Wednesday, September 29, 2010

SHARING IS LOVING - TEMAN KU..DENGARLAH




Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN, 

Janganlah kerana KELEBIHANNYA..
Kerana mungkin dengan 1 KELEMAHAN..
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN, 

Janganlah kerana KEBAIKANnya.. 
Kerana mungkin dengan 1 KEBURUKAN..
Kau akan menbencinya.... 

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN..

Janganlah kerana ILMUnya..
Kerana apabila dia BUNTU...
Kau mungkin akan menFITNAHnya... 

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN...

Janganlah kerana sifat CERIAnya..
kelak andai dia tidak pandai menceriakan..
Kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau inginkan SESEORANG sbg teman, 

Terimalah dia SEADANYA,
Ikhlaskan dalam perhubungan...
Sinarinya dengan takwa & Iman...
Saling hormat-menghormati..
Jujur..amanah..& segalanya..

Krn dia seorang TEMAN , 
Yang hanya manusia biasa.... 
Ada Kelemahan...
Ada Kekurangan.. 
Ada Keburukan..

Jadilah, saling lengkap-melengkapi..
kerana TIADA SIAPA YANG SEMPURNA...

JIKA TIDAK, TINGGALKANLAH DIA..
KERNA..

"DIA SEMESTINYA TIDAK PERNAH KESEORANGAN..."
"ISLAM is the WAY of LIFE..."

Ceria2lah slalu..^__^
Salam ukhwah..Salam Pertemuan & Perhubungan dgn kalian...

SHARING IS LOVING -YA ALLAH HAMBA LELAH




Bukan mudah Ya ALLAH… 
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan 
Keindahan dunia ini menganggu ku 
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku 
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH 
Aku berlari ke sana dan ke sini 
Aku mencari dan terus mencari 
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi 
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri 
Sedang aku tidak diuji 
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali 
Andai bisa aku berbicara denganMU 
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku 
Sungguh aku bukan bercakap kosong 
Inilah keluhan hatiku 
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU…. 

Ampuni aku Ya ALLAH 
Aku lemah lagi tak bermaya 
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia 
Aku tak mampu Ya ALLAH, 
Belenggu ini menghimpit ku… 
Belenggu ini menghiburkan hatiku 
Sehingga aku senang denganya 
Sehingga aku takut kehilanganya 
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa… 
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya… 

Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU 
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU 
Lalu ke manakah langkahku 
Selayaknya dimanakah tempatku 
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti 
Andai aku diseksa, kan aku patuhi 
Asalkan Kau meredhai hidupku ini 

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini 
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku 
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku, 
tak kira apa keadaan imanku 
Sesungguhnya Ya ALLAH, 
cinta ku hanya milikMU…

Friday, September 24, 2010

SHARING IS LOVING - HENTIKAN MENGELUH




Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahwa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahwa kita masih hidup !

Sahabat2ku..janganlah membenci kesusahan, kerana melalui kehadiranya kita menjadi dekat kepada Pencipta kita, melaluinya jua kita menjadi manusia yang bersyukur..." sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ~ al-Insyirah 5 – 6

Wednesday, September 22, 2010

SHARING IS LOVING -KATA INDAH

BLOG umpama pisau. Bermanafaat (tapi berhati-hati) dan juga boleh membunuh diri (mengaibkan). Gunalah BLOG utk manafaat. “Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS Al-Imran 3:104).......

SHARING IS LOVING -BETAPA ALLAH MENCINTAIMU




Betapa Allah Mencintai mu…

Dia menciptakan mu dalam bentuk yang sebaik-baiknya…
Dia selalu menjaga mu… tiap detik… tiap minit… dan setiap waktu… tanpa kenal lelah & letih…

Dia memberi mu ujian & masalah untuk kamu pecahkan agar kamu kamu menjadi orang yg kuat, sabar dan selalu mengingat Nya

Dia memberikan kamu rasa sedih rasa bahagia, agar kamu selalu bersyukur kepadanya tidak menjadi orang yg sombong…

Dia selalu memaafkan semua kesalahan mu…jika kamu benar bertaubat pada Nya
Dia selalu mencatat setiap kebaikan mu walaupun kebaikan itu hanya sebesar zahra dibumi atau dilangit…Dia selalu memberi rezeki kepada mu tanpa disangka-sangka…

Tapi apakah kamu sudah benar-benar mencintai Allah seperti Allah mencintai kamu?
Apakah kamu sudah benar-benar mencintai Allah dengan sesungguhnya?

Tanya kepada hati mu…
Apa yang sudah kau lakukan sebagai bukti kau mencintai Allah dengan sesungguhnya…

Sudahkah kamu mencintai Allah seperti Allah mencintai kamu…
Sudahkah kamu melakukan solat 5 waktu tepat pada waktunya… andai kau tau, bahawa amalan pertama yang dihisab adalah Solat…

Sudahkah kamu membaca Al Quran setiap hari…
Sudahkah kamu memahami apa yang ada di dalam kitabmu Al Quran… Andai kau tau sesungguhnya apa yg ada didunia ini telah tertulis dalam Al-Quran

Sudahkah hati mu mencerminkan 99 Asmaul Husna…
Sudahkah kamu mempunyai hati yang selalu pemaaf…seperti Allah yang selalu mau memaafkan kesalahan mu, jika kamu bertaubat dgn sungguh2

Sudahkah kita menyisihkan sedikit penghasilan kita untuk orang-orang yang kurang mampu…
 
Sudahkah kita selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan…
Apakah rasa cinta mu kepada Allah lebih besar daripada rasa cinta mu kepada makhluk ciptaan Nya

Terkadang kita kesal, marah, dan kecewa pada Allah, atas ujian atau cobaan yang kita terima…

Tapi apakah pada saat kita mendapatkan kebahagiaan, kita sering bersyukur & berterima kasih kepada Allah…

Pernahkah kita selalu berbaik sangka kepada Allah atas semua hal yg kita alami…

Andai kau tau… sungguh ujian atau cobaan yang selama ini kamu terima, itu sebagai tanda rasa sayang rasa cinta Allah terhadap hamba Nya ..

Andai kau tau… bahawa semua itu bisa menjadikan mu orang yang lebih Sabar, lebih Bersyukur, lebih Ikhlas,lebih Bertawakal, dan lebih dekat kepada Allah kerana bagi Allah, sangatlah mudah melepas setiap permasalahan hamba Nya setiap saat. Tapi justeru kerana Allah begitu memberi perhatiaan kepada mu, begitu sayang pada mu, dan begitu mencintaimu…

Maka Dia menguji tiap hamba Nya untuk sentiasa mengingatkan mereka bahwa Allah selalu ada untuk mereka & sungguh Pertolongan Allah Sangat Dekat. 


Ujian atau cobaan yg menimpa kita adalah peringatan dari  Allah..agar kita bisa memperbaiki diri dan senantiasa bertaubat sehingga kita menjadi lebih baik lagi, sehingga pada saat kita bertemu dengan Allah nanti , kita sudah dalam keadaan bersih, tanpa dosa. Dan kelak ketika kita menghadapi soalan sebenarnya di Liang Lahat oleh Malaikat Mungkar & Nakir, kita bisa menjawab dengan baik & bisa menikmati masa istirahat sampai Hari Kiamat Tiba..

Sunday, September 19, 2010

SHARING IS LOVING -katakan pada diri, SAYA TIDAK HIPOKRIT!

Saya bukan hipokrit, ianya bukanlah ayat bela diri, tapi saranan untuk kita berubah!Ianya bukanlah ayat untuk kita bermalas-malasan, dan membiarkan diri dalam kemungkaran, tetapi sepatutnya menjadi kekuatan supaya kita sedar diri dan merancang untuk melaksanakan seperti apa yang kita perkatakan.

    Rasanya ramai antara kita yang pernah dengar statement2 macam nih;

"saya bukan takmo pakai tudung...tapi saya bukan hipokrit,"

"daripada saya couple sorok-sorok, baik saya couple terang-terangan. Walaupun saya ajk persatuan mahasiswa Islam (contoh), tapi saya tak nak jadik pemimpin yang hipokrit"

"Walaupun saya pakai tudung labuh, tapi saya tak nak hipokrit, cakap lembut-lembut, malau-malu. Dah memang perwatakan saya macam nie, kasar. Asalkan saya tak buat apa-apa yang haram!"

tapi sedarkah kita, apa yang di maksudkan dengan hipokrit?

perspektif hipokrit kita dengan barat berbeza... 


hipokritorang yg berpura-pura berpe rangai baik; munafik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hipokritorang yg berpura-pura berperangai baik; munafikKamus Pelajar
hipokrit(orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik.Kamus Dewan Edisi Empat




Apa yang boleh kita simpulkan adalah HIPOKRIT ini bermaksud berpura-pura berperangai baik atau munafik.

Sebagai contoh ; 
(1) Kita sentiasa mengingatkan orang lain untuk menghormati ibubapa, tapi kita sendiri tak ada usaha untuk menghormati ibubapa.

(2) Kita bukanlah orang yang suka menderma, tapi depan orang lain kita jadik sangat pemurah untuk menderma.

dan banyak lagi..~
Malah ketika-tiga kamus ini juga bersetuju, menterjemahkan hipokrit sebagai munafik.sekiranya kita menerima nikmat dari Allah setiap hari, tetapi tidak mengakuiNya sebagai Tuhan, mmelanggar syariat dan melakukan kemungkaran. Maka itu di namakan hipokrit, iaitu munafik, merima nikmat tetapi tidak mengakuinya.

Menurut pendapat sahabat saya sendiri, kak jaja =) Hipokrit itu sebenarnya adalah ape yg kiter buat tu ader niat lain disebaliknyer bukan atas ikhlas diri sendiri
"BERPURA2"

Bila kita bercakap tentang keikhlasan, pastinya sukar kita mengesan bilakah agaknya penyakit hipokrit ini menerjah dalam hati kita. Sebab tu ader hadith menyebut 'innamal a'malu binniat' Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.  

Perspektif  hipokrit ini ada Allah sebut dalam firmanNya pada surah As-Saf :3

(itu) sangatlah di benci di sisi Allahjika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Berniat untuk merubah diri ke arah kebaikan bukan hipokrit
menjauhi kemungkaran demi mendapatkan redha Allah bukan hipokrit
menunjukkan akhlaq yang baik lagi terpuji, merupakan salah satu method Rasulullah saw dalam berdakwah. Dan ianya bukan hipokrit


Jadik apa alasan kita lagi? Saya bukan mahu 'mencantas' atau memerli sape2, tapi saya bercakap pada diri saya sendiri! Supaya saya tidak memberi ruang kepada diri saya yang sering memberi alasan! Supaya saya sedar, dan tidak hipokrit.


Yuk~ Bersangka baik dan beri peluang pada diri dan setiap orang berubah
katakan pada diri, saya tidak hipokrit.