Saturday, March 12, 2011

SHARING IS LOVING - FEWWIT : Di Mana Dia Di Hatiku?..JOM HADIRI PROGRAM INI


Semasa Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah SAW menenangkannya dengan berkata, "jangan takut, Allah bersama kita."
Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya. Lalu kita, bagaimana? 

Apa yang kita perlukan melebihi keperluan kepada Allah?

Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa Allah, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-Nya kita hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah-ruah.
Orang yang cintakan Allah akan tenang dengan mengingati-Nya. Orang yang takutkan Allah pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Andai cinta dan takut Allah ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi. 

Di Mana Dia Di Hatiku?

Itulah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya.
Tajuk inilah yang akan dikupas di dalam forum 'FEWWIT : Di Mana Dia Di Hatiku?' yang akan dikemudikan oleh Wardina Safiyyah, dan menampilkan Ustaz Pahrol Md Juoi, Suffian Amrin (Pyan Saujana), dan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree sebagai panelis.
 

Cara Mendaftar?

Bagi yang berminat mendaftar, anda dimestikan membuat pengesahan dengan mengisi borang dibawah. Selain untuk tujuan pengesahan, nama anda juga layak untuk menerima cabutan bertuah isitimewa, sumbangan Karya Bestari dan iLuvislam.Com.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saudara Wann di talian  03-42516702 (waktu pejabat sahaja), atau emelkan ke event[at]iluvislam.com 

Pengangkutan ke UKM Bangi

Anda boleh naik KTM Komuter dari KL Sentral dan turun di Stesen UKM dengan tiket hanya berharga RM3.30 (atau, boleh juga naik di mana-mana stesen).
Dati Stesen UKM ada 2 pilihan untuk ke UKM, sama ada mendapatkan teksi dengan tambang RM6 ke UKM, atau dengan menaiki bas UKM secara percuma. Bas UKM akan ada di Stesen UKM setiap 30 minit.

Tentatif Program

0830 : Pendaftaran bermula [KLIK untuk mendaftar!]
0900 : Pembukaan majlis0930 : Forum bermula
1100 : Q&A
1130 : Penggulungan
1145 : Majlis Penutup
1200 : Bersurai
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saudara Wann di talian  03-42516702 (waktu pejabat sahaja), atau emelkan ke event[at]iluvislam.com. KLIK untuk mendaftar.
Bila Allah ada dihatimu, kau seolah-olahnya memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan, dan kebahagiaan yang hakiki" -Di Mana Dia Di Hatiku, Ust. Pahrol Mohd Juoi

No comments:

Post a Comment