Sunday, December 26, 2010

SHARING IS LOVING -Hati Kita Hati Orang


Assalamualaikum..artikel yg di petik dari laman web ttp://www.iluvislam.com
Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam sebuah majlis. Bacaan dan terjemahan surah Al-Hujraat, benar-benar berkesan di hati kerana ia memperingatkan saya mengenai pelbagai polemik, konflik, krisis dan kritik yang sudah menjelma menjadi kata mengata, senda mempersenda, maki hamun malah fitnah memfitnah sesama kita. Surah ini seharusnya menjadi renungan pelbagai pihak di kalangan orang politik, orang persatuan, orang surau, malah orang di pejabat-pejabat.
Renungkanlah di antara peringatan daripada ALLAH dalam surah ini:
Ayat 6:
Pentingnya Menyelidik Sesuatu Berita, Cerita & Gosip
WAHAI orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Ayat 10:
Mendamaikan Pihak Yang Bersengketa, Bukan Mengapi-Apikan
SEBENARNYA orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Ayat 11:
Larangan Meninggi Diri Dan Mengata Orang Lain
WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Ayat 12:
Larangan Berprasangka Dan Mencari Salah Orang
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Ayat 13:
Allah Memandang Ktawkwaaan, Bukan Keturunan
WAHAI umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)
SESUNGGUHNYA pertelingkahan dan pergeseran yang terjadi berpunca kerana kegagalan masing-masing menjaga hati. Perasan yang hati masing-masing masih putih bersih. Kerana itu berani dan konfiden melakukan apa sahaja dosa tanpa menyedari hati sudah mula dipenuhi titik-titik noda.
Hadis Rasulullah:
"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk, maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati".
Bila hati sendiri tidak terjaga, bagaimana hendak menjaga hati orang lain?

SHARING IS LOVING - JEMPUTAN KE TALKSHOW NISA' WP- U TURN KE JALAN YG LURUS - 1.1.2011





Assalamualaikum...


Pada semua..mari kita sama2 mengimarahkan majlis ini..mencari ilmu untuk memperbaiki diri ...pada kawan2 sebar2 kan lah majlis ini...betapa indahnya hidup jika kita menyambut tahun baru dengan mencari redha nya ALLAH...jangan lupa niat kan menghadiri nya kerana ALLAH ...jom kawan2 ...jumpa kat sana ya...amin


Bersempena dengan sambutan tahun 2011, Nisa' dengan kerjasama Masjid Asy-Syakirin KLCC akan mengadakan Talkshow seperti berikut :

TAJUK: U TURN KE JALAN YANG LURUS

PANEL: USTAZ ZUL RAMLI M RAZALI
(Perunding Motivasi/Hos Bicara Ad-Deen IKIM.fm & Pahang fm/Penulis buku)
TN HAJI KAMARUDDIN ABDULLAH (Presiden IPSI)

TARIKH: 1 JANUARI 2011, 9PAGI - 12 TGHARI

TEMPAT: RUANG LEGAR MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC

MASUK adalah PERCUMA

JUGA AKTIVITI MENARIK untuk KANAK-KANAK
# MEWARNA  # MELUKIS

Sebarang pertanyaan hubungi :
Cik Aziyati 0132009426 @  Cik Fazriah 012 2945732


Anda juga dijemput untuk menyertai & memeriahkan aktiviti di malam merdeka 31 Dec 2010:
- Forum Ambang Merdeka dan Persembahan Nasyid di Masjid KLCC (Makan malam utk ahli nisa' disediakan)
-XPDC dakwah
-Qiamullaill pada 1.1.2011 jam 4 pagi

Untuk penyertaan & maklumat lanjut hubungi Cik Aziyati 013-2009426 @ Cik Fazriah 012 2945732

Semoga Ukhuwah Dapat Di Pereratkan Dengan Pertemuan Di Program Kali Ini...

Wassalam.

SHARING IS LOVING - Bukan Semua Keinginan Kita Allah Bagi


Assalamualaikum...Satu artikel dari laman web iluvislam...satu perkongsian yang saya rasakan sangat baik untuk kita hayati dan menjadi Panduan dan pengajaran ...serta memberi kekuatan pada kita ,hamba2 ALLAH yang lemah ini....kawan2 boleh layari laman web ini di http://www.iluvislam.com untuk mendapat ilmu2...MAY ALLAH BLESS US
Dalam banyak-banyak anugerah Allah, anugerah keluargalah yang paling bermakna dalam diri saya. Saya sayang mak dan arwah abah kerana redha Allah ke atas saya bergantung ke atas redha mereka terhadap saya. Saya amat sayang kerana isteri saya kerana beliaulah yang sentiasa bersama saya, menjadi tulang belakang ketika susah dan senang. Saya juga terlalu sayang dengan anak-anak saya, kerana mereka adalah pelaburan tetap saya untuk hari akhirat. Mereka jugalah penghibur hati saya ketika duka.
Selepas berkahwin, saya tidak pernah hidup terlalu berjauhan dalam tempoh masa yang lama dengan keluarga. Paling lama pun, ialah ketika isteri menghadiri kursus BTN. Hanya Allah sahaja yang tahu dalam tempoh 5 hari tersebut, betapa rindunya Raed yang ketika itu berumur setahun setengah terhadap mamanya. Selepas itu, tidak pernah kami tinggal berjauhan. Walaupun saya kadang-kadang sibuk setiap hujung minggu memenuhi jemputan di sana sini, akan tetapi akan pulang juga bersama keluarga.
Setelah hampir 5 tahun nikmat itu Allah pinjamkan kepada kami sekeluarga, saya sedar akan tiba suatu hari nanti Allah akan uji kami dengan menarik seketika nikmat tersebut. Dan itulah yang berlaku sekarang. Atas sebab rasmi, secara mengejut kini saya hidup dalam episod bercinta antara benua.
Saya dan anak-anak lelaki terpaksa pulang ke tanah air, sementara isteri dan baby Sofea akan akan terus berada di UK sehinggalah tamat research beliau. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas dan drastik. Hari ini dapat pasport, esoknya beli tiket, lusanya terbang, tulatnya sudah masuk kerja. Siapa yang mahu berpisah dengan keluarga dan anak-anak. Siapa yang mahu menyeksa perasaan diri serta insan tersayang dalam kadar waktu yang pantas dan mengejut.
Beginilah ketetapan Allah. Bukan semua yang kita inginkan, akan diberikan oleh Allah SWT. Sekadar peringatan dan penawar kepada hati yang masih berduka ini, di celah kesibukan menjadi 'bapa tunggal' berkarier, saya nukilkan warkah peringatan ini khususnya untuk diri kami sekeluarga.
Mengapa Allah uji kita, dengan menahan seketika kehendak peribadi kita?
1. Mungkin ini sebagai kaffarah dosa untuk diri kita.
Semua kita, tidak kiralah sama ada yang bergelar ustaz ustazah atau pun tidak, adalah berhadapan dengan risiko melakukan dosa. Ketebalan iman seseorang boleh dirobek dengan walau dengan sekelumit kealpaan. Beruntunglah bagi yang segera bertaubat dan berisghfar setelah melakukan dosa. Dalam pada itu, insaflah betapa luasnya rahmat Allah kepada kita, sehinggakan disediakan sebab dosa-dosa itu boleh diampunkan, iaitu dengan kaffarah melalui ujian dan penderitaan. Sabda nabi Muhammad SAW dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Tiadalah muslim yang ditimpa cubaan seperti sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.
2. Tercatat dalam ketetapan Allah dan terbukti jua di dalam sejarah, bahawa keluarga yang baik biasanya akan menerima ujian yang besar.
Seolah-olah, ujian penderitaan adalah prasyaratnya. Kisah yang berlaku antara nabi Ibrahim, isterinya Hajar serta puteranya nabi Ismail telah melahirkan daripada keturunan mereka manusia yang hebat, yang terulung sekali ialah nabi Muhammad SAW.
Saya dan keluarga hanya diuji barangkali setengah tahun sahaja, di dalam dunia yang sudah dilengkapi dengan prasarana komunikasi yang hebat. Setiap malam, kita boleh sahaja berhubung melalui video conference. Semua ini masih belum wujud lagi semasa zaman nabi Ibrahim terpaksa meninggalkan Hajar dan Ismail di kota Bakkah yang kering kontang tanpa penghuni dan sumber alam. Bayangkan, betapa hibanya hati seorang ayah terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di tempat dan keadaan yang amat ekstrim. Akan tetapi, ketabahan serta kesabaran mengharungi ujian, melayakkan mereka semua mendapat inayah dan bantuan Allah. Ketabahan mereka berhadapan dengan ujian hebat, akhirnya melahirkan generasi yang hebat.
3. Siapa yang tidak sedih menerima ujian ini. Akan tetapi perlu dididik dan dilentur hati kita, bahawa ujian yang Allah beri sekarang ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ujian orang lain.
Apalah sangat ujian hidup cinta antara benua ini, berbanding dengan mereka yang diuji dengan kehilangan insan tersayang. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding ujian ibu, ayah dan anak-anak Palestin khususnya di Genting Gaza. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding nasib ramai umat Islam yang menjadi mangsa diskriminasi diktator manusia di seluruh dunia. Sehinggakan terpisah tanpa khabar berita, berjumpa tidak pernah, bertemu berharap tak usah.
Sedih memanglah sedih. Akan tetapi buat apa perlu melayan kesedihan itu secara berlebihan. Sedangkan banyak lagi nikmat kesenangan (yang sepatutnya perlu dibaca sebagai ujian) berlegar di sekitar kita. Dalam masa yang sama, ramai lagi yang lebih menderita tetapi tabah di dalam diuji Allah.
Ya Allah, bantulah keluarga kami. Permudahkanlan urusan kami. Permudahkanlah anak-anak kami menerima perubahan drastik yang mencabar ini. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah daripada isteri dan anak-anakku, penyejuk mata, dan jadikanlah mereka generasi imam yang bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada sanak saudara dan rakan taulan yang membantu dan memahami ujian kami ini.

SHARING IS LOVING - MARI MENJADI FRIEND DI FB MASJID NEGERI SELANGOR


Assalamualaikum...


Kawan2 semua Cinta nak introduce kawan2 untuk add as friend FB Masjid Negeri Selangor .diFB ini bermacam2 aktiviti yang diadakan di Masjid Negeri akan di Kongsi ..termasuk kuliah2 yang akan di uplaod di FB Masjid Negeri...Program Forum Perdana yang akan dirakan kan dan di kongsi dengan kawan2.....Bicara Addin yang juga akan dirakan kan dan dikongsi...kuliah subuh yang akan dirakan dan dikongsi ..khutbah jumaat yang akan di rakam dan dikongsi...Class2 Agama...Aktiviti2 Masjid dan Lain2 lagi ...


Cinta sangat Syorkan kawan2..Sebab Aktiviti keagamaan di sini sangat banyak dan sangat memberi Ilmu pada semua....Share2 kan ya...Moga ALLAH merahmati usha kita...

Saturday, December 25, 2010

SHARING IS LOVING-KETIKA AKU SUDAH TUA....IBU




KETIKA AKU SUDAH TUA 


Yang diambil dari FB Lia  Camelia....YA ALLAH ...jadi kan kami anak2 yang menyejuk hati ibubapa kami....jadikan kami anak2 yang bermanfaat kepada ibubapa kami dunia dan Akhirat....AMIN
Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yg semula. 
mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku 
ketika pakaianku tertumpah sup, ketika aku lupa bagaimana mengikat kasut, ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu.

ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yg telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan memutus 
pembicaraanku.

ketika kau kecil , aku selalu mengulang-ulang cerita yg tlah beribu-ridu kali kuceritakan agar kau tertidur.

ketika aku memerlukan mu untuk memandikan ku, jgn lah kau marah padaku, ingatlah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi.

ketika aku tak faham sedikitpun tentang tenologi dan hal-hal baru, jgn mengejekku. fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap " mengapa" darimu.

ketika aku tak dapat berjalan, hulurkan tanganmu yg masih kuat untuk memapahku. seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil.

ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untuk mengingat. sebenarnya bagiku, apa yg dibicarakan tidaklah penting, asalkan kau disamping mendengarkan, aku sgt puas.

ketika kau memandang aku yg mulai tua, jgnlah berduka.mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu ketika kamu mulai belajar menjalani kehidupan. wktu itu aku memberimu petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini, sekarang temani aku menjalankan sisa hidupku.

berilah kau cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyum rasa syukur,dalam senyum ini terdapat cintaku yg tak terhingga untukmu. kalbu ibu berkata" sebab cinta, ibu melakuakan semua ini, nak." sungguh jika tak karena cinta , langkahnya sudah berhenti. cintalah yg mengajar untuk menghapus kata lelah dan putus asa dalam kamus hidup seorg ibu. 

" SEBAGAI ANAK INGATLAH SEKUAT MANA PUN KITA BERIBADAH TETAPI JIKA KITA TIDAK MENGHORMATI DAN BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA , ALLAH TIDAK AKAN REDHA KEPADA KITA "

"marilah kita hormati , taati , menyayangi, mencintai dan berbakti pada ibu dan bapa.. yg telah melahikan, membesarkan, mendidik kita.. hingga kita berjaya...."

semoga kita tergolong dalam golongan anak-anak yg soleh dan solahah... Amin... ya Allah.....

Friday, December 24, 2010

SHARING IS LOVING -MARI KITA BERTAUBAT KAWAN2




Artikel yang diambil dari laman web iluvislam.com..yang di tulis oleh Nurfazilah Zulkefli


Asalamualaikum sahabat semua

Jomlah taubat kawan..tinggal semua amalan mungkar...jom cari ALLAH SWT..bila lagi nak berubah
Jomlah kita mulakan sekarang ..kalau tangguh tangguh takut nanti tak sempat sebab kalau malaikat maut
dah datang ..habislah peluang kita. ALLAH buka pintu taubat seluas luasnya ALLAH kurniakan rahmat
sebanyak banyaknya hanya di atas dunia ini sahaja.Bila dah sampai di alam bazak....habis tak ada 
peluang lagi.Nak balik ke dunia? .Jangan mimpilah.Tinggallah di sana untuk menerima balasan ALLAH
Terimalah hukuman ALLAH atas segala dosa dosa kita di atas dunia.

Marilah kita bertaubat dengan sebenar benar taubat..taubat nasuha..Marilah ..bersegeralah bertaubat
tinggalkan semua sifat sifat tercela yang ada dalam diri.Mahu bertaubat memang sukar di lakuakan secara
bersendiri,carilah guru yang benar faham tentang ilmu ALLAH..mulalah belajar mencari kebenaran
Insya Allah,ALLAH pasti akan menerima taubat kita.Sesuai dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya ALLAH membentangkan tangan rahmatnya pada waktu malam supaya orang yang telah melakukan
dosa pada waktu pagi bertaubat pada waktu malam dan ALLAH menghulurkan tangan kemurahannya pada waktu
siang supaya orang yang melakukan dosa pada waktu pagi,bertaubat pada waktu malam begitulah keadaannya
berterusan sehingga datangnya hari Qiamat".

Jika berdosa dengan ALLAH SWT..mintalah keampunan kepada ALLAH,tinggalkanlah perbuatan dosa itu jangan
sesekali di ulang lagi.Sesalilah dan berazamlah untuk hanya mencari kebaikkan semata mata.Jika berdosa 
dengan manusia mintalah kemaafan daripada mereka yang telah kita zalimi itu.

Oleh itu marilah kita rebut kesempatan bertaubat,sementara maut belum memanggil kita,gunakan peluang
untuk merebut rahmat dan kasih sayang ALLAH yang telah membuka pintu taubat seluas luasnya.Masuklah
dari mana pintu taubatpun ALLAH pasti sedang menunggu kita dengan penuh kasih sayang.

Oleh itu...jomlah kawan kita bertaubat sekarang .Carilah islam kerana islam untuk semua..

SHARING IS LOVING -WARKAH TERAKHIR BUAT SAHABAT



Assalamualaikum...kawan semua satu artikel yang di petik dari laman web iluvislam.com...hayatilah ya..moga perkongsian ini membawa kebaikan buat kita dunia dan akhirat..amin
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...
-

Wednesday, December 22, 2010

SHARING IS LOVING - ALLAH AJARKAN MEMBAWA JIWA MENGHADAPNYA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Dengan NamaMu Ya Allah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihi, Maha Mencintai, Maha Luas tak terperi dan yang sentiasa dekat dengan kami. KeranaMu Ya Allah kami hidup, kami mati ... ikhlaskan hati kami ya Allah ketika kesusahan menyelebungi dan juga ketika kesenangan datang menghambakan diri ... Agar setiap jantung kami yang berdegup ini tidak ia berdegup untuk selainMu ...

Bertemu kembali sahabat semua, di alam maya ... Tidak kira di mana juga sahabat berada, saya berdoa agar sahabat dirahmati dan dicintai Allah, dilapangkan dada, dituntun kejalanNya, dimurahkan rezeki, sihat jasad dan jiwa serta bersungguh-sungguh dalam melakukan apa saja : )


Pada hari ini saya ingin berkongsi kefahaman tentang bagaimana membawa jiwa kita menghadap Allah terutamanya di dalam solat.

Kita terdiri dari jasad dan jiwa (ruh). Kita sebenarnya adalah jiwa itu (ruh) yang nantinya akan dipanggil Allah kerana ianya adalah milik Allah dan pasti akan satu hari dipanggil Allah.

Setiap kali kita solat, Allah memanggil jiwa kita untuk datang kepadaNya, bukan sekadar jasad. Tapi sekian lama yang datang menghadap Allah hanyalah jasad kita tetapi tidak jiwa kita. Justeru kita harus belajar untuk datang kepada Allah dengan jiwa kita bukan sekadar jasad. Kita harus belajar mengaktifkan jiwa kita.

Pada hakikatnya selama ini jiwa kita telah sering kali juga kita aktifkan. Contohnya ketika menghadapi musibah, bayangkan bagaimana jiwa kita menghadap Allah. Seluruhnya kita hadapkan ke Allah, tidak memikirkan yang lain, kita total memohon pada Allah. Ketika kita membawa kereta (setelah bertahun-tahun pandai membawa kereta), jiwa kita yang mengendalikannya. Bayangkan bagaimana kita mengelak sesuatu ketika memutarkan stering, kita mengelakkan dengan jiwa kita terlebih dahulu. Bayangkan pula ketika kita bersukan dulu, kita bermain bola atau bola jaring atau acara olahraga lumba lari. Cuba bayangkan betapa jiwa kita yang berlari ke sana ke sini dan badan kita hanya ikutkan saja. Kita mengikut jiwa kita selama ini. Ketika kita mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran atau mendapat kenaikan pangkat, jiwa kita bahagia dan seluruh tubuh kita akan ikut bahagia. Ketika kita marah, jiwa kita tak tertahan rasanya dan badan kita akan ikut marah (ada kalanya sampai ada yang menggeletar kerana kemarahan). Itu antara contoh-contoh bagaiman kita sudah pernah dan biasa mengaktifkan jiwa.

Hakikatnya kita semua punya jiwa dan kita sudah biasa mengaktifkan jiwa kita. Justeru yuk kita bawa jiwa kita mengadap Allah ketika solat. Hadapkan wajah ke Allah (mengadap kiblat). Jasad sudah siap, sekarang siapkan jiwa untuk berjalan menujuNya. Bawa jiwa kita ke Allah, tinggalkan jasad ini, dan perlahan-lahan bawa jiwa ke Allah. Kita akan dapat merasakan gerakan dari dalam ... ada yang bergerak ... menuju yang tak terbatas. Kerana kita belum mahir, lakukan dengan perlahan-lahan dan rasakan ada gerakan dari dalam. Bawa jiwa itu menuju DIA YANG TAK TERBATAS .

Sekarang takbirlah ... Allahuakbar .. tangan hanya sampai di dada (untuk perempuan) tapi jiwa terus mikraj ke Allah. Perlahan-lahan bacalah doa iftitah, bacalah dengan jiwa kita, bacaan dari jiwa lain dari bacaan hanya dari mulut. Sambung dengan al fatihah dan ayat yang mudah sambil jiwa terus bergerak ke ALLAH (jiwa dituju ke Allah).

Seterusnya bawa jiwa untuk tunduk dan rukuk, biarkan dia turun untuk rukuk dan badan akan mengikut saja. Lakukan dengan perlahan dan rasakan ada gerakan yang membawa jasad kita untuk rukuk. Kita rukukkan jiwa kita, selama ini hanya jasad saja kita bawa untuk rukuk. Setelah kita jatuh untuk rukuk, perlahan-lahan letakkan tangan di atas lutut dan bawa jiwa terus ke Allah dengan dalamnya, terus, terus, terus jangan berhenti, terus ke ALLAH dan kita akan dibawa ke satu daerah yang sangat dalam, luas tak terbatas ….

Bangkitlah untuk iktidal dan bangkit juga dengan jiwa, jiwa akan bangkit dulu dan badannya akan ikut kemudian, serahkan segala pujian ke ALLAH (jiwa yang menyerahkan pujian ke ALLAH)

Kemudian bawalah jiwa kita untuk sujud ke ALLAH, dia akan segera untuk sujud, belum jasad kita sampai ke bawah, jiwa sudah sampai. Dan terus sujud … dengan dalamnya, terus bawa jiwa untuk sujud sehingga kita akan rasa ada gerakan ke bawah sehingga merasa menembus bumi hingga dalam yang luas tak terbatas. Rasakan ketenangan yang dialirkan Allah ke dalam jiwa ketika itu, biarkan, rasakan, nikmatilah keindahan sujud itu …. Tidak mahu bangun dari sujud? Ya begitulah nikmatnya yang tak terperi ... Teruskan sujud dengan dalam. Kemudian dengan jiwa itu pujilah ALLAH dengan bacaan subhanarabbiyal ‘ala wabihamdi.

Bangun dari sujud dan bawa jiwa untuk duduk … jiwa akan duduk dengan sopan dan akan terus rasa dilihat ALLAH tanpa hentinya. Tidak perlu kita bersusah payah untuk merasa dilihat ALLAH. Bila kita pergi ke ALLAH dengan jiwa kita, otomatisnya akan rasa jiwa dilihat ALLAH kerana yang merasa itu adalah jiwa dan dia sedang menuju ke ALLAH yang luas tak terbatas dan yang yang sangat menenangkan jiwa apabila bertemuNYA. Tidak perlu dipaksa untuk sedar ke ALLAH kerana yang sedar itu adalah jiwa dan apabila jiwa itu di bawah ke ALLAH pasti dia sedar ke ALLAH sebab dia sedang ke ALLAH.


Bacalah bacaan duduk antara dua sujud dengan jiwamu … kemudian bawa jiwa itu sujud kembali dan duduk tahiyat akhir bagi memberikan penghormatan tertinggi kepada ALLAH dan salam hormat buat Rasulullah saw, para sahabat dan para solihin …

Diakhiri dengan salam juga dengan jiwamu ...


Sahabat yang dirahmati Allah, jiwa yang sentiasa ke ALLAH itulah jiwa yang mengingati ALLAH; maka di berikan ketenangan dan dilimpahi cahaya ALLAH yang akan membimbing jiwa itu … Jiwa yang tidak bisa melihat … tapi dibimbing oleh YANG MAHA MELIHAT.

Bagaimana untuk membawa jiwa total ke ALLAH?. Ingatilah bagaimana Siti Maryam membawa jiwanya ke ALLAH apabila sudah tidak ada pergantungan pada suami, pada air, pada makanan, atau pada sesiapa saja. Hanya ada ALLAH dan jiwa itu di bawa total menyerah ke ALLAH.

Apabila terasa tidak sedap di dalam jiwa (tidak tenang), berhenti dan bawa jiwa ke ALLAH untuk bertanyakan. Allah akan mencampakkan ketenangan ke dalam jiwa itu dan kemudian insyaAllah di berikan petunjuk.

Alhamdulillah ianya adalah satu kefahaman yang saya kongsikan. Semoga dapat juga dipindahkan ke dalam bentuk kefahaman juga. Sekadar ini dulu penulisan kali ini. Semoga sahabat sentiasa tenang, bahagia dan sabar selalu ; )


Hanya Allah Yang Maha Mengetahui



Tuesday, December 21, 2010

SHARING IS LOVING - PEDOMAN BUAT KITA


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;

  Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 


 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.  


Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan  'surat   berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan   dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

 salam mujahadah..(^^,


Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah  
Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'


Thursday, December 9, 2010

Sharing is loving ...Majlis ilmu di Masjid Shah Alam dan Pusat kesenian islam ( Yayasan restu)


Sharing is loving ...Majlis ilmu di Masjid Shah Alam dan Pusat kesenian islam ( Yayasan restu)

Pada Yang mampu rebutlah peluang ini..Ceramah yang di beri..InsyaAllah dapat memberi Pedoman Buat kita menambah Ilmu..

1)Bicara Addin pada Setiap Sabtu di Dewan Sebaguna Masjid Shah Alam, Bermula Pada 6.45am - 8.00am .

2)Program Ceramah Mingguan PROMISE di Perkarangan Perpustakaan Negeri Selangor setiap Sabtu dari Pukul 9.00am-11.30am.

3)Kuliah Agama di Pusat Kesenian Islam ( Yayasan restu ) Shah Alam, Kuliah Dosa2 Besar Dan Kuliah Bab Solat ,La Tahzan,55 kesalahan dalam membaca fatihah,Bahasa Arab,kuliah tafsir AL-Quran, setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, dari.Jam 9.30am -11.30am

4) Kuliah Tasawuf kitab Al Hikam, Oleh Ustaz Dasuki, Setiap Khamis dari jam 10.00- 11.30am Di Dewan Solat Bawah.

5) Kuliah Subuh dan kuliah Maghrib, Setiap hari di masjid shah Alam di Dewan Solat Utama

6)Solat Jumaat(Terbuka untuk wanita juga) di masjid Shah Alam, Pada Setiap Jumaat di Dewan Solat Wanita Di Tingkat 2 Dewan Solat Wanita.

Thursday, November 11, 2010

SHARING IS LOVING - RAYUAN HAMBA




Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasih Mu
Rahmatilah hidupku
Hamparkan cintaMu buatku, oh Tuhan

Ku rindukan sayang Mu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku, oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Dihadapan KudratMu
Insan yang tidak berdaya oh Tuhan

Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu oh Tuhan

Hingga sampai waktuku berundur
Kesaksian tetap dijunjung
Hidup mati kernaMu oh Tuhan
Limpahan maghfirah yang amat ku harapkan