Thursday, April 7, 2011

SHARING IS LOVING - KATA-KATA HIKMAH




kata-kata hikmah yang didapat dari internet .Harap kita boleh kongsikan bersama2 untuk renungan bersama.........

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanyasekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat

muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);

Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan



Sumber : http://pondokpisang.blogspot.com

Tuesday, April 5, 2011

SHARING IS LOVING - Bagaimana Pula Matinya KITA?



Biasa dah kita bercakap tentang mati. Ringan sahaja mulut kita mengeluarkan kata-kata seperti mati itu benar, entah bila kita kan mati, mana lah tahu umur saya ni tak panjang, eh meninggal dah dia tu, ish baru je semalam bercakap dengan si arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat, mati dalam iman, mati itu mati ini …

Lepas solat juga kita berdoa atau meng-aminkan doa-doa yang dipimpin oleh imam mengenai memohon dimatikan dalam Islam, dimatikan dengan cara yang baik dan sebagainya.

Telah banyak kali kita mendengar berbagai-bagai tazkirah berkaitan mati. Banyak kali juga kita sudah menonton filem dan drama televisyen yang menunjukkan aksi-aksi kematian. Berita tentang selebriti atau tokoh mati pun selalu kita dengar dengan penuh rasa terperanjat.

Tidak kurang banyaknya juga kita menziarah jenazah dalam perjalanan terakhirnya ke kuburan. Lebih dari itu antara kita  pernah ada yang melihat sendiri bagaimana kematian berlaku di hadapan matanya. Tentu sekali ia menjadi saat yang tak dapat dilupa.

Dalam Ramadhan ini sepertimana bulan-bulan yang lain juga, kematian tetap berlaku. Kita kehilangan akan sanak saudara dan ahli keluarga. Bapa saudara isteri saya, PakDa baru sahaja meninggal pada 16 sep. Tahun lalu Pak Anjang saya juga menyahut panggilan Illahi dalam Ramadhan. Mengenang pemergian mereka-mereka itu membuatkan saya berfikir agak jauh tentang nasib diri sendiri kelak.

Iaitu, persoalan tentang bagaimana agaknya ketentuan takdir untuk diri saya nanti. Bagaimanakah keadaan yang Allah tentukan untuk nyawa saya diambil (dan anda semua juga) ?

Itu juga antara perkara yang dah banyak kali mungkin kita pernah fikirkan. Namun sedalam manakah dan sejauh manakah kita memikirkannya?
Mudah-mudahan untuk diri ini dipermudahkan kelak urusan yang sesakit tikaman 300 mata pedang ini. Ini hanya apa yang saya fikirkan, sedangkan Allah SWT berkuasa mematikan kita dengan apa cara yang dikehendakiNya jua ..

Mati sakit tua
Mati semasa tidur
Mati selepas solat
Mati melahirkan anak
Mati tak dapat bernafas


Mati sakit dada
Mati sakit jantung
Mati demam denggi
Mati barah otak
Mati leukimia


Mati ditimpa pokok
Mati disambar petir
Mati terkena eletrik
Mati bangunan terbakar


Mati kelaparan
Mati kehausan
Mati termakan racun
Mati disihir ilmu hitam


Mati kapal terbang terhempas
Mati kemalangan kereta
Mati feri karam
Mati jatuh motosikal


Mati dilanggar lori
Mati jatuh dari bukit
Mati jatuh dari bangunan
Mati jatuh ke lubang dalam


Mati dalam tsunami
Mati dalam puting beliung
Mati dalam banjir
Mati lemas di sungai

Mati lemas di laut
Mati selepas dirompak
Mati selepas diculik
Mati ditembak

Mati dipukul orang
Mati ditetak
Mati disembelih
Mati ditikam


Mati dalam letupan (perangan)
Mati disiksa (perang)
Mati dibaham harimau
Mati ditelan ular sawa


Mati dipatuk ular tedung
Mati dibaham jerung
Mati dibaham buaya

Mungkin sesetengah cara kematian itu kita hanya dengar pernah berlaku kepada orang lain. Kita rasa gerun, kita rasa tak mahu terjadi ke atas diri kita. Namun siapa lah kita untuk menidakkannya.

Kawallah rasa terperanjat bila mendengar sesuatu kematian. Kawallah rasa sedih pabila menerima berita kematian. Namun jangan dikawal rasa takut pada Allah kerana kita pasti akan menyusul selepas itu. Ada orang matinya hanya berselang minggu. Biasa lah dialog macam di bawah ni ..

” … eh seminggu yang sudah baru je lebai tu meninggal, hari ni dah pak haji tu pulak meninggal … ”

Siapa tahu nasib kita, mungkin berselang hari sahaja ? Biarlah takut itu menguasai diri kita. Ibarat kita menanggung ketar lutut menunggu giliran nak cabut gigi, gementar tak dapat ditahan-tahan.

Mudah-mudahan kita diberi mati yang baik caranya. AMIN.

Friday, April 1, 2011

SHARING IS LOVING - NASIHAT KUBUR



~Nasihat KUBUR~

~Aku adalah tempat paling gelap maka terangilah aku dengan tahajud

~Aku adalah tempat yg paling sempit maka luaskanlah aku dengan bersilaturahim

~Aku adalah tempat yg paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al-Quran

~Aku adalah tempatnya binatang2 yg menjijikan maka racunilah ia dengan Amal Sedekah

~Aku adalah tempat Munkar&Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu

"Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian." ~ {HR. Ad-Dailami}



Sumber :FB Cahaya Hidayah

SHARING IS LOVING - KASIH SAYANG ALLAH



Setiap manusia tidak lari dari melakukan dosa sama ada yg sengaja di lakukan tatkala nafsu menguasi minda dan jiwa atau lebih lg yg tidak disengajakan kerana sifat lalai dan lupa

Allah menciptakan manusia dan jin bukan untuk melahirkan hambaNya yg sifar dosa tetapi tujuan drdp penciptaa ini adalah utk mengabdikan diri sepenuhnya kpd Dia Yang Maha Mencipta.

Wahai hambaKu yg melampaui batas,janganlah kamu berputus asa dgn rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya.Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ~al-Zumar :53

oleh itu shbtku,teruslah mengharap kasih sayangNya.Basahkan bibir dengan mengucap istighfar dan kembalilah kpdNYa dengan taubat yg sebenar-benarnya..pintalah keampunan krn rahmatNya sangat luas mengatasi dosa semua manusia di dunia.

Dan bersegeralah kamu dgn keampunan drpd Tuhanmu dan syurga yg terbentang seluas langit dan bumi,disediakan bg orang bertaqwa ~Ali Imran : 133

Siapa yang kenal Allah maka hatinya pasti lunak dan lembut, dan siapa yg jahil terhadapNYA, maka keras hatinya. Semakin buta dan bodoh seseorang itu thadap ALLAH, maka semakin berani dia melanggar batasanNYA. Semakin seseorang berfikir tentang ALLAH semakin dia sedar kebesaran ALLAH, keluasan nikmat serta kekuasaanNYA...sebagai tanda kasih dan cinta pada ALLAH, apalah sangat mengorbankan masa tidur dimalam ari untuk memperhambakan diri padaNYA



Sumber : fb  Kuhasya Nur 

Thursday, March 31, 2011

SHARING IS LOVING - ANNUAL MAJLIS MAULID RASUL S.A.W & HAUL AL-SHEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI RA



Assalamualaikum..Kawan2 Jom kita sama sertai ..beri kan masa anda untuk Majlis ini...

Kawan2 tersayang dan di muliakan..."JANGAN TUNGGU WAKTU LAPANG UNTUK BERAMAL..KITA YANG PERLU MENCARI WAKTU LAPANG UNTUK MEMDEKATI DIRI PADA ALLAH DAN BERAMAL SOLEH"

Jom kita share dengan saudara2 kita yang lain ..Jom kita sama2 beri peluang untuk kita dan keluarga kita menghadirinya..Moga ALLAH merahmati kita semua...AMIN YA ALLAH

Time : Saturday, April 9 · 5:00pm - 9:00pm
Location : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Special Guests:

* Habib Umar bin Hamid Al-Jailani
* Dr. Afifi Al-Akiti
* Habib Hasan Alatas

Performances by Nashid groups from Madinah, Syria, Singapore, Indonesia and Malaysia.

Hosted by Darul Jailani, Al-Wariseen Trust and Maulana Al-Sheikh Afeefuddin Al-Jailani

Wednesday, March 30, 2011

Sharing is Loving -Musibah Dunia Ketika Allah Murka~Part 2/2


Ya ALLAH ..Selamat kan kami dari semua musibah..selamat kami dari azab mu..ya ALLAH ..sangat takut dan kerdil diri ini rasanya bila melihat kekuasaan ALLAH ini...

Sharing is Loving -Musibah Dunia Ketika Allah Murka~Part 1/2



Astagfirullah halazim ..pengajaran dan pedoman buat kita yang lemah ini...Dunia semakin tua...Kemurkaan ALLAH makin ketara..sudah bersedia kah kita...selamat kah kita...mari kawan2 yag di sayangi kita sama2 ambl iktibar darinya...sama2 kita kembali ke Jalan ALLAH ..Sungguh2.

Sunday, March 27, 2011

SHARING IS LOVING - 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'


Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makan nya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)