PERIKSA CINTA KITA KEPADA ALLAH..
Di dalam kesibukan kita, kita seringkali lupa sesuatu iaitu memeriksa cinta pada Allah. Kita yakin bahawa kita sudah dan sedang mencintai Allah, namun kita jarang memeriksa benarkan kita memiliki rasa cinta itu?
Kekadang kita terlalu ghairah melakukan sesuatu yang lai n sehingga terlupa bahawa cinta kita pada Allah SWT belum sekukuh mana. Ia sekadar di fikiran kita bahawa kita ini cukup ibadah, cukup terima kasih, cukup ingat, cukup khusyuk, cukup cinta pada Allah SWT namun kita tidak cuba periksa rasa cinta itu.
Di manakah tahap rasa cinta kita pada Allah SWT?
Sejauh mana kita mampu berserah menerima segala kehendak Allah SWT untuk apa jua keadaan dan perkara samada kecil atau besar. Marilah kita periksa cinta kita.
Marilah....
Periksa jiwa:
1. Diam dan tenang.
2. Sedar ke Allah SWT
3. Rasakan adakah rasa cinta kita pada Allah?
4. Ada....jika ada banyak mana?
Rasakan sayang pada pasangan dan anak-anak (atau ibu bapa, kawan-kawan, harta benda). Mana lebih terasa rasa sayang itu? Rasakan terus sayang kita pada Allah....rasakan...Jika tiada,mohonlah dengan bersungguh "Ya Allah, ajari aku untuk mencintaiMu ya Allah agar aku dapat rasakan cintaMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih".
Sumber : Fuad Latip
No comments:
Post a Comment