Hidup itu suatu nikmat. Anugerah dari ALLAH untuk kita menjalani sebaik-baiknya. Nikmat itu pula datang dalam pelbagai bentuk, pelbagai cara dan pelbagai rasa. Terpulang kepada kita sahaja untuk menyedari, merasa dan menyempurnakan apa yang dikurniakan oleh Nya.
Nikmat persahabatan. Andai boleh dianggap sebegitu. Sama ada sedar atau tidak, kadangkala kita sendiri tidak begitu mempedulikan sesiapa yang berada di sekeliling kita. Apabila diamati, rupa-rupanya orang yang kita kenali, menjadi sahabat dan sentiasa ada di sisi kita itu, semuanya ada kelebihan tersendiri. Tidak kira apa juga bidang yang diceburi, di situlah nampak kelebihan yang dimiliki. Saya sendiri, tidak menyangka yang punya kenalan atau sahabat yang terdiri dari pelajar-pelajar yang bijak, ada jurugambar yang selalu menghasilkan gambar yang menarik, pelukis yang halus hasil seninya, anak-anak muda yang pintar, penulis yang tulisannya sentiasa hidup dalam jiwa pembaca, pendakwah yang tinggi ilmu dan disegani masyarakat.
Seperkara yang paling menggembirakan saya ialah, berkesempatan mengenali sahabat-sahabat blogger yang sentiasa memiliki idea-idea yang menarik untuk dicatat di dinding blog masing-masing dan mampu menarik perhatian untuk dibaca.
Pendek kata, hampir semua insan yang hebat ada di sekeliling saya, di persekitaran kita dan yang lebih bermakna, mereka itu sendiri mengenali kita, menjadi sahabat kita. Betapa beruntungnya kita semua!
Sekarang, bagaimana pula bagi pihak diri sendiri mengambil kesempatan yang ada untuk memanfaatkannya?
(Pertanyaan yang membawa maksud, 'betapa aku tidak mampu untuk sehebat mereka, sekadar menumpang kelebihan yang ada')
Salam Persahabatan!
Sumber dari http://mohdashrafi.blogspo
Hanya ALLAH Yang Mengetahui
No comments:
Post a Comment