Monday, June 13, 2011

SHARING IS LOVING - MOTIVASI - KATA YANG BERGUNA DAN MOTIVATE KITA




Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui
nilainya.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk
mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati
kehidupan.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Orang yang mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai
rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal,
bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak
juga papa kedana.

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti
durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di
dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain
kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan
nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal
terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal
yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

_ Tentang Waktu_

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai kejayaan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

No comments:

Post a Comment