Monday, July 26, 2010

SHARING IS LOVING -MARILAH KITA SAMA-SAMA BERMUJAHADAH




Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu". Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah." Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi. Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang." Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang. Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah dirasai oleh hati manusia."
Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan banyak bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69, "Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui." Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal." Junaid Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."



SHARING IS LOVING -TENTANG WAKTU




Tentang Waktu 

Ambil waktu untuk berfikir, itu adalah sumber Kekuatan.

Ambil waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang ABADI.

Ambil waktu untuk berdoa, itu adalah sumber Ketenangan.

Ambil waktu untuk belajar, itu adalah sumber Kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan cintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju Kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan HATI.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa Bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai Keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju SYURGA..... 

Insya Allah.. Amin...

SHARING IS LOVING - MENGUMPAT -KENAPA KITA SUKA SANGAT MENGUMPAT?




Sama2 lah kita baiki diri ..dan jauhkan diri dari sikap "MENGUMPAT"....usaha dan terus usaha untuk jauhkan segala sikap mazmumah ..moga kita berjaya...bila terasa nak mengumpat ..ingat ALLAH ..berkomunikasilah dengan ALLAH sekerapnya ..minta di jauhkan ...banyak kan doa..dekatkan diri pada ALLAH ..perbaiki solat kita...insyaallah ia akan membantu kita menjauhi nya..amin

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.

Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Sumber : Hari Kiamat Sudah Hampir

Saturday, July 24, 2010

SHARING IS LOVING -RAMADHAN MAKIN MENDEKAT..BUAT MU TEMAN2 TERSAYANG


Dikesempatan ni saya ingin mengucapkan dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam sya'ban dan ramadhan al-Mubarak yang bakal menjelang pada Kawan2 semua...

Kepada semua teman2 yang disayangi..di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf atas segala kelemahan dan dan khi
laf saya selama mengenali dan berbicara di alam maya ini atau di luar alam maya ini....Dunia dan Akhirat...samada yang sengaja mahupun tidak..segala yang di ketahui atau pun tidak...

Terima Kasih ALLAH ..atas kurniaannya ..mengenali kalian semua...adalah satu saat indah dalam kehidupan saya...satu perasaan yang tidak mampu di luahkan ..sangat membahagiakan ...Alhamdullilah ...berkongsi rasa ..mendapat Ilmu dari kalian...berkongsi ilmu dengan kalian ..sangat membahagiakan hati ini...

Moga Ukhuwah ni terus bercantum dan bersatu teguh kerana ALLAH....moga ia terus bersinar ..membawa kebaikan dan jalan kepada Rahmat ALLAH dan Cinta ALLAH...Amin

Moga kita tetap akan berhubung dan mendoakan antara satu sama lain walaupun jika takdir ALLAH menentukan kita perlu berpisah hidup atau pun mati....Amin

Di kesempatan ni ...marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal soleh Dan melakukan kebaikan...mencari ilmu..memperbaiki urusan kita dengan ALLAH ..samada urusan diri kita atau urusan keluarga yang menjadi tanggungjawap kita...

Jauhilah dari bersangka-sangka atau memikirkan tentang oranglain hingga adakalanya apa yang kita fikirkan adalah perkara yang negative tentang orang tu......sedangkan kita tidak tahu perkara yang kita fikirkan tu benar atau kita tidak tahu kisah sebenarnya.....mengambil berat boleh dan baik dalam islam dan sangat terpuji ..tetapi jangan sampai melukakan teman kita dan jangan sampai jadi dosa...

Jauhkan dari perkara2 dan sifat mazmumah...membina ukhuwah yang di benarkan ALLAH...menjaga hati kawan2 kita jangan sampai terluka...perbaiki kekhusyukkan solat kita...Perbanyakkan taubat dan cuba laksanakan amalan-amalan di bawah:

Walaupun sukar dan kadang2 kita tidak istiqomah melakukannya ...kita terus lah berusaha agar kita berjaya ..usaha sungguh2 ..doa...tawakal...Insyaallah.

1. Tahajjud - kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, sebelum mata melihat dunia, biarkan mata kita melihat kalimah dan pesanan Allah.

3. Jangan tinggalkan masjid terutama waktu Subuh. Sesungguhnya masjid adalah pusat keberkatan.

4. Jaga solat Dhuha - kunci rezeki ada pada solat Dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari - Allah menyukai hambaNYA yg bersedekah.

6. Jaga wudhuk terus menerus - Orang yg sentiasa berwudhuk ia senantiasa akan merasakan solat walaupun ia tidak solat dan dijaga oleh malaikat dgn 2 doa iaitu "ampuni dosa hamba ini dan sayangi dia Ya Allah "- Ali bin Abi Thalib

7. Amalkan istighfar setiap selalu - dgn istighfar,masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Ada banyak lagi yang boleh kita lakukan ..jika ada kawan2 nak tambah ..nak kongsi ilmu ..silakan ya...sama2 kita dapat ilmu ..insyaallah...dan pada yang nak share silakan ...

Insyaallah....


SHARING IS LOVING -HIDUPLAH TANPA..HIDUPLAH DENGAN


Tanpa kemarahan.....tanpa fikiran negatif,...tanpa memburukkan orang...tanpa berburuk sangka ....tanpa menfitnah orang ..tanpa mengadu domba...tanpa bercerita tentang orang...tanpa pemborosan yang dilarang ALLAH .......tanpa mencari hiburan yang melampau..tanpa melukakan hati orang...tanpa sifat mazmumah..tanpa meninggalkan dan lalai dalam solat..tanpa lalai mencari ilmu..tanpa menganggu kebahagian oranglain...tanpa sikap panas baran ..tanpa suka menyalahkan orang..tanpa berkasar dengan orang..tanpa membenci orang..

Hiduplah DENGAN

Dengan kasih sayang....degan sukacita...degan damai sejahtera....dengan ikatan siratulrahim yang di benarkan ALLAH ..dengan kesabaran....dengan berlemah-lembut pada orang...dengan kemurahan hati....dengan kerendahan hati...dengan hati yang bersih ...dengan mengembira kan orang..dengan memanjangkan ukhuwah kerana ALLAh...

SHARING IS LOVING -JANGAN BERSEDIH


Jangan bersedih atas sesuatu yang tak sepatutnya kita sedihkan ...Jangan Bersedih atas kegagalan kita dalam hidup..kerana kita masih memiliki banyak kenikmatan..Kenikmatan yang tidak terhitung banyaknya...Dan maafkanlah orang yang berbuat kesedihan kepada kita dan kelukaan kepada kita..

Jangan bersedih..Ingatlah ALLAH m
enyayangi kita..hilang cinta manusia bukan lah segalanya..hilang cinta ALLAH ..hilanglah segalanya ..rugi hidup kita dunia dan Akhirat...bantu lah diri uNtuk menyayangi diri sendiri ..kerana ALLAH..agar kita lebih kuat menghadapai segala kesedihan dan kelukaan ...AMIN


SHARING IS LOVING -JOM BUAT BAIK



Orang yang berbuat baik, jika perbuatan baiknya itu dicontohi oleh orang lain pula, maka dia akan beroleh ganjaran yang berlipat kali ganda. Sebaliknya, jika mengajak melakukan kejahatan, jika kejahatan itu ditiru oleh orang lain, maka besarlah azab yang menanti.

“Sesiapa yang memberikan contoh melakukan perbuatan baik dalam Islam, kemudian perbuatannya itu diikuti orang, maka dia dapat pahala sebanyak pahala orang yang mengikutnya, tidak kurang sedikitpun. Begitu juga sesiapa yang mengajak melakukan kejahatan, kemudian diikuti pula orang lain, maka ditulis dosa terhadapnya sebanyak dosa orang yang mengikutnya, tidak terkurang sedikit pun.” ~Hadis riwayat Muslim


Insyaallah...

SHARING IS LOVING -WANITA, TUTUPLAH AURATMU




Renung2Kan Dan Fikir2kan Wahai Kawan2Ku Sekalian.....
Bagaimana Hijab Kita????
Adakah Kita Bertudung Tetapi Masih Mendedahkan Aurat @ Sebaliknya.......
Begitulah Hakikat Yang Melanda Masyarakat Kini....
Bertudung @ Berfesyen???????????????
Yang Mana Satu Kita???????????????
Jom Muhasabah Diri.....

SHARING IS LOVING -BANGUNLAH


Jika kita berusaha..jika kita ikut jalan ALLAH..jika kita benar2 mencari ..jika kita cinta kan ALLAH ..jika kita sayang kan diri ...insyaallah ..kita akan bangun semula jika kita jatuh ..tiada istilah tidak boleh bangun ..

Kita hanya tidak boleh bangun semula jika kita ingkar ALLAH ..kita terus berbuat dosa walaupun kit
a tahu benda tu salah...kita terus dalam kederhakaan pada ALLAH ..kita melawan ALLAH...kita hanya akan jatuh dan tidak bangun adalah kerana diri kita ..sikap kita sendiri ..kita yang menyiksa kan diri kita sendiri...kita yang sebenarnya tak menyayangi diri kita sendiri ..

Kita ikut nafsu kita sendiri...Jadi kita kena usaha ...kita kena ingat rahmat ALLAH ...kita kena fikir kasih sayang ALLAH .....mungkin kita akan terjatuh berkali-kali ..tetapi jika kita ikhlas dan sungguh2 ...insyaallah ia tidak akan berlaku lagi...Moga kita dan kawan2 tidak tergolong dalam golongan itu ..berdoa lah ..agar di jauhkan ...amin

SHARING IS LOVING - 10 Nasihat Penyejuk Hati...(insyaallah...barakollah fiq)




1- Bayangkan Allah SWT mengampun kepada sesiapa yang memohon kemaafan daripadaNya.
Allah SWT akan menerima taubat orang yang bertaubat.Allah SWT bersedia menerima siapa yang kembali ke pangkal jalan.

2- Berilah kasih sayang kepada orang yang lemah, tunaikanlah hajat kepada mereka yang berhajat dan rawatlah mereka.
Jangan memendam kemarahan tetapi berilah kemaafan.

3- Pandanglah pada Allah SWT dengan pandangan positif dan ingatlah Allah SWT sentiasa mendampingi anda setiap masa.
Ingatlah Malaikat sentiasa memohon kempanan daripada Allah SWT untuk anda.
Syurga Ilahi sentiasa menunggu kedatangan anda.

4- Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah SWT, Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada anda.

5-Jangan anda berpandangan ” Dunia telah menyempurnakan hajat seseorang”, tidak ada menusia yang mendapat segala hajatnya dibumi ini dan tidak pernah ditimpa kesusahan.

6 -Jadilah seperti Pokok Tamar yang mencapai puncak segala ketinggian, tidak menyakiti orang lain, walaupun anda membaling batu kepadanya tetapi dia akan membalas anda dengan buah tamar yang manis kepada anda.

7- Pernahkah anda mendengar, kesedihan akan mengembalikan segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan kesalahan lalu,?
Jika demikian kenapa kita harus bersedih dan kecewa ?


8- Jangan terlalu mengambil berat dugaan dan fitnah, tetapi pandanglah ketenteraman dan keselesaan serta keafiatan.

9- Padamkan api hasad dengki dalam jiwa anda, siramilah hati anda dengan kemaafan kepada semua mereka yang telah menyakiti anda.

10- Mandi dari segala kekotoran,berwuduk, memakai wangi-wangian, bersugi dan berdisiplin adalah penawar ke arah kejayaan kepada setiap hati yang kotor dan hati resah gelisah.





Tuesday, July 20, 2010

SHARING IS LOVING - SENTUHAN QALBU




Alhamdulillah, kita kembali semula ke sharemotivasi- sentuhan Qalbu.

Ingin sekali saya berkongsi pengalaman untuk kebaikan kita bersama. Mudah-mudahan, kita dapat memiliki sesuatu dalam artikel kali ini.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, marilah sama-sama kita istiqhfar kepada Allah swt.

Sharemotivasi- Sentuhan Qalbu kali ini ingin mengupas sesuatu yang ada dalam diri kita. Bukan sedikit, tetapi besar ertinya kedalam hidup kita sebagai seorang hamba Allah.

Mencari dan terus mencari, ungkapan yang selalu kita dengari.
Tetapi sejauh mana kebenaran yang kita cari itu.
Adakah ia tersasar? Ataupun terpesong dari simpangnya..
Sama-sama kita ikuti artikel ini..

Kehidupan yang selama ini kita cari selalu terletak pada satu dasar dimana diatasnya pudar, dibawahnya kepincangan.
Kebahagian yang dicari manusia menerusi material, kemegahan laksana pohon-pohon muda yang tumbuh sesaat, berbuah sesaat, berbunga sesaat lalu apabila ditiupkan angin badai yang menimpa, pohon-pohon muda itu hilang kekuatan akarnya, menjadi rapuh umpama biskut yang dipijak-pijak, lalu ia menjadi debu-debu yang halus bertebaran jauh ke langit..

Kemudian, kita menangis, mencari tisu untuk merawat duka, tapi akhirnya, berdarah sentiasa mengalir, umpama hilang faktor clotting dalam darah.. Terus mengalir dari jiwa yang pening hingga meresap ke dalam botol akal fikiran.

Lalu kita cepat-cepat membuat keputusan, memikirkan sejenak mengenai masa hadapan hingga tergambar di bayangan minda, rumah idaman, kereta besar, pangkat yang tinggi yang akhirnya kita merasakan ia adalah kebahagiaan yang perlu kita kecapi.

Sesaat kita mendapat gelaran pangkat yang tinggi, hati kita selalu merasakan ia masih tidak mencukupi.
Namun, diri kita tidak pernah kenal erti cukup dalam dunia maya ini. Kita terus mengejar dan mengejar sehingga berjaya mendapat pangkat yang lebih tinggi. Tiba-tiba badai musibah mengusik kita, datang tanpa diundang dalam rumah hati kita.
Kita menjadi kaku dan layu, umpama cell-cell pohon dalam hati menjadi rapuh lalu terurai menjadi pohon tua yang menunggu masa menyembah bumi..
Inilah gambaran pohon hati yang sudah rosak.. Akarnya tidak disirami dan dibajai, sesaat berbuah tetapi hancur. Itulah gambaran kebahagian sesaat ...

Sejenak kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata kita. Lihatlah pada diri masing-masing.
Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?

Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita?
Sudahkan selama ini hidup kita menjadikan kehidupan kita benar-benar mengabdikan diri kepada Allah?
Sudahkan kita ikhlaskan diri kepada Allah?
Tepuklah akal kita supaya ia berfikir untuk diri kita...

Ketika kita pergi ke sekolah mahupun universiti, adakah kita telah mendidik pohon hati kita bahawa ijazah yang bakal dimiliki itu bukan untuk kita menjulang gelaran tetapi sesungguhnya demi pengabdian kita kepada Allah swt?

Cubalah kita bertanya secara jujur pada diri kita sendiri. Mari kita lihat:
Kemana selama ini, umur kita telah habiskan?
Kemana selama ini, kehidupan kita selama ini berikan?

Lihatlah diri kita ketika musibah itu datang. Berapa sering kita keluh kesal ? Malah, kita menyalahkan pula Allah kerana menurunkan dugaan sedemikian rupa. Kita tak dapat menerima takdir Allah..
Kita menyesali semua yang ada dalam hidup kita, seolah kita tidak pernah rasa puas dengan segala apa yang kita ada..

Kita tak menyedari sebenarnya hati kita yang sedang jauh dari Allah.
Hati kita yang saat itu tak mampu merasakan bahwa Allah itu dekat dengan kehidupan kita.
Bahkan akal keimanan kita dalam kehidupan kita sudah kering dan mati.

Dan kitalah orang muda yang lupa kehidupan ini untuk apa...

Marilah kita ucapkan istiqhfar kepada Allah.
Mari kita memohon ampun kepada Allah...
Astaghfirullah

Para pembaca sekalian yang dirahmati Allah...

Mungkin ketika kehidupan kita kering,
Kita sedar bahawa kebahagian material dan duniawi itu semua hanya sesaat.
dan kebahgiaan sebenar-benarnya adalah ketika kita menanam akar kecintaan kita kepada Allah,
yang tumbuh masuk ke dasar hati.
yang kemudian yang tumbuh tinggi menjadi pohon kehidupan,
yang menghasilkan buah kebahagian yang selamanya kerana,
kita merasakan Allah bersama kita,
Allah menaungi kehidupan kita,
Allah menjaga dirimu setiap saat meskipun ujian datang silih berganti,
maka,
mudahan-mudahan kita semua sama-sama dapat menyedari dan menyakini,
jadikan Allah cita-cita hidup kita yang paling utama.,
nescaya Allah menjaga kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

"Teguhkan bahteramu kerana lautan yang kamu lalui itu terlalu dalam untuk diharungi,
Banyakkanlah bekalan kerana perjalanan kita cukup jauh untuk dijalani,
Ringankanlah belakangmu kerana yang didaki itu terlalu curam,
Ikhlaskanlah segala perbuatanmu kerana yang menilai kita amat mengetahui dan maha melihat apa yang kita lakukan,"

Oleh itu, segala yang kita lahirkan dari hati kita, dari perbuatan kita,
lakukankanlah kerana Allah swt,
bukan untuk kemegahan dan keagungan yang kita cari,
tetapi semata-mata kepada Allah,
kerana keagungan kita akan ada bila Allah redha kepada kita.

Jangan kita lupa, bahawa dalam kehidupan kita ini,
ada satu pohon hati yang perlu kita bangunkan,
tumbangnya pohon itu,
maka ranaplah kehidupan kita..
Mudah-mudahan, kita diredhai Allah,
semoga Allah mengampuni kita semua..amin..

http://sharemotivasi.blogspot.com/