Saturday, May 21, 2011
SHARING IS LOVING - Kewajiban Menuntut Ilmu & Menyebarkannya
Assalamualaikum...Sharing is Loving ..Perkongsian buat semua kawan2..dan peringatan buat diri yang dhaif dan faqir ini khasnya...dan am nya buat kawan2 tersayang yang di muliakan..
"Dalam kehidupan seharian, kita sering mempelajari sesuatu perkara baru. Tiada seorang pun di dunia ini lahir dalam keadaan berilmu atau sudah cukup ilmunya. Kewajipan menuntut ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Jika menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap muslimin, maka mengajarkan Ilmu yang sudah diperolehi itu juga merupakan suatu kewajipan.
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:
"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi." (Riwayat Ibnu Majah)
Mari kita sama2 mencari Ilmu..Mengamalkannya dan menyampaikan semampu kita...JOM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment