Wednesday, March 9, 2011

SHARING IS LOVING - Zikir Harian

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah.. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita perlu sentiasa mengingati Allah.. Dengan menyebut dan mengingati Allah, Insya Allah hati akan menjadi tenang.. Ini himpunan zikir harian untuk rujukan & amalan.. Dah lama Kak Husna share kt wall fb dia.. Tapi last week baru start terpikir nak compile & share kat blog..

Zikir Hari Isnin: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim (1000 x) ~ Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya

Zikir Hari Selasa: Allah Humma Solli A’la Muhammad Wa A’laa Aalii Muhammad (1000x) ~ Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.

Zikir Hari Rabu: Astargh Firullah Hal A’zim (1000x) ~ Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan hambaNya.

Zikir Hari Khamis: Subhanallah Hil A’zimi Wa Bi Hamdih (1000x) ~ Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah.

Zikir Hari Jumaat: Ya Allah … Ya Allah … Ya Allah (1000x) ~ Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.

Zikir Hari Sabtu: لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله Laa Ila Ha Illallah (1000x) ~ Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya

Zikir Hari Ahad: Yaahaiiyu Yaa Qaiyyuum (1000x) ~ Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita
Lain-lain hikmah berzikir:
  • Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
  • Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  • Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  • Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
  • Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
  • Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
  • Memperoleh pohon tamar dalam syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
  • Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti. Dapat membina rumah dan juga istana dalam syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  • Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada neraka jahanam.
  • Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  • Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  • Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
  • Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
  • Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  • Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil.
  • Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh malaikat.. Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya bermaksud: "Ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku akan mengingatimu."

No comments:

Post a Comment