Wednesday, March 9, 2011

SHARING IS LOVING - Kuliah Subuh



Assalamualaikum..Sharing is Loving ..Mari kita baca dan ambil pengajaran dari ilmu yang cinta ambil dari seorang kawan...


Bersyukurlah kita pada Allah dengan nikmat Iman dan Islam yang dikecapi.  Beramallah agar beroleh manafaat melalui umur yang ada, amal yang ada dan rezeki yang diterima.  Banyakkanlah bersyukur kepada Allah.  Jauhi dari berbuat perkara yang dilarang. Mohon dipelihara kita dari mendapat murka Allah.


Hati kita jangan dibiarkan lalai.  Apabila hati lalai, maka akan menjadi tempat syaitan duduk.   Kadang kita berniat baik, tapi ada kalanya kita berniat tidak baik.  Semua ini adalah lintasan.  Lintasan yang baik datang dari Allah manakala lintasan yang tak baik datang dari syaitan.


Maka dengan itu hendaklah kita mohon pada Allah agar dikurniakan pandangan mata hati dalam kita memandang hikmah di sebalik apa yang berlaku di sekeliling kita.  Pandangan mata hati tak sama dengan pandangan mata kepala.  Pandangan mata kepala hanya melihat pada luaran dan pada zahirnya saja.  Contoh;  Bila kita tengok orang yang dah selesai dikebumi, kita pun kata..."Ohh dah selesai la semua masalah orang tu, dah meninggal pun...."


Sebaliknya berbeza pandangan dari sudut mata hati kerana bilamana kita tengok keadaan tersebut, hati akan berkata2.... "Telah bermula masalah.... jika baik InsyaAllah akan beroleh kesenangan di akhirat.... dan jika tak baik maka akan beroleh kesusahan di akhirat nanti..."


Satu lagi contoh menarik yang ustaz sebutkan.... iaitu tentang sos yang kita makan.  Di dalamnya ada rasa lemak2, manis dan juga masin.  Melalui pandangan mata kepala, mampukah kita cari di mana letaknya santan, gula, serta garam dalam sos tersebut?  Mari sama2 kita fikirkan....


Teringat saya pada kuliah dalam radio yang didengar berkaitan dengan mata hati ini.  Ustaz mengajak kita merenung dengan mata hati dalam bab bersedekah.  Rajin bersedekah adalah antara hikmah yang dapat diperolehi berkat..Contohnya di bulan Ramadhan.  Bila kita berpuasa, Allah telah sentuh hati kita untuk turut merasakan kesusahan orang2 miskin. Contoh:  Macam kita, untuk juadah nak berbuka hari ini dah boleh rancang dari pagi lagi nak makan apa, minum air apa dsb.  Sebaliknya tidak bagi orang miskin.  Orang2 yang susah tidak ada plan tentang apa yang akan mereka makan dan minum. Orang2 yang susah bukan susah setakat sehari dua, sebulan dua malah mereka berada dalam keperitan bertahun-tahun.  


Maka, jika kita dapat memandang perkara ini dengan mata hati, kita akan jadi amat bermurah hati untuk lebihkan bersedekah di bulan puasa ini..Kita akan mengeluarkan sedekah dengan rasa kasih sayang terhadap orang2 yang susah dan memerlukan bantuan.


Berfikir tentang hampirnya kita pada mati dan ajal.Bila berfikiran demikian, nescaya akan putus lah cita-cita untuk berlebih - lebihan dalam dunia.Cita2 untuk sentiasa muda akan putus, cita2 untuk banyak berehat juga putus. 
akan segera bertaubat akan rajin beramal soleh..INSYAALLAH..

Wallahu'alam. 


Sumber : http://pkasih.blogspot.com

1 comment:

  1. Terimakasih sudi berkongsi catatan dari blog saya.. moga dirahmati Allah... aminn

    ReplyDelete