Tuesday, August 19, 2014

SHARING IS LOVING - RAHSIA MENJEMPUT REZEKI..INSYAALLAH




Assalamualaikum..Ilmu yang diambil dari FB : Mudahnya Menjemput  Rezeki


Rahsia Menjemput Rezeki...yang Paling Masyhur!

Sejak petang tadi saya menerima beberapa panggilan yang membuktikan betapa mudahnya amalan ini :

1)Seorang dari kedah memaklumkan menjual MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI sehinnga 90 naskah sehari

Amalan beliau:
a) Sentiasa membawa makanan kucing di dalam kereta dan akan memberi makan kepada mana-mana kucing yang ditemui

2) Seorang dari Johor memaklumkan pernah meminjam secupak beras dari ibu sendiri kerana terlalu susah. Hari ini beliau memiliki 25 ekar tanah!
Amalan beliau adalah bersedekah, bersedekah dan bersedekah. Beliau bercakap bukan main bersemangat ; seolah-olah kami sedang duduk berhadapan. Walhal melalui telefon sahaja.

3)Kerana tidak ada lagi yang mampu disedekahkan; seorang pembaca buku MMR memaklumkan menghalalkan (sedekah) hutang orang kepadanya. Ia berjumlah RM200,000.Katanya untuk menjemput RM2 juta ; itulah jumlah hutang beliau.Nah, iman yang bukan calang-calang bukan...?
Siapa lagi mahu cuba?

Saya pun sudah cuba, halalkan RM2,000 dapat balasan dari Allah RM20,000 alhamdulillah.....sungguh ajaib!

Dan ini pula janji Allah :

" Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (al-Baqarah : ayat 280 )
Saya selalu terkesan dengan ayat ini " ..jika kamu mengetahui.". Ada rahsia di sana.....Sila semak kitab tafsir.

Siapa lagi ada cerita tentang sedekah?
Ayuh kongsikan, ramai yang sedang menunggu untuk dimanfaatkan..
Silakan...

Atau mungkin kita perlu tonton video ini sekali lagi...?

http://www.youtube.com/watch?v=BuC4g8oa8KQ



1 comment: