Tuesday, January 4, 2011

SHARING IS LOVING - Kisah Kupu-Kupu Dan Bunga



Bahasa Malaysia Version:

Seorang lelaki berdoa kepada Allah SWT agar diberikan bunga dan kupu-kupu
Namun Allah SWT memberikannya kaktus dan ulat
Lelaki ini sedih, tidak mengerti kenapa pemberian-Nya berbeda dengan apa apa yang dia minta
Kemudian dia berfikir : Allah SWT kan mempunyai banyak umat yang harus diurus
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya doanya lagi
Setelah beberapa lama, lelaki ini memikirkan kembali doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat ketika melihat dari pohon kaktus yang buruk dan berduri itu telah tumbuh bunga yang sangat cantik
Dan dari ulat yang terselubung, telah berubah menjadi kupu-kupu yang tidak kalah cantik
Allah SWT selalu melakukan semua perkara dengan benar !
Cara Allah SWT selalu cara yang terbaik, walaupun kelihatannya semuanya salah
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah SWT, Percayalah
Yakinlah bahwa Allah SWT senantiasa memberikan apa yang anda pinta pada waktu yang tepat
Apa yang anda pinta … tidak selalu apa yang dibutuhkan !
Allah SWT tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-Nya, teruslah berdoa kepada-Nya tanpa ragu dan mengeluh
Duri hari ini … adalah bunga hari esok !
Allah SWT memberikan pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya



English Version:

Once there was a man who asked Allah for a flower and a butterfly
But instead Allah gave him a cactus and a cartepillar
The man was sad, he didn’t understand why his request was mistaken
Then he thought : oh well … Allah has too many people to care to …
And he decided not to question it
After sometime, the man went to check up on his request that he had left forgotten
To his surprise, from the thorny and ugly cactus a beautiful flower had grown
And the unsightly carterpillar had been transformed into the most beutifull butterfly
Allah always does things right !
The way is always the best way, even if to us it seems all wrong
If you asked Allah for one thing and received another just trust
You can be sure that Allah will always give you what you need at the appropriate time
What you want … is not always what you need !
Allah never fails to grant our petitions, so keep on going without doubting and murmuring
Today’s thorn … is tomorrow flower !
Allah gives the best to those who leaves the choice up to Him

SHARING IS LOVING - KATA2 HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN




Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
• Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
• Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
• Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
• Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
• Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
• Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

SHARING IS LOVING - MENYINGKAP TIRAI KEBAHAGIAAN

Sumber :  
Bila kita bertanyakan secara berasingan  kepada sepuluh orang kenalan kita mengenai erti kebahagiaan, maka kita akan mendapatkan jawapan yang pelbagai. Kebarangkalian untuk kesemua mereka memberikan jawapan yang sama adalah tipis. Ini kerana definisi kebahagiaan adalah subjektif mengikut penilaian setiap individu. Persoalannya, adakah benar erti kebahagiaan yang kita sangka selama ini bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam?

Ada yang merasakan bahawa kebahagiaan itu terletak dalam kedudukan dan  jawatan yang hebat di sisi manusia lalu dia bersungguh-sungguh mengejarnya. Misalnya Firaun, seorang yang mempunyai kedudukan dan jawatan tertinggi di Mesir satu ketika dahulu. Berulang-ulang kali Allah ceritakan perihal Firaun ini di dalam Al-Quran. Betapa dia seorang yang angkuh, sombong, ego dan bongkak dengan kuasa dan kedudukan yang dimilikinya sehingga menjadi seorang yang sangat ingkar kepada ajaran Nabi Musa a.s. Akhirnya dia mati dalam keadaan hina ditelan Laut Merah. Bahkan Allah kekalkan jasadnya hingga hari ini sebagai pengajaran kepada kita semua. Ternyata kedudukan yang tinggi tidak menjamin kebahagiaan seorang manusia bila tidak disertakan dengan iman.  

Ada yang menyangka bahawa kebahagiaan itu adalah pada harta yang melimpah ruah, lalu dia berusaha siang malam untuk mengumpul harta sehingga menjadi mewah. Allah mengisahkan perihal Qarun, si kaya yang memiliki khazanah harta yang sangat banyak sehingga anak-anak kunci gedungnya sahaja terpaksa dibawa oleh satu kumpulan pekerjanya yang gagah. Namun malang sekali, kemewahannya itu hanya membawanya semakin jauh daripada Allah. Dia menjadi salah seorang penentang terhebat kepada dakwah Nabi Musa a.s selain Firaun. Akhirnya Allah membenam Qarun dan mahligainya ke dalam bumi sebagai balasan kepada perbuatannya. Ternyata kemewahan yang melimpah ruah tidak menjamin kebahagiaan seseorang apabila tidak disertakan dengan iman.

Tidak kurang pula yang menganggap kebahagiaan itu terletak pada raut wajah yang cantik, lalu dia sanggup membelanjakan sebanyak mungkin hartanya melakukan pembedahan plastik demi mencantikkan wajah. Ya, kebiasaannya wajah memang menjadi cantik setelah pembedahan. Namun untuk tempoh berapa lama? Berapa banyak pula pantang larang yang mesti dijaga supaya kulit muka tidak rosak? Adakah siapa-siapa yang boleh menjamin bahawa wajahnya akan kekal cantik sampai ke hari tua?

Ramai juga yang mengira bahawa kebahagiaan itu terletak di dalam kemasyhuran. Mereka sanggup melakukan apa sahaja yang boleh menjadikan mereka masyhur, walaupun terkadang terpaksa melakukan perkara yang menggadai nyawa mereka sendiri bahkan terkadang sanggup meninggalkan solat bila bertembung waktunya. Mereka mendambakan kemasyhuran, pujian  dan sanjungan disisi manusia sedangkan dalam masa yang sama mengundang murka Allah. Bahagiakah mereka sebenarnya?

Dikalangan  remaja khususnya, ada yang menyangka kebahagiaan itu terletak dalam rasa cinta dan kasih tidak terhingga kepada pasangannya walaupun masih belum diikat dengan ikatan yang sah.  Mereka berasa amat bahagia dapat berpegangan tangan, jalan berpelukan dan 'bersiar-siar' di taman pada waktu malam berduaan. Sehingga dek kerana melayan rasa cinta itu tadi kehormatan pun terkorban. Maruah tercalar. Pasangan yang tadinya begitu hebat menyusun bait-bait indah madah cinta, kini mula mengatur langkah untuk menjauhkan diri. Lalu hati menjadi hancur dan akal hilang pertimbangan. Rasa sesal mula menyinggah. Akhirnya berlakulah 'drama bersiri' pembuangan anak, bunuh diri dan macam-macam lagi yang entah bila akan menemui episod terakhir.

Begitulah realiti yang terjadi dalam kehidupan kita. Banyak perkara yang kita sangka ianya membahagiakan dan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk memperolehinya, rupanya tanpa kita sedar ia sebenarnya adalah punca kebinasaan.

DI MANAKAH KEBAHAGIAAN HAKIKI?


Kebahagiaan itu sebenarnya terletak dalam sejauh mana kecintaan kita sebagai seorang hamba kepada Allah s.w.t.  Rasa cinta ini tidak akan hadir melainkan dengan iman. Kemanisan iman pula tidak akan diperolehi melainkan apabila kita bersungguh-sungguh berusaha meningkatkan dan memeliharanya.

Seorang hamba Allah yang benar-benar beriman kepada Allah akan sentiasa redha dan pasrah dengan apa jua ketentuan Allah kepada dirinya. Dia tahu bahawa segalanya datang dari Allah. Kesenangan dan kesusahan itu dari Allah. Buruk dan baik juga dari Allah. Begitu juga dengan kebahagiaan, ia juga datangnya dari Allah. Setiap apa yang berlaku kepadanya, dia akan sandarkan kepada Allah dan dengan itu dia akan sentiasa berasa tenang dan bahagia dalam apa jua keadaan. Kalau diberi nikmat, dia bersyukur. Kalau diuji dengan musibah, dia bersabar.

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Ajaibnya orang beriman; semua urusannya baik-baik belaka. Sekiranya dia dikurniakan nikmat, dia bersyukur dan itulah yang terlebih baik baginya. Sekiranya ditimpa ujian, dia bersabar dan itu adalah terlebih baik baginya. Hal seperti ini tidak akan berlaku melainkan hanya kepada orang yang beriman." HR Muslim.

Ya, kebahagiaan hakiki adalah anugerah yang Allah khususkan untuk orang yang beriman. Mereka tetap bahagia walaupun kehidupan mereka sentiasa diliputi dengan perkara yang pada pandangan insan lain sebagai kesengsaraan. Mereka faham bahawa kemewahan, pangkat, darjat, kedudukan, kecantikan dan apa sahaja yang seumpamanya hanya nikmat yang bersifat sementara dan tidak berkekalan. Ia bukanlah syarat kebahagiaan. Syarat bahagia adalah iman. Semewah mana pun kita, setinggi mana pun darjat kita, seindah mana pun rupa paras kita, semuanya tidak akan dapat menjamin kebahagiaan selagi kita tidak sertakan dengan iman.

 BAGAIMANA UNTUK BAHAGIA?

Ada banyak cara yang diajar oleh Islam untuk kita memperoleh kebahagiaan. Antaranya adalah dengan menahan kemarahan kita selagi perkara itu bukanlah perkara yang meremehkan soal agama. Jangan mudah marah kerana marah itu adalah kunci kepada kejahatan. Syaitan amat suka dengan orang yang sedang marah. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya segera berwuduk ketika sedang marah, kerana kemarahan itu adalah 'api' yang dinyalakan oleh syaitan dan ia akan segera padam bila kita berwuduk. Bila rasa marah itu hilang, kita pasti akan berasa tenang, bahagia dan tidak tertekan.

Kebahagiaan juga akan datang bila kita sentiasa bersyukur dan redha dengan apa jua yang Allah rezekikan kepada kita. Rezeki segantang kita bersyukur, rezeki secupak pun kita bersyukur. Lihatlah mereka yang lebih bawah daripada kita dalam hal keduniaan ini. Pasti kita akan mendapati mereka yang jauh lebih susah dan sedikit pendapatannya daripada kita. Bukan hendak mengatakan tidak perlu berusaha mencari rezeki dan hanya berserah sahaja kepada Allah. Tidak. Ini bukan konsep yang betul. Bahkan kita hendaklah berusaha semampu yang boleh, namun urusan rezeki kita serahkanlah kepada Allah. Seperti yang dikatakan tadi, kalau banyak kita bersyukur, kalau sedikit pun kita bersyukur.

Ikhlas dalam beramal juga adalah kunci kebahagiaan. Amalan yang ikhlas hanya kerana Allah akan membuat kita langsung tidak mengharapkan sebarang pujian daripada manusia. Bila kita melakukan amalan yang bukan kerana Allah, maka kita tidak akan berasa puas hati selagi amalan itu tidak diketahui oleh orang yang kita sasarkan. Kita akan berasa tidak bahagia bila bakal mertua tidak melihat kesolehan kita menunaikan solat dengan penuh 'khusyuk'. Kita juga akan berasa tidak bahagia kalau orang ramai tidak melihat cek besar yang kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Sedangkan apalah yang ada pada pujian manusia yang sangat bersifat sementara. Oleh itu ikhlaskanlah niat kita dalam beramal. Beramallah dengan penuh rasa cinta kepada Allah, bukan cinta kepada pujian orang ramai. InsyaAllah kita pasti akan berasa bahagia.

SIFAT MAZMUMAH MENGHILANGKAN BAHAGIA

Kebahagiaan yang hakiki tidak dapat dirasai oleh seorang yang melazimi perbuatan mazmumah, iaitu perbuatan yang dicela oleh agama. Iman adalah cahaya yang membawa kebahagiaan manakala perbuatan mazmumah hanya mengundang kegelapan. Hati yang tiada cahaya iman sebenarnya tidak bahagia walaupun pada zahirnya dilihat bahagia.

Sesungguhnya sifat marah, dendam, hasad dengki, bakhil, tamak, mudah marah, ego, riak, cinta dunia dan pelbagai lagi penyakit hati adalah sifat mazmumah yang sangat perlu kita hindari jika kita ingin mengecap nikmat bahagia. Yakinlah, semakin banyak sifat mazmumah ada dalam diri kita sebanyak itulah juga kita akan jauh daripada kebahagiaan.

Oleh itu marilah kita semua sama-sama kembali kepada Allah. Carilah kebahagiaan yang hakiki. Kebahagiaan yang pernah dikecapi oleh para kekasih Allah. Marilah kita kembali kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.  Marilah kita luangkan masa untuk menghayati ajaran Rasulullah s.a.w. InsyaAllah melaluinya kita akan beroleh kebahagiaan.

SHARING IS LOVING - Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri


Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu’ dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pulaakan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?
Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajahkepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedangdipromosi dan disebarkan.
Perlu kitasemua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.
Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.
Sudah menjadi normla hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggimanapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.
Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office’ karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu jugas epatutnya diboikot.
Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihatkisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampurbaur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.
Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabis.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar danpelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehinggaadakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkanaurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.
Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘DesparateHousewives’, ‘Friends’, ‘Pretty Women’, ‘Notting Hill’, ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ‘HEROES’ dan jutaan lagi filem sepertinya.
Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehinggaterjebak dalam dosa sebegitu.
Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja  malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figureatau artis (khususnya di facebook).
Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.
Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingindikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like’ itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masihdilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihidan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar danditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turutmendapat pengajarannya.
Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :
  • ketika sedang minum arak.
  • hadiri parti
  • penuh maksiat.
  • hadiri majlis dosa.
  • sedang berpelukan lelaki wanita.
  • atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan).
  • dan sebagainya.
Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri.
Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.
Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya’.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit, tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orangramai dan berpura-pura baik.
KESIMPULAN
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusialain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklah Facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

SHARING IS LOVING - Ikrar jauhi maksiat bersungguh-sungguh



Sumber : http://feryco.com



BUAT dosa memang seronok. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam.
Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya.
Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran tidak dibuka dan dibaca tetapi peribadi dan akhlak semakin jauh dari landasan sebenar.
Beberapa bulan lalu, di Indonesia berlakunya letupan gunung berapi. Lihat saja bagaimana penduduknya bertempiaran lari kerana takut kepada lava panas yang keluar daripada Gunung Merapi.
Malah, ada yang tidak sempat melarikan diri, terkorban dengan kesan yang cukup menyayat hati apabila mendapat kecederaan parah di seluruh anggota badan akibat terkena debu panas.
Panasnya lava tidak sama dengan kepanasan api neraka. Sebagaimana disebut dalam hadis panas api neraka melebihi 70 kali ganda kepanasan dan tahap bakaran api di dunia.
Bayangkan kalau Allah percikkan satu asap api neraka apalah agaknya berlaku kepada kita? Ya Allah selamatkan kami semua.
Kita semua melakukan dosa. Apalagi penulis yang sangat banyak silap dalam hidup ini, sudah banyak kali kita berjanji hendak tinggalkan dosa, sudah tidak mahu buat lagi, sudah menangis dan hendak tinggalkan dosa tetapi yang berlaku kadang-kadang hanya bertahan beberapa hari, bulan atau tahun.
Bagi mereka yang diberi sedikit kekuatan kemudian mengulangi lagi, mengulang dan mengulang, malah makin berselera selepas berpantang.
Yang jahil biasa bergurau kasar dengan kata “Aku buat dosa sebab Allah sudah takdirkan aku macam ni nak buat macam mana lagi”.
Ada pula yang berkata, “Kita buat dosa tidak apa, tetapi jangan lupa kita kena buat baik banyak-banyak nanti kebaikan akan dapat menghapus dosa kita.
Pernah berlaku pada zaman Saidina Umar, seorang lelaki mencuri dan apabila diadili dia di dapati bersalah dan dihukum potong tangan. Dia kemudian membela diri dengan berkata, “Aku buat ini (mencuri) kerana Allah yang sudah tentukan”. Kemudian Saidina Umar menyatakan hukuman kepada lelaki ini disamping potong tangan dia juga kena sebat 40 rotan, sahabat hairan kenapa ditambah hukuman terhadapnya? Umar berkata hukuman sebat 40 rotan itu di tambah kerana menyalahkan dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah.
Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup.
Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)
Kalau ada yang kata, aku sudah banyak pahala tak apalah buat dosa sekali sekala, memang bohong, bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua.
Hatta ada manusia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan. Mungkin benar kita sudah buat baik dan pahala, tetapi yang patut juga kita tanya adakah kebaikan yang kita buat itu diterima Allah?
Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?
Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan.
Benarlah firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah
Al-’Asr ayat 1-3).
Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.
Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.
Source: Tazkirah Remaja Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

SHARING IS LOVING - Semakin Berisi Semakin Tunduk…

KATA KATA 3



Sumber : http://amanah2u.com

Bertawadu’ Dalam Berilmu.

Majlis ilmu yang disebut Nabi s.a.w sebagai ‘taman-taman Syurga’ : “Jika kalian melalui taman-taman syurga, maka berhentilah dan duduklah di situ”. Para Sahabat r.a. bertanya : “Apakah taman-taman Syurga itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda : “Majlis-majlis ilmu dan zikir”. (HR at-Tirmizi).”
Ibarat padi semakin berisi semakin merendahkan diri begitulah jua dengan seorang mukmin semakin berilmu semakinlah ia bersifat tawaduk, dapat menerima teguran, pandangan serta ilmu yang disampaikan oleh orang lain. Bukan seperti segelintir mereka yang mengaku telah berilmu lantas menghakimi orang lain serta mudah melahirkan prasangka terhadap ilmu serta amalan orang lain seolah ilmu dan amalannya adalah yang terbaik.
Dalam keadaan senario kehidupan kita pada hari ini, tuntutan untuk mencari ilmu tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingannya. Namun sejauh mana kita bersedia selaku seorang murid/pelajar yang ingin menuntut ilmu? Lalu dalam hal ini ketika seseorang murid telah bersedia maka guru akan hadir. Siapakah guru tersebut?..Guru tersebut boleh jadi seorang yang bijak pandai, seorang yang bodoh jahil, seorang yang baik, seorang yang jahat, boleh jadi berbentuk situasi sukar, situasi menyenangkan mahupun apa jua bentuk senario kehidupan yang perlu kita harungi.
Maka bersedialah menerima segala bentuk pelajaran dari guru kehidupan. Belum tentu sesuatu yang kita lihat itu baik namun disisi Allah ia adalah sebaliknya. Seseorang yang bodoh-jahil dapat memberi pelajaran yang berguna untuk kita ambil iktibar. Apatah lagi pelajaran yang boleh kita ambil dari seorang yang bijak pandai.
Kebijaksanaan anda dalam mengharungi setiap situasi menentukan tahap sebenar ilmu yang telah dipelajari. Tiada suatu pun yang benar/salah, baik/tidak baik kecuali disisi Allah ia adalah benar/salah dan baik/tidak baik.  Apabila kita mula menilai tahap ketinggian ilmu diri sendiri ditakuti kita mulai menghakimi ilmu serta amalan orang lain. Maka berhati-hatilah dalam pada kita mencari ilmu agar tidak tertipu, pujuklah hati anda agar sentiasa bersifat tawaduk dan jangan mudah menghakimi perlakuan atau amalan orang lain, namun ambilah pelajaran dari setiap situasi agar anda sentiasa belajar dan mendapat ilmu dari setiap situasi yang baik atau sebaliknya. Ingati dan halusilah kata-kata ini, ”bila murid bersedia, guru akan tiba….”

Monday, January 3, 2011

SHARING IS LOVING -HIPOKRIT

Setiap manusia rasanya tak terlepas dari bersikap hipokrit. Mengikut kamus pelajar, ia bermaksud berpura2 perangai baik, atau dalam erti kata lain, munafik. Macam mana kalo berpura-pura jahat? so kat sini aku simpulkan hipokrit is berpura-pura.. banyak situasi yang boleh dikategorikan hipokrit mengikut pemahaman aku.. (yela blog aku kan) hehe~

1.   Depan pura² baik, kat belakang mengutuk mengumpat dan sebagainye, which is quite common nowadays. Asyik pandang serong kat orang je. sampai bile nak berubah. hidup dah lama tapi perangai macam kanak² rebina. hmmm.. 
2.   Berlagak innocent n baik kat depan semua org, tak pernah mengumpat mengutuk dengan org lain, tapi bile xde org kat sekeliling, die lah dajjal yg dah lama dilahirkan.
3.   Sembunyikan perasaan sendiri, hati kata lain.. mulut kata lain.. kadang² untuk menjaga hati orang di sekeliling.
4.   Bila dia bersama golongan yang baik², dia pun pura² baik. Bile dgn kawan² `ngok ngek', die pun bertukar.. kononnye masuk kandang kambeng mengembek, masuk kandang harimau mengaum..

Masing2 ada akal utk memikirkannya. Bila kita minta pandangan org lain, seribu satu jawapan yg akan diperolehi. Mana satu yg betul? Akhirnya otak kita jugak yg memeras utk mencari penyelesaiannye. Tepuk dada tanya hati, masing2 ada jawapan tersendiri.

Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah hipokrit. Setiap orang ada alasan masing² kenapa mereka perlu hipokrit. Pandai² la jaga diri dan pekung di dada. Yang penting "kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi".

Jika kita memilih utk jadi diri sendiri, be proud of urself. No one knows better about u but urself. Kalau ada yg jelik menerimanya, pedulikan mereka. Apa pun, aku doakan semua yang terbaik utk kawan² aku yang kawan aku dengan ikhlas mahupun xikhlas. Janji kite kawan :)

SHARING IS LOVING - JAUHI FITNAH

Ukhwah itu indah. Janganlah disebabkan salah faham yang berlaku, otak tidak dapat berfungsi dengan waras. Cukuplah menabur fitnah.

 

Di sini ada sedikit ilmu utk dikongsi bersama tentang asal usul FITNAH.

Oleh Lokman Ismail | BH 24 Apr 07

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya. (Hadis riwayat Abu Hurairah

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Lelaki dan wanita,
Sesama kita bergelar insan,
Punya mulut untuk berkata.
Justeru, ku mohon dari kalian semua,
Penghinaan diri lestarikan kepada Si Dia,
Bukan ditabur merata-rata.

*lestari - kekal, tidak berubah

Sebagai ingatan pada  kawan² juga diri sendiri. Sama-sama kita ingat-mengingatkan. InsyaAllah.