Sunday, September 19, 2010

SHARING IS LOVING -katakan pada diri, SAYA TIDAK HIPOKRIT!

Saya bukan hipokrit, ianya bukanlah ayat bela diri, tapi saranan untuk kita berubah!Ianya bukanlah ayat untuk kita bermalas-malasan, dan membiarkan diri dalam kemungkaran, tetapi sepatutnya menjadi kekuatan supaya kita sedar diri dan merancang untuk melaksanakan seperti apa yang kita perkatakan.

    Rasanya ramai antara kita yang pernah dengar statement2 macam nih;

"saya bukan takmo pakai tudung...tapi saya bukan hipokrit,"

"daripada saya couple sorok-sorok, baik saya couple terang-terangan. Walaupun saya ajk persatuan mahasiswa Islam (contoh), tapi saya tak nak jadik pemimpin yang hipokrit"

"Walaupun saya pakai tudung labuh, tapi saya tak nak hipokrit, cakap lembut-lembut, malau-malu. Dah memang perwatakan saya macam nie, kasar. Asalkan saya tak buat apa-apa yang haram!"

tapi sedarkah kita, apa yang di maksudkan dengan hipokrit?

perspektif hipokrit kita dengan barat berbeza... 


hipokritorang yg berpura-pura berpe rangai baik; munafik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hipokritorang yg berpura-pura berperangai baik; munafikKamus Pelajar
hipokrit(orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik.Kamus Dewan Edisi Empat




Apa yang boleh kita simpulkan adalah HIPOKRIT ini bermaksud berpura-pura berperangai baik atau munafik.

Sebagai contoh ; 
(1) Kita sentiasa mengingatkan orang lain untuk menghormati ibubapa, tapi kita sendiri tak ada usaha untuk menghormati ibubapa.

(2) Kita bukanlah orang yang suka menderma, tapi depan orang lain kita jadik sangat pemurah untuk menderma.

dan banyak lagi..~
Malah ketika-tiga kamus ini juga bersetuju, menterjemahkan hipokrit sebagai munafik.sekiranya kita menerima nikmat dari Allah setiap hari, tetapi tidak mengakuiNya sebagai Tuhan, mmelanggar syariat dan melakukan kemungkaran. Maka itu di namakan hipokrit, iaitu munafik, merima nikmat tetapi tidak mengakuinya.

Menurut pendapat sahabat saya sendiri, kak jaja =) Hipokrit itu sebenarnya adalah ape yg kiter buat tu ader niat lain disebaliknyer bukan atas ikhlas diri sendiri
"BERPURA2"

Bila kita bercakap tentang keikhlasan, pastinya sukar kita mengesan bilakah agaknya penyakit hipokrit ini menerjah dalam hati kita. Sebab tu ader hadith menyebut 'innamal a'malu binniat' Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.  

Perspektif  hipokrit ini ada Allah sebut dalam firmanNya pada surah As-Saf :3

(itu) sangatlah di benci di sisi Allahjika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Berniat untuk merubah diri ke arah kebaikan bukan hipokrit
menjauhi kemungkaran demi mendapatkan redha Allah bukan hipokrit
menunjukkan akhlaq yang baik lagi terpuji, merupakan salah satu method Rasulullah saw dalam berdakwah. Dan ianya bukan hipokrit


Jadik apa alasan kita lagi? Saya bukan mahu 'mencantas' atau memerli sape2, tapi saya bercakap pada diri saya sendiri! Supaya saya tidak memberi ruang kepada diri saya yang sering memberi alasan! Supaya saya sedar, dan tidak hipokrit.


Yuk~ Bersangka baik dan beri peluang pada diri dan setiap orang berubah
katakan pada diri, saya tidak hipokrit.

No comments:

Post a Comment