Wednesday, March 9, 2011

SHARING IS LOVING - Jangan bertangguh untuk Taubat




Assalamualaikum..Sharing is Loving ..Jom kita baca dan ambil itipati dari ilmu ini dengan matahati ...kita harus berusaha ..sudah sampai masanya kita perbaiki diri ..sudah sampai masa nya kita kembali kepada jalan ALLAH...bertaubat dengan sungguh2 ...moga segala yang baik di Dunia Dan Akhirat buat kita...AMIN YA ALLAH


Alhamdulillah, papa usahakan balik ofis awal semalam sebab nak realisasikan plan kami untuk ke Kuliah Maghrib di masjid.. Rugi rasanya jika tidak dapat hadir di majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Zahidi yang sebagaimana kebiasaan kami gelarkan dengan nama ustaz penawar bagi hati...

"Jangan bertangguh untuk bertaubat....", kata ustaz masa mula membicarakan perihal Taubat berpandukan Kitab Penawar Bagi Hati malam tadi. Saya ambik port baik punya, bersandar kat tiang besar, duduk bersebelahan pula denganMakcik Kay yang sama2 tekun mendengar... alhamdulillah.


...Kata ustaz...

Yang nak terima taubat kita adalah Allah, jadi kenalah kita bersihkan hati sebelum bertaubat. Nak bersih hati, ibadah kita pada Allah kenalah ikhlas. Zahir ibadah, batin pun ibadah.... Kulit ibadah, isi pun mesti ibadah . Ikhlaskan semata2 untuk Allah. InsyaAllah hasilnya manis. tak rasa susah , takde berat untuk kita melakukannya. Sebab di hati tiada lain selain dari Allah. Contoh: Walaupun hujan lebat, kereta buat hal, tetap usahakan datang ke masjid untuk hadir di majlis ilmu. Tak rasa membebankan, tak rasa ianya satu masalah.

Orang yang kasih pada ibadah, waktu nak lelapkan mata pun masih teringat ada sesuatu yang belum selesai. Teringat Quran belum baca. Lantas terus bangun dan baca Quran 2 mukasurat. Bila selesai baca sehelai tu, rasa manis. Bila terjaga di tengah malam pula, bukan sekadar terbangun untuk ke bilik air tapi rupa2nya ada hikmah lain, terbuka hati untuk dirikan solat tahajjud 2 rakaat... alhamdulillah rasa manis dalam ibadah...

Taubat mesti tiap2 malam. Bukan sebulan sekali, bukan setahun sekali. Bila dah taubat:

  • yang suka mengumpat, sepatutnya jadi kurang mengumpat atau yang lebih baik.. berhentilah...
  • yang tak tutup aurat, tutuplah aurat
  • yang zalim, berhenti berbuat zalim
Bila kita bertaubat, kita mintak pada Allah dengan sungguh2, dalam masa yang sama harus yakin Allah terima taubat kita. Banyakkan yakin Allah terima permohonan kita. Kekalkan sifat seorang hamba yang sentiasa mintak doa pada Allah. Semasa kaya pun mintak, semasa miskin pun mintak. Semasa sihat pun mintak, semasa sakit pun mintak. Bila kita sakit, kita mohon Allah sihatkan kita... bila sihat, mintak berkat pada sihat. Jadi waktu sihat, waktu kaya,,, jangan kita lupa Allah.

Jangan kita bertangguh untuk bertaubat dalam ertikata lain bersegeralah sebelum terlambat. Jangan kita rasa kita muda lagi, masih belum tua. Mati tidak mengenal usia. Orang yang bertahun2 sakit ada yang masih kekal hidup sebaliknya orang yang tengah sihat boleh saja tiba2 dijemput pulang ke sana.

Nikmat kesihatan jangan disia-sia. Ada orang yang kaya tapi menderita sakit, tak dapat makan macam2 makanan oleh sebab sakitnya itu sedangkan orang yang tak kaya tapi Allah kurniakan kesihatan yang baik, dapat pula makan macam2 makanan. Jadi banyakkan bersyukur, jangan nanti.... jangan tunggu untuk bertaubat pada Allah terhadap dosa2 yang telah kita lakukan. Jika bertangguh, dikhuatiri tak sempat bertaubat. Kita tak tahu bila, di mana dan bagaimana kita di kesudahan umur kita... *Moga Allah kurniakan kesudahan yang baik...aminnn*

Baca Quran jangan bertangguh. Bacalah dengan bersungguh2. Bersegera kita membacanya agar Quran nanti dapat memberi cahaya untuk kita di dalam kubur. Alam barzarkh gelap. Oleh itu baca Quran sekarang supaya nanti ada cahaya, ada lampu buat kita... maka InsyaAllah jadi lapang kubur, cerah kubur...

Jangan menunggu, jangan tangguh2.... bertaubat, berhenti buat dosa, berazam tak buat lagi dan menyesal sungguh2 dengan perbuatan dosa yang dilakukan.  Istighfar sekerap mungkin.  Ilmu menyuluh diri masing2, ilmu memelihara diri kita....


Wallahu'alam.

SHARING IS LOVING - TUDUNG WANITA ADA 4




Tudung Wanita Itu Ada 4, Iaitu Tudung Pada Wajah.. Yang Bermaksud, Jangan Sampai Wajahnya itu Mengundang Fitnah.. Kedua, Tudung Pada Mata Yg Bermaksud Solehah Hakiki, Tidak Memandang Dan Tidak Dipandang.. Ketiga Tudung Pada Suara Yang Bermaksud Jangan Dilunak-lunakkan Dengan Tujuan Memikat Dan Mempersona.. Yang Terakhir, Tudung Pada Hati.. Yang Bermaksud Mengingati Allah Dengan Tasbih Siti Fatimah, SubhanaAllah, Alhamdullillah Dan Allahu Akbar ~ :)

* Sumber- Yaumiyat lil Muslimah 2011 * ♥

SHARING IS LOVING - Di manakah KEWAJIPANmu wahai ISTERI




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

♥●•٠Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ·٠•●♥Di manakah KEWAJIPANmu wahai ISTERI♥●•٠Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ·٠•●♥

♥ Jadilah seorang isteri yg patuh,taat,menjaga KEWAJIPAN & AMANAHmu dgn sebaik2nya..Layanilah suami & anak2mu dgn KASIH SAYANG & penuh dgn bunga2 CINTA.... ♥ 

♥ Jagalah RUMAHTANGAmu dgn sebaik2nya..Jagalah makan pakai suamimu..Jangan sesekali membenarkan 'orang gaji'mu sbg 'MADU'mu dlm menguruskan setiap kewajipanmu...Sekiranya dirimu ingin diberikan BELAIAN yg MAKSIMA..belailah dgn tanganmu sendiri...♥ 

♥ Masakan seorang isteri blh MENGERATKAN KASIH SAYANG & CINTA suami pd isterinya & jg ikatan kekeluargaan semakin KUKUH..Maka jgnlah selalu 'MEMBENARKAN' suamimu pergi mkn di luar & 'TAPAU' mknn utkmu & anak2mu ea duhai wanita..Di manakah 'peranan'mu sbnrnya????? Walaupun bekerja sepenuh masa..tugas2 di rmh jgn sesekali di SERAHKAN bulat2 kpd orang gajimu..Masa ini dirimu x NAMPAK insyaAllah tatkala anak2mu dh mmbesar & suami mu dh JELAK/MUAK ...baru nk MENYESAL...♥ 

♥ Ingat pesan mak terchinta,setinggi manapun dirimu belajar wpun sampai PHD sklipun..tempat TERBAIK seorang wanita adalah DI RUMAH yakni di 'dapur'nya.Utk memikat suami...ikatlah perutnya dgn masakan2 hasil air tanganmu sendiri..InsyaAllah..akan terus tersemat di hati ini...Amin Ya RABB... ♥ 

♥ Berhiaslah dgn sederhana & tidak menonjolkan sama sekali lekuk tubuhmu utk "PERHATIAN' orang2 yg BUKAN BERHAK ke atasmu duhai WANITA..Tutuplah AURATmu mengikut syariat..Dirimu akan sentiasa kelihatan CANTIK & MANIS dgn pakaian & tudungmu itu..Jangan sesekali membuka 'aurat'mu..di sana kelak..dirimu telah MENYERET skli suamimu ke NERAKA kerana perbuatanmu itu.....Na'uzubillahminzaliq.... ♥ 

♥ Jangan sesekali melawan kata/bicara dgn 'IMAM'mu..kerana syurgamu di telapak kaki suami..Berbicaralah dgn 'kemanjaan'mu insyaAllah..hati suamimu akan sentiasa utkmu...Jangan terlalu CEMBURU pd suamimu..kerana itulah MUSUHmu duhai wanita...Penuhilah di hatimu dgn IMAN & TAQWA pd ALLAH..insyaAllah dgn itu shj blh 'MEMADAM'kan api2 CEMBURU yg blh MENGGOYAHKAN keharmonian rumahtanggamu kelak...Cegahlah sblm terjadi..sbb API yg marak akan cpt membakar tanpa meninggalkan apa2 kecuali 'ABU" ♥ 

♥ Percayalah duhai WANITA,sekiranya kita menuntun hati sepenuhnya berlandaskan ajaran ALLAH..insyaAllah...amanah2 yg dirasakan "BERAT' itulah yg sungguh RINGAN buat kita sbnrnya...Jangan sesekali MENGELUH sbb ingat 1..
♥ Rasulullah bersabda, "...Apabila seorang wanita menjaga SOLAT lima waktu, BERPUASA sebulan di bulan Ramadan, menjaga KEHORMATANnya dan TAAT kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka".~
{HR Ahmad} ♥

♥ Berilah sentiasa kebaikanmu & kasih sayang serta cintamu....Walaupun kdg2 pasanganmu tidak 'PEDULI' & 'AMBIL ENDAH' INGAT!! ALLAH sentiasa nampak perbuatan & HATImu...insyaAllah Wallahu'alam...
sentiasa tuntun hatimu duhai WANITA spt hadis Rasulullah,

"Sesungguhnya ALLAH TIDAK MELIHAT rupa dan harta kalian,
tetapi IA MELIHAT HATI dan AMAL kalian."~{HR.Muslim} ♥ 

♥ Jangan 'TERBEBAN' dgn amanah2mu..itulah 'kunci' KEBAHAGIAANmu yg sbnrnya wahai wanita... ♥ 

**** Duhai WANITA, walaupun dirimu 'BERKEDUDUKAN' & 'BERPANGKAT TINGGI' sekiranya dirimu masih memegang TITLE 'ISTERI' dirimu tetap WAJIB PATUH dgn suamimu...****

sebagai renungan kita bersama yg bergelar WANITA...insyaAllah..

Wallahu'alam...

Sumber : FB ♥ Nur Izzati ♥

Thursday, March 3, 2011

SHARING IS LOVING - HARAPAN ATAU ANGAN-ANGAN




Assalamualaikum ..peringatan buat diri Cinta yang lemah dan banyak kekurangan ini dan amnya buat kawan2 yang di hormati ...terasa betapa banyak nya kelemahan diri Cinta....terasa malu pada ALLAH Kerana mengharapkan Syurga NYA ..tetapi tidak berusaha dengan sebenar-benarnya...

Sharing is Loving....Sebahagian manusia mengharapkan Keampunan dari ALLAH S.W.T, tetapi mash terus menerus terlibat dengan dalam hal2 yang tidak baik yang di larang ALLAH...

Seorang wali ALLAH bernama Ma,ruf Al Karkhi berkata : " Mencari Syurga tanpa amal merupakan dosa dari segala dosa.Mengharap syafaat tanpa amal adalah satu macam tipuan dan mengharapkan rahmat tuhan di samping maksiat adalah bodoh dan jahil".

Kita boleh mengharapkan kepada Allah S.W.T segala kebaikan yang kita kehendaki ..tetapi harus disertai dengan dengan amal dan keikhlasan ...jika tidak ia bukan satu harapan pada ALLAH sebenarnya ..ia hanya Angan2 yang tidak ada erti dan nilainya...

Jika kita benar2 ingin ke Syurga ..kita kena ikut jalan yang terarah ke Syurga dengan sungguh2..bukan sedikit2..bukan separuh -separuh ...dan bukan tanpa usaha...kita kena lakukan ..kita kena bantu diri ...hentikan dari menanam benih2 neraka dalam hidup kita...

Memang ..Ia sangat sukar ..tetapi usaha lah ..usaha dengan matahati..dengan seikhlas-ikhlasnya...

Kita sering alpa ...lepas buat baik kita susuli dengan dosa ...Lepas solat tahajud kita ..Mengumpat...Lepas baca Quran kita menyakiti hati orang ...lepas solat kita terus buat perkara yang di larang ALLAH...Kita selalu ingat bahawa Syurga itu indah ..Tetapi kita sering lupa yang keindahan itu perlu Usaha yang benar2 ikhlas dan Jitu untuk mendapatkan nya...

Kita mengharap Syurga ..tetapi kenapa kita hanya lebih banyak menunggu dari memulakan langkah yang membawa kita ke sana?

Apapun ...Jalan Berusaha ..Jalan baiki Diri masih Terbuka Luas...Mari kita menghisab kelemahan diri kita...mari kita kenang2 kan kesalahan kita...kita usaha lagi dan yakin lah kita akan berjaya dengan keizinan ALLAH jika kita benar2 berusaha kerana NYA...

Mudah-mudahan ALLAH S.W.T memberikan kepada kita nikmat harap yang besar dalam segala kebaikan yang di cita-citakan, Dunia dan akhirat..Mudah-mudahan ALLAH jauhkan kita dari berangan-angan tetapi tidak bertindak sungguh2 ...yang mana angan2 itu tiada ertinya...ALLAH maha Pengasih dan Penyayang...JOM kita usaha lagi ...

Sumber : Kelas Pengajian Kitab Tasawuf AL-Hikam yang di sampaikan oleh Ustaz Dasuki.

SHARING IS LOVING - KITA SERING LUPA




Hidup ini singkat saja..
Sentiasa berkurang dengan masa.. 
Sering dilupa dengan kesenangan dunia..
Terasa akan hidup selamanya..

Dunia ini sementara saja..
Bandingan 1 hari disana dengan 1000 tahun didunia..
Namun sering kali kita lupa..
Hanya kerana keindahan dunia yang sementara..

Berhentilah seketika..
Renungkanlah dimana pengakhirannya..
Pilihan untuk kita cuma dua..
Syurga dengan redha-Nya atau Neraka dengan murka-Nya..

Sejauh mana kita mengenal-Nya..
Sedalam mana cinta kita kepada-Nya..
Seikhlas mana kita mengikuti perintah-Nya..
Seindah mana puji syukur kita kepada-Nya..

Kenalkah kita pada kalam-Nya..
Kenalkah kita kepada kekasih-Nya..
Kenalkah kita pada petunjuk-Nya..
Kenalkah kita pada tanda2 kebesaran-Nya..

Pernahkah kita bertanya..
Pernahkah kita memikirkannya..
Pernahkah kita memahaminya..
Pernahkan kita meyakininya..

Pertemuan dengan-Nya adalah suatu yang nyata..
Adakah pertemuan itu dengan redha atau murka-Nya..
Pilihan ditangan kita jangan disalahkan sesiapa..
Pilihlah sebaiknya sebelum kiamat(mati) tiba..
Tiada peluang mengulangi kehidupan dunia..
Melainkan hanya SEKALI saja..

Pertemuan dengan-Nya pasti akan tiba..
Tidak dapat dihindar atau ditangguh pula..
Ianya pasti akan tiba tanpa pengetahuan kita..
Bersediakah kita menghadapinya..

Semoga bermanfaat untuk renungan bersama..
Semoga sentiasa dalam petunjuk juga hidayah-Nya..
Serta dalam lindungan juga jagaan-Nya..
Juga bertemu dengan-Nya dalam Redha, Rahmat serta Barakah-Nya..
Insya Allah.. ^_^

Sumber : FB Alkadrin Alkanta

SHARING IS LOVING - Mengapa Harus Bersedih?



Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.

Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 
Firman Allah:
“Kalau kita cuba hitung nikmat ALLAH, nescaya tidak akan terhitung banyaknya” – Ibrahim 14:34
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?
Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
“Jangan takut , Jangan Berdukacita “ – Al Ankabut 29:33
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.
Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.
Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?
Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.
Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.
Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

SHARING IS LOVING - Bahana Riak Dan Ujub




Assalamualaikum...Peringatan buat diriku yang sangat hina dan lemah ...Astagfirullah...lemahnya diri...


Ya ALLAH ..Jauhkan kami dari sifat2 Mazmumah ini..Kami takut..Kuatkan kami ya ALLAH dalam perbaiki diri kami ..Ya ALLAH ...berikan kami kebaikan di Dunia dan Akhirat...Amin ya ALLAH


Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Alllah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat,untuk menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Apakah makna riak?
Riak ialah ungkapan atau pekerjaan yang dilakukan dengan niat selain dari mengharapkan keredaan Allah. Membuat sesuatu kerana ingin dipuji atau takut dikeji. Setiap amal dilakukan demi mengharap penghargaan dari makhluk dan bukan Al Khaliq Yang Maha Agung.

Apakah makna ujub?
Ujub ialah suatu perasaan yang menjadikan seseorang itu rasa hairan dengan dirinya. Rasa dirinya amat istimewa lain dari yang lain. Atau dalam istilah kasar Melayu, syok sendiri atau perasan. Akhirnya sifat ini akan menjadikan yang empunya diri terlalu membesar-besarkan diri hingga melupakan hak Allah SWT.

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh2 ujub dan riak yang telah wujud di zaman moden.

1. BLOG & FOLLOWERS

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan ' blogger '. Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun followers yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan ' followers ' menyebabkan diri mereka terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya ' followers '. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan ' followers ' atau seronok kerana melihat JUMLAH ' followers ' yang banyak ?

2. ' Like ' di FACEBOOK 

Post ' status ' di laman sosial Facebook. Ramai pula yang yang tekan ' like '. Apabila ramai yang ' like', mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas ! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai riak dan berbangga dengan diri sendiri. 

3. Komen di FACEBOOK

Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindak balas yang memberangsangkan pada ' post ' kita di facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen gambar di FACEBOOK

Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak , ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian,mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

5. Ramainya Kawan / peminat di FACEBOOK

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu,malah jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati !

6. Berdakwah di FACEBOOK

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah di tengah-tengah rakan facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu. 

Yang dibimbangkan di sini,apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie !

Jadi, berhati-hatilah dengan hati ! Semoga kita dilindungi Allah drpd penyakit2 hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub mahu pun riak kerana tanpa izin- Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah. ♥

Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Sesungguhnya yang paling saya takutkan pada kamu adalah syirik paling kecil" Para sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan syirik paling kecil itu?" Baginda menjawab: "Riak." Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari semua amal hamba dibalas (hari kiamat): "Datangilah orang yang dulu kamu tunjukkan amal kamu padanya di dunia, lihatlah apakah kamu mendapatkan balasan daripada mereka." (Hadis riwayat Ahmad)

Dipetik daripada ILUVISLAM ♥

Wednesday, March 2, 2011

SHARING IS LOVING - kerana sayangku kepadamu


Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu Semua samada kau sahabat ku ..samada kau kukenali atau kau tidak ku kenali..kerana kamu semua adalah saudara ku..dan kamu semua adalah hamba ALLAH..

Tuesday, March 1, 2011

SHARING IS LOVING - TERIMA KASIH SAHABAT




Terima kasih SAHABAT ♥

♥ Terima kasih Sahabat...


Mungkin hanya itu yang bisa terucap sekarang, tidak lebih dan tidak kurang.
Terima kasih sahabat, telah menemani setiap hariku. Kau hiasi hidupku hingga penuh warna, suka-duka terlewati bersama. Meski aku jauh dari keluarga, denganmu sahabat aku berbagi segala penat yang melekat, meski pekerjaan seharian tidak terlalu berat.

♥ Terima kasih sahabat…


Telah mengajariku tentang kehidupan, tentang kesabaran, tentang bagaimana mengelola dan menjaga hati. Ketika kau mengatakan, “Janganlah segala sesuatu ditanggapi dengan emosi”, itu yang selalu terngiang hingga hari ini. Namun, diriku tetaplah manusia biasa yang sering kesulitan menjaga emosi ini.

♥ Terima kasih sahabat…


Telah bersedia memberi dan menerima nasehat, menjadi pemerhati dan pendengar yang sabar. Tak jarang diriku melakukan kesalahan, namun dengan bijak kau mengingatkan. Kau dukung aku dalam kebenaran dan mencegahku dalam tindak kemungkaran.

♥ Terima kasih sahabat…


Kau ikut bahagia kala ku gembira, begitupun sebaliknya, empatimu ada saat kesedihanku menerpa. Kau temaniku di saat yang lain entah kemana. Ya Rabbii, terima kasih kau hadirkan sahabat sejati ini.

♥ Sekali lagi, terima kasih sahabat…


Terima kasih telah menghingatkan aku menghadap Ilahi, setiap Dia memanggil. Kau utamakan aku untuk segera menuju Rabb-ku padahal itu makruh bagimu, mungkin kau belum tahu itu, atau mungkin kau begitu menghargai aku.

♥ Sahabat…semoga ikatan ini tercipta karena buah dari cinta kita kepada-Nya. Mudah-mudahan persahabatan ini akan membimbing hati-hati kita untuk lebih dekat kepada Allah Subhanahu wata’ala.

♥ Ya Allahu yaa Rabbii…


Kuatkanlah persahabatan ini dengan ikatan-Mu yang suci. Kumpulkanlah kami ke dalam syurga-Mu bersama orang-orang yang saling mencintai karena-Mu.

♥ Ya Allah yaa Rabbii…


Jadikanlah diri kami sahabat sejati bagi sahabat-sahabat kami, yang bisa saling menasehati dalam kebenaran dan kesabaran. Jadikan persahabatan ini abadi hingga kehidupan setelah akhir nanti.
Amiin… amiin yaa Rabbal ‘Alamiin.....



Sumber : FB  •٠·˙ Di Atas Sajadah Cinta ˙·٠•

Monday, February 28, 2011

SHARING IS LOVING - Pesanan Utk Orang Cantik




Assalamualaikum..Pada Pandangan Cinta....Cantik ..Ia sangat subjektif ..Cantik di pandangan si A tidak semestinya cantik di Pandangan Si B..cantik bukan sekadar pada wajah .tapi juga pada keimanan nya pada ALLAH...tingkah laku sesama manusia....adab ..pada bagaimana individu itu Bringing Her or His Beauty deep inside from inner layer to outer layer ...Apapun istilah kecantikan yang pentingnya...biarlah cantik di mata ALLAH ....orang2 beriman yang bertakwa dengan ikhlas kerana ALLAH..insyaALLAH di pandang Cantik.. amin...


Pesanan Utk Orang Cantik 

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.

Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiasa pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.

Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt. !!!



Sumber : FB Musafir Hina