Thursday, January 13, 2011

SHARING IS LOVING - Jagalah Lidah & Belajarlah Menangis

Oleh : Ustaz Baie 
Selalunya manusia akan berlumba-lumba ke arah yang baru. Apa yang dirasakan kurang sempurna lalu mahu dipertingkatkan. Tetapi hajat di hati itu tidak semuanya berjaya. Ia bergantung kepada kesungguhannya untuk mendapatkan perkara itu. Manusia boleh berusaha malah itulah yang sepatutnya, tetapi jaya atau tidaknya Allah yang mengizinkannya.
Sebenarnya, sikap baik seseorang terhadap umat Islam yang lain dan sikap taqwa umat Islam terhadap Allah menjadi sebab nilaian Allah. Dan Allahlah yang memberi kejayaan kepadanya dan usahanya akan dipercepatkan.
Remaja yang masih dalam alam persekolahan sentiasa berfikiran kreatif lalu cuba memperbaiki kekurangan diri dan cuba melakukan yang terbaik untuk dirinya. Setidak-tidaknya dia akan belajar dan mengkaji pelajaran dengan lebih gigih demi masa depannya tanpa mengganggu orang lain.
Begitu juga dengan remaja yang sudah memasuki alam kerjaya, mereka pastinya melakukan kerja yang diamanahkan dengan sempurna. Kerja yang dilakukan dipastikan yang terbaik boleh dibuat.
Tapi malanglah mereka yang tidak mahu kejayaan dan keselamatan lalu membiarkan dirinya sebagaimana sebelumnya. Hidupnya hanya mengikut arus, tanpa wawasan masa hadapan. Apa yang penting pada mereka, dia masih hidup. Kata Iman Al Ghazali :
” Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang yang hari ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia”.
Remaja hari ini patut menjadi golongan orang yang pertama, bukan orang yang kedua, apa lagi orang yang ketiga. Setiap hari yang dilalui mesti bertambah baik dari hari yang sebelumnya. Tapi di sini juga ada masalah, terlalu sedikit di kalangan umat Islam yang kehidupannya lebih baik kerjanya dari sebelumnya.
Sesungguhnya aktiviti umat Islam baik berhubungan dengan manusia mahupun berhubungan dengan Allah mestilah baik daripada hari ini daripada yang sebelumnya. Dan supaya aktiviti itu dinilai oleh Allah sebagai terbaik 2 perkara mesti diberi perhatian; jaga lidah dan menangis kerana insaf.
Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW:”Apakah amal unutk selamat?Jawab baginda:”Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu”.
Lihatlah para sahabat mereka sentiasa mencari peluang untuk berjaya dan selamat di dunia dan di akhirat. Wal hal mereka yang berada di sisi Nabi, lebih terjamin selamatnya berbanding dengan kita di hari ini.
Bukan mereka tidak beramal, bukan mereka tidak buat aktivitihidup tetapi mereka masih mahu mencari apa lagi amal yang menyebabkan mereka selamat di dunia dan di akhirat. Di sini Rasulullah memberi panduan yang mudah agar mereka selamat, iaitu melakukan 2 amalan; Jaga lidah dan menangis kerana dosa.
Panduan ini amat mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan jika umat Islam tidak bersedia ke arah keselamatan dan kebahagian. Lidahnya sepatutnya boleh berzikir mengingati Allah, bercakap-cakap memberi nasihat yang baik tapi sayang, dibiarkan menyakiti orang lain.
Kerana lidah tidak bertulang seseorang manusia boleh bermusuhan dan kesannya terhadap kerja harian yang dilakukannya tidak mendapat sokongan dan perhatian ramai. Malah ramai akan membencinya lalu memulaukannya. Kalau ini terjadi, maka gagallah segala perancangannya. Dan Allah akan hilangkan keberkatan untuknya.
Jadi, untuk selamatkan diri dan sedala-galanya maka lidah mesti dijaga, inilah amalan yang terpuji. Mereka yang baik penjagaan lidahnya bukan sahaja disukai Allah malah orang ramai akan senang dengannya.
Di sini kalau disingkapkan pada pengalaman sesetengah orang Melayu, mereka gagal dalam membangunkan diri dan lain-lainnya, mungkin disebabkan lidah mereka tidak dikawal dengan baik. Mengumpat dan menfitnah orang lain sudah menjadi amalan biasa. Mencaci maki musuhnya menjadi bualan hariannya. Maka bagaimanakah mereka ini boleh berjaya dalam keadaan begini? Allah tentu tidak merestui mereka.
Selain menjaga lidah, menangis kerana menginsafi segala dosa yang dilakukan baik kerana dengan tangisan ini boleh menimbulkan rasa hendak menebus dosa lalu, dan segera ingin bertaubat. Dalam masa yang sa,a mereka melakukan kerja-kerja kebajikan sebanyak mungkin.
Jika sikap ini diambil oleh umat Islam bukan sahaja Allah akan meredhainya bahkan orang ramai akan menyanjunginya. Ini akan menjadikan segala yang dilakukan mereka menghasilkan kejayaan demi kejayaan.
Tapi di hari ini, ramai yang menangis kerana tidak dapat melakukan dosa, dan ada yang menangis kerana dimarah pihak berkuasa atas perbuatan jahatnya. Namun jiwa mereka tetap mahu melakukan dosa. Ertinya mereka tetap mahu menyimpan dosa. Di sinilah di antara faktor kegagalan umat Islam dalam segala usahanya, Allah tidak mahu membela mereka.
Inilah yang patut diinsafi oleh para remaja kini, untuk mencapai apa juga kejayaan sekalipun 2 faktor ini mesti diberi perhatian, mesti diamalkan. Ini adalah kerana kejayaan usaha kita ada kaitan dengan pertolongan Allah. Maka orang yang berdosa dengan manusia apa lagi berdosa dengan Allah tidak akan dibantu Allah.
Kerana itu latihlah lidah dari bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Elakkan dari bercakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Dan pastikan apa yang diucapkan memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain. Nanti kelak mereka akan disenangi selalu.
Dan latihlah lidah supaya mudah bertaubat, dan kalaupun tidak boleh menangis, bangkitkanlah rasa bersalah dan berdosa supaya lahir penyesalan dan keinsafan. Sesungguhnya manusia sebaik manapun dia, dosa tetap dilakukannya. Tapi sebaik-baik manusia apabila dia tersalah lalu dia akan bertaubat segera.
Amalan ini tidak akan datang sendiri tanpa diusahakan dengan latihan yang berterusan. Sebab itu, orang yang sudah terbiasa dengan sifat dan sikap yang kurang baik sekian lama sudah diubah lagi sewaktu dewasanya. Meskipun dinasihati berkali-kali namun dia tetap pada tahap yang asalnya.
Dalam hal ini tidak siapa yang boleh merubah diri kita kecuali kemahuan diri sendiri. Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada pada diri seseorang, sehinggalah mereka merubah apa yang ada pada diri mereka”.
Ya, kalau remaja sudah bertekad dan bersungguh-sungguh mahu menjaga lidah dan mahu bertaubat sudah tentu Allah akan menbentangkan jalan-jalannnya. Allah tentu sudi untuk membantu apa yang dihajati oleh mereka.
Ertinya semuanya bertitik tolak dari manusia itu sendiri. Hendak seribu daya dan kalau tidak hendak seribu dalih pula yang datang. Ingatlah, Allah tidak mengkehendaki orang yang suka berdalih mencari helah melepaskan diri.
Dan Allah mahu umat Islam berjaya dan terus berjaya di dunia ini manakala di akhirat mereka berjaya menghuni syurga yang indah permai.

SHARING IS LOVING - SEDEKAH JARIAH KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR


Assalamualaikum..Mari kita praktikkan kawan2...rasanya ni tak susah sangat nak buat...kalau tak boleh buat semuanya ..buat sikit atau satu pun boleh..kalau tak boleh sekarang niat kan dalam hati yang kita akan buat nanti ..benda yang baikkan?..ada di antaranya yang kita boleh buat hari2...renungan dan peringatan buat diri sendiri juga...may ALLAH bless us ..amin...


1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah...insyallah

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah....insyaallah

3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang....insyallah

4. Bantu mendidik seorang anak....insyallah 

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah...insyallah

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a...insyaallah 

7. Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarahkan)...insyaallah 

8. Tempatkan water cooler di tempat umum...insyaallah 

9. Tanam pohon pokok, Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah...insyaallah 

10. Berkongsi Ilmu ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insyallah...insyallah 

Ya Allah Jadikan kami Hamba2 mu Yang ikhlas dalam melakukan segala kebaikan dan kerana mu ,redha mu dan kasih sayang kami kepadaMU..Bantulah kami ya ALLAH..amin..

Wednesday, January 12, 2011

SHARING IS LOVING - CINTA ALLAH




CINTA ALLAH...Cinta Allah yang abadi..

sebagai umat islam, cinta paling utama yang wajib kita letakkan didalam hati kita dan yang akan menjadi tunjang kepada cinta kepada yang lain adalah cinta kepada Allah SWT.Kenapa perlu kita mencintai Allah??
kerana Allah yang menjadikan kita, memberikan kita kesempatan untuk hidup dan beramal kepada-Nya..
kerana akhirnya kita akan kembali kepada Allah..
dan dunia ini adalah sementara dan tidak kekal, akhirat lah yang kekal..

kehidupan di dunia ini hanyalah suatu tempat persinggahan sebelum kita meneruskan kehidupan di alam akhirat, didunia inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mana 'harta' yang membolehkan kita menempah tiket ke syurga..

dengan itu, setiap apa yang kita lakukan didunia ni, biarlah dengan niat yang baik, niat untuk beribadah kerana Allah..

setiap perkara baik yang kita lakukan, berserta dengan niat kerana Allah, insyaAllah akan dikurniakan ganjaran olehNya.

solat kerana Allah..
puasa kerana Allah..
zakat kerana Allah..
study kerana Allah..
kahwin kerana Allah..
bersahabat kerana Allah..
etc..

cinta kepada manusia yang lain juga haruslah berpandukan kepada cinta kepada Allah..

"aku mencintaimu kerana Allah.."
"aku ingin menjadikan kamu sebagai isteriku kerana Allah.."memilih calon isteri/suami bukannya melalui paras rupa yang menawan, harta dan pangkat dan sebagainya..lihat kepada agama, budi bahasa nya dan jugak keserasian..

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

jelas menunjukkan bahawa agama merupakan faktor yang paling penting sekali dalam pemilihan seorang isteri.. selain dari itu, kalau saya, saya jugak melihat kepada keserasian.. kalau tak serasi, susah jugak untuk meneruskan bahtera suatu perkahwinan itu..

cinta kepada manusia yang tidak berlandaskan kepada cinta Allah sememangnya seronok bagi pasangan yang belum berkahwin tapi apabila dah berkahwin, cinta itu dah tak seronok dan semakin lama semakn pudar..
kerana apa?? kalau sebelum kahwin dah pegang sana pegang sini, buat itu dan buat ini, apa lagi yang tinggal untuk dibuat bila dah kahwin nanti??

semua benda dah pernah buat dan rasa, nikmat cinta pun sudah semakin kurang, lama-lama mula lah si suami pukul isteri, cari wanita lain dan sebagainya..

kalau kita memilih untuk mencintai manusia kerana Allah, kita bercinta selepas kahwin..

bayangkan betapa banyaknya yang kita boleh buat bersama, almaklumlah baru nak bercinta..
keluar dating bersama, makan bersama, buat itu dan ini bersama, alangkah indahnya cinta itu kan.. apatah lagi jika cinta itu terus disulamkan dengan cinta ilahi..
mashaAllah..alangkah indahnya..

semoga kita dijauhkahkan dari perkara zina dan maksiat, dan perkara2 yang membawa kita ke arah zina dan maksiat..

jika batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita dijaga sebelum kahwin, insyaAllah Allah akan reda dan mengurniakan barokah kepada kehidupan kita. insyaAllah.

jom, sama-sama mengejar cinta ilahi...Walaupun ia sukar dan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sungguh2..teruslah berusaha...kerah tenaga...berdoa dan bertawakal lah..moga Cinta Ilahi dapat kita kecapi..YA ALLAH dekatkan aku dengan apa saja yang mendekatkan aku dengan CINTAMU ..AMIN

Sumber : http://richieslife88.blogspot.com/

SHARING IS LOVING - PESANAN UNTUK SI DIA...


Beritahu dia,cinta agung adalah cintaNYA..
cinta manusia bakal membuatnya alpa..
tolong nasihati dia jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai yang Esa..
tolong ingati dia jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang Esa..

tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya..
tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa..

tolong sedarkan si dia aku masih milik keluarga..
tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
tolong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..
tolong khabarkan si dia aku tidak mahu melekakan dia...
tolong khabarkan si dia jadilah penyokong kejayaanku..
tolong sampaikan pada dia aku dambakan cinta suci yang terjaga..

tolong sampaikan pada dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
takkan kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat yang Esa..
tolong sampaikan pada dia kerana aku tak mampu sampaikan sendiri..
Ya Allah.. Aku jatuh cinta!

Ya Allah Ya Tuhanku..telah datang seorang hamba mengetuk pintu hati ini..
sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik,yang telah engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi..maka permudahkanlah urusanku...permudahkan urusan dia..permudahkan urusan kami berdua..
Ya Allah Ya Rahman,Ya Allah Ya Rahim..

Lindungilah iman ku Ya Allah..lindungilah iman dia Ya Allah..Lindungilah iman kami berdua..
aminn..Ya RabbaL Alaminn..

cinta sebenarnya tidak buta,cinta adalah sesuatu yg murni,luhur,dan diperlukan.Yang buta adalah apabila cinta menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.CINTA,MENCINTAI atau DICINTAI adalah LUMRAH sifat KEJADIAN MANUSIA..hak untuk bercnta dan menerima bergantung kpd individu itu sendiri,pilihan adalah terpulang kpd kita,jika pilihan berlandaskan agama,pasti hasilnya diberkati,dan sekiranya berlandaskan nafsu,pasti terhumban ke lembah kehinaan..jgn tertarik dgn seseorg kerana parasnya,krn keelokan paras dpt menyesatkan;jgn pula krn kekayaan krn kekayaan dpt musnah;tertariklah kpd sesorg yg mampu membuatmu tersenyum,rn hamya senyuman dpt membuat hari2 yg gelap mencari cerah~~

Tuesday, January 11, 2011

Surah Al-Haqqah; Hari Kiamat.. Menangis..


Ya ALLAH..Terasa lemah dan sayu mendengar Bacaan ini...Hayati makna nya...Ya ALLAH ampunkan kami..Tunjukkan kami Jalan yang lurus dan beri kan kami kebaikan Dunia dan Akhirat..amin

SHARING IS LOVING -MAJLIS ILMU DI MASJID SHAH ALAM MINGGU INI



Monday, January 10, 2011

SHARING IS LOVING - BILA MAUT DATANG MENDADAK....... "peringatan buat diri yang banyak kekurangan ini juga"




Aku bimbang ..sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak.

Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai. 

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh 
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah.

Atau ................. apakah aku akan dibelasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?

Apakah aku dapat menahan sakit 
Bila ular kubur datang menggigit..
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.
Aku bimbang..sangat bimbang..
isyak masuk..Oranglain ke surau menyembah Allah ..
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA...Mentor.....dan seribu rancangan-rancangan yang melalaikan..

Oranglain bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Allah..
Aku terjerit2..MENYOKONG RANCANGAN TV YANG MELALAIKAN TU....aduh bimbangnya aku...

Oranglain menggunakan masa mencari redha Allah ..
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI...seperti aku ni mampu menahan siksa2 ..seperti aku tak kan mati selamanya...

Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang 
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?aduh..aku bimbang..sangat bimbang...aku hina ..sangat hina...

Aku bimbang..amat bimbang..imanku masih terumbang-ambing...iman ku sangat tipis ..sangat banyak dosa2 ku..hari2 tambah dosa ..pahala sangat sikit dan kadang2 tak ada langsung...aduh bimbangnya aku...

Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ? 
Siapa ya yang akan akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan 
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?..adakah ada orang yang akan ingat padaku...adakah orang yang kata menyayangi ky masih mendoakan aku...??

Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang ! 

WAHAI TEMAN YANG DIKASIHI.. ... marilah kita sama2 bertaubatlah dari sekarang..kita berusah muhasabah diri dan cari jalan keluar...betapa takutnya nya..betapa bimbangnya ..bagaimana pengakhiran kita...yang dah lepas biarlah ia berlalu..kita ubah keinginan yang buruk ..kita hentikan perkara yang menjauhkan kita dari ALLAH..kita hentikan melukakan hati orang ..kita jauhkan dan tinggalkan keduniaan yang melalaikan...

kita berkomunikasi lah pada ALLAH memohon jalan yang lurus ...kita bina iman yag teguh di hati kita..memang sukar..tapi kita usaha lah ...kita bersama2 berjihad ..walaupun sangat sukar..batuan ALLAH bersama kita jika kita sungguh berusaha........insyaallah ..

Tinggalkanlah ....TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU ..tinggalkan dosa....Kita tinggalkan sedaya nya..buang sikap2 mazmumah...dekati majlis ilmu ...dekati masjid seperti oranglain..Mohon Ampun pada ALLAH...dan mohon maaf pada kawan dan semua makhluk di dunia ini..."Ya ALLAH ampun kan kami...Kawan maafkan dosa kami...

Ya ALLAH ..berikan kami kebaikan Dunia dan Akhirat ke Jalan MU..Amin

kita Qada'lah solat-solat kita..yang tertinggal, bayarlah balik puasa-puasa kita.. Berhentilah menjadi sahabat syaitan...Agar hidup kita mendapat keredhaan ALLAH...Sebelum kita di kembalikan ke ALAM BARZAKH

Sunday, January 9, 2011

SHARING IS LOVING -AKU ADALAH AKU




Aku adalah aku …
kuharap engkau menyedarii siapa aku …
kwujudan aku..

aku adalah aku…

aku adalah manusia yang lemah …
aku adalah manusia biasa..
aku adalah manusia yang miskin
aku bukanlah manusia yang sempurna

aku adalah manusia yang lemah …
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Qowiyy – Maha Kuat

aku adalah manusia biasa
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Segalanya

aku adalah manusia yang miskin
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Kaya …

aku adalah manusia yang hanya mampu berusaha dan berdoa
berusaha dan berdoa sebagai hamba dari Yang Maha Pengasih dan Penyayang

aku adalah manusia yang dipenuhi salah dan dosa
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Mengampuni Kesalahan dan Dosa

aku bukanlah manusia yang sempurna
tapi, aku adalah hamba dari Yang Maha Sempurna …

aku adalah aku apa adanya
bukan seperti dia, mereka, ataupun kamu…
beginilah diri ini apa adanya …
penuh khilaf
penuh dosa
penuh kealpaan

tapi, kerana aku adalah hamba dari Yang Maha Membalas Kebaikan…
maka aku akan berusaha menjadi hamba yang berbuat baik di setiap nafas

tapi, kerana aku adalah hamba dari Yang Maha Mengampuni Dosa
maka aku tak kan bosan untuk selalu kembali kepada-Nya …

tidak peduli …
apa kata orang …
aku adalah aku , bukan mereka …
aku adalah hamba Allah yang Maha Melihat, Mendengar, Membalas segala yang kulakukan
aku adalah seorang anak yang berusaha menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi kedua orangtuaku
aku adalah seorang yang akan terus menjadi pembelajar dan masih terus ingin belajar …

dan aku adalah …

seorang manusia biasa, dengan segala kekurangan yang ada …
tapi dengan sebuah harapan yang Luar biasa …
menjadi kekasih Allah Yang Maha Pengasih di dunia dan akhirat … Amiin.

Friday, January 7, 2011

SHARING IS LOVING - Kuliah Jumaat pada 07-01-2011 di Masjid Negeri Shah Alam


Sharing is loving...Alhamdullilah kuliah dari ustaz Uda kasim Sebelum Khutbah Jumaat tadi telah di Upload Oleh Masjid Negeri Selangor...Dengarlah kawan2 ..bagus perkongsiannya tentang berdakwah dan pahit getirnya...Share kan dengan kawan2 semua ya...Moga ALLAH merahmati ilmu yang di kongsi ini..amin ya ALLAH ...besar sungguh nikmat mu ya ALLAH...

SHARING IS LOVING ..Khutbah Jumaat pada 07 01 2011 di Masjid Shah Alam



Assalamualaikum...Khutbah Jumaat Di Masjid Shah Alam pada 7hb January 2011...Silakan kawan2 dengar ..mengambil iktibar dari Khutbah ini..walaupun kita tak dapat pergi ..tapi Syukur pada ALLAH kita dapat mendengarnya...Syutkur..besar sungguh rahmat ALLAH buat kita...

Thursday, January 6, 2011

SHARING IS LOVING - "Luahan hati buat Ayah Dan Ibu Yang Dicintai"






SHARING IS LOVING - "Luahan hati buat Ayah Dan Ibu Yang Dicintai"

Hanya berniat menyebarkan ilmu dan berkongsi..jika ada yang terasa ..maaf kan cinta...Cinta hamba yang Lemah...

Ayah ..ibu ..kami sayang ayah dan ibu ..kami sayang nenek..kami sayang kakak ..kami sayang adik ..kami sayang abang..tapi kadang2 kami ni lemah ...bantu lah kami ..didik lah kami sebaiknya ya ...masa kami kecil lagi ..masa kami dalam perut lagi..sekurangnya bila kami di lahirkan ..bila kami besar kami dah terbiasa melakukan yang di perintah Agama...kami dah biasa nak cari cinta ALLAH...

Ayah dan ibu..jangan lah asyik bergaduh ..ayah dan ibu ..jangan lah asyik cerita tentang masalah rumahtangga dengan orang lain ...kat wall FB ..jangan cerita kan pada orang secara terbuka..lebih2 lagi pada pasangan berlainan jantina yang akan mengundang banyak keburukkan ..ceritakan lah pada jabatan agama ..kawan2 yang boleh dipercayai kerana ALLAH ..atau ustaz atau ustazah yang bertauliah... ..nanti kami pun nanti ikut cerita kan hal2 peribadi kat orang ..ayah dan ibu ..jangan lah hanya fikir kemewahan ..kami nak kebahagian akhirat ..kami tak takut hilang kemewahan...apa erti kemewahan jika kita tak membina keluarga yang sama2 dekat pada ALLAH...kami lebih suka agama dari kemewahan ..kami tak kisah susah kalau ayah dan ibu didik kami dengan agama...ayah dan ibu ..jangan lah asyik sibuk dengan kawan2 lelaki atau perempuan yang lain ..yang tak sepatutnya ayah dan ibu buat..ia jadi contoh pada kami ..nanti kami dah besar kami buat macam ayah dan ibu...

Dari kami kecil hadiahkan dan berikan lah kami apa2 saja yang mendekatkan kami pada ALLAH ...jangan lah hadiahkan kami benda yang lahga ...hiburan yang melalaikan ...permainanan yang buat kami leka pada dunia...lagu2 yang yang dilarang agama...kasihan kan lah kami ya...didik lah kami dengan kasih sayang yang sebenarnya..kasih sayang bukan sekadar cakap di mulut ..kasih sayang sebenarnya didik kami kejalan ALLAH ...bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat ..kasih sayang yang buat kita sama2 masuk syurga ALLAH ..dengan redha ALLAH ..didik lah kami dengan lembut...

Jika dari kecil kami didedahkan dengan menari ..cerita hidustan.....Rancangan hiburan ..seperti AF, mentor..Juara Lagu...sehati sedansa...kami di dedahkan pertandingan Idola Kecil...kami diajar yang ALLAH tak suka ..yang akan mengajar kami erti kelalaian...di dedahkan dengan dengan melepak2 menyaksikan concert...ayah dan ibu jangan lah asyik tonton hiburan jer ...asyik denga lagu yang MENYELEWANGKAN fikiran kami...Kenapa tak dengar lagu yang memuji ALLAH dan Rasullulah...kenapa tak dengar mengaji Al-quran...kan seronok jika ayah dan ibu ajar kami solat..ajar kami mengaji...perbetulkan Kalimah Syahadah kami....kami dah didedahkan dengan dunia yang lagha sejak kecil ..banyak nya kami lihat kemungkaran..kami pun dah biasa nak ikut bila besar....kami dah sebati..kami dah suka ...kami suka keseronokkan dunia..wah seronok nya dunia ...

Kami tahu ayah dan ibu nak didik kami agar menjadi anak yang berguna ..berguna yang macamana tu??..berguna pada siapa ya?....kami memang nak berguna ..tapi didik lah kami berguna pada Agama dan ikut perintah ALLAH..bila kami berguna pada ALLAH..pasti nanti kami akan berguna pada AYAH dan Ibu..Serta berguna pada Agama dan..masyarakat dan negara....Berguna dunia dan akhirat..bukan berguna di dunia jer...nanti dengan sendirinya kami akan berguna pada semua ..insyaallah...

Kami nak bersama2 ayah dan ibu ke dalam syurga..kejalan ALLAH..ayah dan ibu marilah kita sama2 buat..sama2 bantu membantu ..Ayah dan ibu jangan lah asyik menceritakan aib orang lain dengan makcik2 sebelah rumah dan kawan di depan kami....jangan lah mengumpat...jangan lah bercakap kasar dan asyik mengeluh ..kami lihat ..kami jadi suka ...sebab perkara dosa jadi SEDAP bagi kami... ..Ayah dan ibu ..bina lah kasih sayang kerana ALLAH ..jangan lah asyik berkasar dan bergaduh jer suami isteri..jangan lah asyik salah kan orang lain jer.... jom lah kita sama2 hentikan sesuatu yang melalaikan kita..ayah dan ibu hentikan lah tengok wayang ..hentikan lah mengumpat ..hentikan lah burukkan orang..kami dengar ..kami pun terikut..ayah dan ibu cakap lah baik2 ,jangan lah kasar ..

Ayah dan ibu ..tutuplah aurat sebaik-baiknya..jangan main2 ..kadan2 pakai..kadang tidak ...jangan lah mendedahkan Aurat...tegur lah kami jika tak tutup Aurat dengan sempurna....Kenapa ayah dan ibu biarkan jer kami buat salah... jika kami salah..cakap salah..jangan cakap .."ALAH masih muda lagi ..dulu ibu pun macam tu ..nanti ubah lah ya"..sedih kami...jika ayah dan ibu tak didik kami dari kecil ..siapa lagi...kami dengar kami ikut...ayah dan ibu jangan lah melakukan kemungkaran ..kami suka kami ikut ..ayah dan ibu tutup lah aurat betul2 ..nanti kami pun suka nak ikut..ayah dan ibu ..jangan lah tengok hiburan yang di larang ALLAH ..kami pun suka nanti ..kami anak2 ni nak contoh yang baik ...

Ayah dan ibu ...kalau ayah dan ibu suka buat dosa..nanti kami takut kami pun ikut nak buat sama...ayah dan ibu ..kasihan kan diri ..kasihan kan kami dan keluarga kita...

Ayah dan ibu ..ayah dan ibu kena lah berubah..kalau ayah dan ibu lalai..ayah dan ibu tak ikut suruhan agama ..jangan salah kan kami kalau kami juga ikut jejak ayah dan ibu ..nanti ayah dan ibu tak ada anak2 yang mendoakan kedua ibubapa dalam kubur....nanti kami bila besar pun buat benda sama ..nanti anak2 kami pun tak mendoakan kami dalam kubur..sedihnya...ruginya...

Ayah dan Ibu ...kami nak perubahan ..tolong lah kami .bantu lah kami...marilah sayangi kami..sayangi diri Ayah dan ibu..sayangi anak2 ..sayangi keluarga ...kami nak sama2 masuk SYURGA sama2 ayah dan ibu....kami nak buktikan cinta kami ..sayang kami pada AYAH dan ibu adalah sampai Akhirat..kami tak mahu hanya di mulut jer..kami tak nak nanti di Akhirat kami tak salah kan Ayah Dan Ibu ...kalau kami derhaka ayah dan ibu marah kami ..tapi pernah tak ayah dan ibu fikir kenapa kami jadi begini?????mari2 Ayah dan Ibu..Kita bina keluarga mithali dan keluarga yang sama2 menuju SYURGA ALLAH...

Tapi setelah ayah dan ibu didik kami ke jalan ALLAH ..tetapi kami tetap lalai ..tu salah kami ...kami yang lupa daratan ..kami yang tak bersyukur..tapi kami tetap ada niat nak berubah ...jangan abaikan kami ya Ayah ..Ya ibu...moga kami dapat baiki diri kami..doakan kan kami ya ayah ..ya ibu...

Moga hidayah dan rahmat Allah , bersama kita..I LUV AYAH ..I LUV IBU...

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Ya ALLAH..Berikan lah kami dan keluarga kami ..mengikuti jalan yang kau redhai ..jauhkan kami dari azab kubur dan azab api neraka ...tolong kami Ya ALLAH

Wednesday, January 5, 2011

SHARING IS LOVING - Pantun Malas Sembahyang Part 2...RENUNG2 KAN LAH




Sumber FB : Motivasi Smile Anda 


apsal lah aku entengkan semayang,
walhal tau akhirat nanti tersangatlah malang,
dok depan TV gelak sampai tekangkang,
adik kata 'abang gi la semayang' kene terajang sampai pintu belakang..

apsalh aku berani tak semayang,
tau tak hidup didunia sementara dan menumpang,
bile diri dan jiwa syaitan mula tunggang,
itu bukn berani tapi bangang eh?..

apasalh mak bapak aku pun tak semayang,
kalau lah depa semayang pasti aku ikut belakang,
tapi depa pun minum tonggang-tonggang,
aku pun tak sampai ati nak biaq depa dua orang,
aku pun join sekali sebab kene lihatkan kasih sayang eh?..

bila malaikat maut datang,
bila mata terbelalak mcm belalang,
badan dah mula terkejang-kejang,
tekak terasa dah kering kontang,
menatang setan pon datang nak menyembang-nyembang,
"aku je yng bule bagi ayaq sirap ais kat hang.."
" tapi hang kena lah kata aku tuhan, baru lah aku bagi jag ni hang pegang.."

alkisah apsalh bila aku dah insaf dan mula nak semayang,
pegi surau ikat serban 7 hasta panjang,
orang surau dok perli kata " aii... baru nak datang.."
tak pon dok bebisik sesama depa " eh, tu anak pak man tukang.."
aku rsa kalau camtu pak pandir pon malas datang semayang,
orang dah nak mula semayang dok soksek kata belakang,
kang aku PANGG!!.. sabar bang... tu la ujian hidup dengan orang,
janji Allah dan Rasul redho dan sayang..

Tuesday, January 4, 2011

SHARING IS LOVING - Kisah Kupu-Kupu Dan Bunga



Bahasa Malaysia Version:

Seorang lelaki berdoa kepada Allah SWT agar diberikan bunga dan kupu-kupu
Namun Allah SWT memberikannya kaktus dan ulat
Lelaki ini sedih, tidak mengerti kenapa pemberian-Nya berbeda dengan apa apa yang dia minta
Kemudian dia berfikir : Allah SWT kan mempunyai banyak umat yang harus diurus
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya doanya lagi
Setelah beberapa lama, lelaki ini memikirkan kembali doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat ketika melihat dari pohon kaktus yang buruk dan berduri itu telah tumbuh bunga yang sangat cantik
Dan dari ulat yang terselubung, telah berubah menjadi kupu-kupu yang tidak kalah cantik
Allah SWT selalu melakukan semua perkara dengan benar !
Cara Allah SWT selalu cara yang terbaik, walaupun kelihatannya semuanya salah
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah SWT, Percayalah
Yakinlah bahwa Allah SWT senantiasa memberikan apa yang anda pinta pada waktu yang tepat
Apa yang anda pinta … tidak selalu apa yang dibutuhkan !
Allah SWT tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-Nya, teruslah berdoa kepada-Nya tanpa ragu dan mengeluh
Duri hari ini … adalah bunga hari esok !
Allah SWT memberikan pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya



English Version:

Once there was a man who asked Allah for a flower and a butterfly
But instead Allah gave him a cactus and a cartepillar
The man was sad, he didn’t understand why his request was mistaken
Then he thought : oh well … Allah has too many people to care to …
And he decided not to question it
After sometime, the man went to check up on his request that he had left forgotten
To his surprise, from the thorny and ugly cactus a beautiful flower had grown
And the unsightly carterpillar had been transformed into the most beutifull butterfly
Allah always does things right !
The way is always the best way, even if to us it seems all wrong
If you asked Allah for one thing and received another just trust
You can be sure that Allah will always give you what you need at the appropriate time
What you want … is not always what you need !
Allah never fails to grant our petitions, so keep on going without doubting and murmuring
Today’s thorn … is tomorrow flower !
Allah gives the best to those who leaves the choice up to Him

SHARING IS LOVING - KATA2 HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN




Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
• Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
• Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
• Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
• Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
• Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
• Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.