Monday, May 10, 2010

SHARING IS LOVING -MUHASABAH DIRI BUAT DIRIKU YANG ALPA




WAHAI TEMAN....

-Jika dalam diri ada rasa malas,maka berazamlah menjadi seorang yang rajin.
-Jika selama ini mengambik mudah perkara haram,berazamlah mahu meninggalkan yang haram.
-Jika terlalu sedikit mengamalkan amalan sunat,berazamlah memperbanyakkan amalan sunat.
-
Jika mempunyai sikap pemarah,berazamlah menghilangkan sifat pemarah, kerana sikap pemarah membuatkan orang takut untuk mendekati kita.
-Jika cuai dalam tugas, berazamlah untuk tidak lagi cuai dalam melakukan tugas.
-Jika mempunyai berbagai alasan bila ada bisikan yang menyuruh bersedekah,lawan alasan dan turuti kata hati yang baik.
-Jika tidak pandai mengambil hati orang,berubahlah menjadi sikap yang sebaliknya dengan pandai mengambil hati orang.

No comments:

Post a Comment