SHARING IS LOVING -BUATMU LELAKI
"Suami mithali idaman isteri"....Berusahalah ..bersungguh-sungguh lah mencari redha ilahi ...perbaiki lah kelemahan kita..sama2 berjuang wahai lelaki agar dirimu lebih berharga berlandaskan agama...walau sukar tapi cuba dan iktiarlah..moga kemenangan bersamamu wahai MUJAHID SEJATI ..SUAMI MITHALI
Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang Suami mithali?..
Rasanya hampir semua pernah dan ingin menjadi seperti itu kan ...Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua .....disayangi isteri, dihormati anak-anak, dijadikan tempat rujukan keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Namun berusahalah menjadi lelaki yang yang mithali ..yang baik akhlaknya..suami yang menyejuk mata isteri .... suami yang menjadi contoh dan perjuang islam...Jika anda inginkan pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang mithali...insyaallah akan ada win-win situation dengan izin ALLAH...
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya ....mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik...dan berusaha sedaya upaya... Tanpa berniat..berusaha dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?....jangan asyik leka dengan Facebook ..leka dengan game ..leka dengan hiburan ..leka dengan bola...sampai anda lupa nak beri kasih sayang kepada isteri dan anak2.
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut...tak kira lah panjang atau pendek ..tak kira lah dah tua atau muda lagi ..baru kawin atau dah lama kawin ...
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra yang tidak melampui batas islam. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari...kalau tidak ada masa ..sehari sekali pun memadai... Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan...bersuap2 sekali sekala dengan isteri..isteri suami... Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.( Maaf jika benda ni nampak tak manis cinta cakap) Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ? ..isteri juga manusia ..isteri juga nak yang bersih ..dan yang tidak berbau ..isteri pun nak yang sejuk mata memandang...apa salah jadi lelaki berilmu ..beragama dan menawan di pandangan isteri..selagi ia tidak salah di sisi ALLAH.
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah...berlembutlah ..jaga emosi ..setiap manusia suka pada kelembutan ..lebih2 lagi wanita dan anak2 ..hati mereka sangat lembut ..ikuti contoh rasulllulah dalam mendidik dan kelembutannya... Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. ..jika isteri bersedih hiburkan isteri dengan apa yang di benarkan ALLAH...beri kan kasih sayang ..berikan semangat..jangan menjadi break the communication...
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan...solat berjemaah ...beri tazkirah kepada keluarga...bila balik masjid ..bila dengar ceramah ..share kan dengan keluarga ..jika isteri tak ikut bersama...banyak kan mengajar dan menegur isteri dan anak agar tidak menonton rancangan dan hiburan yang melalaikan...suami juga hentikan dari menonton rancangan yang melalaikan ...banyak perdengarkan bacaan al-quran di rumah...baca sama2..dan buka kan CD bacaan AL-quran dirumah.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri..anak2 dan semua manusia setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga....dan kita ada sikap kehambaan dalam diri.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama ALLAH dan Rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri dan anak2 yang di benarkan agama daripada orang lain...selagi ia tidak menjadi suatu pembaziran ..selagi ia memang diperlukan dan tidak salah disisi ALLAH... Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. nasihatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat.
26. Cintai isteri kerana ALLAH..dan berdoa agar cinta tu tidak mengurangi cinta kita kepada ALLAH. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga... serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment