Wednesday, June 30, 2010

Maher Zain - Allahi Allah Kiya Karo


SHARING IS LOVING -HIBURAN DI PETANG KHAMIS BUAT KAWAN2...

MEMANG BEST SEMUA2 LAGU MAHER ZAIN NI...


SHARING IS LOVING -"WAHAI PUTERA DAN PUTERI ADAM"


ADAKAH ..APAKAH..TEMAN2 TERSAYANG

Adakah kamu ingat akan murka ALLAH, ketika kamu LANGGAR PERINTAHNYA..dan setelah itu membuatkan kamu terhenti?

Apakah telah kamu TUNAIKAN AMANAH yang telah di amanahkan kepada mu?

Apakah kamu telah BERBUAT BAIK kepada orang yang melakukan kejahatan kepadamu?

Apakah kamu MEMBERI MAAF kepada orang-orang yang menganiayamu?

Apakah kamu AJAK BERBICARA orang yang telah meninggalkanmu?

Apakah kamu sudah BERHENTI DARI BERBURUK SANGKA DAN MENGAIBKAN orang?

Apakah Kita sudah BENAR-BENAR MENDIDIK KELUARGA kita ke Jalan ALLAH?

Apakah kamu telah MENGERATKAN SIRATURAHIM pada yang memutuskan?

Apakah kamu sudah BENAR-BENAR MENDIDIK ISTERI DAN ANAK-ANAK KAMU ke Jalan ALLAH

Apakah Kamu telah SEDARKAN ORANG yang telah mengkhinatimu?

Apakah telah kamu BERTANYA ULAMA tentang urusan agama dan duniamu yang kamu tidak tahu?

Apakah kamu sudah BUANG HASAD DENGKI DAN MENGUMPAT orang dalam dirimu?

Apakah kamu sudah MEMOHON AMPUN ATAS DOSA-DOSAMU kepada ALLAH dan Manusia?

Adakah kamu sudah BENAR-BENAR BERJIHAD menolong dirimu....agamamu..keluarga mu ..teman2 mu?

Adakah kamu sudah BENAR-BENAR MENCARI ILMU untuk baiki agamamu?

Adakah kamu sudah BENAR-BENAR BERSEDIA untuk kematianmu?

Apakah kamu sudah BENAR-BENAR MENJAGA AURATMU?

Adakah ... kita sudah BEANR-BENAR BERUSAHA teman-teman?

PS:// Jika ada yang nak tambah silakan ya...may ALLAH bless us

SHARING IS LOVING - "PENGISIAN MASA SEORANG MUKMIN "


Teman2 kawal lah masa kita..isilah dengan pengisian yang mendekatkan kita ke Jalan ALLAH...memang sukar untuk mengawalnya...tetapi seperti biasa kita kena berusaha..jika gagal usaha lagi ..moga kejayaan akan bersama kita..bersungguh2 berusaha...berdoa banyak2 dan bertawakal lah pada kekasih kita...ALLAH...kesusahan tu nanti insyaallah akan menghadiahkan kita mutiara yang bersinar-sinar ..amin

1. Masa dan waktu adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Ia adalah modal yang diperuntukkan Allah kepada sekelian hamba bagi tujuan penjanaan iman dan amal soleh sebanyak-banyaknya.

2. Sebagai yang dijelaskan Nabi saw bahawa segala nikmat pasti akan ditanya bahkan dipertanggungjawabkan. Masa yang tidak terisi dengan iman dan amal soleh akan menghadapi sessi pertanggungjawaban dan perhitungan yang amat berat di hadapan Allah swt.

3. Bagi yang memahami dan menginsafinya, masa dan waktu akan diuruskan secara pntar dan bijaksana. Sementelah pula kita hidup di akhir zaman yang perjalanan masa dan waktunya tersangatlah pantas dan cepat sekali. Setahun macam sebulan. Sebulan macam seminggu. Seminggu macam sehari dan sehari hanya terasa beberapa jam sahaja. Pejam celik pejam celik sehari berlalu percuma begitu sahaja. Pergi buat selama-lamanya.

4. Para mukminin akan menjadikan setiap saat dan minit yang dilalui sebagai motivasi diri mereka kea rah kebaikan. Iman, amal soleh dan hasanat akan ditanam sebanyak-banyaknya. Kebaikan dan pahala akan terus dijana tanpa henti. Taubat dan istighfar terhadap dosa siang hari tidak akan ditangguhkan ke malamnya dan begitulah sebaliknya. Zikrullah berkelangsungan membasahi lidah, hati dan diri. Menyuluh akal budi dan segala bentuk aktiviti.

5. Mukmin yang bijaksana faham bahawa lambat laun waktu dan masa akan terhenti jua sebagaimana terhentinya jarum saat pada jam dinding tak kira samada kerosakan bersifat kekal atau dari kerana kehabisan bateri. Atas hakikat itu, masa dan waktu dalam hidup seorang mukmin sentiasa akan dipenuhi kesyukuran, kesabaran, kebahagiaan, kelapangan, aman dan tenteram.

6. Apa tidaknya? Kalaulah nilai masa itu tidak lebih umpama bilihan lidi penyapu yang boleh dibilang, kemudian pada setiap harinya sebatang lidi menjadi rosak dan patah, maka akhirnya jumlah lidi yang tinggal akan semakin berkurangan.

7. Atas kesedaran itu, kini hari-hari dalam diari hidup seorang mukmin juga beransur bebas dari kemarahan, hasad dengki, kebencian, sakit hati dan kesedihan yang tidak berasas. Dia tahu, masanya yang masih ada tidak banyak lagi yang berbaki lalu masa dan waktu itu amat ‘dicemburui’. Kesilapan mengatur dan mengisi masa di dunia ini akan menjadikan pulangnya seorang hamba ke akhirat sebagai seorang muflis yang ditimpa kerugian dunia dan akhiratnya.

Sumber : .
http://ustaz-amal.blogspot.com/

SHARING IS LOVING - "MAJLIS ILMU DI NEGERI SELANGOR"




Alhamdullilah..usaha yang sangat baik dari kerajaan Negeri Selangor ...Program ini akan diadakan setiap minggu dengan aturcara program yang cukup bagus ...pada yang berkesempatan marilah sama2 hadiri majlis ilmu ini...tanpa bayaran ...mungkin hari biasa kita sibuk dengan urusan kerja..berikan Kasih sayang pada diri ..berikan kasih sayang pada kedua ibubapa..pada suami ..pada isteri..pada anak2..pada adik beradik..pada kawan ..pada muslimin dan muslimat dengan mengikuti kursus atau majlis ilmu yang mendekatkan kita pada ALLAH...

Urusetia bagi program ini ialah Ustaz Ahmad Darul Akmal bin Mohamed Ali (STANCO HEI) di talian 019-3486585

JOM KAWAN2 TERSAYANG....

SHARING IS LOVING - "MEGAPA SUKAR MENCINTAI ALLAH"


Assalamualaikum..bagus artikel ni ..dari seorang penulis yang berwibawa Ustaz Pahrol di http://genta-rasa.com/..

Artikel ni memang panjang..tetapi isinya sangat bagus untuk kita ikuti..terus kan bacaan ya kawan2 .jika tak habis baca sikit2...dan sharelah dengan kawan2 ya
ng lain ya...Moga ilmu di memberi manfaat kepada kita dan semuanya...peringatan buat diri sendiri dan juga kawan2..isi yang dikupas di sini terasa seperti terkena di muka sendiri .."KASIH SAYANG DARI SESEORANG BUAT SESEORANG"

Mengapa begitu sukar mencintai Allah?

Ya, benar. Memang sukar mencintai Allah. Walaupun kita tahu bahawa Dialah yang sewajarnya kita cintai. Budi-Nya, kasih-sayang-Nya, nikmat-Nya terlalu banyak untuk dimungkiri. Segala kebaikan Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas kita melebihi kebaikan manusia.

Sekalipun manusia itulah yang paling baik dengan kita.
Hatta kasih ibu yang sejati itupun hanya ‘sekelumit’ jika hendak dibandingkan dengan kasih Allah yang melangit. Ya, sekali lagi kita bertanya kepada hati kita… kenapa sukar benar mencintai-Nya?

Walaupun fikiran kita mengiyakannya, iaitu lojik dan patut kita mencintai Allah. Tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya.Mengapa hati sedegil itu? Untuk mengetahui kenapa, mari kita bandingkan hati kita dengan fizikal kita. Dalam keadaan badan sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali. Hadapkan ayam goreng, asam pedas, tomyam atau apa sahaja masakan yang enak-enak, tentu mulut kita dapat menikmatinya dengan lazat.

Tetapi apa kata kalau badan kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam selsema menimpa. Tekak kita jadi pahit, selera kita jadi sempit. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat manapun, insya-Allah mulut kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan.

Kenapa jadi begitu? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau mulut kita yang berubah selera? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi bila badan kita sakit, selera kita akan pahit. Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah tetapi hati kita yang sakit.

Hati yang sakit tidak akan dapat menikmati keindahan cinta Allah seperti badan yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Jika perbandingan ini dapat diterima, maka kita boleh mengukur tahap ‘kesihatan’ hati kita.

Rupa-rupanya dalam kehidupan ini ramai manusia (termasuk kita) yang ‘sakit’ hati. Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah, sebaliknya lebih cinta selain Allah, maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan. Malah ‘sakit’ hati ini lebih buruk akibatnya daripada sakit fizikal.

Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita di dunia, sakit hati akibat gagal mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita di dunia dan menderita di akhirat.

Jika sakit fizikal berakhir dengan kematian, tetapi ‘sakit’ hati akibat lebih parah. Kita akan menderita selama-lamanya di akhirat.

Mengapa hati kita sakit?Hingga dengan itu hati tidak bergetar lagi dengan cinta Allah? Bukankah cinta Allah itu fitrah? Ertinya, cinta Allah itu adalah ‘makanan’ atau ‘penawar’ kepada hati manusia.

Sebelum menjawabnya izinkan saya membawa satu analogi. Katalah, ada seorang anak yang sejak kecilnya lagi sudah dipisahkan daripada ibunya yang sejati. Oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, anak itu dipelihara oleh ibu angkat. Masa berlalu bertahun-tahun. Hinggalah anak itu mencapai usia dua puluhan.
Tiba-tiba, si anak mengetahui rahsia yang dia sebenarnya cuma anak angkat sahaja kepada ‘ibunya’ sekarang. Dia pun mencari ibunya yang sejati. Ibu yang telah mengandungkan dan melahirkannya.

Maka di hari pertemuan bersejarah itu (masih ingat program Jejak Kasih?), sianak pun bertemu dengan ibu sejatinya ditemani oleh ibu angkatnya.Saya ingin bertanya, dan anda boleh menjawabnya… pada ketika itu, siapakah yang lebih dikasihi oleh sianak? Ibu sejati yang telah terpisah sekian lama itukah atau ibu angkatnya yang telah memelihara selama ini?
Anda pasti setuju kalau saya katakan, hati sianak akan lebih mengasihi ibu angkat yang telah memeliharanya selama dua puluh tahun berbanding ibu sejati yang baru dikenalinya pada hari pertemuan itu.

Walaupun pada lojik dan dari segi rasionalnya, ibu sejati perlu dikasihi berbanding ibu angkat, tetapi dari segi perasaan sianak tidaklah begitu. Sayang bukan paksaan. Sayang bukan pemikiran. Tetapi ia soal rasa. Ia datang dengan sendirinya. Kenapa sayang dan cinta sianak tak mahu bertandang walaupun dia patut merasa begitu?
Kenal Allah Dari Alam Roh Maka begitulah halnya dengan hati kita. Sebenarnya, sejak di alam roh lagi kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah Tuhan kita.

Firman Allah:“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab, ‘Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
Al-A’raf : 172

Di alam roh lagi kita telah mengenal Allah. Bahkan telah mengakuinya sebagai Rob (Tuhan kita). Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan mencintai-Nya. Namun perlu diingat, mengenal dan mengetahui itu berbeza.

Mengenal dengan hati, mengetahui dengan akal. Sebenarnya, hati kitalah yang telah mengenal Allah di alam arwah dahulu bukan akal kita. Tegasnya, cinta sejati sejak diri bermula ialah cinta Allah.Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir ke dunia. Kita mula dipisahkan daripada cinta Allah seperti seorang anak yang dipisahkan daripada ibu sejatinya. Sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh ‘cinta angkat’.

Kita telah terpisah dari Allah. Siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah? Sedih, yang memisahkan manusia daripada cinta Allah kerap-kalinya ialah ibu-bapa mereka sendiri. Ibu-bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.

Akibat Benih Cinta Allah Terbiar Konsep didikan yang bertitik-tolakkan ‘Awaludin makrifatullah’ – awal agama mengenal Allah’ tidak diberikan.

Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi. Akibatnya, kita kenal ‘selain Allah’. Maka cinta kita pun beralih arah.

Hakikat ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw:

“Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan di atas fitrah. Lalu kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Majusi atau Nasrani, seperti haiwan itu melahirkan haiwan yang sama secara utuh.

Adakah kamu menemukan adanya kecacatan?”

Riwayat Bukhari - Bermula dari situ perpisahan dengan cinta Allah pun bermula. Makin bertambah usia semakin jauh jarak perpisahan itu. Kekadang oleh corak pendidikan yang diterima. Begitu juga media massa yang didengar dan lihat. Apa lagu yang didengarnya? Apa filem yang ditontonnya? Cinta siapa yang lebih kerap dilihat dan didengarinya? Malang sekali, bukan cinta Allah tetapi cinta selain-Nya.

Puluhan tahun si anak dibuai oleh cinta makhluk seperti seorang anak yang dipelihara oleh ibu angkatnya. Hati, pemikiran, perasaan bahkan jiwa telah diserah seluruh dan sepenuhnya kepada ‘cinta angkat’ itu. ‘Cinta angkat’ itulah yang mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian, di rumah, di sekolah, di dalam masyarakat dan di seluruh persekitarannya.

Pancaindera kita sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu sahaja. Dan pada ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa ‘cinta angkat’ itulah cinta sejati kita.

Mencari Cinta Sejati - Ada orang yang bernasib baik, tiba-tiba arus kesedaran melanda. Cahaya ilmu menerpa dengan tiba-tiba. Lalu tersentaklah dia bahawa cinta itu bukan cinta yang sejati. Ada cinta yang lebih hakiki. Itulah cinta Allah. Dia mencari cinta itu, seperti anak angkat yang mencari ibunya yang sejati. Lalu dia menemuinya.

Menerusi pengajian, melalui pembacaan, menerusi lidah para daie, melalui tarbiah para ulama tahulah dia bahawa Allah-lah cinta yang sejati.

Namun… semuanya masih di daerah ilmu, bukan di alam rasa. Dia tahu Allah wajib dicintai, tetapi hatinya tidak merasai. Aduh, malangnya… akal tahu, hati tak mahu!
Apa yang perlu dibuat bila hati telah sakit? Tidak ada lain, kita mesti mengubat dan merawatnya. Samalah seperti fizikal yang sakit, ia perlukan ubat dan rawatan. Oleh kerana fizikal kita berasal dari tanah, maka buatnya pun mesti berasal dari tanah. Feram, Natrium, Magnesiam dan lain-lain unsur semuanya dari tanah. Herba juga demikian.

Ubat sakit fizikal yang berasal dari tanah juga berasal dari tanah. Namun hati adalah soal rohani, ia bukan berasal dari tanah. Jadi ubat dan penawarnya bukan dari tanah. Tetapi ubat bagi hati ialah kembali kepada asalnya, yakni kembali dekat kepada Allah.Hati yang dekat kepada Allah akan tenang dan sihat semula. Ia telah kembali kepada fitrahnya. Itulah ubat hati. Namun jalan ke situ bukan mudah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga perit. Tetapi oleh kerana inginkan badan yang sihat kita rela menelannya. Kita rela berpantang. Menahan daripada makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin, berminyak walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut semua nasihat doktor. Berlari, bersenam dan mengawal stresss… kita ikuti, patuhi walaupun berat kerana inginkan sihat.

Pengubat Hati- Maka begitulah jalan untuk menyihatkan hati. Penawarnya pahit. Ubat jarang yang manis. Namun, semua itu perlu ditempuh jua.

Apakah ubat hati?

•Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi manfaat.Mula-mula lazimilah menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah ‘taman syurga’ di dunia. Kata ulama, siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari (sesetengahnya mengatakan 7 hari) maka hati seseorang akan keras.Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna. Nama-Nya yang baik dan mulia.

•Amal ilmu, dirikan solat.Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu imam, amal adalah makmumnya. Mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah – ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama ialah mendirikan solat. Solat juga dikatakan berasal dari ‘silah’ (penghubung) antara hamba dengan Tuhan.Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa daripada segalanya itu ke dalam hati. Walau susah sungguh, tetapi paksalah diri.

Sedangkan bisa boleh jadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi ‘penawar’ tentulah lebih mudah kita biasakan apabila dilazimkan. Ingat solat itu penawar. Walaupun sukar kita merasa kemanisannya di peringkat awal, tetapi kemanisannya pasti datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.Ingat selalu kata-kata, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. No pain, no gain. Sedangkan merebut cinta makhluk pun susah, apalagi mencari cinta Allah. Tentulah lebih susah. Tidak ada jalan mudah, itulah jalannya… jalan mujahadah.

•Berpantang Seperti sakit fizikal yang perlu pada pantang larangnya, begitu jugalah ‘sakit hati’ ada juga pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi makan ‘racun’. Apalah ertinya kalau kita rajin makan ubat penyakit darah tinggi, jika kita terus makan daging, garam dan lemak secara berlebihan?Atau pesakit kencing manis yang rajin menyuntik insulin tetapi rajin juga minum teh tarik yang manisnya keterlaluan? Penyakit tidak akan sembuh, jika melanggar pantang. Bahkan, sesetengah pengamal perubatan menegaskan berpantang lebih baik daripada berubat.Begitulah halnya dengan usaha penyembuhan ‘sakit hati’, ada pantang larang juga. Perlu ‘berpantang’ daripada perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat secara langsung dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, program hiburan yang merangsang nafsu, filem-filem lucah, dan lain-lain suasana yang boleh menyuburkan hawa nafsu. Sebaik-baiknya carilah kawan yang seiya sekata. Bentuk kumpulan kecil yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa – yakni sama-sama ingin mencari cinta Allah.

•Cari perkumpulan yang baik.Untuk buat baik, perlu ada kumpulan. Untuk buat jahat, perlu ada ‘geng’. Bila ada perkumpulan (dulu dikampus sering dinamakan study group atau usrah), maka tentu ada program. Program yang baik boleh dibentuk sebagai alternatif kepada program yang negatif. Membaca dan mengkaji buku-buku agama, meningkatkan ilmu fardhu Ain, mendengar kuliah tafsir, mendengar nasyid-nasyid atau lagu-lagu yang baik, program riadah, sukan dan rehlah yang Islamik adalah program-program soleh yang boleh diatur oleh perkumpulan itu.Ini adalah penebat kepada idea-idea nakal dan jahat yang boleh menggoda kita. Kita ada kawan, ada aktiviti dan akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang kita akan terisi. Ingat, musuh orang muda adalah ‘masa lapang’. Masa lapang ini perlu diisi dengan kesibukan belajar dan memperbaiki diri. Dengan adanya program-program ini pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga. Ada kawan mengingatkan. Ada program yang menyibukkan. Ada suasana yang mencorakkan.Inilah sebahagian langkah untuk mengubat ‘sakit hati’ di kalangan para orang muda masakini. Sebelum berpisah renungilah kata Imam Ghazali rhm:“Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.”Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika di dunia lagi. Di akhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat beramal. Alam akhirat ialah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarah pun.


Ya Allah, bantulah kami untuk ingat pada Mu, syukur pada Mu dan mengelokkan ibadah kami kepada MU! Bantulah mujahadah kami ya Allah…

Monday, June 28, 2010

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

SHARING IS LOVING - bagus lagu ini...terima Kasih ALLAH kerana memberi orang2 yang mengembirakan hidup ini..memdekatkan diri ini dengan orang2 yang mencari cinta mu ..moga mereka terus bersama diri ini..amin

Sunday, June 13, 2010

SHARING IS LOVING CINTA AGUNG

SHARING IS LOVING -Ya Allah Tuhan yang maha hidup, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.


Wednesday, June 9, 2010

SHARING IS LOVING -DOA UNTUK SEMUA TEMAN DAN SAHABATKU




" Doa untuk Semua Teman dan Sahabatku "

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Ya Allah...
Panjangkanlah umur Teman dan sahabatku. Karuniakanlah kesehatan yang baik padanya,... 
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman...
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..

Ya Muhaimin...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ..
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu..
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah...
Jangan biarkan Teman dan Sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu..

Ya Allah ...
Karuniakanlah Teman dan sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh perjalanan serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak..Insya-Allah.
AMIN..

saff one Rayuan nurani

SHARING ..HIBURAN DI PAGI HARI..."Rayuan Nurani"

Kawan2 semua selamat pagi ..agar sibuk weekend lepas ..tak sempat nak share sangat...kawan2 cinta nak share satu lagu yang agak ringan untuk di didengari ..tetapi penuh maksud dan lirik yang sangat mengesankan...terasa syadu sangat....terasa betapa besarnya pengharapan ki
ta pada ALLAH...ya ALLAH bantulah kami untuk mendekatkan diri kami pada mu..AMIN


SHARING IS LOVING -HUBUNGAN MAKSIAT DENGAN HATI


Salam kasih sayang kerana Allah.

Istimewa untuk seluruh puteri-puteri harapan di serata pelusuk bumi tercinta. Pada kelapangan ini ibu agak terpanggil untuk meneliti lebih mendalam tentang persoalan hati, khasnya cara-cara yang berkaitan meransang hati untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah. Dalam memikirkan hal-hal berkaitan persoalan hati, terdetak di hati ibu sendiri satu hakikat yang mesti kita fahami;  MAKSIAT boleh MENGGELAPKAN HATI dan membawa KESUSAHAN.

Terasa ngeri pula di hati. Lazimnya ibu lebih suka menuliskan tajuk-tajuk yang nampak positif. Tapi di kelapangan ini hati ibu kuat terpanggil untuk memaparkan tajuk sedemikian. Moga Allah tunjuki sebaik-baik perkataan untuk ibu menghuraikannya. Semoga hati ibu sendiri mampu membaiki kesalahan yang Allah perintah untuk dihindari.
Puteri-puteriku,
Tentu kalian telah sedia maklum, maksiat adalah lawan taat. Kita bicarakan di ruang ini dalam sudut amalan kita terhadap Allah. Setiap diri mukmin sewajarnya berhati-hati dalam setiap langkahnya agar tidak terperangkap di dalam melakukan maksiat. Kerana maksiat akan memberi kesan buruk dalam kehidupan dan merosakkan segala amalan;

  1. Tidak beroleh ilmu bermanfaat.Ilmu adalah cahaya yang Allah SWT letakkan ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar ilmu.Imam Malik pernah menasihatkan Imam Syafie:”Saya mengetahui Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat.”
  2. Sukar beroleh rezeki yang berkat.Pada hakikatnya ketakwaan seorang hamba akan membawa kepada kemurahan rezekinya. Sedangkan meninggalkan takwa akan mendorong kepada kefakiran dan kemiskinan sebenar.
  3. Kerunsingan dan kesepian hati.Hati seorang yang melakukan maksiat tiada kedamaian . Dipenuhi kerunsingan dan keresahan. Walau tertompok harta kekayaan kepadanya, tetap juga dia gelisah dan tidak merasai kebahagiaan.
  4. Mendapat banyak kesulitan.Orang yang tidak bertakwa dan sentiasa melakukan maksiat akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan kebuntuan dalam urusan hidupnya.
  5. Kegelapan hati.Perbandingan ini menggambarkan hatinya tertutup dari beroleh dan menerima pertunjuk ke jalan kebenaran. Jika ditunjuki jalan kebenaran, hatinya menolak dan terus ingkar.
  6. Melemahkan hati dan badan.Kekuatan diri mukmin terletak pada hatinya yang sihat dan disinari cahaya kebenaran.Sedangkan hati yang bermaksiat, gelap, rosak dan lemah. Dari itu anggota badan orang yang bermaksiat juga terjejas kekuatannya. Telah terbukti sekian lama diri yang gagah tapi hati bermaksiat tidak dapat mengalahkan diri kerdil yang teguh dan taat hatinya.
  7. Kehilangan taat.Dosa dan maksiat yang dilakukan menghalang diri dari terus taat. Sekiranya sudah tiada ketaatan, terputuslah jalan-jalan kebaikan dalam diri seseorang.
  8. Memendekkan umur dan mengikis keberkatan.Umur seseorang dikurangi dan menjadi pendek jika keberkatan hidupnya berkurangan. Keberkatan umur itu pula terletak pada hati yang sihat dan baik. Bermakna hati yang hidup, memberi hayat pada jasad. Jika hati mati, hidup jasad juga tidak membawa erti yang baik.
Ingatlah puteri-puteri harapan!
Sedapatnya hindarilah maksiat. Dan berlaku taatlah kepada Rabbmu, agar sentiasa disianari kebaikan seperti yang diucapkan oleh Abdullah bin Abbas:

“Sesungguhnya kebaikan itu memberi cahaya kepada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan. Serta kecintaan ramai orang terhadap dirinya. Ada pun maksiat dan perbuatan buruk memberi warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan,kekurangan rezeki dan rasa benci orang ramai kepadanya.”

Sehubungan dengan hal ini, renungilah cebisan  kisah berikut;
Seorang ulama sufi bernama Ibrahim Adham telah didatangi seorang lelaki yang terlalu lama melakukan berbagai-bagai maksiat yang berat. Lelaki itu mengadu kepada Ibrahim Adham, “Aku seorang pendosa yang sukar dan tak mungkin dapat keluar dari lembah maksiat. Ajarlah aku sesuatu yang boleh menyelamatkan dan memberhentikan aku dari lembah maksiat.”
Ibrahim Adham menjawab: “Kalau kamu boleh berpegang dengan lima perkara ini, nescaya kamu dijauhkan dari dosa dan maksiat”:
  1. Jika akan melakukan maksiat, cari jalan Allah tidak melihatmu.
  2. Jika akan membuat dosa, jangan sesekali makan rezeki Allah.
  3. Jika masih berbuat dosa, jangan tinggal di bumi Allah lagi.
  4. Jika malaikat maut datang mencabut nyawa sebelum taubat,
  5. Tolaklah dia dan jangan biarkan nyawa kamu dicabut.
  6. Jika tiba-tiba malaikat maut mencabut nyawamu ketika melakukan dosa dan kemudian malaikat Malik akan memasukkan kamu ke neraka, mintalah hidup lagi untuk bertaubat menampal dosa.
Orang itu berubah wajah menjadi pucat, terlalu takut dan menginsafi dosa-dosanya. Sejak hari itu, orang-orang yang mengenalinya, mendapati lelaki itu menjadi ahli ibadah yang terhindar dari perbuatan-perbuatan dosa.
Begitulah  puteri-puteriku,
Sebagai kesimpulan, iman yang terisi di hati kalian  perlu sentiasa disuburkan. Ianya akan menjadi pengawal kuat dan umpama cahaya  menerangi semua sudut hidup kita.  Nanti dosa terpadam dan hati hilang gelapnya. Lalu terbit sinar terang yang menyuluh pemiliknya menghayun langkah di jalan kebenaran. Hinggalah seterusnya terbit hubungan dan ikatan yang kuat dengan Allah. Di sinilah bermula langkah kepada jalan menuju kebahagiaan hakiki yang makmuran hidup insan sejagat.
Wallahu’alam.
Ummu Anas

SHARING IS LOVING - MARI BINA KELUARGA SAKINAH



Satu artikel yang baik yang patut dibaca oleh kita semua yang telah berumahtangga mahupun yang akan berumahtangga nanti ..peringatan buat diri sendiri juga yang banyak kelemahan ...Salam sayang buat semua teman2..

Bagaimana agar perkahwinan kita mendatangkan redha Allah? 

Semakin lama usia pernikahan akan semakin terasa sakinah mawaddah wa rahmah? Ada tiga rumus dalam Quran Surah Al-Ashr. Setiap bertambah hari, bertambah umur, kita itu merugi kecuali tiga golongan kelompok yang beruntung. Nah buat sahabat-sahabat yang telah berumahtangga dan yang sedang merencanakan untuk berumahtangga silakan semak panduan berikut:

Rumahtangga yang selalu berfikir keras bagaimana keyakinan kepada Allah terus meningkat. Tidak ada orang ikhlas kecuali yakin kepada Allah. Tidak ada sabar kecuali kenal kepada Allah. Tidak ada orang zuhud kecuali orang yang tahu kekayaan Allah. Tidak ada orang tawadhu' kecuali orang yang tahu kehebatan Allah. Makin akrab dan kenal dengan Allah pasti akan memberi kesan positif dalam diri kita. 

Setiap hari dalam hidup kita seharusnya difikirkan bagaimana kita dekat dengan Allah. Kalau Allah sudah mencintai mahluk segala urusan akan beres.Oleh itu, apa pun yang ada dirumah harus menjadi asbab kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Beli barang apa pun harus yang disukai Allah. Supaya rumah kita menjadi rumah yang disukai Allah. Boleh memiliki barang yang bagus tanpa diwarnai dengan takabur. Bukan perkara mahal atau murah, bagus atau tidak tetapi apakah nanti mampu dipertanggungjawabkan disisi Allah atau tidak. Bahkan dalam mendengar lagu yang disukai Allah siapa tahu kita dipanggil Allah ketika mendengar lagu. 

Rumah kita harus Allah oriented. Kaligrafi dengan tulisan Allah. Kita senang melihat rumah mewah dan islami. Jadikan semua harta jadi dakwah mulai kenderaan sampai rumah.Apa yang kita fikirkan, Allah sudah mengetahui apa yang kita fikirkan. Yang harus kita fikirkan adalah bagaimana dekat dengan Allah, selanjutnya Allah yang akan mengurus. 

Kalau hubungan kita dengan Allah bagus semua akan beres. Barangsiapa yang dekat dengan Allah, akan diberi jalan keluar setiap urusannya. Dan dijamin dengan rezeki dari tempat yang tidak diduga-duga. Dan barang siapa hatinya yakin Allah yang punya segalanya, akan dicukupkan segala keperluannya. Jadi bukan dunia ini yang menjadi masalah tetapi hubungan kita dengan Allah-lah masalahnya.

Rumahtangga yang paling produktif adalah yang sentiasa dalam kebaikan. Wang paling berkah adalah wang yang paling tinggi produktivitinya. Kaya boleh asal produktif. Boleh mempunyai rumah banyak asal diniatkan agar berkah demi Allah itu akan beruntung. Kerana itu, teruslah mencari wang.Bukan untuk memperkaya diri semata-mata tetapi bersedia pula untuk mengagihkannya untuk ummah yang memerlukan. Sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita kecuali bertambah. Jadi fikiran kita bukan akan apa kita dapat? Tapi apa yang boleh kita perbuat? Orang beruntung setiap waktu fikirannya produktif mengenai kebaikan. Selagi hidup, lakukan yang terbaik, sesudah mati kita tidak aad upaya lagi. Kalau sudah melaksanakannya, nanti Allah yang akan memberi, itulah namanya rezeki. 

Orang yang beruntung adalah orang yang paling produktif kebaikannya.

Rumahtangga perlu dihiasi sikap saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Kata-kata terbaik yang kita katakan adalah meminta pandangan dan nasihat. Ayah meminta nasihat anak atau isteri, niscaya tidak akan kehilangan wibawa. Dan kita tidak mampu menjadi penasihat yang baik sebelum ia menjadi orang yang boleh dinasihati.Tidak akan mampu kita memberi nasihat jika kita tidak boleh menerima nasihat. Nikmatilah nasihat sebagai rezeki dan bukti kesuksesan hidup. Sayang, hidup hanya sekali dan sebentar, namun malang kita tertipu dengan diri sendiri kerana melayan nafsu dan dunia. Fikirkan sekarang, jangan bertangguh dalam merubah diri dan keluarga untuk hampir kepada Allah.

Sumber: usrahkeluarga.blogspot.com

SHARING IS LOVING -WAHAI DIRIKU




WAHAI DIRIKU…


Jangan bermain dengan maksiat kerana ia mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan berlalu bagai angin yang menyapa sekali – sekala. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke syurga, namun apa yang boleh buat engkau lebih suka ke neraka. Hati yang keras dan terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahir berubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun.

Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang dan mengatur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat tadi. Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan. Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda – berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati. Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.

Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia busuk, buruk dan berulat pada pandangan mata rohani. Inilah hati yang hendak kita bawa berjumpa Tuhan.inilah hati yang kita heret ke hulu dan ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh dan mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai. Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu dan memohon dengan hati yang busuk tadi? Mana mungkin rintihan dan doa didengar dan diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu. Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk dan hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura – pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia dan menipu Tuhan. Ceh! Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura – pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton – penonton pun terpukau, hairan dan takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap dan ketika itu hakikat dirimu akan terserlah. Engkau akan jadi seperti anjing kurap yang dihina, dihalau, dicaci dan dimaki. Terimalah habuan sumpah - seranah manusia yang kau tipu dulu.

Allah bersumpah demi kebesaran dan keagungan kerajaanNya, tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari Hisab dan Mahkamah Akhirat. Pesalah – pesalah itu akan dibawa dengan tangan yang bergari, dihalau bagai binatang ternak ke kandang perbicaraan. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas kasihan. Saksi – saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbeliak matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang dan jelas. Manusia ramai turut melihat aib – aibmu selama ini. Kau akan mengeletar,pucat,lumpuh serta merta dan mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman akan dijatuhkan. 

Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga namun apa boleh buat engkau lebih suka ke Neraka. DibantuNya engkau, diingatkanNya engkau dibimbingNya, diasuhNya, dididikNya dan kadang – kadang diugutNya bagi seorang ayah memarahi anaknya. Ingatkah engkau semua itu?

Allah tersangat kasih dan cinta dengan makhluk yang bernama manusia. Namun sekali lagi apa boleh buat, engkau di dunia telah lupa daratan. Kau tolak mentah – mentah dan bulat – bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu dan ternyata kau gagal dan kecewa. Tewas dan kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan – anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba – tiba,tidak kira waktu, tempat dan usia. Kau menzalimi dirimu. Ah ……..malangnya engkau.

Apa lagi selepas ini yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka dan diingatkan akan azab dan deritanya di sana. Seksa dan sakitnya timpa menimpa dan kekal selamanya. Masihkah kau ingat dan tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut.

Timah cair yang menghanguskan tengkuk dan segala – galanya, masihkah belum kau takut? Nah! Tidak ada lagi yang mungkin dapat menyedarkanmu dari lamunan nafsu yang melulu. Bila lagikah hatimu akan tersentak dan segera tersedar? Bila lagi? Cuba kamu katakan.

Kalau benar – benar kamu tidak takut dengan semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabar, buatlah dosa dan maksiat setanding Firaun, Namrud, abu lahab dan mereka yang terkenal angkuhnya di dunia. Jangan jadi seperti sekarang, baik mahu juga,sedangkan kejahatan pun mahu dicuba. Jangan jadi seperti ini sikap dan pendirianmu biarlah jelas. Berterus – ternglah dalam hidup. Jangan sembunyi – sembunyi, jangan berlakon, hentikan sandiwaramu. Mulai sekarang, tunjukkan hakikat dirimu yang sebenar. Kamu dicabar jika ingin buat jahat, buat jahat betul – betul. Jalan terbuka luas. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang. Tidak ada konsep ‘fifty – fifty’ ( 50 – 50 ) dalam hidup. Yang hak jelas, yang batil juga jelas. Masing – masing ada kumpulan dan pengaruh tersendiri. Tentukan kedudukan dirimu dari sekarang. Jika ingin bernaung di bawah bendera yang hak, peganglah kuat – kuat dan kibarkan bendera itu ke seluruh dunia.

Sudah sampai masanya engakau membuat perubahan. Tentukan jalan hidupmu. Jika hendak ke neraka sila, tiada halangan apa – apa, ikutlah nafsu buasmu. Langgar sahaja, apa peduli, peluang hanya sekali. Kalau ingin ke syurga bersiaplah, kamu pasti diuji. Syurga yang indah dan cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah dan air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga..

Tuesday, June 1, 2010

Renungan Hati-Mengingat sang Khaliq

Assalamualaikum..buat kawan ..dengarlah ..syahdu bacaan nya...


Maher Zain - Open Your Eyes - ماهر زين

Subha'nallah..Very inspiring songs...