Monday, January 3, 2011

SHARING IS LOVING - LEBIH BAIK DIAM DARI BERDOSA

Bismilahirahmanirahim....

LEBIH BAIK DIAM

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,Ibadah tanpa perbuatan,Ibadah rasa,Ibadah ini tidak meletihkan, 

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,Yang hatinya didalam kelalaian,Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,Kadang-kadang dia diam itu,kalau dia bercakap,Takut dia melakukan kesalahan,Seperti dia mengumpat atau,Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,Baik atau jahat,Dia biarkan saja orang itu bercakap,Dan mendengar sahaja,Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau"Diam-diam tong kosong"

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati Orang yang bersalah , tidak salah.Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan Jalan yang terbaik ialah diam. Diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


sumber dari : iLuvIslam

SHARING IS LOVING -KATA2 HIKMAH



Assalamualaikum....kata2 Hikmah yang dia ambil dari laman Blog ...http://renniz.blogspot.com



Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

SHARING IS LOVING - POSITIF UNTUK BERJAYA

Artikel dipetik daripada buku Positif untuk Berjaya oleh Dato' Dr. Mohd Fadlizah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Nur Hanani Hussin.

Jika engkau bersabar,
takdir itu berlaku juga ke atas dirimu,
tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala.
Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu,
dan engkau berdosa.

Perkataan sabar ini terlalu banyak diulang-ulang di dalam Quran dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara ayat-ayat yang menyarankan supaya bersabar dalam menempuh segala halangan, cabaran dan ujian adalah:
1. Penjelasan Tuhan di dalam surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Tuhan bersama-sama dengan orang-orang yang sabar."
2. Tuhan menjelaskan lagi di dalam surah al-Zumar ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya Tuhan mengganjari mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak dan tidak terhitung.
3. Tuhan menerangkan di dalam surah al-Anfal ayat 66 yang bermaksud, "Sekarang Tuhan meringakan kepadamu dan dia sudah mengetahui padamu ada kelemahan. Sekiranya ada di antaramu seratus orang yang sabar, pasti mereka dapat mengalahkan dua ratus orang dan sekiranya di antaramu ada seribu orang (yang sabar), pasti mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Tuhan bersama-sama orang-orang yang sabar."
4. Manakala Tuhan menyatakan di dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersedialah serta bertakwalah, supaya kamu mendapat kemenangan."
Dalam ayat 200 surah Ali Imran di atas mengandungi empat formula mencapai kemenangan iaitu:
1. Sabar: Antaranya sabar menahan nafsu, mengendalikan diri dan sebagainya.
2. Memperkasakan sabar: Ini merupakan sabar tahap kedua seperti menerima perlian kawan, orang yang iri hati melihat rancangan menuju kejayaan dan sebagainya.
3. Bersedia: Bersedia daripada pelbagai aspek dalam menempuhi cabaran dan kegagalan sebelum berjaya.
4. Bertakwa: Takwa kepada Tuhan adalah kunci sebelum sabar, memperkasakan sabar dan bersedia.
Walaupun ayat ini berkisar mengenai perang tetapi formula ini sekiranya diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam mencapai matlamat, kita pasti merasai dan mengecapi kejayaan. Kemudian, ayat ini diakhiri dengan frasa yang menarik, "Supaya kamu berjaya mendapat kemengan."
Lawan sabar adalah mengeluh. Ia adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana mengeluh membuat semangat menjadi lemah. Mengeluh juga boleh menerbitkan perasaan kecewa dan putus asa. Sedangkan Tuhan menerangkan di dalam Quran surah al-Insyirah ayat 6 yang bermaksud, "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Sunday, January 2, 2011

SHARING IS LOVING - SUDAHKAH KITA MUHASABAH DIRI ....

Sudahkan anda membaca Al-Quran hari ini ?
Sudahkah anda solat 5 waktu tepat pada waktunya?
Sudahkah anda membaca doa Al-Mathurat?
Adakah anda telah menyuruh kepada makruf?
Adakah anda telah mencegah mungkar?

Adakah anda sentiasa istiqamah hadir dalam Halaqah?
Sudahkah anda mempunyai mad’u?
Adakah anda bangun untuk qiamullail?
Adakah anda solat sunat Rawatib?
Sudahkah anda bersedekah?

Adakah anda berusaha memperbaiki diri anda?
Sudahkah anda berpuasa sunat?
Adakah anda sedar, faham dan yakin dengan Islam?
Adakah anda telah membaca sesuatu tetang Islam?
Adakah anda merasa anda dalam pemerhatian Allah S.W.T?

Adakah anda berazam untuk beristiqamah dengan Islam?
Sudahkah anda berusaha untuk menyebarkan fikrah Islam?
Adakah anda telah berdoa hari ini?
Adakah anda ingatkan diri untuk berjihad?
Sudahkah anda menziarahi sahabat, jiran dan komuniti sekitar?

Sudahkah anda menghafal ayat Al-Quran?
Sudahkah anda bersenaman?
Adakah anda merasa ‘izzah menjadi seorang Islam dan Daie’?
 Sekiranya anda telah melakukan sekadar kemampuan bersyukurlah kepada Allah S.W.T dan sentiasa memperbaharui azam. Insya Allah kita sama-sama berusaha .

SHARING IS LOVING - PANTUN MALAS SEMBAHYANG


Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah

            Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
            Apasal la aku malas sembahyang,
            Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
            Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
            Berdiri tanpa roh malam siang...

            Apasal la aku malas sembahyang,
            Kerja dah best keluarga pun dah senang,
            negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
            takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

            Apasal la aku malas sembahyang,
            Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
            Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
            Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

            Apasal la aku malas sembahyang,
            Main bola aku sanggup sampai petang,
            Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
            Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang...?

            Apasal la aku malas sembahyang,
            Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
            Pagi kita sihat petang boleh kejang,
            Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

            Apasal la aku malas sembahyang,
            siksa neraka cuba la aku bayang,
            Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
            Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

SHARING IS LOVING - 11 TANDA KEBAHAGIAN ..INSYAALLAH




1.Menjauhkan diri dari urusan dunia yang tidak memberi manfaat Akhirat dan suka kepada urusan Akhirat.

2.Sangat berminat membaca Al-Quran dan beribadat kepada Allah SWT.

3.Tidak bercakap dengan perkara yang tidak memberi faedah.

4.Memelihara solat 5 waktu.

5.Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

6.Bersahabat dengan mereka yang melakukan kebajikan.

7.Merendah diri dan tidak takabbur.

8.Bersifat dermawan dan bersifat mulia.

9.Mempunyai perasaan belas kasihan sesama makhluk Allah SwT.

10.Membuat jasa dan bakti kepada orang lain.

11.Sentiasa mengingati mati.

Saturday, January 1, 2011

SHARING IS LOVING - MENYINGKAP TABIR SAKARATUL MAUT




Sharing is Loving - Assalamualaikum..


Artikel yang di ambil dari FB PERSONAL saya ..sila click link ini......http://www.facebook.com/profile.php?id=580521984 atau  Group saya ...Cinta Bakar II ..sila click di link ini..http://www.facebook.com/group.php?gid=141265422569816


Peringatan buat diri sendiri yang hina ini ...dan am nya buat kawan2 yang di muliakan..."Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"..(Firman ALLAH dalam surat Ali Imran AYAT 185)

Inilah Janji yang pasti buat kita..makhluk yang bernyawa...mati adalah tunangan pada mereka yang hidup..apabila tiba saat dan ketikanya, kita pasti akan pulang menghadap KHALIQ yang AGUNG..mungkin sebentar lagi ..mungkin petang nanti ..mungkin malam nanti ..mungkin masa tidur malam ini..mungkin esok pagi ..Mati datang dengan tiba2 tanpa kita dapat menduganya..

Samada kita bersedia atau tidak,kita kena menghadapinya..Persoalan adakah kita cukup membawa BEKALAN yang mencukupi atau hanya dengan tangan kosong sahaja?

ketika menempuh sakaratul maut bagaimana keadaan kita nanti?....adakah Husnul Khatimah ataupun Suul Khatimah?...

Kebahagian atau kesengsaraan kita yang mencoraknya....Adakah kita layak mendapat Husnul khatimah?

Buat diriku yang Hina ini ..simpan dalam fikiranmu bahawa Husnul Khatimah bukan sekadar Cita2..

Mungkin mudah bagi lidah kita melafazkan Husnul Khatimah..tetapi bagaimana fizikal dan hati kita?..adakah fizikal dan hati kita mampu berusaha kearah itu jika perasaan kita masih seronok melakukan maksiat dan semakin bermaharajelela?... 

Ya ALLAH ...Hina nya kami...Ampuni kami yan ALLAH ...amin