Monday, May 10, 2010
Saat malu sudah hilang..
Berdating sana berdating sini..
Pegang sana pegang sini..
Itulah terjadi apabila malu terpadam dalam hati..
Kejadian di tempatku menjadi bukti…
Aku diam seribu bicara,
Hanya memerhatikan gelagat mereka,
Gelak ketawa jelas kedengaran di telinga,
Gelojak dihati bagai nak runtuh dunia!
Sering bertabarruj dengan mekapnya,
Bila spot-check,gawat dunia,
Kadangkala nak marah je rasanya,
Namun takut tuan badan terasa.
Aku hilang pertimbangan diri,
Ingin lari dari semua ini,
Sahabat datang memberikan semangat,
Walaupun hatiku sering kali disengat.
Aku terus memujuk hati,
Agar tidak tersilap langkah,
Akan kuteruskan dakwah ini,
Untuk meraih redha Allah..
Ada yang tidak menyukai kehadiranku,
Mungkin kerana keselesaannya terganggu,
aku kurang pasti dengan sikapnya itu,
asyik mencari salahku selalu.
Ada juga yang sebaliknya,
Aku kurang selesa dengan sikapnya,
Surat dilayang ayat berbunga,
Aku kasi kat guru disiplin baru padan muka!
Dimanakah sifat malumu duhai insaan….????????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wanita Sholiha.
ReplyDeleteMenabur salam sejahtera.
Menyembuhkan yang luka.
Menyegarkan yang dahaga.
Menghibur dikala duka.
Menjalin sahabat seia sekata.
Bersama di dunia maya-
Hanya mencari keridhoanNYA.
SEMOGA..