Tuesday, December 21, 2010

SHARING IS LOVING - PEDOMAN BUAT KITA


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;

  Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 


 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.  


Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan  'surat   berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan   dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

 salam mujahadah..(^^,


Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah  
Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'


Thursday, December 9, 2010

Sharing is loving ...Majlis ilmu di Masjid Shah Alam dan Pusat kesenian islam ( Yayasan restu)


Sharing is loving ...Majlis ilmu di Masjid Shah Alam dan Pusat kesenian islam ( Yayasan restu)

Pada Yang mampu rebutlah peluang ini..Ceramah yang di beri..InsyaAllah dapat memberi Pedoman Buat kita menambah Ilmu..

1)Bicara Addin pada Setiap Sabtu di Dewan Sebaguna Masjid Shah Alam, Bermula Pada 6.45am - 8.00am .

2)Program Ceramah Mingguan PROMISE di Perkarangan Perpustakaan Negeri Selangor setiap Sabtu dari Pukul 9.00am-11.30am.

3)Kuliah Agama di Pusat Kesenian Islam ( Yayasan restu ) Shah Alam, Kuliah Dosa2 Besar Dan Kuliah Bab Solat ,La Tahzan,55 kesalahan dalam membaca fatihah,Bahasa Arab,kuliah tafsir AL-Quran, setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, dari.Jam 9.30am -11.30am

4) Kuliah Tasawuf kitab Al Hikam, Oleh Ustaz Dasuki, Setiap Khamis dari jam 10.00- 11.30am Di Dewan Solat Bawah.

5) Kuliah Subuh dan kuliah Maghrib, Setiap hari di masjid shah Alam di Dewan Solat Utama

6)Solat Jumaat(Terbuka untuk wanita juga) di masjid Shah Alam, Pada Setiap Jumaat di Dewan Solat Wanita Di Tingkat 2 Dewan Solat Wanita.

Thursday, November 11, 2010

SHARING IS LOVING - RAYUAN HAMBA




Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasih Mu
Rahmatilah hidupku
Hamparkan cintaMu buatku, oh Tuhan

Ku rindukan sayang Mu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku, oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Dihadapan KudratMu
Insan yang tidak berdaya oh Tuhan

Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu oh Tuhan

Hingga sampai waktuku berundur
Kesaksian tetap dijunjung
Hidup mati kernaMu oh Tuhan
Limpahan maghfirah yang amat ku harapkan

Monday, October 18, 2010

SHARING IS LOVING-MARI BERAMAL MENYUMBANGKAN SEDIKIT HARTA UNTUK PEMBINAAN PONDOK INI


Sharing is Loving ...Assalamualaikum...Teman2 Yang dirahmati ALLAH..peluang untuk kita yang berkemampuan untuk menyimpan saham Akhirat... untuk kita di sana nanti...

Mari kawan2 kita sama2 sebarkan dan bantu ...tak banyak pun RM30 jer untuk setiap satu kaki persegi untuk pembinaan pondok moden ini..

Cinta in Person dan t
engok tempat ni yang sedang di Bina....dan Cinta Personally juga mengenali Ustaz Yang mengusahakan Pondok ini...

Sumber kewangan Darul Hidayah bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan tanah untuk diwakafkan bagi pembangunan Darul Hidayah dan sumbangan orang ramai .

Kadar jualan tanah wakaf adalah sebanyak RM 30.00 bagi setiap kaki persegi.

Hasil jualan wakaf disimpan kedalam akaun khas Wakaf Darul Hidayah dan perbelanjaannya diselia oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Wakaf Darul Hidayah.

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin membuat caruman saham akhirat kepada Darul Hidayah bolehlah membeli tanah untuk diwakafkan di Madrasah Darul Hidayah atau menyumbangkan derma melalui :

AKAUN BANK ISLAM NO : 02-011-02-098510-9 ATAS NAMA : WAKAF DARUL HIDAYAH Atau BERHUBUNG TERUS : Pengerusi Darul Hidayah Ustaz Haji Johari Bin Haji MoradTel : 012 5686025 / 012 9446025 atau boleh berhubung dengan Cinta 019-2282028

Pada Kawan2 yang mengenali cinta...boleh menyumbangkan melalui cinta juga...Cinta akan berikan sijil Wakaf kepada kawan2....Cinta hanya tolong on behalf ustaz ini...Boleh PM cinta atau hubungi cinta ya..

• Rasulullah bersabda :“ Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya kecuali riga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoa untuk ibu bapanya “(Hadith Riwayat Muslim)

• Rasulullah bersabda :“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan bahawa mereka beroleh syurga dengan sebab mereka berjihad pada jalan Allah “( At-Taubah : ayat 111)

• Rasulullah bersabda :“ Barangsiapa membangunkan masjid kerana Allah , maka Allah akan membangunkan baginya didalam syurga sebuah rumah yang seumpamanya “( Hadith riwayat Muslim, Turmuzy, Ibnu Majah, Khuzaimah, dan Ad Darimy).

Share kan ya kawan2...layari website pondok untuk penerangan lanjut ya..
http://www.kompleksdarulhidayah.com/

Moga ALLAH merahmati kita semua ..amin

Monday, October 11, 2010

SHARING IS LOVING - Buat diri yang kesedihan


 Ilmu yang diambil dari laman web http://www.sharemotivasi.com
 Insan tidak pernah lari dari perasaan kesedihan. Ia datang tanpa di undang dan selalu mencari hati yang goncang. Lalu kita menangis kerana kesedihan yang hadir itu amat memilukan diri kita.

Usahlah kita menyalahkan takdir yang menimpa. Terimalah ia dengan seikhlas hati dan di sudahi dengan ucapan syukur kepada Allah. Mengapa saya kata begitu?

  1. Setiap ujian yang timbul itu menandakan anda sentiasa di sayangi oleh Allah. Allah memberi kita dugaan dan ujian tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi kebaikan untuk diri kita. Mungkin kebaikan yang akan kita terima itu dalam bentuk keselamatan di dunia mahupun terlepas dari azab seksa neraka.
  2. Dalam hidup ini, kadang kala kita terpaksa membayar harga yang lebih tinggi sedikit untuk kita mendapatkan apa yang kita idamkan.
  3. Tidak akan diturunkan ujian kepada kita oleh Allah swt dalam keadaan kita sendiri tidak mampu untuk menanggungnya. Ini janji Allah kepada kita. Yakin lah dengan segala ketentuan dariNya.
  4. Dalam derita tersembunyi suatu kebahagian. Pergilah mencari kebahagian itu.
  5. Dugaan itu adalah salah satu mesin untuk "charge" balik iman kita. Muhasabahlah kepada diri sendiri kerana disitu kita tahu betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita dan level keimanan kita samada kurang atau tidak mencukupi.
  6. Ingatlah, anda orang yang beruntung kerana ramai lagi orang dibiarkan terbiar mencari hala tuju hidup.
  7. Dan yang paling penting sekali, BERSYUKURLAH kerana dugaan itu menandakan Allah mengasihi kamu setiap masa..

Thursday, October 7, 2010

SHARING IS LOVING - 8 Tips Mudah Membersihkan Hati


alt
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?
Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin kami kongsikan bersama.
01.Bersyukur dengan kurniaan Tuhan

02.Beribadat dengan benar dan seikhlas hati

03.Berakhlak baik

04.Menimba ilmu tanpa henti

05.Bekerja keras cara bijak

06.Bersederhana dalam hidup

07.Ringan tangan membantu sesiapa sahaja

08.Memaafkan orang lain

Sekiranya sahabat lain ingin berkongsi tips masing-masing, boleh kongsikan di bahagian komen.

SHARING IS LOVING - PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LEMAH


Sharing is Loving - Assalamualaikum buat teman2 yang disayangi kerana ALLAH...ilmu yang cinta dapat dari email cinta dari seorang teman cinta umi Aida..

Ilmu yang sangat baik..bacalah ..walaupun ia panjang ..tapi isinya sangat bermanfaat..moga kita mampu berusaha melakukannya.megambil pengajaran dari ilmu yang baik ini
...Peringatan juga buat diri sediri yang lemah ini..dan amnya untuk kawan2 yang ingin kan pembaharuan dan ingat menuju jalan ALLAH.........Pelbagai tips dan nasihat yang baik buat kita..InsyaALLAH..share2 kan lah ilmu yang bermanfaat buat semua saudara kita yang kita sayangi...Moga ALLAH meramati kita semua..amin.

Catatan ini agak panjang, kalau malas nak baca, baca laa sedikit demi sedikit...ambillah beberapa lama pun ..yang pentingnya kita mendapat ilmu...

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan KEBERKATAN hidup kita. Ingat Kita adalah di bawah murka Allah apabila kita ada masa untuk buat benda tak baik, tapi sebaliknya tiada masa nak buat yang baik.

Setitik air mata ibubapa jatuh, keberkatan dan kebajikan anak akan hilang. para para anak, jangan bagi ibubapa jatuhkan air matanya yer....sama lah kita usaha..mungkin kita pernah melukakan hati ibubapa kita..tapi mula sekarang kita jauhkan ya..Ya ALLAH bantu kami...jadikan kami anak2 yang penyejuk mata ibubapa kami..amin...kita buat yang terbaik buat mereka ya...

Kalau balik tengah malam, buka lampu dan cuba tengok atau tatap wajah ibubapa. Sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka ...InsyaALLAH :

1) Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2) Membaca quran sehingga menitis air mata
3) Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

Ada 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup kita, terutama tengok masa mereka tidur:

1) Anak
2) Ibu
3) Suami

Jadi, bagi siapa yang masih ada ibubapa, pandang la ibubapa selalu. Dapat pahala tau..Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibubapa (dianggap tidak beradab). So, kalau nak tunjukkan sesuatu, tunjukkanlah dengan baik-baik dan penuh rasa hormat.

Kalau ada niat yang baik, teruskan la. InsyaAllah, Allah akan bersama, jangan takut.Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun dah kira ok. Jadi, kalau tak mampu nak tolong orang, pasang niat ikhlas kerana ALLAH,kita nak tolong pun dah memadai (kalau tak mampu)...iNSYAALLAH..

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik, dengan syarat letakkan ibubapa kita di tempat yang terbaik!..INSYAALLAH..

Tips supaya makbulkan doa (melalui Wasilah Amal)

Ada kaedah yang mana kita boleh minta atau mohon bantuan daripada Allah, iaitu dengan “mengungkit” kebaikan yang kita lakukan supaya Allah makbulkan doa kita...INSYAALLAH... Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”. Contoh nak buat wasilah amal ialah kita berdoa seperti berikut :

“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini..insyaALLAH...

Paling banyak buat baik dengan ibubapa kita, lagi mustajab. Maksudnya wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang kita buat kepada ibubapa kita...INSYAALLAH

Apabila ditimpa sakit atau musibah Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah ialah..Kalau ditimpa sakit, baca laa “Innalillahi wainnaillaihirojjiuun”. Kemudian, kita berdoa dengan Allah “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”..iNSYAALLAH

Hatta, kebaikan kita suapkan makanan untuk anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibubapa dan orang yang memerlukan. Barang siapa yang tidak mendoakan ibubapa selepas sembahyang untuk ibubapa yang sudah meninggal dunia, maka dia dikira sebagai anak derhaka. Walaupun pada waktu ibubapanya hidup, dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibubapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakan ibubapa kita!

Ingat Doa orang yang masih hidup adalah makbul untuk orang yang hidup atau pun orang yang sudah meninggal dunia. Jadi, pastikan kita sentiasa doakan ibu kita,terutamanya ibubapa yang telah tiada!

Tanda-tanda murka Allah atas muka bumi ni ialah antara lainnya, kita simpan harta sampai mati tak pernah sempat untuk kita keluarkan. Sesiapa yang selalu bersedekah selalu, maka dia takkan miskin selamanya…INSYAALLAH...

Tips mudah untuk menderma ...Bila nak berbelanja atau ber shopping, selalu lah peruntukkan duit untuk sedekah, kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang susah atau yang memerlukan datang masa makan, bagi la duit tu sikit.

ini peluang kita untuk dapatkan kebaikan ..yang pentingnya kita ikhlas kerana ALLAH...! Maka, jangan lah lepaskan peluang buat baik.

Jika Ibubapa kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila ibubapa kita dah takde, teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! Semasa bersedekah, niatkan begini ..“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibubapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibubapaku”.

Itu lah yang patut kita buat supaya ibubapa kita bahagia di sana.Kalau kita susah nak bersedekah ..Ingat kan nikmat yang ALLAH telah beri pada kita yang tidak terhintung banyaknya..dan semuanya adalah kepunyaan ALLAH... dan bayangkan wajah ibubapa kita.insyaALLAH kita akan terasa ringan tangan nak bersedekah.

Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya jika Kita menjaganya dengan sebaiknya dan sabar..ganjaran ALLAH sangat besar buat kita...insyaALLAH.. Maka, jagalah mereka dengan baik. Insyallah, syurga balasannya dan Murah rezeki kita..insyaALLAH..

Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka,jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa....tetapi jika peluang yang baik yang ALLAH berikan kita abaikan ..bagaimana ALLAH nak beri kita..

Jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum DIA mengambil kita balik...Berbaik sangkalah pada ALLAH...

Saturday, October 2, 2010

SHARING IS LOVING - Hargailah Anugerah Kecantikan..




Hayatilah...

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya 

Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini Facebook
Satu keajaiban!!!

Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan

Pemilihan terbatal
Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang

Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali

Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan

Tapi sayang sekali
Si Pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh


.....................................................................................


p/s : Wahai muslimah marilah mengambil iktibar..
jadilah muslimah sebenar..
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu...
sampaikanlah pada sahabat2 kalian..
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini..

ana postkan pesanan ini buatmu ukhtiku..mungkin kau sudah jemu dengan pesanan2 sebegini.. tp tidak mengapa, selagi hayat ana ada, ana tidak akan jemu utk menyebarkannya.

utk apa? utk siapa? utk bagaimana? bila..dan di mana?
semuanya ada pada diri kita.

jadi, hargailah anugerah kecantikan yg Allah bagi..
dalam hati juga mau baik maa..
bukan sekadar luaran (sekali lg, peringatan utk diri ana jua).
simpan..simpan lah gmbar2 cun cute miut mu itu seelok2nya.
Krn gmbr2 itu membawa sejuta tafsiran... lets think deeply about it..

ana bukan nak tunjuk baik, atau berlagak alim..
krn ilmu ana bukan la setinggi ilmu para ustazah @ wali2 ALLAH..
tp ana cuba berusaha utk menjadi muslimah solehah..
biarpun dosa2 lalu belum habis kifarahnya.. tp ana tetap akan berusaha utk menepis dosa2 baru ...

walaupun kamu berNIQAB(berpurdah) sekalipun...
elakkn dr mnjd tatapan umum....krn i2 mgkin mnggundang fitnah buatmu...