Saturday, May 1, 2010

DERMA UNTUK MADRASAH HAFIZ YAMANI DI KG BARU


Assalamualaikum... DERMA UNTUK MADRASAH HAFIZ YAMANI DI KG BARU




Amal Jariah untuk kita Bawa sampai Mati..INSYAALAH..Share kan dengan kawan-kawan ya...agar kita sama2 berbuat kebaikan ..Amin

Jika ada kemampuan derma lah dan boleh lah beli air yang dijual ni..madrasah tahfiz ni memang tiada bantuan kerajaan...setiap sabtu
petang selepas asar pengetua madrasah ni akan beri kuliah di Masjid kg Baru..sangat sejuk hati bila memandang adik2 dari madrasah ni beramai2 ke masjid ..yang perempuannya berjubah hitam labuh serta berpurdah ..yang lelakinya memakai baju putih dan berserban...Pengetua madrasah ni juga adalah penulis di Majalah Solusi(sebuah majalah agama terbaik di Pasaran Sekarang..keluaran Telaga Biru)..Mereka juga tiada bangunan khas cuma menyewa rumah bagi perempauan dan flat di Kg Baru bagi Pelajar lelaki...Apa2 pertanyaan contact number di bawah...Moga Rahmat ALLAH bersama kita..AMIN

Projek Himpun Dana Pembiayaan Madrasah Tahfiz Al YamaniSalamun'alaik.. Air minuman Al-Yamani Gau dipasarkan bagi menghimpun dana pembiayaan Madrasah Tahfiz Al-Yamani Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bagi antum yg berminat untuk turut serta boleh hubungi talian 013 4233 133. Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggi pasar minggu Kg Baru KL berdekatan Stesen LRT . Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Fadzli, seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk Feqah yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.


Kuliah tetap Ustaz Fadzli adalah di Masjid Jamek Kampung Baru KL hari sabtu lepas asar. Setakat ini Madrasah Al-Yamani ini menyewa 8 buah rumah di atas flat tinggi Kampung Baru dan 5 buah rumah teres sebagai tempat pengajian serta tempat tinggal pelajar. Madrasah ini mempunyai 30 orang pelajar tahfiz berumur di bawah 12 tahun, dewasa 15 orang, pelajar perempuan 26 orang. Dikendalikan oleh 5 orang Ustaz, 2 Ustazah sepenuh masa dan seorang tukang masak. Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizahnya. Madrasah ini memerlukan perbelanjaan lebih kurang RM35,000 sebulan untuk menanggung kos sewa rumah, makanan pelajar dan gaji tenaga. Kepada yang berhajat untuk boleh sedekah wang atau barang-barang makanan atau perkakas letrik seperti peti ais, mesin basuh bolehlah menunaikan hajat antum sekalin melalui saluran ini.. Untuk urusan membayar zakat, fidyah atau urusan aqiqah, juga boleh hubungi Ustaz Fadzli. Kepada sesiapa yang berhajat untuk melawat Madrasah ini, sila hubungi ustaz terlebih dahulu melalui Handphone atau SMS Semoga usaha dan sumbangan yang kecil ini besar rahmatnya disisi Allah. 


Juga program sedekah Telekung ke Kemboja hanya dengan RM15 sahaja. Di Malaysia nilai Telekung agak tinggi namun melalui program ini pihak Madrasah Tahfiz Al-Yamani boleh menguruskan agihan sedekah Telekung untuk Muslimah di Kemboja.. Berapakah nilai telekung antum..? Zaujah antum..? Ibu atau adik beradik muslimah antum..? Mungkin lebih mahal dari nilai RM15.. Ada juga nilai hampir ratusan ringgit. Program Sedekah Telekung kepada warga muslimah di Kemboja. Setiap pasang telekung berharga RM15.00. Anda boleh mengisi borang dibawah untuk mula memberi sumbangan kepada pihak kami. Setiap RM15.00 ini akan digunakan untuk membeli sepasang telekung untuk didermakan kepada warga Kemboja. Mudah-mudahan setiap kali telekung-telekung ini dibawa beribadah, maka setiap kali itulah juga saham kita bertambah 'di sana'..


Akaun Madrasah Al-Yamani Maybank - 564098205740 (Khidmat Al Yamani- Melalui mesin ATM / Kaunter) MELALUI MAYBANK2U Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U ke dalam akaun MADRASAH ALYAMANI 5648-0100-6689 atau MOHD FADZLI BIN SYED AHMAD - 1640-9800-8881, letakkan alamat email alyamani@etahlil.com.my. 013 4233 133. Semoga ikhtiar dan usaha kita ini diterima Allah Subhanahu Wata'ala..


2 comments:

  1. Assalamualaikum Ustaz..

    Boleh sy ambil ksempatan di sini utk bertanya kan 1 soalan mengenai pembayaran fidyah.

    Ibu saya baru meninggal.jd kami tak tahu mak ada tinggal puasa atau tidak..

    Macam mana cara untuk membayar fidyah..?

    Saya juga ingin membayar fidyah kerana 15hr puasa tak dapat saya habis kan kerana menyusukan anak..

    Kalau boleh saya nak masukkan nama ibu saya untuk bacaan tahlil di sana..

    Jadi bagaimana langkah yang harus saya lakukan,

    Terima kasih..

    ReplyDelete