Saturday, October 2, 2010
SHARING IS LOVING - Hargailah Anugerah Kecantikan..
Hayatilah...
Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!
Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal
Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur
Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si Pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan
Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh
.....................................................................................
p/s : Wahai muslimah marilah mengambil iktibar..
jadilah muslimah sebenar..
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu...
sampaikanlah pada sahabat2 kalian..
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini..
ana postkan pesanan ini buatmu ukhtiku..mungkin kau sudah jemu dengan pesanan2 sebegini.. tp tidak mengapa, selagi hayat ana ada, ana tidak akan jemu utk menyebarkannya.
utk apa? utk siapa? utk bagaimana? bila..dan di mana?
semuanya ada pada diri kita.
jadi, hargailah anugerah kecantikan yg Allah bagi..
dalam hati juga mau baik maa..
bukan sekadar luaran (sekali lg, peringatan utk diri ana jua).
simpan..simpan lah gmbar2 cun cute miut mu itu seelok2nya.
Krn gmbr2 itu membawa sejuta tafsiran... lets think deeply about it..
ana bukan nak tunjuk baik, atau berlagak alim..
krn ilmu ana bukan la setinggi ilmu para ustazah @ wali2 ALLAH..
tp ana cuba berusaha utk menjadi muslimah solehah..
biarpun dosa2 lalu belum habis kifarahnya.. tp ana tetap akan berusaha utk menepis dosa2 baru ...
walaupun kamu berNIQAB(berpurdah) sekalipun...
elakkn dr mnjd tatapan umum....krn i2 mgkin mnggundang fitnah buatmu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment