Thursday, March 3, 2011

SHARING IS LOVING - HARAPAN ATAU ANGAN-ANGAN




Assalamualaikum ..peringatan buat diri Cinta yang lemah dan banyak kekurangan ini dan amnya buat kawan2 yang di hormati ...terasa betapa banyak nya kelemahan diri Cinta....terasa malu pada ALLAH Kerana mengharapkan Syurga NYA ..tetapi tidak berusaha dengan sebenar-benarnya...

Sharing is Loving....Sebahagian manusia mengharapkan Keampunan dari ALLAH S.W.T, tetapi mash terus menerus terlibat dengan dalam hal2 yang tidak baik yang di larang ALLAH...

Seorang wali ALLAH bernama Ma,ruf Al Karkhi berkata : " Mencari Syurga tanpa amal merupakan dosa dari segala dosa.Mengharap syafaat tanpa amal adalah satu macam tipuan dan mengharapkan rahmat tuhan di samping maksiat adalah bodoh dan jahil".

Kita boleh mengharapkan kepada Allah S.W.T segala kebaikan yang kita kehendaki ..tetapi harus disertai dengan dengan amal dan keikhlasan ...jika tidak ia bukan satu harapan pada ALLAH sebenarnya ..ia hanya Angan2 yang tidak ada erti dan nilainya...

Jika kita benar2 ingin ke Syurga ..kita kena ikut jalan yang terarah ke Syurga dengan sungguh2..bukan sedikit2..bukan separuh -separuh ...dan bukan tanpa usaha...kita kena lakukan ..kita kena bantu diri ...hentikan dari menanam benih2 neraka dalam hidup kita...

Memang ..Ia sangat sukar ..tetapi usaha lah ..usaha dengan matahati..dengan seikhlas-ikhlasnya...

Kita sering alpa ...lepas buat baik kita susuli dengan dosa ...Lepas solat tahajud kita ..Mengumpat...Lepas baca Quran kita menyakiti hati orang ...lepas solat kita terus buat perkara yang di larang ALLAH...Kita selalu ingat bahawa Syurga itu indah ..Tetapi kita sering lupa yang keindahan itu perlu Usaha yang benar2 ikhlas dan Jitu untuk mendapatkan nya...

Kita mengharap Syurga ..tetapi kenapa kita hanya lebih banyak menunggu dari memulakan langkah yang membawa kita ke sana?

Apapun ...Jalan Berusaha ..Jalan baiki Diri masih Terbuka Luas...Mari kita menghisab kelemahan diri kita...mari kita kenang2 kan kesalahan kita...kita usaha lagi dan yakin lah kita akan berjaya dengan keizinan ALLAH jika kita benar2 berusaha kerana NYA...

Mudah-mudahan ALLAH S.W.T memberikan kepada kita nikmat harap yang besar dalam segala kebaikan yang di cita-citakan, Dunia dan akhirat..Mudah-mudahan ALLAH jauhkan kita dari berangan-angan tetapi tidak bertindak sungguh2 ...yang mana angan2 itu tiada ertinya...ALLAH maha Pengasih dan Penyayang...JOM kita usaha lagi ...

Sumber : Kelas Pengajian Kitab Tasawuf AL-Hikam yang di sampaikan oleh Ustaz Dasuki.

No comments:

Post a Comment