Assalamualaikum..Ilmu yang diambil dari
FB : Mudahnya Menjemput Rezeki
Rahsia Menjemput Rezeki...yang Paling
Masyhur!
Sejak petang tadi saya menerima beberapa
panggilan yang membuktikan betapa mudahnya amalan ini :
1)Seorang dari kedah memaklumkan menjual
MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI sehinnga 90 naskah sehari
Amalan beliau:
a) Sentiasa membawa makanan kucing di
dalam kereta dan akan memberi makan kepada mana-mana kucing yang ditemui
2) Seorang dari Johor memaklumkan pernah
meminjam secupak beras dari ibu sendiri kerana terlalu susah. Hari ini beliau
memiliki 25 ekar tanah!
Amalan beliau adalah bersedekah,
bersedekah dan bersedekah. Beliau bercakap bukan main bersemangat ; seolah-olah
kami sedang duduk berhadapan. Walhal melalui telefon sahaja.
3)Kerana tidak ada lagi yang mampu
disedekahkan; seorang pembaca buku MMR memaklumkan menghalalkan (sedekah)
hutang orang kepadanya. Ia berjumlah RM200,000.Katanya untuk menjemput RM2 juta ; itulah
jumlah hutang beliau.Nah, iman yang bukan calang-calang
bukan...?
Siapa lagi mahu cuba?
Saya pun sudah cuba, halalkan RM2,000 dapat balasan dari Allah RM20,000 alhamdulillah.....sungguh ajaib!
Dan ini pula janji Allah :
" Dan jika (orang yang berhutang
itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan
menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu
mengetahui." (al-Baqarah : ayat 280 )
Saya selalu terkesan dengan ayat ini
" ..jika kamu mengetahui.". Ada rahsia di sana.....Sila semak kitab tafsir.
Siapa lagi ada cerita tentang sedekah?
Ayuh kongsikan, ramai yang sedang
menunggu untuk dimanfaatkan..
Silakan...
Atau mungkin kita perlu tonton video ini
sekali lagi...?
http://www.youtube.com/watch?v=BuC4g8oa8KQ