Tuesday, July 20, 2010

SHARING IS LOVING - SENTUHAN QALBU




Alhamdulillah, kita kembali semula ke sharemotivasi- sentuhan Qalbu.

Ingin sekali saya berkongsi pengalaman untuk kebaikan kita bersama. Mudah-mudahan, kita dapat memiliki sesuatu dalam artikel kali ini.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, marilah sama-sama kita istiqhfar kepada Allah swt.

Sharemotivasi- Sentuhan Qalbu kali ini ingin mengupas sesuatu yang ada dalam diri kita. Bukan sedikit, tetapi besar ertinya kedalam hidup kita sebagai seorang hamba Allah.

Mencari dan terus mencari, ungkapan yang selalu kita dengari.
Tetapi sejauh mana kebenaran yang kita cari itu.
Adakah ia tersasar? Ataupun terpesong dari simpangnya..
Sama-sama kita ikuti artikel ini..

Kehidupan yang selama ini kita cari selalu terletak pada satu dasar dimana diatasnya pudar, dibawahnya kepincangan.
Kebahagian yang dicari manusia menerusi material, kemegahan laksana pohon-pohon muda yang tumbuh sesaat, berbuah sesaat, berbunga sesaat lalu apabila ditiupkan angin badai yang menimpa, pohon-pohon muda itu hilang kekuatan akarnya, menjadi rapuh umpama biskut yang dipijak-pijak, lalu ia menjadi debu-debu yang halus bertebaran jauh ke langit..

Kemudian, kita menangis, mencari tisu untuk merawat duka, tapi akhirnya, berdarah sentiasa mengalir, umpama hilang faktor clotting dalam darah.. Terus mengalir dari jiwa yang pening hingga meresap ke dalam botol akal fikiran.

Lalu kita cepat-cepat membuat keputusan, memikirkan sejenak mengenai masa hadapan hingga tergambar di bayangan minda, rumah idaman, kereta besar, pangkat yang tinggi yang akhirnya kita merasakan ia adalah kebahagiaan yang perlu kita kecapi.

Sesaat kita mendapat gelaran pangkat yang tinggi, hati kita selalu merasakan ia masih tidak mencukupi.
Namun, diri kita tidak pernah kenal erti cukup dalam dunia maya ini. Kita terus mengejar dan mengejar sehingga berjaya mendapat pangkat yang lebih tinggi. Tiba-tiba badai musibah mengusik kita, datang tanpa diundang dalam rumah hati kita.
Kita menjadi kaku dan layu, umpama cell-cell pohon dalam hati menjadi rapuh lalu terurai menjadi pohon tua yang menunggu masa menyembah bumi..
Inilah gambaran pohon hati yang sudah rosak.. Akarnya tidak disirami dan dibajai, sesaat berbuah tetapi hancur. Itulah gambaran kebahagian sesaat ...

Sejenak kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata kita. Lihatlah pada diri masing-masing.
Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?

Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita?
Sudahkan selama ini hidup kita menjadikan kehidupan kita benar-benar mengabdikan diri kepada Allah?
Sudahkan kita ikhlaskan diri kepada Allah?
Tepuklah akal kita supaya ia berfikir untuk diri kita...

Ketika kita pergi ke sekolah mahupun universiti, adakah kita telah mendidik pohon hati kita bahawa ijazah yang bakal dimiliki itu bukan untuk kita menjulang gelaran tetapi sesungguhnya demi pengabdian kita kepada Allah swt?

Cubalah kita bertanya secara jujur pada diri kita sendiri. Mari kita lihat:
Kemana selama ini, umur kita telah habiskan?
Kemana selama ini, kehidupan kita selama ini berikan?

Lihatlah diri kita ketika musibah itu datang. Berapa sering kita keluh kesal ? Malah, kita menyalahkan pula Allah kerana menurunkan dugaan sedemikian rupa. Kita tak dapat menerima takdir Allah..
Kita menyesali semua yang ada dalam hidup kita, seolah kita tidak pernah rasa puas dengan segala apa yang kita ada..

Kita tak menyedari sebenarnya hati kita yang sedang jauh dari Allah.
Hati kita yang saat itu tak mampu merasakan bahwa Allah itu dekat dengan kehidupan kita.
Bahkan akal keimanan kita dalam kehidupan kita sudah kering dan mati.

Dan kitalah orang muda yang lupa kehidupan ini untuk apa...

Marilah kita ucapkan istiqhfar kepada Allah.
Mari kita memohon ampun kepada Allah...
Astaghfirullah

Para pembaca sekalian yang dirahmati Allah...

Mungkin ketika kehidupan kita kering,
Kita sedar bahawa kebahagian material dan duniawi itu semua hanya sesaat.
dan kebahgiaan sebenar-benarnya adalah ketika kita menanam akar kecintaan kita kepada Allah,
yang tumbuh masuk ke dasar hati.
yang kemudian yang tumbuh tinggi menjadi pohon kehidupan,
yang menghasilkan buah kebahagian yang selamanya kerana,
kita merasakan Allah bersama kita,
Allah menaungi kehidupan kita,
Allah menjaga dirimu setiap saat meskipun ujian datang silih berganti,
maka,
mudahan-mudahan kita semua sama-sama dapat menyedari dan menyakini,
jadikan Allah cita-cita hidup kita yang paling utama.,
nescaya Allah menjaga kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

"Teguhkan bahteramu kerana lautan yang kamu lalui itu terlalu dalam untuk diharungi,
Banyakkanlah bekalan kerana perjalanan kita cukup jauh untuk dijalani,
Ringankanlah belakangmu kerana yang didaki itu terlalu curam,
Ikhlaskanlah segala perbuatanmu kerana yang menilai kita amat mengetahui dan maha melihat apa yang kita lakukan,"

Oleh itu, segala yang kita lahirkan dari hati kita, dari perbuatan kita,
lakukankanlah kerana Allah swt,
bukan untuk kemegahan dan keagungan yang kita cari,
tetapi semata-mata kepada Allah,
kerana keagungan kita akan ada bila Allah redha kepada kita.

Jangan kita lupa, bahawa dalam kehidupan kita ini,
ada satu pohon hati yang perlu kita bangunkan,
tumbangnya pohon itu,
maka ranaplah kehidupan kita..
Mudah-mudahan, kita diredhai Allah,
semoga Allah mengampuni kita semua..amin..

http://sharemotivasi.blogspot.com/

SHARING IS LOVING - Aku Ikut KehendakMu ya Allah





Ini adalah doa yang saya keluarkan semula. Doa yang pernah saya tulis di blog Jiwa Positif Hidup BerTuhan (Memiliki Kesedaran Tertinggi) setahun yang lalu. Semoga ia memberikan kekuatan kepada kita setiap hari.

Bacalah doa di bawah dengan penuh kesedaran dan kejiwaan. Bagaimana? Bacalah satu persatu dengan bersuara perlahan (cukup sendiri mendengarinya. Tidak berkesan jika hanya membaca di dalam hati). Sedari bahawa Allah itu sedang mendengar apa yang saudara rintihkan dan perkataan ‘aku’ di dalam doa di bawah adalah saudara sendiri. InshaAllah, sedikit-sedikit saudara akan berasa dekat dengan Allah.


Ternyata… Allah menghendaki kita untuk berjaya, untuk hidup senang dan bahagia.

ya Allah maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMu dan menentangMu dengan selalu mengutamakan usahaku ya Allah. Aku sering mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku ya Allah. Selalu merungut sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mengikut segala kehendakku ya Allah. Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu ya Allah.

Ya Allah, ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat pilihan di dalam kehidupan ini ya Allah. Aku membuat pilihan hanya menggunakan nafsuku tanpa meminta petunjuk daripadaMu ya Allah. Aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah datangnya dariMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku sentiasa mencintai yang lain lebih daripada mencintaiMu ya Allah. Aku berasakan mencintai yang lain lebih utama daripadaMu ya Allah. Aku berasa sedih jika aku tidak memiliki cinta daripada yang lain lebih daripada memiliki cintaMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di dalam kejayaan yang aku miliki ini ya Allah. Aku berasakan pencapaian aku pada hari ini adalah kerana hasil penat lelah usaha aku ya Allah. Aku berasakan bahawa kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku miliki pada hari ini ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua kekuatanku akan aku padamkan dan akan aku ganti dengan kekuatanMu yang menghendaki aku untuk hidup lebih baik dan lebih baik.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua cintaku kepada yang lain akan aku letakkan di kemudian dan akan aku mencintaiMu lebih daripada apa pun juga ya Allah.

Ya Allah, ampuni diriku ya Allah. Aku kini sedar bahawa semua kehendakku akan aku padamkan dan akan aku gantikan dengan kehendakMu yang menghendaki aku untuk menerima segala ketentuanMu ya Allah.


Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku telah sedar bahawa semua usaha aku ini adalah di atas kehendak diriMu ya Allah. Aku tidak berdaya untuk memiliki apa-apa usaha pun ya Allah.

Aku akan mengikuti kehendakMu untuk berjaya ya Allah, untuk hidup senang dan untuk hidup yang lebih baik. Aku sangat sedar ya Allah, selama ini aku memilih untuk hidup miskin sedangkan Engkau menyatakan bahawa Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.

Aku akan mengikuti kehendakMu untuk aku terus bernafas ya Allah. Engkau menghendaki jantung aku terus berdegup ya Allah. Engkau terus menghendaki mata aku untuk terus melihat ya Allah. Engkau tetap menghendaki telinga aku untuk terus mendengar ya Allah. Engkau sentiasa menghendaki mulut aku untuk terus bercakap, makan dan merasa makanan ya Allah.

Engkau menghendaki aku mampu bersolat, Engkau menghendaki agar aku bersedekah, berzakat, melakukan kebaikan kepada semua orang. Engkau mengkehendaki aku bekerja, bersahabat, berkongsi ilmu, berkeluarga dan segala-galanya ya Allah.

Engkau mengkehendaki aku memiliki kereta, rumah, kerja, isteri, anak dan banyak lagi nikmat yang Engkau berikan ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku mencari ilmuMu sehingga ke tahap yang lebih tinggi ya Allah.

Engkau mengkehendaki untuk aku berkongsi tentang kebesaranMu ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku memiliki rasa cinta dan berada dekat dengan diriMu semakin hari semakin dekat ya Allah. Engkau mengkehendaki aku hidup penuh dengan ketenangan ya Allah.

ya Allah Aku RELA untuk hidup senang ya Allah. Aku RELA untuk hidup dengan penuh kejayaan ya Allah. Aku RELA mengikuti apa sahaja kehendakMu ya Allah. Aku PASRAH untuk hidup tenang ya Allah. Aku REDHA untuk terus mencari ilmuMu ya Allah. Aku redha, pasrah dan rela untuk terus bernafas ya Allah.

Untuk itu ya Allah senangkanlah aku ya Allah, berjayakanlah aku ya Allah dan baikkanlah hidup aku Ya Allah..amin ya Allah ya rabbbal a’lamin.

Semoga kita tersedar daripada lamunan yang panjang dengan doa di atas. Amin

Saturday, July 10, 2010

SHARING IS LOVING - "Kesilapan Mendidik Anak "


Ayah ..ibu ..kami sayang ayah dan ibu ..kami sayang nenek..kami sayang kakak ..kami sayang adik ..kami sayang abang..tapi kadang2 kami ni lemah ...bantu lah kami ..didik lah kami sebaiknya ya ...masa kami kecil lagi ..masa kami dalam perut lagi..sekurangnya bila kami di lahirkan ..bila kami besar kami dah terbiasa melakukan yang di perintah Agama...kami dah biasa nak cari cinta ALLAH...

Ayah dan ibu..jangan lah asyik bergaduh ..ayah dan ibu ..jangan lah asyik cerita tentang masalah rumahtangga dengan orang lain ...kat wall FB ..jangan cerita kan pada orang secara terbuka..lebih2 lagi pada pasangan berlainan jantina yang akan mengundang banyak keburukkan ..ceritakan lah pada jabatan agama ..kawan2 yang boleh dipercayai kerana ALLAH ..atau ustaz atau ustazah yang bertauliah... ..nanti kami pun nanti ikut cerita kan hal2 peribadi kat orang ..ayah dan ibu ..jangan lah hanya fikir kemewahan ..kami nak kebahagian akhirat ..kami tak takut hilang kemewahan...apa erti kemewahan jika kita tak membina keluarga yang sama2 dekat pada ALLAH...kami lebih suka agama dari kemewahan ..kami tak kisah susah kalau ayah dan ibu didik kami dengan agama...ayah dan ibu ..jangan lah asyik sibuk dengan kawan2 lelaki atau perempuan yang lain ..yang tak sepatutnya ayah dan ibu buat..ia jadi contoh pada kami ..nanti kami dah besar kami buat macam ayah dan ibu...

Dari kami kecil hadiahkan dan berikan lah kami apa2 saja yang mendekatkan kami pada ALLAH ...jangan lah hadiahkan kami benda yang lahga ...hiburan yang melalaikan ...permainanan yang buat kami leka pada dunia...lagu2 yang yang dilarang agama...kasihan kan lah kami ya...didik lah kami dengan kasih sayang yang sebenarnya..kasih sayang bukan sekadar cakap di mulut ..kasih sayang sebenarnya didik kami kejalan ALLAH ...bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat ..kasih sayang yang buat kita sama2 masuk syurga ALLAH ..dengan redha ALLAH ..didik lah kami dengan lembut...

Jika dari kecil kami didedahkan dengan menari ..cerita hidustan...kami dah didedahkan dengan dunia yang lagha..kami pun dah biasa nak ikut bila besar ..kami dah sebati..kami dah suka ...kami suka keseronokkan dunia

Kami tahu ayah dan ibu nak didik kami agar menjadi anak yang berguna ..berguna yang macamana tu??..berguna pada siapa ya?....kami memang nak berguna ..tapi didik lah kami berguna pada Agama dan ikut perintah ALLAH..Berguna dunia dan akhirat..bukan berguna di dunia jer...nanti dengan sendirinya kami akan berguna pada semua ..insyaallah...

Kami nak bersama2 ayah dan ibu ke dalam syurga..kejalan ALLAH..ayah dan ibu marilah kita sama2 buat..sama2 bantu membantu ..Ayah dan ibu ..jom lah kita sama2 hentikan sesuatu yang melalaikan kita..ayah dan ibu hentikan lah tengok wayang ..hentikan lah mengumpat ..hentikan lah burukkan orang..kami dengar ..kami pun terikut..ayah dan ibu cakap lah baik2 ,jangan lah kasar ..

kami dengar kami ikut...ayah dan ibu jangan lah melakukan kemungkaran ..kami suka kami ikut ..ayah dan ibu tutup lah aurat betul2 ..nanti kami pun suka nak ikut..ayah dan ibu ..jangan lah tengok hiburan yang di larang ALLAH ..kami pun suka nanti ..kami anak2 ni nak contoh yang baik ...

Tapi setelah ayah dan ibu didik kami ke jalan ALLAH ..tetapi kami tetap lalai ..tu salah kami ...kami yang lupa daratan ..kami yang tak bersyukur..tapi kami tetap ada niat nak berubah ...jangan abaikan kami ya Ayah ..Ya ibu...moga kami dapat baiki diri kami..doakan kan kami ya ayah ..ya ibu...

Ayah dan ibu ...kalau ayah dan ibu suka buat dosa..nanti kami takut kami pun ikut nak buat sama...ayah dan ibu ..kasihan kan diri ..kasihan kan kami dan keluarga kita...

Ayah dan ibu ..ayah dan ibu kena lah berubah..kalau ayah dan ibu lalai..ayah dan ibu tak ikut suruhan agama ..jangan salah kan kami kalau kami juga ikit jejak ayah dan ibu ..nanti ayah dan ibu tak ada anak2 yang mendoakan kedua ibubapa dalam kubur....nanti kami bila besar pun buat benda sama ..nanti anak2 kami pun tak mendoakan kami dalam kubut..sedihnya...ruginya...

Moga hidayah dan rahmat Allah , bersama kita..I LUV AYAH ..I LUV IBU...

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Ya ALLAH..Berikan lah kami dan keluarga kami ..mengikuti jalan yang kau redhai ..jauhkan kami dari azab kubur dan azab api neraka ...tolong kami Ya ALLAH







PERIKSA CINTA KITA KEPADA ALLAH..


Di dalam kesibukan kita, kita seringkali lupa sesuatu iaitu memeriksa cinta pada Allah. Kita yakin bahawa kita sudah dan sedang mencintai Allah, namun kita jarang memeriksa benarkan kita memiliki rasa cinta itu?

Kekadang kita terlalu ghairah melakukan sesuatu yang lai
n sehingga terlupa bahawa cinta kita pada Allah SWT belum sekukuh mana. Ia sekadar di fikiran kita bahawa kita ini cukup ibadah, cukup terima kasih, cukup ingat, cukup khusyuk, cukup cinta pada Allah SWT namun kita tidak cuba periksa rasa cinta itu.
Di manakah tahap rasa cinta kita pada Allah SWT?

Sejauh mana kita mampu berserah menerima segala kehendak Allah SWT untuk apa jua keadaan dan perkara samada kecil atau besar. Marilah kita periksa cinta kita.

Marilah....
Periksa jiwa:

1. Diam dan tenang.
2. Sedar ke Allah SWT
3. Rasakan adakah rasa cinta kita pada Allah?
4. Ada....jika ada banyak mana?

Rasakan sayang pada pasangan dan anak-anak (atau ibu bapa, kawan-kawan, harta benda). Mana lebih terasa rasa sayang itu? Rasakan terus sayang kita pada Allah....rasakan...Jika tiada,mohonlah dengan bersungguh "Ya Allah, ajari aku untuk mencintaiMu ya Allah agar aku dapat rasakan cintaMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih".

Sumber : Fuad Latip

SHARING IS LOVING - "MEGAPA SUKAR MENCINTAI ALLAH"


Assalamualaikum..bagus artikel ni ..dari seorang penulis yang berwibawa Ustaz Pahrol di http://genta-rasa.com/..

Artikel ni memang panjang..tetapi isinya sangat bagus untuk kita ikuti..terus kan bacaan ya kawan2 .jika tak habis baca sikit2...dan sharelah dengan kawan2 ya
ng lain ya...Moga ilmu di memberi manfaat kepada kita dan semuanya...peringatan buat diri sendiri dan juga kawan2..isi yang dikupas di sini terasa seperti terkena di muka sendiri .."KASIH SAYANG DARI SESEORANG BUAT SESEORANG"

Mengapa begitu sukar mencintai Allah?

Ya, benar. Memang sukar mencintai Allah. Walaupun kita tahu bahawa Dialah yang sewajarnya kita cintai. Budi-Nya, kasih-sayang-Nya, nikmat-Nya terlalu banyak untuk dimungkiri. Segala kebaikan Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas kita melebihi kebaikan manusia.

Sekalipun manusia itulah yang paling baik dengan kita.
Hatta kasih ibu yang sejati itupun hanya ‘sekelumit’ jika hendak dibandingkan dengan kasih Allah yang melangit. Ya, sekali lagi kita bertanya kepada hati kita… kenapa sukar benar mencintai-Nya?

Walaupun fikiran kita mengiyakannya, iaitu lojik dan patut kita mencintai Allah. Tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya.Mengapa hati sedegil itu? Untuk mengetahui kenapa, mari kita bandingkan hati kita dengan fizikal kita. Dalam keadaan badan sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali. Hadapkan ayam goreng, asam pedas, tomyam atau apa sahaja masakan yang enak-enak, tentu mulut kita dapat menikmatinya dengan lazat.

Tetapi apa kata kalau badan kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam selsema menimpa. Tekak kita jadi pahit, selera kita jadi sempit. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat manapun, insya-Allah mulut kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan.

Kenapa jadi begitu? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau mulut kita yang berubah selera? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi bila badan kita sakit, selera kita akan pahit. Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah tetapi hati kita yang sakit.

Hati yang sakit tidak akan dapat menikmati keindahan cinta Allah seperti badan yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Jika perbandingan ini dapat diterima, maka kita boleh mengukur tahap ‘kesihatan’ hati kita.

Rupa-rupanya dalam kehidupan ini ramai manusia (termasuk kita) yang ‘sakit’ hati. Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah, sebaliknya lebih cinta selain Allah, maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan. Malah ‘sakit’ hati ini lebih buruk akibatnya daripada sakit fizikal.

Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita di dunia, sakit hati akibat gagal mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita di dunia dan menderita di akhirat.

Jika sakit fizikal berakhir dengan kematian, tetapi ‘sakit’ hati akibat lebih parah. Kita akan menderita selama-lamanya di akhirat.

Mengapa hati kita sakit?Hingga dengan itu hati tidak bergetar lagi dengan cinta Allah? Bukankah cinta Allah itu fitrah? Ertinya, cinta Allah itu adalah ‘makanan’ atau ‘penawar’ kepada hati manusia.

Sebelum menjawabnya izinkan saya membawa satu analogi. Katalah, ada seorang anak yang sejak kecilnya lagi sudah dipisahkan daripada ibunya yang sejati. Oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, anak itu dipelihara oleh ibu angkat. Masa berlalu bertahun-tahun. Hinggalah anak itu mencapai usia dua puluhan.
Tiba-tiba, si anak mengetahui rahsia yang dia sebenarnya cuma anak angkat sahaja kepada ‘ibunya’ sekarang. Dia pun mencari ibunya yang sejati. Ibu yang telah mengandungkan dan melahirkannya.

Maka di hari pertemuan bersejarah itu (masih ingat program Jejak Kasih?), sianak pun bertemu dengan ibu sejatinya ditemani oleh ibu angkatnya.Saya ingin bertanya, dan anda boleh menjawabnya… pada ketika itu, siapakah yang lebih dikasihi oleh sianak? Ibu sejati yang telah terpisah sekian lama itukah atau ibu angkatnya yang telah memelihara selama ini?
Anda pasti setuju kalau saya katakan, hati sianak akan lebih mengasihi ibu angkat yang telah memeliharanya selama dua puluh tahun berbanding ibu sejati yang baru dikenalinya pada hari pertemuan itu.

Walaupun pada lojik dan dari segi rasionalnya, ibu sejati perlu dikasihi berbanding ibu angkat, tetapi dari segi perasaan sianak tidaklah begitu. Sayang bukan paksaan. Sayang bukan pemikiran. Tetapi ia soal rasa. Ia datang dengan sendirinya. Kenapa sayang dan cinta sianak tak mahu bertandang walaupun dia patut merasa begitu?
Kenal Allah Dari Alam Roh Maka begitulah halnya dengan hati kita. Sebenarnya, sejak di alam roh lagi kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah Tuhan kita.

Firman Allah:“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab, ‘Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
Al-A’raf : 172

Di alam roh lagi kita telah mengenal Allah. Bahkan telah mengakuinya sebagai Rob (Tuhan kita). Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan mencintai-Nya. Namun perlu diingat, mengenal dan mengetahui itu berbeza.

Mengenal dengan hati, mengetahui dengan akal. Sebenarnya, hati kitalah yang telah mengenal Allah di alam arwah dahulu bukan akal kita. Tegasnya, cinta sejati sejak diri bermula ialah cinta Allah.Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir ke dunia. Kita mula dipisahkan daripada cinta Allah seperti seorang anak yang dipisahkan daripada ibu sejatinya. Sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh ‘cinta angkat’.

Kita telah terpisah dari Allah. Siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah? Sedih, yang memisahkan manusia daripada cinta Allah kerap-kalinya ialah ibu-bapa mereka sendiri. Ibu-bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.

Akibat Benih Cinta Allah Terbiar Konsep didikan yang bertitik-tolakkan ‘Awaludin makrifatullah’ – awal agama mengenal Allah’ tidak diberikan.

Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi. Akibatnya, kita kenal ‘selain Allah’. Maka cinta kita pun beralih arah.

Hakikat ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw:

“Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan di atas fitrah. Lalu kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Majusi atau Nasrani, seperti haiwan itu melahirkan haiwan yang sama secara utuh.

Adakah kamu menemukan adanya kecacatan?”

Riwayat Bukhari - Bermula dari situ perpisahan dengan cinta Allah pun bermula. Makin bertambah usia semakin jauh jarak perpisahan itu. Kekadang oleh corak pendidikan yang diterima. Begitu juga media massa yang didengar dan lihat. Apa lagu yang didengarnya? Apa filem yang ditontonnya? Cinta siapa yang lebih kerap dilihat dan didengarinya? Malang sekali, bukan cinta Allah tetapi cinta selain-Nya.

Puluhan tahun si anak dibuai oleh cinta makhluk seperti seorang anak yang dipelihara oleh ibu angkatnya. Hati, pemikiran, perasaan bahkan jiwa telah diserah seluruh dan sepenuhnya kepada ‘cinta angkat’ itu. ‘Cinta angkat’ itulah yang mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian, di rumah, di sekolah, di dalam masyarakat dan di seluruh persekitarannya.

Pancaindera kita sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu sahaja. Dan pada ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa ‘cinta angkat’ itulah cinta sejati kita.

Mencari Cinta Sejati - Ada orang yang bernasib baik, tiba-tiba arus kesedaran melanda. Cahaya ilmu menerpa dengan tiba-tiba. Lalu tersentaklah dia bahawa cinta itu bukan cinta yang sejati. Ada cinta yang lebih hakiki. Itulah cinta Allah. Dia mencari cinta itu, seperti anak angkat yang mencari ibunya yang sejati. Lalu dia menemuinya.

Menerusi pengajian, melalui pembacaan, menerusi lidah para daie, melalui tarbiah para ulama tahulah dia bahawa Allah-lah cinta yang sejati.

Namun… semuanya masih di daerah ilmu, bukan di alam rasa. Dia tahu Allah wajib dicintai, tetapi hatinya tidak merasai. Aduh, malangnya… akal tahu, hati tak mahu!
Apa yang perlu dibuat bila hati telah sakit? Tidak ada lain, kita mesti mengubat dan merawatnya. Samalah seperti fizikal yang sakit, ia perlukan ubat dan rawatan. Oleh kerana fizikal kita berasal dari tanah, maka buatnya pun mesti berasal dari tanah. Feram, Natrium, Magnesiam dan lain-lain unsur semuanya dari tanah. Herba juga demikian.

Ubat sakit fizikal yang berasal dari tanah juga berasal dari tanah. Namun hati adalah soal rohani, ia bukan berasal dari tanah. Jadi ubat dan penawarnya bukan dari tanah. Tetapi ubat bagi hati ialah kembali kepada asalnya, yakni kembali dekat kepada Allah.Hati yang dekat kepada Allah akan tenang dan sihat semula. Ia telah kembali kepada fitrahnya. Itulah ubat hati. Namun jalan ke situ bukan mudah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga perit. Tetapi oleh kerana inginkan badan yang sihat kita rela menelannya. Kita rela berpantang. Menahan daripada makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin, berminyak walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut semua nasihat doktor. Berlari, bersenam dan mengawal stresss… kita ikuti, patuhi walaupun berat kerana inginkan sihat.

Pengubat Hati- Maka begitulah jalan untuk menyihatkan hati. Penawarnya pahit. Ubat jarang yang manis. Namun, semua itu perlu ditempuh jua.

Apakah ubat hati?

•Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi manfaat.Mula-mula lazimilah menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah ‘taman syurga’ di dunia. Kata ulama, siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari (sesetengahnya mengatakan 7 hari) maka hati seseorang akan keras.Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna. Nama-Nya yang baik dan mulia.

•Amal ilmu, dirikan solat.Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu imam, amal adalah makmumnya. Mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah – ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama ialah mendirikan solat. Solat juga dikatakan berasal dari ‘silah’ (penghubung) antara hamba dengan Tuhan.Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa daripada segalanya itu ke dalam hati. Walau susah sungguh, tetapi paksalah diri.

Sedangkan bisa boleh jadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi ‘penawar’ tentulah lebih mudah kita biasakan apabila dilazimkan. Ingat solat itu penawar. Walaupun sukar kita merasa kemanisannya di peringkat awal, tetapi kemanisannya pasti datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.Ingat selalu kata-kata, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. No pain, no gain. Sedangkan merebut cinta makhluk pun susah, apalagi mencari cinta Allah. Tentulah lebih susah. Tidak ada jalan mudah, itulah jalannya… jalan mujahadah.

•Berpantang Seperti sakit fizikal yang perlu pada pantang larangnya, begitu jugalah ‘sakit hati’ ada juga pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi makan ‘racun’. Apalah ertinya kalau kita rajin makan ubat penyakit darah tinggi, jika kita terus makan daging, garam dan lemak secara berlebihan?Atau pesakit kencing manis yang rajin menyuntik insulin tetapi rajin juga minum teh tarik yang manisnya keterlaluan? Penyakit tidak akan sembuh, jika melanggar pantang. Bahkan, sesetengah pengamal perubatan menegaskan berpantang lebih baik daripada berubat.Begitulah halnya dengan usaha penyembuhan ‘sakit hati’, ada pantang larang juga. Perlu ‘berpantang’ daripada perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat secara langsung dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, program hiburan yang merangsang nafsu, filem-filem lucah, dan lain-lain suasana yang boleh menyuburkan hawa nafsu. Sebaik-baiknya carilah kawan yang seiya sekata. Bentuk kumpulan kecil yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa – yakni sama-sama ingin mencari cinta Allah.

•Cari perkumpulan yang baik.Untuk buat baik, perlu ada kumpulan. Untuk buat jahat, perlu ada ‘geng’. Bila ada perkumpulan (dulu dikampus sering dinamakan study group atau usrah), maka tentu ada program. Program yang baik boleh dibentuk sebagai alternatif kepada program yang negatif. Membaca dan mengkaji buku-buku agama, meningkatkan ilmu fardhu Ain, mendengar kuliah tafsir, mendengar nasyid-nasyid atau lagu-lagu yang baik, program riadah, sukan dan rehlah yang Islamik adalah program-program soleh yang boleh diatur oleh perkumpulan itu.Ini adalah penebat kepada idea-idea nakal dan jahat yang boleh menggoda kita. Kita ada kawan, ada aktiviti dan akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang kita akan terisi. Ingat, musuh orang muda adalah ‘masa lapang’. Masa lapang ini perlu diisi dengan kesibukan belajar dan memperbaiki diri. Dengan adanya program-program ini pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga. Ada kawan mengingatkan. Ada program yang menyibukkan. Ada suasana yang mencorakkan.Inilah sebahagian langkah untuk mengubat ‘sakit hati’ di kalangan para orang muda masakini. Sebelum berpisah renungilah kata Imam Ghazali rhm:“Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.


Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.”Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika di dunia lagi. Di akhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat beramal. Alam akhirat ialah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarah pun.

Ya Allah, bantulah kami untuk ingat pada Mu, syukur pada Mu dan mengelokkan ibadah kami kepada MU! Bantulah mujahadah kami ya Allah…

SHARING IS LOVING ...BUAT SAHABAT2 YANG DISAYANGI..


Moga Kasih Sayang antara kita Memberi kebaikan di Dunia dan Akhirat...

Sahabat,Hidup ini umpama sebuah lautan yg kita sendiri pun kekadang tak sedar akan bahaya yang berada di sekeliling kite.Keimanan dan penggantung harapan kepada ALLAH lah yang akan menjadi penyelamat
kita di kala berada di tengah-tengah lautan kehidupan agar kita tidak tenggelam dan lemas.Persiapkanlah bahtera ketaqwaan dan layar kesabaran.

Hati ibarat nahkoda yang mengawal ahla tuju kita.Jika bersih hati maka selamatlah kita,jika kotor hati,maka binasalah kita.

Sahabat,Allah kurniakan "CINTA" dan "RINDU" pada hati kita.Kemana kita bawa CINTA dan RINDU itu??Barangsiapa yang CINTA dan RINDU sesuatupun dari isi dunia untuk mencari bekalan akhirat,maka dunia akan mengejarnya.

Sahabat,ALLAH selalu rindukan kita.Setiap detik ALLAH memanggil nama kita agar selalu mengingatiNYA...Tapi ramai di antara kita yang berpaling dari ALLAH.Maka ALLAH datangkan musibah pada kita bukan kerana benci kepada kita.Tetapi kerana sayang dan rindu pada kita..Agar kita selalu bertaubat dan mengingatiNYA.

Sahabat,Marilah kita sama berdoa,moga ALLAH suburkan cinta kita kepaadNYA..ALLAH suburkan cinta kita kepada RASULULLAH..dan ALLAH suburkan cinta kita kepada Islam..

Sahabat ...Semoga persahabatan kita semua,persahabatan berlandaskan iman dan kerana cinta kepada ALLAH....Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang Islam itu,sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri..Dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH,akan mendapat keredhaanNYA..InsyaALLAH..


SHARING IS LOVING -ALLAH KAU CINTAKU


Kita minta pada ALLAH...setangkai bunga segar, Tapi ALLAH beri kita kaktus berduri.kita minta kupu-kupu, tapi ALLAH beri ulat beluncas. ..kita rasa kecewa ..kita rasa sedih ..kita rasa tidak gembira...aduh teruk nya kita

Namun kemudian kaktus itu mengeluarkan bebunga yang indah sekali dan beluncas 
itu bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik...wah cantiknya..berwarna warni ..indahnya ciptaan ALLAH...barulah kita sedar Itulah jalan ALLAH, indah sangat pada masa ditetapkannya.

ALLAH tidak memberi apa yang diharap, tetapi sering diberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita rasa sedih, kecewa dan terluka. Tetapi Ingatlah aturan ALLAH adalah yang terbaik buat kita yang terbaik untuk kita...terima kasih Ya ALLAH...

Wahai kawan2 yang disayangi semua....ketahuilah bahawa kalian sahabat2 semua.....kalian adalah seumpama Bunga segar dan kupu2 yang mengembirakan hidup ini dengan izin ALLAH......

Dengan ketentuan dari ALLAH ... hati ini makin mengerti apa ertinya Pengharapan padaMU ya ALLAH ...Pengharapan yang total terhadap mu...Moga Hati2 ni terus istiqomah kepada MU..amin

SHARING IS LOVING -"PERHIASAN DUNIA AKHIRAT -MUJAHID DAN MUJAHIDAH SEJATI"


Buat renungan dan semangat buat teman yang di Sayangi...moga rahmat dan kasih sayang ALLAH bersama kita..amin

" Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman pada yang dibenarkan ALLAH walau dihat
imu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dgn Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau ia tak kelihatan...

" Karakter dibawah ..insyaallah...merupakan hiasan utama terbentuknya masyarakat Islam dan tertegaknya sistem Islam di muka bumi serta menjadi tiang penyangga peradaban dunia.Kesepuluh karakter itu adalah:

~> Bersih akidah dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

~> Benar Ibadahnya menurut Al-Quran dan As Sunnah serta terhindar darisegala bid'ah yang dapat menyesatkannya.

~> Mulia akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kpd semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil-'Alamin).

~> Kuat fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmani yang merupakan amanah/anugerah dari Allah S.W.T.

~> Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menerima berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

~> Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dantidak mahu bergantung kpd orang lain dlm memenuhi segala keperluan hidupnya.

~> Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan pada dirinya ataupun orang lain.

~> Kecekapan dalam memanafaatkan waktunya sehingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu, tak jemu untuk melakukan kebaikan. Kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawapkan dihadapan Allah S.W.T.

~> Teratur dlm urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dlm segala hal yang menjadi tanggungjawap dan amanahnya. Berusaha menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.

~> Bermanafaat bagi orang lain sehingga menjadikannya seseorg yg bermanfaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadikannya sebuah kebahagiaan bagi org lain & ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.

Mudah-mudahan dengan sepuluh karakter di atas menjadikan kita lebih bermotivasi diri untuk dapat merealisasikannya impian kita ke Jalan ALLAH dlm kehidupan kita. Semoga menjadi mujahid dan mujahidah sejati.

Iman & taqwa jadi keutamaan...bukannya harta dan keindahan dunia yg sementara ini... Mujahid dan Mujahidah sejati ...Intan permata... mutiara ...mahkota Seindah pelangi di alam ciptaan ALLAH...

Menghiasi taman indah nan permai Mujahid dan Mujahidah sejati Engkaulah pahlawan dan serikandi pembela agama ...Peribadi soleh dan solehah hiasan diri....Subur dengan iman dan ketaqwaan.

Mujahid dan Mujahidah sejati....Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya...Mujahid dan Mujahidah sejati....Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..Mujahid dan Mujahidah sejati....

Berbekal Al-Quran dan Al-Sunnah...Bersulam pengorbanan....Bisa menggegarkan isi dunia..Mujahid dan Mujahidah sejati...Terus subur mekar mewangi...Seindah suria menerangi bumi...Harapan ummah yang abadi.

Mujahid dan Mujahidah sejati.....Menyoroti langkah perjuang2 islam dan puteri2 islam bermujahadah....Menuju cinta dan kasih Allah Paras rupa semua sama di sisi ALLAH....Cuma ibadah yang membezakan Mujahid dan Mujahidah sejati di sisi ALLAH .

Berhati-hatilah hasutan dunia...Kerana ia merbahaya...Jangan dibiarkan ia bertakhta Dalam diri dengan dosa-dosa.... Amiiin ......

Dari Diari Umieyan My

SHARING IS LOVING -BUATMU LELAKI


"Suami mithali idaman isteri"....Berusahalah ..bersungguh-sungguh lah mencari redha ilahi ...perbaiki lah kelemahan kita..sama2 berjuang wahai lelaki agar dirimu lebih berharga berlandaskan agama...walau sukar tapi cuba dan iktiarlah..moga kemenangan bersamamu wahai MUJAHID SEJATI ..SUAMI MITHALI

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang Suami mithali?..

Rasanya hampir semua pernah dan ingin menjadi seperti itu kan ...Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua .....disayangi isteri, dihormati anak-anak, dijadikan tempat rujukan keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Namun berusahalah menjadi lelaki yang yang mithali ..yang baik akhlaknya..suami yang menyejuk mata isteri .... suami yang menjadi contoh dan perjuang islam...Jika anda inginkan pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang mithali...insyaallah akan ada win-win situation dengan izin ALLAH...

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya ....mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik...dan berusaha sedaya upaya... Tanpa berniat..berusaha dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?....jangan asyik leka dengan Facebook ..leka dengan game ..leka dengan hiburan ..leka dengan bola...sampai anda lupa nak beri kasih sayang kepada isteri dan anak2.

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut...tak kira lah panjang atau pendek ..tak kira lah dah tua atau muda lagi ..baru kawin atau dah lama kawin ...

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra yang tidak melampui batas islam. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari...kalau tidak ada masa ..sehari sekali pun memadai... Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan...bersuap2 sekali sekala dengan isteri..isteri suami... Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.( Maaf jika benda ni nampak tak manis cinta cakap) Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ? ..isteri juga manusia ..isteri juga nak yang bersih ..dan yang tidak berbau ..isteri pun nak yang sejuk mata memandang...apa salah jadi lelaki berilmu ..beragama dan menawan di pandangan isteri..selagi ia tidak salah di sisi ALLAH.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah...berlembutlah ..jaga emosi ..setiap manusia suka pada kelembutan ..lebih2 lagi wanita dan anak2 ..hati mereka sangat lembut ..ikuti contoh rasulllulah dalam mendidik dan kelembutannya... Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. ..jika isteri bersedih hiburkan isteri dengan apa yang di benarkan ALLAH...beri kan kasih sayang ..berikan semangat..jangan menjadi break the communication...

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan...solat berjemaah ...beri tazkirah kepada keluarga...bila balik masjid ..bila dengar ceramah ..share kan dengan keluarga ..jika isteri tak ikut bersama...banyak kan mengajar dan menegur isteri dan anak agar tidak menonton rancangan dan hiburan yang melalaikan...suami juga hentikan dari menonton rancangan yang melalaikan ...banyak perdengarkan bacaan al-quran di rumah...baca sama2..dan buka kan CD bacaan AL-quran dirumah.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri..anak2 dan semua manusia setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga....dan kita ada sikap kehambaan dalam diri.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama ALLAH dan Rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri dan anak2 yang di benarkan agama daripada orang lain...selagi ia tidak menjadi suatu pembaziran ..selagi ia memang diperlukan dan tidak salah disisi ALLAH... Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. nasihatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat.

26. Cintai isteri kerana ALLAH..dan berdoa agar cinta tu tidak mengurangi cinta kita kepada ALLAH. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga... serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.




SHARING IS LOVING -BUATMU TEMAN2 - ISTERI SOLEHA "DOA ISTERI SOLEHA"


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala Perintahnya yang kau redhai.

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti Perasaannya
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah…………Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati ...

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

SHARING IS lOVING - " KETENANGAN JIWA"


Baik sangka dan tawakal kepada Allah menenangkan jiwa,berakhlak luhur disenangi oleh Allah dan manusia, mengikut nafsu menjadikan fikiran tidak menentu,jiwa menderita selalu.

Ketika kita senang, mudah sahaja kita berkata "tidak".
Tapi, bila kesusahan itu melanda diri kita, disitu baru kita mahu berkata "tolonglah".

Bila keperitan itu datang, kita mengeluh pada Allah. Bila ketika iman tidak kuat, rasa marah akan datang lalu membenci qada dan qadar dari Allah....teruknya kita ya..

Meronta-ronta kita dibuatnya. Segalanya rasa macam nak marah kepada benda yang terjadi sebab kemahuan kita tidak ditunaikan.

Pabila orang lain menasihati agar kembali kepada Allah, kita menolaknya bulat-bulat dan memberi bermacam alasan ..kita ego ..kadang2 kita kata"kau tak kena ..boleh lah cakap..cuba kena kat kau"...sombongnya kita.

Kemudian kita menjadi hampa dan menangis kerana kita tak tahu apa nak buat. Kita mahukan keinginan kita dimakbulkan tetapi kita sendiri enggan bergantung dan memohon pada Allah.

INGATLAH, Allah itu Maha Adil kepada kita semua ..Allah tu maha pemberi ..Allah tu sangat penyayang..

Yakinlah bahawa Allah itu sangat menyayangi kita semua. Setiap doa kita semuanya pasti didengari olehNya....jadi kenalah kita doa sungguh..kita ikut perintah dia sungguh..jangan sambil lewa dan macam nak tak nak ..atau macam terpaksa saja...Dia pencipta kita, kepadaNya kita kembali. KepadaNya tempat kita bergantung.

Setiap kesusahan insan pasti ada kesenangan disampingnya.

Cuba kita fikir sejenak, kalau kita terkena kesusahan sekarang, kita yakin ke pada masa hadapan kita terus dalam kesusahan?

Kadang-kadang kita yang lebih BERLAGAK dihadapan ALLAH..macam kita tahu yang kita akan susah selamanya ..macam kita tahu apa yang akan terjadi pada kita..macam kita tahu kita akan di beri penderitaan selamanya...salah tu ..kita seakan mendahului Allah jika ada rasa macam tu ..kena buang jauh ...Kalau sikap kita macam tu ..ubahlah ..memohon ampun lah pada Allah ..hentikan ya..kita baiki diri ya kawan ...semua orang ada silap ..tapi kita boleh ubah ..mari kawan2 ya..

Allah menyuruh kita supaya terus dan menerus BERDOA kepadaNya segala hajat kita...ikut lah adab berdoa ...doa dengan sungguh ..sambil menangis ..sambil merintih..insyaallah...Allah bantu ..selalu lah berbaik sangka dengan Allah ya.

Walau kita menyembunyikan perasaan kita di hadapan orang, tapi Allah tahu apa yang ada dihati kita.Walau kita menangis bersendirian tanpa orang disisi, tapi Allah sentiasa bersama mu.

Tiada siapapun yang mampu tahu keperitan kita di hati selain Allah.Tiada siapapun yang mampu memberikan kasih sayang yang paling sempurna selain Allah.

Bahkan, Allah lebih mengerti apa yang hatimu mahukan.

Segalanya, pasti amat bererti di hati kita jika kita sedar bahawa semua yang kita perolehi sekarang ialah datang dari kasih sayang Allah.

Renungkanlah.. kita yang lemah sebenarnya..kita yang lalai ..kita yang sombong ..kita yang selalu menyalahkan takdir ...kita yang ego ..kita yang malas berdoa...kita kena bangun ..kita kena ubah ..now or never...


Sumber : http://sharemotivasi.blogspot.com