Wednesday, December 29, 2010
SHARING IS LOVING - Bagaimana AKHIRNYA saya Bertaubat...Malek Noor
SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek. Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba. Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya. “Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.
Zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.
“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.
“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.
“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya. Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.
“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999
SHARING IS LOVING - Istiqamah Dalam Menghambakan Diri PadaNYA
ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.
Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.
Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.
Jalan Meraih Ketenangan
Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.
Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.
Menjadikan Al-Quran Sebagai wirid
Islam menyarankan beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Antaranya, kita digalakkan membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai wirid.
Hendaklah kita bertafakur tentang kandungan ayat-ayatnya dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang akan melapangkan dada. Menambahkan lagi keyakinan dalam beragama dan menghadirkan kebesaran pemiliknya iaitu Allah SWT. Di samping itu, janganlah kita mengabaikan adab-adabnya.
Sekiranya kamu melayarkan kapal di dalam lautan ini, kamu akan memperolehi kejayaan dan kerehatan (ketenangan) dalam pelayaran tersebut. Akan datang kepadamu angin kegembiraan dari wangiannya yang suci, dan bauannya yang semerbak bernilai dan mengadap kepadamu kelembutan inayah dengan kesempurnaan pilihan yang disertai dengan ri’ayah pembelaan Allah. Kamu akan ketahui perkara yang belum pernah kamu ketahui dan memahami perkara yang belum pernah kamu fahami.
Maka terhasillah bagimu segala cita-cita dan tercapailah segala keinginan dan kegembiraan. Maka selepas itu berusahalah mengulang-ulang membacanya dan tenggelam di dalam lautan rahsianya. Berwaspadalah daripada meringan-ringankannya dan tergopoh-gapah ketika membacanya.
Menyelami Kitab-kitab Ahli Hikmah
Para ulama juga menyarankan kita menjadikan bacaan kitab-kitab tasauf sebagai wirid. Hendaklah kita perkemaskan renangan kita di dalamnya. Jadikan ia sebagai sahabat dan teman bermesra pada waktu pagi dan petang, dan pegangan dalam semua keadaan.
Taklifkan diri kita beramal dengan isi kandungannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. Insya-Allah, hati kita akan menjadi lembut dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua keadaan.
Istiqamah Dalam Perhambaan
Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.
Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: “Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu”
Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa. Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.
Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.
Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.
Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.
Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar. Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim Ibnu Adham. Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya:“Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan.”
Begitu juga Fudhail Ibnu ‘Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid.
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.
Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Zumar : 53)
Allah SWT juga berfirman :
"Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat." (Al-Hijr: 56).
Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman :
"Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir."
Sabda Rasulullah SAW :
“Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya”.
Maka marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan ‘ubudiah walau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.
Sumber : Murabbi Dot Net

SHARING IS LOVING - Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
Assalamualaikum...teman2 ku sekelian...Hayati lah kata2 ini dengan baik..Hiba membacanya...ambil lah pengajaran dan iktibar dari nasihat ini sebaiknya...dunia sudah sampai ke Akhirnya...kematian makin menghampiri kita...berusaha lah sungguh2 ..berusaha dengan sedaya nya....bukan sekadar angan2 dan tidak bergerak melakukannya....sayangi diri kita..kerana kita sangat berharga..jadi kan diri kita berharga di sisi ALLAH....
Berkongsi lah ..nasihat menasihati lah kerana ALLAH ...moga ALLAH dan Rasullulah di hati kita selamanya...AMIN YA ALLAH
Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.
SHARING IS LOVING - Akhlak Anak-Anak kita adalah tanggungjawab kita!
Assalamualaikum..buat ibubapa tersayang ..Marli lah kita bersama2 berusaha sedaya nya ...dengan usaha yang bersungguh2 kerana ALLAH untuk membimbing serta mendidik anak2 kita mengikut acuan Al-Quran....saynangi lah keluarga dan anak2 kita dengan sebenarnya..untuk bersama mereka di SYURGA ALLAH ..dunia dan akhirat..bukan sekadar kita luahkan di mulut sahaja....
Sama2 kita usaha ...Moga Rahmat ALLAH sentiasa bersama kita dan keluarga ..Amin ya ALLAH
Akhir akhir ini kita melihat pelbagai gejala-gelaja sosial yang melibatkan anak-anak muda/remaja terutamanya yg beragama islam, sebagai contoh baru-baru ini saya ada menerima link video yang mengejutkan saya bertajuk ' budak sekolah diraba' (lebih kurang). tanpa segan silu budak2 sekolah berani pemperlakukan sedemikian dan berani pula memperlihatkan wajah mereka yg tidak langsung memikirkan kesan pada keluarga mereka nanti.
Kalau diikutkan hati hendak saya kongsikan link itu disini dan post kan pada semua sahabat2, supaya nanti mungkin ada yang mengenal mereka, atau mungkin keluarga mereka sendiri ada disini dapat mendidik kembali anak-anak mereka yg terlibat ke jalan yg baik, tetapi memandangkan ia bakal mengundang aib dan malu pada keluarga mereka saya batalkan hasrat berkenaan.
Sahabat-sahabat yang saya hormati, Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.
Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.
Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :
Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali – Imran ayat: 38
”Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. “
Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak
Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.
Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.
Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :
“Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam “.
Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :
“Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia“.
Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.
Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :
”Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “.
Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.
Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna. Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insani yang sempurna dan merupakan modal insan yang akan memainkan peranan untuk anak-anak kita dalam membangun masyarakat dan Negara.
Sumber : PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA- PPIM
Tuesday, December 28, 2010
SHARING IS LOVING - Musibah, dugaan hidup ukur tahap keimanan orang mukmin
ORANG beriman tidak bersangka buruk kepada Allah dan merasa putus asa untuk mendapatkan rahmat serta pertolongan-Nya. Sehebat mana pun ujian diturunkan Allah, mereka tetap sabar, tabah dan mematuhi segala perintah wajib dikerjakan sebagai seorang Muslim.
orang beriman dijanjikan sesuatu yang istimewa di dunia dan akhirat seperti firman Allah bermaksud: “Dan orang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Ankabut: 7).
Kita semua impikan kesenangan, kebahagiaan serta kesejahteraan hidup. Setiap detik kita juga ingin kesihatan yang baik supaya dapat hidup ceria, selesa dan membuat amal ibadat dengan sempurna. Akan tetapi ujian Allah akan datang juga.
Kita tidak mungkin hidup sepanjang hayat tanpa diuji kerana ujian Allah untuk mengukur sekuat mana sabarnya kita menghadapinya. Kesabaran terutama ketika menghadapi ujian akan menentukan seteguh mana iman kepada Allah.
Justeru, mereka yang bersangka baik atau reda dengan ujian demi ujian yang datang, akan beroleh balasan besar di dunia dan akhirat.
Mereka ingat pesan Allah seperti difirmankan bermaksud: “Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87).
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah itu, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Ingat, mereka yang berharap kepada rahmat Allah tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang oleh-Nya, mengucapkan perkataan buruk, bersangka tidak baik atau melalaikan sesuatu yang diperintahkan.
Pengharapan kepada rahmat Allah dan syurga sangat memberi kesan kepada seluruh kehidupan seseorang, sikap terhadap kehidupan, keikhlasan dalam ibadat serta keazaman mereka.
“Orang yang beriman berlumba-lumba sesama mereka untuk berbuat kebaikan, bekerja ke arah mencapai akhlak terbaik dan cuba untuk menjadi hamba yang dekat kepada Allah disebabkan oleh keimanan dan kecintaan mereka kepada Allah, di samping pengharapan bahawa mereka akan memperoleh rahmat dan syurga-Nya. Semakin tinggi harapan itu, semakin kuat usaha mereka.”
Oleh demikian, jadikan diri kita antara hamba Allah yang beriman dengan sentiasa bersangka baik walaupun kita diuji dari semasa ke semasa kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Firman-Nya bermaksud: “Dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari kurnia-Nya. Dan orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang sangat keras.” (Surah Asy-Syura: 26).
Sunday, December 26, 2010
SHARING IS LOVING -Hati Kita Hati Orang
Assalamualaikum..artikel yg di petik dari laman web ttp://www.iluvislam.com
Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam sebuah majlis. Bacaan dan terjemahan surah Al-Hujraat, benar-benar berkesan di hati kerana ia memperingatkan saya mengenai pelbagai polemik, konflik, krisis dan kritik yang sudah menjelma menjadi kata mengata, senda mempersenda, maki hamun malah fitnah memfitnah sesama kita. Surah ini seharusnya menjadi renungan pelbagai pihak di kalangan orang politik, orang persatuan, orang surau, malah orang di pejabat-pejabat.
Renungkanlah di antara peringatan daripada ALLAH dalam surah ini:
Ayat 6:
Pentingnya Menyelidik Sesuatu Berita, Cerita & Gosip
Pentingnya Menyelidik Sesuatu Berita, Cerita & Gosip
WAHAI orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Ayat 10:
Mendamaikan Pihak Yang Bersengketa, Bukan Mengapi-Apikan
Mendamaikan Pihak Yang Bersengketa, Bukan Mengapi-Apikan
SEBENARNYA orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Ayat 11:
Larangan Meninggi Diri Dan Mengata Orang Lain
Larangan Meninggi Diri Dan Mengata Orang Lain
WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Ayat 12:
Larangan Berprasangka Dan Mencari Salah Orang
Larangan Berprasangka Dan Mencari Salah Orang
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Ayat 13:
Allah Memandang Ktawkwaaan, Bukan Keturunan
Allah Memandang Ktawkwaaan, Bukan Keturunan
WAHAI umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)
SESUNGGUHNYA pertelingkahan dan pergeseran yang terjadi berpunca kerana kegagalan masing-masing menjaga hati. Perasan yang hati masing-masing masih putih bersih. Kerana itu berani dan konfiden melakukan apa sahaja dosa tanpa menyedari hati sudah mula dipenuhi titik-titik noda.
Hadis Rasulullah:
"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk, maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati".

Bila hati sendiri tidak terjaga, bagaimana hendak menjaga hati orang lain?
SHARING IS LOVING - JEMPUTAN KE TALKSHOW NISA' WP- U TURN KE JALAN YG LURUS - 1.1.2011
Assalamualaikum...
Pada semua..mari kita sama2 mengimarahkan majlis ini..mencari ilmu untuk memperbaiki diri ...pada kawan2 sebar2 kan lah majlis ini...betapa indahnya hidup jika kita menyambut tahun baru dengan mencari redha nya ALLAH...jangan lupa niat kan menghadiri nya kerana ALLAH ...jom kawan2 ...jumpa kat sana ya...amin
Bersempena dengan sambutan tahun 2011, Nisa' dengan kerjasama Masjid Asy-Syakirin KLCC akan mengadakan Talkshow seperti berikut :
TAJUK: U TURN KE JALAN YANG LURUS
PANEL: USTAZ ZUL RAMLI M RAZALI
(Perunding Motivasi/Hos Bicara Ad-Deen IKIM.fm & Pahang fm/Penulis buku)
TN HAJI KAMARUDDIN ABDULLAH (Presiden IPSI)
TARIKH: 1 JANUARI 2011, 9PAGI - 12 TGHARI
TEMPAT: RUANG LEGAR MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC
MASUK adalah PERCUMA
JUGA AKTIVITI MENARIK untuk KANAK-KANAK
# MEWARNA # MELUKIS
Sebarang pertanyaan hubungi :
Cik Aziyati 0132009426 @ Cik Fazriah 012 2945732
Anda juga dijemput untuk menyertai & memeriahkan aktiviti di malam merdeka 31 Dec 2010:
- Forum Ambang Merdeka dan Persembahan Nasyid di Masjid KLCC (Makan malam utk ahli nisa' disediakan)
-XPDC dakwah
-Qiamullaill pada 1.1.2011 jam 4 pagi
Untuk penyertaan & maklumat lanjut hubungi Cik Aziyati 013-2009426 @ Cik Fazriah 012 2945732
Semoga Ukhuwah Dapat Di Pereratkan Dengan Pertemuan Di Program Kali Ini...
Wassalam.
SHARING IS LOVING - Bukan Semua Keinginan Kita Allah Bagi
Assalamualaikum...Satu artikel dari laman web iluvislam...satu perkongsian yang saya rasakan sangat baik untuk kita hayati dan menjadi Panduan dan pengajaran ...serta memberi kekuatan pada kita ,hamba2 ALLAH yang lemah ini....kawan2 boleh layari laman web ini di http://www.iluvislam.com untuk mendapat ilmu2...MAY ALLAH BLESS US
Dalam banyak-banyak anugerah Allah, anugerah keluargalah yang paling bermakna dalam diri saya. Saya sayang mak dan arwah abah kerana redha Allah ke atas saya bergantung ke atas redha mereka terhadap saya. Saya amat sayang kerana isteri saya kerana beliaulah yang sentiasa bersama saya, menjadi tulang belakang ketika susah dan senang. Saya juga terlalu sayang dengan anak-anak saya, kerana mereka adalah pelaburan tetap saya untuk hari akhirat. Mereka jugalah penghibur hati saya ketika duka.
Selepas berkahwin, saya tidak pernah hidup terlalu berjauhan dalam tempoh masa yang lama dengan keluarga. Paling lama pun, ialah ketika isteri menghadiri kursus BTN. Hanya Allah sahaja yang tahu dalam tempoh 5 hari tersebut, betapa rindunya Raed yang ketika itu berumur setahun setengah terhadap mamanya. Selepas itu, tidak pernah kami tinggal berjauhan. Walaupun saya kadang-kadang sibuk setiap hujung minggu memenuhi jemputan di sana sini, akan tetapi akan pulang juga bersama keluarga.
Setelah hampir 5 tahun nikmat itu Allah pinjamkan kepada kami sekeluarga, saya sedar akan tiba suatu hari nanti Allah akan uji kami dengan menarik seketika nikmat tersebut. Dan itulah yang berlaku sekarang. Atas sebab rasmi, secara mengejut kini saya hidup dalam episod bercinta antara benua.
Saya dan anak-anak lelaki terpaksa pulang ke tanah air, sementara isteri dan baby Sofea akan akan terus berada di UK sehinggalah tamat research beliau. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas dan drastik. Hari ini dapat pasport, esoknya beli tiket, lusanya terbang, tulatnya sudah masuk kerja. Siapa yang mahu berpisah dengan keluarga dan anak-anak. Siapa yang mahu menyeksa perasaan diri serta insan tersayang dalam kadar waktu yang pantas dan mengejut.
Beginilah ketetapan Allah. Bukan semua yang kita inginkan, akan diberikan oleh Allah SWT. Sekadar peringatan dan penawar kepada hati yang masih berduka ini, di celah kesibukan menjadi 'bapa tunggal' berkarier, saya nukilkan warkah peringatan ini khususnya untuk diri kami sekeluarga.
Mengapa Allah uji kita, dengan menahan seketika kehendak peribadi kita?
1. Mungkin ini sebagai kaffarah dosa untuk diri kita.
Semua kita, tidak kiralah sama ada yang bergelar ustaz ustazah atau pun tidak, adalah berhadapan dengan risiko melakukan dosa. Ketebalan iman seseorang boleh dirobek dengan walau dengan sekelumit kealpaan. Beruntunglah bagi yang segera bertaubat dan berisghfar setelah melakukan dosa. Dalam pada itu, insaflah betapa luasnya rahmat Allah kepada kita, sehinggakan disediakan sebab dosa-dosa itu boleh diampunkan, iaitu dengan kaffarah melalui ujian dan penderitaan. Sabda nabi Muhammad SAW dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Tiadalah muslim yang ditimpa cubaan seperti sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.
2. Tercatat dalam ketetapan Allah dan terbukti jua di dalam sejarah, bahawa keluarga yang baik biasanya akan menerima ujian yang besar.
Seolah-olah, ujian penderitaan adalah prasyaratnya. Kisah yang berlaku antara nabi Ibrahim, isterinya Hajar serta puteranya nabi Ismail telah melahirkan daripada keturunan mereka manusia yang hebat, yang terulung sekali ialah nabi Muhammad SAW.
Saya dan keluarga hanya diuji barangkali setengah tahun sahaja, di dalam dunia yang sudah dilengkapi dengan prasarana komunikasi yang hebat. Setiap malam, kita boleh sahaja berhubung melalui video conference. Semua ini masih belum wujud lagi semasa zaman nabi Ibrahim terpaksa meninggalkan Hajar dan Ismail di kota Bakkah yang kering kontang tanpa penghuni dan sumber alam. Bayangkan, betapa hibanya hati seorang ayah terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di tempat dan keadaan yang amat ekstrim. Akan tetapi, ketabahan serta kesabaran mengharungi ujian, melayakkan mereka semua mendapat inayah dan bantuan Allah. Ketabahan mereka berhadapan dengan ujian hebat, akhirnya melahirkan generasi yang hebat.
3. Siapa yang tidak sedih menerima ujian ini. Akan tetapi perlu dididik dan dilentur hati kita, bahawa ujian yang Allah beri sekarang ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ujian orang lain.
Apalah sangat ujian hidup cinta antara benua ini, berbanding dengan mereka yang diuji dengan kehilangan insan tersayang. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding ujian ibu, ayah dan anak-anak Palestin khususnya di Genting Gaza. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding nasib ramai umat Islam yang menjadi mangsa diskriminasi diktator manusia di seluruh dunia. Sehinggakan terpisah tanpa khabar berita, berjumpa tidak pernah, bertemu berharap tak usah.
Sedih memanglah sedih. Akan tetapi buat apa perlu melayan kesedihan itu secara berlebihan. Sedangkan banyak lagi nikmat kesenangan (yang sepatutnya perlu dibaca sebagai ujian) berlegar di sekitar kita. Dalam masa yang sama, ramai lagi yang lebih menderita tetapi tabah di dalam diuji Allah.
Ya Allah, bantulah keluarga kami. Permudahkanlan urusan kami. Permudahkanlah anak-anak kami menerima perubahan drastik yang mencabar ini. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah daripada isteri dan anak-anakku, penyejuk mata, dan jadikanlah mereka generasi imam yang bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada sanak saudara dan rakan taulan yang membantu dan memahami ujian kami ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)