untuk-NYA.
CINTA itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina.
CINTA lalu hadir bersama cahaya hingga HATI-HATI mereka kembali hidup dan segar,
Keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga CINTA
Lalu bunga-bunga CINTA itulah yang kita perlukan kini.
Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan,
Untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan
Untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan.
Bunga-bunga CINTA itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga CINTA itu.
ღ ღ Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda ...
BENARKAH ITU CINTA?
Sumber : http://my.opera.com/azmibhr/blog/benarkah-itu-cinta
SHARING IS LOVING - InshaAllah ( Malay version ) by : Maher Zain
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insha Allah Insha Allah Insha Allah
Ada jalannya
Insha Allah Insha Allah Insha Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
P/S : Tiada tempat untuk kita mengantungkan harapan selain dari ALLAH ..Berusaha lah mencari dan menuju jalan ALLAH...Kerana keindahan dan kebahagian hakiki terletak di Jalan2 ILAHI...
Wednesday, February 23, 2011
SHARING IS LOVING - Mencari kesempurnaan
Solat adalah kewajipan yang difardukan ke atas setiap orang Islam dan merupakan tiang agama.Ia tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat,tapi Allah mewahyukan fardu solat terus kepada Rasulullah saw dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Situasi pada masa kini menampakkan ramai umat Islam mengambil ringan tentang perkara solat.
Situasi pada masa kini menampakkan ramai umat Islam mengambil ringan tentang perkara solat.
Cuba kita tengok kategori mereka ni:
1. Tidak mengerjakan solat kerana tak tau atau malas
2. Solat secara zahir saja.Bacaan pun tak betul,main ikut orang saja.
3. Orang yang solat,tahu ilmu tentang solat,tapi tak mampu lawan nafsu.Jadilah dia orang yang suka tinggal solat.
4. Solat 5 waktu tak tinggal,tapi fikiran melayang,tak khusyuk.
5. Dapat menjiwai solat malah dapat mempengaruhinya di luar solat.
Persoalannya kini,kita termasuk dalam golongan yang mana?Soal solat amat penting seperti sabda Rasulullah saw:
Sabda Rasulullah saw:
Berapa banyak orang yang mendirikan solat,tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih,kerana mereka itu lalai dalam solatnya.
Pokok persoalan yang timbul adalah apabila penghayatan solat ini dipandang ringan oleh semua pihak yang bertanggungjawab.Maka lahirlah generasi yang gelap hatinya...tidak nampak cahaya untuk menerangi kehidupan.Lantas...bergelumanglah ia dengan pelbagai maksiat.
Justeru itu duhai saudaraku...tiba masa untuk kita mengambil langkah memperbaiki solat kita.Dalam dunia cyber kini,pelbagai maklumat boleh kita perolehi di hujung jari kita.Jangan beri alasan tak tau..atau salah mak ayah tak ajar.Kita dah cukup dewasa untuk mencarinya sendiri.Kalau kita boleh ber chatting berjam-jam lamanya dalam sehari,apa salahnya kita peruntukkan sedikit masa setiap hari mencari maklumat untuk memperbaiki solat kita.Kita perlu berusaha kerana solat memberi kesan kepada kehidupan kita.Semoga apa yang kita lakukan dipermudahkan oleh Allah.InsyaAllah...
1. Tidak mengerjakan solat kerana tak tau atau malas
2. Solat secara zahir saja.Bacaan pun tak betul,main ikut orang saja.
3. Orang yang solat,tahu ilmu tentang solat,tapi tak mampu lawan nafsu.Jadilah dia orang yang suka tinggal solat.
4. Solat 5 waktu tak tinggal,tapi fikiran melayang,tak khusyuk.
5. Dapat menjiwai solat malah dapat mempengaruhinya di luar solat.
Persoalannya kini,kita termasuk dalam golongan yang mana?Soal solat amat penting seperti sabda Rasulullah saw:
Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya.Jika baik,dia telah berjaya dan maju.Jika rosak,dia telah celaka dan rugi.
Berapa banyak orang yang mendirikan solat,tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih,kerana mereka itu lalai dalam solatnya.
Duhai saudaraku..
Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita.Jika solat yang dilakukan tidak dapat menyelamatkan kita dari kemungkaran,bermakna ada yang tak sempurna pada solat kita.Rasulullah saw telah mengingatkan kita:Sesiapa yang memelihara solat,maka solat itu sebagai cahaya baginya,petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya,dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.
Justeru itu...
salah satu cara mengembalikan masyarakat ke arah pembangunan rohaniah adalah melalui penekanan solat terutama di kalangan remaja kini yang terdedah dengan pelbagai gejala sosial.Para ibubapa hendaklah memastikan amalan solat ini dihayati oleh anak-anak.Begitu jua para pendidik dan pelbagai golongan dalam masyarakat.Ini bertepatan dengan firman Allah swt:
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar,dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar(kesan dan faedah) dan ingatlah Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.(surah Al-Ankabut:45).
Sabda Rasulullah saw:
Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji,maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.Dan,pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
SHARING IS LOVING - langkah pertama untuk ubah sikap
Change focus, look for the positive
Anda perlu fokus benda yang positif dalam hidup. Mula untuk melihat hikmah atau kebaikan untuk setiap benda yang melanda dan kepada setiap individu lain instead daripada melihat keburukan dan kesalahan orang lain dan peristiwa. Tetapi ramai antara kita yang suka melihat kesalahan dan mencari salah orang lain sehingga kita lupa untuk mencari sinar kebaikan.
Saya ada satu kisah mengenai seorang budak bernama Andrew. Dia datang dari Scotland ke Amerika pada usia muda. Bermula dari melakukan kerja-kerja biasa sahaja dan last sekali, akhirnya dia memiliki kilang terbesar pembuatan besi di Amerika. Suatu hari, ada orang bertanya padanya, bagaimana beliau berurusan dengan pekerja-pekerjanya yang ramai. Andrew menjawab, " Berurusan dengan manusia sama seperti kita menggali emas. Bila kita mengali untuk mencari satu ounce emas, kita perlu membuang bertan-tan tanah dan kotoran. TETAPI, bila kita mengali emas, kita tak perlu lihat pada tanah dan kotoran yang ada, tapi kita perlu fokus melihat pada emas."
Kata-kata Andrew sangat menarik. Walaupun dalam diri seseorang atau situasi yang rumit itu nampak kabur, tetapi ada satu benda positif dan kebaikan dalam setiap diri individu dan pada setiap situasi. Kita perlu menggali lebih dalam untuk melihat sesuatu yang positif.
if we always looking what is wrong with people or with things, we will find many faults..
Orang yang berfikiran negatif akan selalu mengkritik.
Sesetengah manusia akan selalu melihat kepada negatif. Tak kira lah walau macam mana pun sesuatu benda itu berjaya dilaksanakan, pasti orang-orang sebegini akan mengkritik. Mereka telah membina kareer mereka sebagai pengkritik kehidupan. Mereka-mereka ini akan bergerak kesetiap tempat untuk mengkritik dan mencari kesalahan orang lain dan setiap keadaan.
Ada seorang pemburu yang mempunyai anjing pemburu yang ajaib. Satu-satunya anjing yang mampu untuk berjalan di atas air. Pemburu tersebut selalu memperlihatkan kehebatan anjingnya untuk memburu pada kawan-kawannya. Suatu hari, si pemburu ini mengajak seorang kawannya memburu itik. Kemudian, setiap kali ternampak itik di tasik, si anjing ini akan meluru kearah itik sambil berjalan di atas air. Si pemburu ini menyangka kawannya pasti akan memberi komen yang seeokor anjingnya yang hebat tetapi ternyata, kawannya itu hanya diam membisu. Bila ditanya mengenai kehebatan anjing mampu berjalan diatas air, dengan ringkas kawan pemburu itu menjawab, " aku menjumpai sesuatu yang aneh pada anjing kamu, sebab anjing tu tak boleh berenang."
Be an optimist
Semua orang boleh menjadi optimis. Be so strong that nothing can disturb your peace of mind. Talk health,happiness and prosperity to every person you meet.
Jadikan semua sahabat anda merasakan anda menghargai mereka.
Think only of the best, work only for the best, and expect only the best.
Lupakan kesilapan anda yang dahulu dan tekankan pada pencapaian yang terbaik pada masa hadapan
Sumber : http://www.sharemotivasi.com
Tuesday, February 22, 2011
SHARING IS LOVING - Bagaimana ingin menjadi MUSLIMAH SEJATI?
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung,“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat,"Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32).“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.
Setelah itu si anak bertanya,
”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”. (riwayat Al Bazzar)
P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"
Sumber : www.iluvislam.com
SHARING IS LOVING - ALLAH TEMPAT KAMI BERGANTUNG
Assalamualaikum...Artikel yang di ambil dari FB teman saya .. Jom kita baca dan ambil pengajaran darinya..moga hari2 kita yang mendatang mendekatkan kita pada ALLAH ..amin
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat kepada ALLAH. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya
merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang
diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang
kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.
Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah
teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi ALLAH tiada yang mustahil.
Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "YA ALLAH , aku
memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin YA ALLAH"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang
perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan
keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika
sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, Dan berdoa lagi dengan sungguh2.Maka dia pun mengangkat kedua tangannya dan berdoa "YA ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin YA ALLAH".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!!Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul Dan yakin dengan aturan ALLAH
Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi Kepada ALLAH dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir..INSYAALLAH keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk
berdoa. "YA ALLAH, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin YA ALLAH". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.
Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia
membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang
terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!Dia pun tetap REDHA..lalu menarik nafas dalam-dalam.
Dalam hatinya dia tetap berdoa dan memohon..Tetapi ada sedikit kesedihan dan seakan putus asa di hatinya..kerana doanya tidak dikabulkan. Dia Terus meminta...dan meminta agar rezeki nya ada... Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya
ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari
tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih
belum berjumpa lagi."
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak
berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di
depannya itu, cepat-cepat dia bersyukur pada ALLAH di dalam hatinya
Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak
membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana
tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap
apa yang dipinta. Percayalah bahawa ALLAH akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi ALLAH kerana Allah Maha Berkuasa.....
Sumber : FB Akhi Faiz Abdul Rahman
Sumber : FB Akhi Faiz Abdul Rahman
Monday, February 21, 2011
SHARING IS LOVING - Wasiat Nabi Muhammad Kepada Saidina Ali
Wasiat Nabi Muhammad Kepada Saidina Ali
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi itu AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
SHARING IS LOVING - " KAYA HATI..KAYA YANG HAKIKI..."
Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia
sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang
berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya
hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh
mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai
di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan
kaya harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh
muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya
selama-lamanya.
Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan
atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak
menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji
atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak
merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya.
Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah
matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya.
Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup
dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja.
Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan
Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini
bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang
perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat
dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan
dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang
dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya. Harta dan
dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak
dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan.
Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal
dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan
mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat
melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.
Orang yang kaya hati tidak merasa `inferiority complex' atau
hina diri dengan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang
berkuasa dan sebagainya. Dia memandang semua manusia semuanya setaraf
sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan
bukan dengan ukuran dunia.
Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh
menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan
kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanjakannya. Fakir
miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan
orang yang berhutang diselesaikan hutangnya. Dia menjadi `bank'
kepada masyarakat.
Benarlah bahawa kaya dan miskin itu hanya istilah semata-mata yang
berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan
bahawa kaya itu bermaksud mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu
tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu bermaksud
tidak mahu dan tidak memerlukan sesuatu apa pun walaupun tidak mempunyai
apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu walaupun
setengah dunia telah menjadi hak miliknya. Allah itu disebut Maha Kaya.
Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha
Kaya dari memerlukan sesuatu.
Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak
terpikat dan tidak mahukan lagi kekayaan dunia ini, maka kayalah dia
walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu
memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang
setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan
memerlukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)