Insan tidak pernah lari dari perasaan kesedihan. Ia datang tanpa di undang dan selalu mencari hati yang goncang. Lalu kita menangis kerana kesedihan yang hadir itu amat memilukan diri kita.
Usahlah kita menyalahkan takdir yang menimpa. Terimalah ia dengan seikhlas hati dan di sudahi dengan ucapan syukur kepada Allah. Mengapa saya kata begitu?
Usahlah kita menyalahkan takdir yang menimpa. Terimalah ia dengan seikhlas hati dan di sudahi dengan ucapan syukur kepada Allah. Mengapa saya kata begitu?
- Setiap ujian yang timbul itu menandakan anda sentiasa di sayangi oleh Allah. Allah memberi kita dugaan dan ujian tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi kebaikan untuk diri kita. Mungkin kebaikan yang akan kita terima itu dalam bentuk keselamatan di dunia mahupun terlepas dari azab seksa neraka.
- Dalam hidup ini, kadang kala kita terpaksa membayar harga yang lebih tinggi sedikit untuk kita mendapatkan apa yang kita idamkan.
- Tidak akan diturunkan ujian kepada kita oleh Allah swt dalam keadaan kita sendiri tidak mampu untuk menanggungnya. Ini janji Allah kepada kita. Yakin lah dengan segala ketentuan dariNya.
- Dalam derita tersembunyi suatu kebahagian. Pergilah mencari kebahagian itu.
- Dugaan itu adalah salah satu mesin untuk "charge" balik iman kita. Muhasabahlah kepada diri sendiri kerana disitu kita tahu betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita dan level keimanan kita samada kurang atau tidak mencukupi.
- Ingatlah, anda orang yang beruntung kerana ramai lagi orang dibiarkan terbiar mencari hala tuju hidup.
- Dan yang paling penting sekali, BERSYUKURLAH kerana dugaan itu menandakan Allah mengasihi kamu setiap masa..
No comments:
Post a Comment