Thursday, October 7, 2010

SHARING IS LOVING - PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LEMAH


Sharing is Loving - Assalamualaikum buat teman2 yang disayangi kerana ALLAH...ilmu yang cinta dapat dari email cinta dari seorang teman cinta umi Aida..

Ilmu yang sangat baik..bacalah ..walaupun ia panjang ..tapi isinya sangat bermanfaat..moga kita mampu berusaha melakukannya.megambil pengajaran dari ilmu yang baik ini
...Peringatan juga buat diri sediri yang lemah ini..dan amnya untuk kawan2 yang ingin kan pembaharuan dan ingat menuju jalan ALLAH.........Pelbagai tips dan nasihat yang baik buat kita..InsyaALLAH..share2 kan lah ilmu yang bermanfaat buat semua saudara kita yang kita sayangi...Moga ALLAH meramati kita semua..amin.

Catatan ini agak panjang, kalau malas nak baca, baca laa sedikit demi sedikit...ambillah beberapa lama pun ..yang pentingnya kita mendapat ilmu...

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan KEBERKATAN hidup kita. Ingat Kita adalah di bawah murka Allah apabila kita ada masa untuk buat benda tak baik, tapi sebaliknya tiada masa nak buat yang baik.

Setitik air mata ibubapa jatuh, keberkatan dan kebajikan anak akan hilang. para para anak, jangan bagi ibubapa jatuhkan air matanya yer....sama lah kita usaha..mungkin kita pernah melukakan hati ibubapa kita..tapi mula sekarang kita jauhkan ya..Ya ALLAH bantu kami...jadikan kami anak2 yang penyejuk mata ibubapa kami..amin...kita buat yang terbaik buat mereka ya...

Kalau balik tengah malam, buka lampu dan cuba tengok atau tatap wajah ibubapa. Sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka ...InsyaALLAH :

1) Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2) Membaca quran sehingga menitis air mata
3) Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

Ada 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup kita, terutama tengok masa mereka tidur:

1) Anak
2) Ibu
3) Suami

Jadi, bagi siapa yang masih ada ibubapa, pandang la ibubapa selalu. Dapat pahala tau..Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibubapa (dianggap tidak beradab). So, kalau nak tunjukkan sesuatu, tunjukkanlah dengan baik-baik dan penuh rasa hormat.

Kalau ada niat yang baik, teruskan la. InsyaAllah, Allah akan bersama, jangan takut.Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun dah kira ok. Jadi, kalau tak mampu nak tolong orang, pasang niat ikhlas kerana ALLAH,kita nak tolong pun dah memadai (kalau tak mampu)...iNSYAALLAH..

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik, dengan syarat letakkan ibubapa kita di tempat yang terbaik!..INSYAALLAH..

Tips supaya makbulkan doa (melalui Wasilah Amal)

Ada kaedah yang mana kita boleh minta atau mohon bantuan daripada Allah, iaitu dengan “mengungkit” kebaikan yang kita lakukan supaya Allah makbulkan doa kita...INSYAALLAH... Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”. Contoh nak buat wasilah amal ialah kita berdoa seperti berikut :

“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini..insyaALLAH...

Paling banyak buat baik dengan ibubapa kita, lagi mustajab. Maksudnya wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang kita buat kepada ibubapa kita...INSYAALLAH

Apabila ditimpa sakit atau musibah Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah ialah..Kalau ditimpa sakit, baca laa “Innalillahi wainnaillaihirojjiuun”. Kemudian, kita berdoa dengan Allah “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”..iNSYAALLAH

Hatta, kebaikan kita suapkan makanan untuk anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibubapa dan orang yang memerlukan. Barang siapa yang tidak mendoakan ibubapa selepas sembahyang untuk ibubapa yang sudah meninggal dunia, maka dia dikira sebagai anak derhaka. Walaupun pada waktu ibubapanya hidup, dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibubapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakan ibubapa kita!

Ingat Doa orang yang masih hidup adalah makbul untuk orang yang hidup atau pun orang yang sudah meninggal dunia. Jadi, pastikan kita sentiasa doakan ibu kita,terutamanya ibubapa yang telah tiada!

Tanda-tanda murka Allah atas muka bumi ni ialah antara lainnya, kita simpan harta sampai mati tak pernah sempat untuk kita keluarkan. Sesiapa yang selalu bersedekah selalu, maka dia takkan miskin selamanya…INSYAALLAH...

Tips mudah untuk menderma ...Bila nak berbelanja atau ber shopping, selalu lah peruntukkan duit untuk sedekah, kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang susah atau yang memerlukan datang masa makan, bagi la duit tu sikit.

ini peluang kita untuk dapatkan kebaikan ..yang pentingnya kita ikhlas kerana ALLAH...! Maka, jangan lah lepaskan peluang buat baik.

Jika Ibubapa kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila ibubapa kita dah takde, teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! Semasa bersedekah, niatkan begini ..“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibubapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibubapaku”.

Itu lah yang patut kita buat supaya ibubapa kita bahagia di sana.Kalau kita susah nak bersedekah ..Ingat kan nikmat yang ALLAH telah beri pada kita yang tidak terhintung banyaknya..dan semuanya adalah kepunyaan ALLAH... dan bayangkan wajah ibubapa kita.insyaALLAH kita akan terasa ringan tangan nak bersedekah.

Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya jika Kita menjaganya dengan sebaiknya dan sabar..ganjaran ALLAH sangat besar buat kita...insyaALLAH.. Maka, jagalah mereka dengan baik. Insyallah, syurga balasannya dan Murah rezeki kita..insyaALLAH..

Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka,jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa....tetapi jika peluang yang baik yang ALLAH berikan kita abaikan ..bagaimana ALLAH nak beri kita..

Jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum DIA mengambil kita balik...Berbaik sangkalah pada ALLAH...

No comments:

Post a Comment